Friday, August 27, 2010

Ketam Masak Cili


Dah lama hajat hati nak mkn ketam,tapi kalu pegi pasar ketam 2 tak fresh sgt,Weekend baru nih pegi pasar ptg dalam kul 1tgh dah sampai,xla jauh sgt dari umah pong..Mmg hajat hati nak beli ketam jer..So ptg ahad tu masak la ketak masak cili nih..Wat 2ekor jer..yg lagi sekor tu wat kari jer..Resepi sempoi2 jer aku masak nih..Tapi habis licin la kami mkn..Hehe..Kat bawah nih resepi sempoi cara aku..


KETAM MASAK CILI(My Style)

Bahan2:
2Ekor ketam, dibersihkan dan dipotong 2
5 biji bawang merah(Dikisar)
2 ulas bawang putih(Di kisar)
1 inci Halia(Di kisar)
1 batang Serai(Di titik)
Cili kering, kuantiti ikut kepedasan (Di kisar)
Cili padi, kuantiti ikut kepedasan (Di kisar)
Sos cili+Sos Tomato+sos tiram
Garam & gula secukup rasa
1Sudu teh Mayonis
Minyak utk menumis
Sedikit Air
Cara2:
1. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan kisar. Kacau dan masak sehingga cili benar2 masak dan kelihatan naik minyak.
2.Masukkan semua sos,mayonis n air..
3. Masukkan ketam, kacau hingga rata.
4. Perasakan dengan garam dan gula.
5.Tunggu hingga ketam betol2masak,angkat n hidangkan..


Jemput mkn..!

Udang Sanggul


Udang nih pong aku masak ari rabu juga la..Mkn ngan nasi goreng oregano n pattaya tu..Wat 6ekor jer..Ritu aku da tgk kat blog Mat Gebu da wat udang sanggul,tapi sanggul udang nih ngan mee,tapi yg aku wat nih sanggul ngan kulit popia..
Baru2 nih aku da tgk tv3 shamsul jadi pengacara program bazar ramadan tu,da 1 gerai tu dia jual udang sanggul kulit popia ni la..Tapi bazar ramadan tu kat kangar perlis nun,dia juai 6 ekor udang rm5 n mmg laku..Biasa la makyung,bila tgk asa cam sedap n tingin lak,so aku pun try2 la udang sanggul pesen aku ni..Tapi sedap gak,hubby aku pun ckp sedap tau..Tapi time nak kat2 buka posa baru la aku goreng,kalu dah sejuk,sure xsedap kan ,coz kulit popia mesti dah liat..


Udang Sanggul (My Style)
(Bahan2 nih aku agak2 jer ya)
Udang 6ekor
Serbuk knorr pasti sedap 1st
Serbuk lada Sulah 1st
Serbuk Paprika 1st
Kulit popia secukupnya
Minyak utk menggoreng

Cara:
Serbuk knorr,lada sulah,serbuk paprika digaul bersama udang n perap seketika,ketepikan..
Kulit popia digunting memanjang,Ambil kulit popia lilitkan di atas udang sehingga habis..
Goreng sehingga kuning keemasan,angkat n toskan minyak,hidangkan bersama sos kegemaran

Nasi Goreng Pattaya


Emm nasi goreng pataya ni la yg aku wat utk hubb ari rabu tu,kat aku kan aku wat nasi goreng oregano..Sesaja la wat 2jenis nasi goreng,kan blh rasa dua2..Hehe..Dua2 resepi nasi goreng aku skodeng dari dapur kak ummi..Hubby aku dia lagi suka nasi goreng kampung..Kalu pegi mkn sllu gak dia order nasi goreng kg.berbanding nasi goreng jenis len..K meh kita tgk resepi ya..

NASI GORENG PATTAYA (Kak Ummi)

Bahan:- (anggaran saja)

* 3 mangkuk sedang nasi putih
* 3 tangkai cili merah - ditumbuk
* 4 tangkai cili padi - ditumbuk
* 1 labu bawang besar - didadu
* 3 ulas bawang putih - dicincang
* 150 gm isi ayam - dipotong kecil2
* 1 kiub pati ayam
* 1/2 batang lobak merah - dihiris btg mancis
* 6 - 8 urat kacang panjang
* 2 sudu besar kicap pekat manis
* 1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
* garam secukup rasa
* minyak untuk menggoreng nasi

Untuk telor dadar nipis:- (dpt 2 keping telor dadar nipis)

* 4 biji telor
* sedikit garam

Cara Memasak:-

1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan yang ditumbuk hingga naik bau dan cili garing sikit dengan api sederhana.
2. Masukkan isi ayam dan kiub pati ayam, kacau seketika.
3. Masukkan kicap dan lobak merah. Kacau sebentar.
4. Masukkan nasi dan kacau seketika biar rata.
5. Masukkan garam dan serbuk lada sulah. Goreng nasi hingga rata dan nampak berasap.
6. Tutup api dan ketepikan nasi.
7. Panaskan non-stick pan dengan beberapa titis minyak masak dan tuangkan telor yang telah dipukul sikit - bahagikan untuk 2 keping dadar.
8. Masak dengan api perlahan (tutup pan)
9. Bila telor telah masak, tutup api dan sendukkan nasi goreng dalam ukuran mangkuk yg sesuai dan telangkupkan aje ke atas telor dadar dalam kuali td. Buat lipatan telor tepi telor menutupi nasi. Ambil pinggan sesuai dan tekapkan atas nasi yg dibungkus telor tadi dan telangkupkan/terbalikkan pan di tengah2 pinggan.
10. Paipkan sos di atas telor dan hidangkan.

Thursday, August 26, 2010

Nasi Goreng Oregano


Nasi goreng wat utk brbuka ari rabu bebaru nih..Xprnah lagih wat nasi goreng letak dry oregano nih,sllunya klu wat pizza@spagheti letak la..1prcubaan yg menarik..Resepi nampak sempoi jer,tapi sedap..Aku wat 1pinggan jer utk aku..Untuk hubby aku goreng nasi goreng yg jenis len,tkut dia xsuka lak..Resepi aku amk dari blog kak ummi..Tq kak share resepi nih..Aku c/p jerla resepi dari umah kak ummi ni ya,utk rujukan dimasa akan datang..


NASI GORENG OREGANO (Kak ummi)

Bahan:-

* 3 mangkuk nasi putih
* 150 gm daging - dihiris nipis/kecil
* 5 tangkai cili padi - diketuk
* 1 biji bawang besar Holland - didadu
* 3 ulas bawang putih - dicincang
* 1 kiub pati ayam
* 1 sudu teh lada hitam yg dikisar
* 1/2 sudu teh lada sulah
* 1 sudu makan dried oregano
* 2 tangkai cili hijau - dipotong serong(aku letak cili merah,yg hijau xda stok)
* 1 biji telor
* 1/2 batang lobak merah - dihiris halus btg mancis
* 1 1/2 cawan air - untuk rebus daging
* minyak untuk menggoreng nasi

Cara-Cara:-

1. Masukkan air dan daging yang telah dibersihkan di dalam kuali untuk menggoreng nasi. Rebus/masak hingga daging empuk dan air dalam kuali hampir2 kering.
2. Bila air telah kering, terus masukkan minyak dalam kuali yang berisi daging tadi dan goreng sekejap daging.
3. Masukkan bawang besar dan bawang putih dan kacau hingga bawang layu.
4. Masukkan kiub pati ayam, lada hitam, lada sulah, lobak merah dan oregano. Kacau.
5. Masukkan nasi putih dan kacau rata sekejap sebelum masukkan garam secukup rasa.
6. Kemudian tolak nasi ketepi kuali sikit dan pecahkan telor di dalam kuali. Gaul rata dengan nasi.
7. Kacau balik nasi hingga nampak berasap masukkan cili hijau. Kacau rata sebentar dan tutup api. Hidangkan.

Tuesday, August 24, 2010

Fried Calamari


Sotong ni wat menu berbuka bebaru ni..Kebetulan ari yg nak wat celup tepung sotong nih,Kak ummi dah post N3 trbaru dia,iaitu sotong ni la,so aku pun terus jer c/p resepi..Sng cite,xyah nak pening2 cari2 resepi dah..Sedap n rapuh gak sotong ni..Hubby tibai byk gak,tapi aku la yg perabis..Esok lusa nak wat lagi sotong ni.Doulu2 aku sllu jer celup sotong ngan tepung serbaguna(tepung kfc)tu.Kak ummi sy minta izin c/p resepi kat sini lak yer..


Sotong aku rupa nya xcantik,garing ckit,tapi yg penting rasa sedap..

Ingredients:-
500g sotong
1 cawan tepung gandum
1 sudu baking powder
1 biji telur
sedikit garam & lada sulah
1/2 sudu Italian herbs
1 sudu kecil paprika
1 sudu kecil serbuk cili

Method:-

1. Potong sotong kecil2, bersihkan dan toskan airnya biar sampai kering.
2. Gaul sotong dgn sedikit garam dan lada sulah.
3. Pukul telur sikit dan masukkan sotong , ketepikan.
4. Gaul tepung, baking powder, garam, lada sulah, italian herbs, paprika dan serbuk cili.
5. Masukkan sotong yg telah digaulkan dengan tepung, salutkankan sotong dengan tepung.
6. Goreng dalam minyak terendam hingga kekuningan.
7. Hidangkan dengan Sos Tatar dan sos cili.

Juadah Berbuka Sepanjang Minggu2 lepas

Ni semua antara juadah2 berbuka kami sepanjang mnggu2 lepas..N3 ni aku malas nak letak resepi..

Mee Bandung,mee goreng n mee hailam feberet hubby..Hubby aku mmg suka semua jenis mee2 ni..


,


Bubur Lambuk nih bkn amk kat masjid yer,tapi wat sendiri yer..Hubby nak mkn,so aku wat le..Sepanjang posa ni,dah 2kali wat bubur lambuk nih..Air tangan dari isteri lebih berkat utk santapan laling..


Air feberet aku n my laling..Selalu gak wat air nih time bln posa ni..Sedap n nyaman tekak meneguk air nih..

Burger Malaysia


Aku kalu p psr ramadan sllu la beli burger malaysia nih,wlpun kkadang xsedap n liat jer,tapi beli juga..Baru2 nih aku da tgk dlm blog kak izah,dia da wat kuih nih,so aku pun trs la c/p resepi..Baru nih baru la aku brkesempatan nak wat kuih feberet aku ni..
Asa cam dah xsabaq nak brbuka la,nak merasa kuih nih..Doulu2 aku prnah wat,tapi men taram jer,xda sukatan n resepi la,time sejuk tuh dah liat la ckit..Tapiiiiiiiiii,resepi nih mmg marbeles,sbb time sahur pun aku melantak benda nih,ttp maintain gebu n lembut jer..Pasni aku akn still ngan resepi ni jerla,xmo tukaq2 resepi lagi..Kak izah syg,sy c/p resepi nih dari blog akak yer..resepi ni asal dari Kak Yani MYR..TQ SGT ATS RESEPI NI YA..

sumber: Kak Yani,C/P Kak Izah

BURGER MALAYSIA

Bahan-bahan (8 biji):

200gm tepung gandum
140 ml air
2 sudu besar butter/margerin-(Aku guna shortening)
2 1/2 sudu besar gula
2 sudu kecil yis
1/2 sudu kecil garam

Inti:
Sambal tumis ikan bilis
timun/salad(AKU XLETAK,XDA)


caranya:

1.Masukkan ke dalam mangkuk ke semua bahan-bahan . Uli sehingga tak melekat kat tangan. Buat bulat besar. Biarkan kembang 2 kali ganda.
2.Lepas tu , tumbuk-tumbuh doh roti tadi untuk keluarkan angin. Kemudian bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat.
3.Biarkan naik 2 kali ganda lagi. Kemudian goreng dalam minyak yang sederhana panas sehingga kekuningan.
4.Belah 2 roti yang dah masak tapi jangan sampai terputus. Isikan dengan sambal bilis dan juga timun yang dihiris nipis-nipis


Burger Malaysia sedang d goreng