Monday, March 29, 2010

Time Rajin ..

Salam..
Hari ni time lunch aku msk simple2 jer,hubby nak mkn sambal sardin n Lamb goreng kunyit..Senang jerla kja aku rini..Untuk aku plk aku wat nasi goreng jer(Aku xmkn ikan sardin,lamb plk xbape la suka sgt)..
Klmrn plk time aku jenguk2 FP kak Ida aku da tgk resepi sandwich..Rasa nak try wat la plk..Ptg tdi aku pun try la resepi nih..Untuk hubby punya aku + juga ngan isi srdin yg xabis time lunch..Aku wat sorang 2kping jer..Tapi bila dah boh inti tu mmg kenyang la..Hubby aku mcm besa la licin la dia mkn, n dia kata "ermm sedap gak sandwich ni no"..Tapi mmg resepi sandwich ni sedap pun..Sehari 2 ni production susu ku agak kurang,so aku pun start minum balik air longan kering(dah lama xminum)..Air ni yg aku baca dari internet blh memperbanyakkan air susu ibu(aku rasa dgn aku serasi,kalu asa susu kurang jer aku msti wat air nih)..Senang jer nak wat air nih,longan kering drebus sampai mendidih,pastu masukkan gula pasir+gula merah,dah siap..Tadi ptg time mkn sandwich aku minum la air nih suam2(hubby pun hentam gak)Kat bwh ni da resepi sandwich yg aku CP dari Fp kak Ida..


EGYPTIAN ON RUSH SANDWICH (aku CP dari Fp kak Ida)Tq kak..
Bahan:-
·2 - 3 helai sayur kobis (dipotong nipis2)
·1 keping daging burger (dihancurkan)
·1 biji bawang besar (racik2)
·1 biji telor ayam
·carrot (dipotong halus-halus)
·1 biji cili merah (diracik)
·garam secukup rasa@ guna sos Lea & perrins
·roti gardenia secukupnya
·1 sudu besar mayonis
·sos cili
·slice cheese/cheesedale
(Aku +1Btng sosej+saladn tomato)
Cara Menyediakan:-
1.Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang hingga naik bau.
2.Masukkan cili yang dipotong, kacau. Masukkan burger pula, gaul sekata hingga burger masak.
3.Masukkan pula sayur kobis dan carrot. Gaul dalam 2 minit.
4.Lepas tu pecahkan telor dalam kuali. Jangan scramble dulu, Biar sekejap, baru scramble telor tu. Gaul dengan bahan2 hingga masak. Tutup api.(aku msuk cheese siap2 time dalam kuali ni)
5.Pindahkan dalam mangkuk dan masukkan mayonis, gaul sekata.
6.Kemudian masukkan sos cili (jika suka).
7.Letak bahan antara 2 keping roti tadi serta slice cheese. Siap


Pas maghrib tadi aku buka plk FP kak Yati(damira),nmpk plk resepi marble kek,bahan2 yg d perlukn semuanyer ada..So aku pun kata kat hubby nak try la kek nih..Hubby aku kata "biaq betoi la ni ke?" aku pun kata"yerla,lani,tlg jaga Syazana jab na"Hubby aku pun trkejut sgt,(yerla mana x kan,tgk2 resepi terus nak wat..Bila kek msk jer,aku terus potong(xdan nak tunggu esok dah)sbb teruja sgt nak tgk hasil n merasa kek nih..Actually aku nih seumur hidup xprnah pun wat kek marble..Aku wat half adunan jer..
Kek yg aku potong tu aku wak msuk dlm bilik bagi hubby mkn,dia pun heran gak,dah blh mkn ke..Hubby aku kata(amboi sejak la ni,sakan betoi bini dia,mcm2 resepi duk try)..Ahaks,time mood tgh rajin kan..Resepi kat bwh aku CP terus dari Fp kak Yati..


VERY SOFT CHOCOLATE MARBLE CAKE

Bahan A

250g majerin/mentega
100g gula halus
1/2 tsp garam
5 biji kuning telur
1 tbsp susu sejat
1 tsp essen vanila
200g tepung gandum
5g baking powder

Bahan B

5 biji putih telur
100g gula halus

Bahan C

1 tbsp serbuk koko
1 tbsp susu sejat
1 tbsp coklat emulco

Cara-caranya:

1. Pukul majerin/butter bersama gula dan garam dari Bahan A hingga betul2 kembang dan gebu.
2. Setelah gebu, masukkan kuning telur satu demi satu dan pukul hingga sebati.
( Semasa mengasingkan putih telur dan kuning telur, pastikan tiada walau sedikit pun kuning telur yang tercampur ke dalam putih telur)
3. Tambahkan susu sejat dan esen vanila dan pukul lagi sehingga sebati.
4. Masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder kedalam adunan majerin/butter tadi. Kacau secara kaup balik sehingga semuanya sebati. Ketepikan dahulu.
5. Pukul pula putih telur bersama gula sehingga putih telur menjadi kembang dan tidak terjatuh ke bawah bila diangkat ke atas (membentuk soft peak).
6. Campurkan adunan putih telur ini ke dalam adunan butter. Kacau secara kaup balik sehingga semuanya bergaul sebati. Pastikan ianya dikacau secara perlahan-lahan sahaja.
7. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
8. 1 bahagian dibiarkan warna asal dan satu bahagian lagi dicampurkan koko dari bahan C yang telah diayak, susu sejat dan coklat emulco dan kacau sehinnga sebati.
9. Sediakan loyang yang sesuai. Sapukan shortening di sekeliling loyang tersebut dan taburkan sedikit tepung.
10. Ambil satu sudu adunan yang berwarna asal dan letakkan di tengah2 loyang.
11. Ambil pula satu sudu adunan coklat dan letakkan di atas adunan warna asal tadi.
12. Ulangi proses yang sama sehingga semua adunan selesai.
13. Bakarlah didalam oven pada suhu 160 degree Celcius selama 50 minit atau sehingga masak. ( Bergantung pada jenis oven masing2.Anda sahaja yang mengetahui
ragam oven masing2.

Sandwich n air longan utk aku n hubby


Kek yg baru kuar dari Oven

Kek yg masih panas,tapi telah d potong

No comments:

Post a Comment