Saturday, May 22, 2010

Cream Puff n Fruit Tart..

Ni nak story ttg Cream puff yg aku wat dah 1bulan gak la,Ahakss..Duk tgk kat byk Fp,rmai yg dah mncuba wat..So aku pun ritu time Baby Syazana tdq,smpat la mrajinkan diri mngodek cream puff nih..Ptg tu dapatlah di persembahkan kpd baginda Sultan Sazali,alhamdulillah wlpun 1st time mncuba resepi nih,ianyer menjadi..Baginda Sultan pun puji sedap..Aku wat tu ari jumaat entah mggu yg bila tah,tapi ari jumaat jer yg aku ingat,coz ari jumaat aku sllu kalu wat pe2 msti htq ckit kat jiran sblah yg sgt bek hati ittew..K kat bawah nih aku tmpekkan resepinyer..Aku cp dari Fp kak Madihaa ajer..


CREAM PUFF / KRIM PAF
Sumber : Chef Alex Goh copy dari Kak Madiha (TQ kak!)

Bahan Cream Puff / Pastri Choux
100 g mentega
250 ml air
½ camca teh garam
150 g tepung gandum, diayak
3 biji telur gred A

Cara membuatnya
1. Dalam periuk satukan air, mentega dan garam. Masak hingga air mendidih dan mentega cair. Masukkan tepung dan dengan pantas kacau adunan sehingga menjadi seketul doh yang tidak melekat di periuk, gunakan api perlahan dan kacau hanya satu arah.
2. Panaskan oven pada suhu 200C. Lenser dulang pembakar dengan sedikit mentega atau alas dengan silicone paper.
3. Masukkan doh tadi dalam mixer dan pukul hingga doh menjadi suam. Pecahkan telur dan kacau dengan garfu. Masukkan sedikit demi sedikit telur ke dalam adunan doh hingga habis. Pukul hingga adunan menjadi pes yang lembut.
4. Masukkan pes tadi ke dalam piping beg yang dipasang muncung bintang atau muncung biasa. Paipkan bentuk siput/spiral atas dulang pembakar. Buat hingga habis dan bakar 20 minit hingga kuning keemasan.
5. Bila masak, alih cream puff atas jaringan dan biar sejuk. Belah sedikit puff (jangan sampai putus) dan bolehlah paipkan kastad di tengah2nya. Sedia dihidangkan.

Bahan-bahan Kastard:
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung castard
4 sudu makan gula
1 cwn (250ml) susu segar
1 biji telur
1 sudu makan mentega

Cara-cara:
1. Campurkan kesemua bahan2 di atas kecuali mentega. Kacau rata menggunakan whisker.
2. Jerang atas dapur dengan api yg perlahan dan masak sambil dikacau2 sentiasa sehingga kastad nampak pekat.
3. Tutup api & masukkan mentega dan kacau2 lagi.
4. Biar sejuk sebelum dimasukkan ke dalam piping bag.

Fruit Tart ni pun aku tgk n cp dari Fp kak Madiha..Nmpak cam sedap n menarik jer,so aku pun try la wat n wak p kat umah Abg aku(kbtulan mak aku duk da sana n hari ibu lak tu)n alhamdulillah hubby aku,kak ipaq n mak aku puji kata sedap,mak aku siap cakap lagi uii cantik,leh wat hantaran nih..He he ni yg mkin kembang bontot yg dah sedia kembang nih..Ahaks..K meh kita tgk resepi na..



Bahan-bahan:
250gm butter, dilembutkan pada suhu bilik
120gm icing sugar
2 biji kuning telur
440gm tepung gandum
1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara:
1.Adun semua bahan sehingga menjadi doh. (MaDiHaA pukul sebentar butter & gula aising (kejap jer) pastu masuk telur & vanila.. pukul kejap.. pastu baru masukkan tepung & uli hingga jadi doh.
2. Gelek di atas papan sehingga setebal 5mm. Susun acuan tart di atas dulang dan tebarkan doh yg digelek tadi ke atasnya. Tekan ke atas acuan utk mendapatkan bentuk dan memotongnya. (step yg ni tak ikut.. tp terus tepek2 dlm acuan tart satu persatu.. pastu potong/kemaskan tepinya dengan pisau.)
3. Cucuk-cucuk dgn garpu dan bakar selama 20min atau sehingga kulit tart agak brownish
pada suhu 175 drj cels.
4. Keluarkan dari oven dan tanggalkan pastri dari acuan dan biarkan sejuk.

CASTARD
Bahan-bahan:
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung castard
8 sudu makan gula
2 cwn (500ml) susu segar
2 biji telur
2 sudu makan mentega

Cara-cara:
1. Campurkan tepung gandum, tepung castard dan gula dlm satu mangkuk. Campurkan 2
sudu besar susu dan kacau rata.
2. Masukkan telur dan terus kacau lagi.
3. Masukkan selebih susu dan kacau sebati.
4. Masukkan dalam microwave dan masak dengan suhu tinggi sehingga pekat.
Sesekali buka microwave dan kacau bancuhan supaya tidak berketul.
5. Apabila sudah likat..keluarkan dan masukkan mentega. Terus kacau hingga sebati.
Tidak perlu masukkan semula ke dalam microwave

Step yg ni.. bila dah siap bancuh semua.. MaDiHaA masak jer atas dapur dengan api yg perlahan hingga likat.. then baru masukkan mentega. Sejukkan kemudian masukkan dalam piping bag. Bila nak guna potong sikit bucu plastik piping bag tadi

BAHAN2 TAMBAHAN & HIASAN
Coklat masakan secukupnya ~dicairkan cara double boiler (yg ni MaDihaA tambah fungsinya supaya pastri tart tak mudah lemau, pecah atau berkecai semasa kita memegang atau makan sebab coklat masakan tu berfungsi menahan lembapan dari menyerap pada pastri.)
Buah2an kegemaran masing2 (contoh: strawberi, peach dlm tin, kiwi, mangga, ceri, anggur dll)

Penyudahnya
1. Tuang sedikit coklat cair ke dalam kulit tart/pastri & sapu rata & biarkan sekejap hingga coklat mengeras.
2. Ambil kulit pastri/tart tadi & paipkan kastard hingga agak penuh. Susunkan buah2an kegemaran. Letakkan ke dalam mangkuk kertas. Sejukkan seketika dalam peti ais sebelum dihidangkan.




5 comments:

  1. makngah!!!! sedapnye nmpk... LUpe nk order nih mase blik kampung haritu...

    ReplyDelete
  2. Syuhada..Amboi byknyer nak order,ni dah melampau nih..

    ReplyDelete
  3. ala...skali skale blik ape salhnye mengada-ngada...:p

    ReplyDelete
  4. Tula nasib la skli skala jer blk..Kalu kerap mmg x layan la,ahakss..
    Sent la pic besday Khadijah ritu,nk tgk..

    ReplyDelete