Wednesday, February 23, 2011

Tomyam Campur



Tomyam nih aku masak ari selasa baru nih,ni baru nak letak n3,Tomyam nih menggunakan pes yg aku beli kat padang besar,aku beli pes nih gara2 tergoda ngan tmyam seafood yg kak ummi masak menggunakan pes yg sama di beli kat pdg besar juga,hehe..Mmg seperti yg kak ummi kata,pes nih sangat sedap.Menyesal lak beli 1botol jer..Xpa la kalu da rezeki leh p n beli lagi..Hubby siap ckp sedap betoi tomyam nih n mmg khaw betoi..Hehhe best betoi aku dgq n mmg berbaloi..

Sumber~Resepi sendiri
Ayam,udang n sotong(letak la suka ati byk mna pun)
Bawang putih tumbuk lam 1 ulas aku letak
Pes tomyam
Air perahan limau
1Cmb sos plum,aku sja tmbah,sedap oo letak sos ni lam tomyam
Cili padi diketuk
Sedikit bunga kobis N cendawan tiram
Air Secukupnya
Bawang besar (dipotong 6)
Sebiji tomato
Garam dan ajinomoto
1sudu besar minyak
Cara:
Masukkan minyak ke dalam periuk,tumis bawang putih,pes tmyam n sos plum,biarkan seketika.Masukkan air,biarkan sebentar.
Masukkan pula bawang besar, serai,lengkuas n cili padi,biarkan seketika,masukkan pula hirisan ayam, ke dalam periuk.
Apabila campuran sudah mendidih, masukkan sotong dan udang.
Seterusnya masukkan bunga kobis n tomato
Akhir sekali masukkan garam, ajinomoto, air limau nipis dan daun limau purut.
Kacau bahan-bahan dan biarkan mendidih seketika.

Tutup api dan hidangkan panas-panas.Tambahkan daun ketumbar ketika menghidang
Tambahan:Aku blend tomato half biji,n lagi half aku masukkan terus,utk kasi kuah pekat.

Makan tomyam mana best kalau xda telur dadar khan khan kan..

Nila pes Tomyam tuhhh..Sedappppp sangatttttttt..Yang pasti aku menyesal bangat sbb beli 1botoi jer,dah la Pdg Besar nih jauh gak..Huhuu..

Udang Galah Masak Paprik



Dah lama xmkn udng galah nih,yerla kat peneng nih ssh ckit nak dpt,kbetulan 2mggu lpas time blk kg tu kami snggah Padng Besar jab,nak jadi kan rezeki pas penat shoping tu,kami snggah mkn kat gerai tmyam di situ jab,pastu ternmpak da sorang pmpuan tu juai udang nih,smp umah mak aku masak la paprik udng nih,Pergh mmg sedap n fresh sgt,blh katakan aku ngan hubby jer melantak yg melantak semua udang nih,mak aku xnak coz baru pas oprate kaki dia..Jom tgk resepi udang galah sempoi cara aku nih,zassssssss..


Resepi Udang Galah Masak Paprik
Udang Galah
* Bwg Putih,bwg merah n sedikit halia - ditumbuk
1 labu Bwg besar - Belah 6
* 2@3 biji cili padi - diketuk
bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda
sedikit cili kisar,sos cili,sos tomato, sos tiram dan nampla
Sedikit air perahan limau kasturi
secubit garam
Minyak masak
Cara-cara

1. Panaskan kuali.Masukkan sedikit minyak gorengkan udang (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing).Ketepikan
2. Masukkan bahan bertanda* kacau sekejap.
3. Masukkan semua sos n perahan limau kasturi Biarkan mendidih n agak pekat sekejap dan masukkan pula sedikit air,dan sayur-sayuran.
4. Bila dah mendidih, masukkan bwg besar yg dibelah 6 tadi.
* Kalu suka leh letak daun limau purut utk aroma yg lebih ghau2..Aku dah xsmpt amk daun limau kat pokok mak dah,coz kami dah kebulur..

Pic udang nih yg kami mkn kat sana,udang galah masak pedas.

Model Udang Galah,tgk mengopek kulit,Muahhaha..

Monday, February 21, 2011

Syazana In Action


Dah lama xcite ttg puteri sulung aku ni kan,Sian ank ummi ni kan,
Syazana skang nih dah 15bln,sjak da adk nih perangai dia makin la mnjadi,manja punya la gila2,kalu nmpak kita pegang adik dia jer mmg dia jelouse..Tambah2 kalu abah yg pgang adik syifa lagi la dia merap2 kat abah nak suh dukung dia,lagi abah xletak adik syifa lagi tula dia duk nangis.Sejak ada adk juga dia dah kurang mnja ngan ummi,tmbh2 kalu abh da umh,mmg xnak la kat ummi.Sejak ummi lam pantang ritu la,kan ummi xleh dukung dia n ashik bagi prhatian kat adk syifa jer.
Syazana nih mmg suka sgt cium adk syifa,kalu nak di kira xtau la shri tu smpai bape kali adknya dia cium,leh smp 100 kali pa..Ishk syg sungguh kat adk,kalu xsuruh cium pun,mmg dia akn cium adk dia,tapiiiiii kdng2 tu smbil2 cium tu,dia wat mcm2 gakla kat adk syifa nih,plg dia suka wat sgt tarik sarung tgn n kaki adk syifa,tmpar n tendang pun dah pernah,mmg xleh biar depa 2 org ni wlpun skjab..
Sgt la suka memunggah lani,kalu kat dapur tu habis la pntu2 kabinet yg dia buka n kluarkan pa yg da tu,kalu ummi lipat kain dia lagi la suka kacau ummi tarik2 kain bju tu bagi selerak..Lagi yg dia suka sgt,pntng jmpa tisu n paper msti dia koyak2 smp la kecik,baru puas hati dia.
Baru ni umur 14bln pegi klnk tmbang,syazana dah 9.4kg.Suka mkn pa jer yg kita suap,emm plg suka coklat la..Biskut jacob pun suka juga..Byk lagi ummi nak cita pasai ank ummi yg sorang nih,tapi nnti bila2 ummi cite lain yer.

Tidur smpai trlentok lam keta,dahh xmuat dah raga nih,bgi adk syifa lak yer syg..

Senyum smpul smp nmpak gigi bawah 2batng,hahaha..



Chewah2 syok la main playhouse yg abh baru beli nih,Akceli kat giant da ofer play house nih weekend baru nih,tula hubby beli kan utk syazana..

Sibuk la nak main tudung ummi.

Pic ngan bebe kesayangn..Time nih abh blm gunting rmbut syazana,skang nih smp kontot rmbut depan tu,tula gara2 xmo duk diam time abah nak gunting rambut..

Ayam Tandoori


Ayam nih juga utk digandingkan ngan nasi beriani di bawah sinun..Sedap ayam nih,sllu tu mkn tandoori kat kedai mamak jer,nih dah da resepi leh la wat sendiri,lagi sedap,yg penting kebersihan terjamin n halal,berkat ckit jamu hubby n ank2 air tangan kita sendiri,kalau kat mana diorang pergi pun,sure akn igtkan kita,Lagipun mak aku ckp,nak basuk beras,ayam @sewaktu dgnya kena berselawat,alhamdulillah itu la yg aku amalkan smp sekarang..K la resepi ayam yg sedappp sgt nih aku c/p dari sini,K kepada yg nak try tu,sgt2 la d rekemenkan,sebab sedap sgt..

+ 2 ekor ayam – belah 4(Aku wat 1/2ekor ayam jer)
Sumber resepi~Chef Nizam
Rempah ratusnya:
+ 3 biji bawang besar
+ 13 ulas bawang putih
+ 2 inci halia
+ 2 sudu teh garam
+ 1 sudu serbuk kunyit
+ 1 sudu serbuk cili
+ 1 sudu serbuk lada sulah
+ 1 sudu serbuk jintan manis
+ 1 sudu serbuk jintan putih
+ 1 sudu serbuk ketumbar
+ 1 sudu serbuk kulit kayu manis
+ 3 biji buah pelaga
+ 1 cawan susu cair
+ 2 biji buah lemon
+ 2 ikat daun ketumbar
+ 2 ikat daun pudina
+ 2 sudu marjerin
+ 2 sudu sos tiram
+ pewarna merah

Langkah pertama sekali untuk membuat ayam tandoori ini, kita buat tairu. Perahkan ½ biji buah lemon ke dalam 1 cawan susu cair dan kacau. Sekarang anda akan melihat perubahan susu cair tadi menjadi tairu. Kalau nak gunakan plain yogurt pun boleh menggantikan tairu ini.*(Aku letak plain yogurt jer)
Lepas itu, masukkan kesemua bahan-bahan rempah ratus tadi ke dalam pengisar. Jangan lupa perahkan 1 biji buah lemon ke dalam pengisar. Untuk pengetahuan semua, di dalam resepi ini saya tidak menggunakan pewarna merah.. dah kehabisan stok.. nak beli kat kedai pun dah habis..*(Aku pun sama gak pewarna merah dah abis,baru jer g beli)
Kemudian, masukkan tairu ke dalam pengisar. Kisarkan bahan-bahan ini sehingga halus dan sebati.
Bila sudah selesai mengisar bahan-bahan tadi, lumurkan ke atas ayam-ayam ini. Pastikan kesemua ayam ini dilumur sehingga sebati dengan rempah ratus ini.
Ok, sekarang masukkan ayam-ayam yang telah diperap dengan rempah ratus tadi ke dalam beg plastik kedap udara. Beg plastik kedap udara boleh dibeli di pasaraya berdekatan. Jikalau takde, pakai aje bekas-bekas plastik yang kedap udara. Ini penting supaya tiada bau-bau wap asing di dalam peti ais masuk kedalam ayam yang diperap tadi. Untuk pengetahuan semua, saya perap ayam ini selama 5 jam sahaja.*(Aku perap semalaman)
Kiranya pada pukul 5-6 petang saya sudah mula membakar ayam tandoori ini di dalam ketuhar dengan kepanasan 170°c selama 1 jam

Mkn juga ngan acar buah yg mklong aku bagi.

Nasi Beriani n Daging kashmir



Salam n Slamat pagi,hari ni awai kan aku bersiaran,yerla ank2 tgh tdur kan,len la ummi curi masa jab,jbgi baru nak masak utk lunch.Lani lunch aku msk awai lam kul9 cmtu la,kat2 hubby nak blk hngatkan len,coz ank2 xbgn lagi.Nasi beriani nih aku msk ari khmis baru2 nih,hubby mmg suka sgt ngan nasi beriani..Alhamdulillah hubby puji sedap,syazana pun mkn byk juga.Hehe xla penat aku msk kan..Resepi aku amik kat dapur kak ummi zaihadi yg pandai msk tuh..Kak ummi mnta izin yer nak memanjangkan resepi dicini lak yer....
*Utk sukatan Beras aku hanya mnggunakan 2cawan,tapi sukatan utk bebahan di bawah aku letak ikut resepi,coz pas adunan rempah2 nih pekat aku ambk half ukt masak daging n half utk masak nasi,wakaka dasar malas nak masak kan..Utk masak daging aku cuma tmbhkan kentang,coz hubby n syazana suka kntang..Kiranya daging masak beriani la,sedap weh..


Sumber ~ kak ummi kuantan
Bahan:-
1 kg beras basmathi, cuci dan toskan
100 gm minyak sapi Ghee
2 camca besar tomato puree
1450 ml air
100 ml susu cair (ummi guna Ideal Nestle)
100 ml dadih (plain yogurt)
garam secukupnya
kismis dan badam untuk hiasan(Aku xletak)
daun bawang - tabur(aku letak daun pudina,utk lbh aroma)
(Aku add daun pandan smpulkan,serai d titik)
Bahan rempah campur:-
1 camca besar serbuk jintan putih
1 camca besar serbuk jintan manis
2 camca besar serbuk ketumbar
2 camca teh garam masala
4 kuntum bunga cengkih
(Aku add rempah beriani maggie 1sb)
Bahan Kisar:-
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 cm halia
4 biji cili hijau
3 biji buah pelaga

Cara Memasak:-
Panaskan minyak sapi, tumis bahan rempah campur hingga wangi. Masukkan tomato puree dan bahan kisar. Kacau 3 - 4 minit atau hingga terbit minyak. Masukkan beras, gaul selama 2 minit. Tuang air, susu cair, garam dan dadih. Gaul rata dan biarkan menggelegak sambil dikacau. Apabila telah kering airnya, tutup periuk dan perlahankan api. (ummi tumis guna periuk elektrik dan apabila beras telah dicampurkan semuanya..tekan je suis dan letak periuk elektrik tu dan biarkan masak mcm bese). Bila nasi telah masak, taburkan kismis dan badam (x letak badam pun). Taburkan bawang goreng dan daun bawang bila menghidang.

Sunday, February 20, 2011

Sotong Bersos Plum


Ermmm sedapppppp..


Menu nih pun aku msk mggu lpas gak,beli sos plum semata2 nak wat menu nih sbb trgoda time lam pantang ritu gak..Aku tgk kak nor,kak izah,kak mas n ramai lagi dah mncuba,so aku pun xketinggalan gak la..Mmg sedap pun resepi nih..Resepi asal ialah udang,aku n kak izah telah tukarkan kepada sotong,Aku juga telah derhaka kat resepi nih ckit,p tmbah cili padi cm kak izah n cili kisar..Maaf la tuan punya resepi,derhaka cikit..K la,minta izin nak memenjangkan resepi ni disini n rujukan d masa depan..

UDANG BERSOS PLUM
resipi : CMG
sumber : Kak Izah

BAHAN-BAHANNYA :-)
15 ekor udang saiz besar *tukar ngan sotong digoreng sebentar?(sama cam kak izah,aku tukar sotong gak)
1/2 camca teh lada sulah serbuk
1/2 camca teh serbuk kunyit
Sedikit garam
3 ulas bawang putih, cincang halus
1 biji bawang holland, dibelah 6
1/4 biji red capsicum, didadu
1/4 biji green capsicum, didadu
1/4 biji yellow capsicum, didadu tak letak sbb tak ada stok
1/2 batang leek, hiris dan rendam ~ tak letak sbb tak ada stok
1 camca besar sos cili thai (mat guna jenama "LIFE")
1/4 cawan sos plum (mat guna jenama "LIFE")
Sedikit garam jika perlu
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
*(Aku tambah cili padi 2biji+cili kisar 1cmt)
CARA MEMBUATNYA :-)
Udang dikerat hujung kepalanya, buang kaki dan janggut, cuci bersih, lumur dengan serbuk lada sulah, garam dan serbuk kunyit hingga rata. Goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan.
Tinggalkan kurang lebih 2 camca besar minyak dalam kuali yang sama. Tumis bawang putih dan bawang holland hingga layu. Masuk sos cili thai dan sos plum tadi, kacau rata dan masukkan udang. Gaul hingga rata.
Tambah red/yellow/green dan leek tadi, gaul dan masak hingga pekat dan sos menyaluti udang. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam. Masak sekejap dan angkat. Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan.

Saturday, February 19, 2011

Ayam Cencaluk



Salam pagi ahad semua,dah lama xhapdet blog nih,sejak da si kecik yg makin tembam nih,makin bz la ckit,tapi sebenarnya bz ngan c kakak yg makin mnjadi2 skang nih pun ya juga,maybe jelouse kat adiknya la tu..Ni pun dak kecik tgh bum2,c kakak ni lak cam tau2 jer aku nak up date blog,dia pun bgn lak,sekbek laling tlg layan jab sementara ummi update blog,yerla pagi2 tadi pas solat jer aku dah wat bf nasi lemak utk kami,kiranyer hubby n aku dah kenyang la melantak awal2 tadi..wakaka..Lauk nih aku masak last week lagi,mmg sedap n akn di ulang n ulang lagi..Masa CMG tayang resepi nih aku lam pantang lagi,so tahan air liuq jerla,Hahaha..Cmg mnta izin c/p resepi yg sedp nih d c ni ya..

AYAM CENCALOK
Resepi: Mat Gebu @ DTS

BAHAN-BAHANNYA :-)

* 8 ulas bawang merah*
* 3 ulas bawang putih*(*dihiris halus)
* 600 g dada ayam, potong sedernana kecil
* 1/2 cawan cencalok, toskan airnya
* 3 helai daun limua purut
* 1/2 cawan jus asam jawa
* 3 biji limau kasturi, ambil jusnya
* 2 camca besar gula
* 2 biji cili merah, hiris
* 2 biji cili hijau, hiris
* 8 biji bawang merah*
* 2 cm kunyit hidup*
* 3 batang serai, hiris halus*(*dikisar halus)
* Garam (jika perlu)
* 1 cawan air
Aku msk kring2 cikit,hehe.
CARA MEMBUATNYA :-)

1. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 1 1/2 cawan), goreng hirisan bawang merah dan bawang putih hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan. Keluarkan minyak tadi dan tinggalkan lebih kurang 1/2 cawan. Tumis bahan2 kisar hingga harum dan pecah minyak, gunakan api sederhana.
2. Masukkan ayam, cencalok dan daun limau purut, gaul rata. Masukkan air asam dan tambah gula dan juga air. Kacau dan biar mendidih. Masukkan sebahagian bawang merah/putih goreng tadi dan juga hirisan cili merah/hijau. Kacau rata2.
3. Perlahankan api dan renih hingga ayam masak dan pekat. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi, kacau dan rasa. Jika perlu tambah garam (tapi rasa mat tak perlu lah tambah garam, sebab cencalok pun dah masin). Hidangkan segera bersama nasi hangat.