Friday, March 25, 2011

Apam Snow White Berinti Kastard


Assalam semua,dah bf ke..Jom bf ngan apam yg versi derhaka yg da inti kastard jom..Ujan2 nih best jer ngap apa pong..Sebenarnya kastard ni lbihan dari kek yg meletop n puff aritu,ngee..Arini sesaja gatai g letak inti kat dlm apam nih,hasilnya,mmg meletop n sedap ok,hubby aku yg mmg penggemar apam nih hentam bykla juga,aku xsmpat nak kira,coz aku g hntaq apam kat umah jiran sebelah,masuk2 jer aku tgk dah tinggai 3ketui jer,akceli aku wat half adunan jer,bagi kat jiran 5biji,yerla depa berdua jer,g pong org tua2 mana mkn byk sgt kan.ngee..Aku xsmpat nak kira lak aku wat bape biji,tapi yg pastinyer,hubby aku kata sedapppppppppp..Pastu yg tnggai 3 biji tuh aku ngap sebiji,lagi 2 pong dia tibai,muehehe..Seingat2 aku la,aku mkn 3 biji jer,tuh pong dah termasuk suap nana,aku mmg bkn penggemar apam..Kalo nak tgk apam versi biasa,klik disini ya..



Bahan-bahan Apam:-

* 1 1/2 cawan tepung beras
* 1/2 cawan tepung gandum
* 3/4 cawan gula pasir
* 1/2 paket mauripan @ ibu roti
* 1 cawan nasi
* 11/2 cawan air
* 1/4 biji kelapa parut putih + sedikit garam

Cara-cara

* Masukkan semua bahan diatas kecuali nasi dan air kedalam bekas. Gaul rata dan ketepikan sebentar
* Kisar nasi dengan air sehingga ia betul-betul hancur.
* Masukkan campuran kisaran nasi dan air tadi kedalam bekas tepung dan sebatikan.
* Perapkan adunan selama sejam. Tutup bekas adunan anda dengan kain bersih/tuala bersih.
* Panaskan periuk kukus. Sapukan sedikit minyak pada acuan lompang dan susun dalam pengukus. Kukus dalam 3-5 minit.
* Angkat bekas kukusan yang mengandungi acuan lompang kosong dan masukkan bancuhan tadi sehingga penuh acuan. Anda boleh letakkan pewarna kesukaan anda. saya letakkan sirap ros so bau apam jadi harum saja.Kukus selama 10-15 minit dengan api yang sederhana


Keratan rentas apam,yg leleh2 kale ijo tuh kastard yer puan2,ngee..

BAHAN KASTARD :-)
1 camca besar tepung kastard
1 camca besar gula kastor
2/3 cawan susu segar (Aku letak susu sejat+air ckit)
15 gram mentega (kurang lebih 1 camca teh)
2 camca teh esen vanilla(AKU XLETAK,COZ GANTIKAN NGAN PANDAN PASTE N PEWARNA HIJAU)

12 comments:

  1. amboii..kretiff betoi ana ni...
    kak mas tengok jer dah terliur gambar apam kat bawah tu.....
    nanti boleh try..he..he..

    ReplyDelete
  2. salam zal..wah ada apam snow whhite..apam mg feberet akak ni..cuma nk wat je yg malas...

    ReplyDelete
  3. agak2 semapai smpi umah akak dak ct?

    ReplyDelete
  4. ieee..comelnya yg kaler pink tuuuu..hihi..nape x buh kaler biru skali?ahaks..

    mesti sdp jek buh kastad2 tu kan..ni betul ke hb je makan byk nih?hahaha

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum..
    Ni kira versi derhaka le yea. Tak baik tau.

    ReplyDelete
  6. Assalam zaliedana...sedapnya apam tu..lg sedap ada kastard tu. oohh kecil lg bbynya baru 3 bulan.

    amani dh nk masuk 6 bulan 6.4 ni

    ReplyDelete
  7. Kak mas,
    Nanti jgn lupa try letak inti kastard tau,best kak..

    ReplyDelete
  8. Kak zai,
    xpa akak malas,meh sy tlg wat,bagi kat akak,kita tukar ngan kek kastard leleh tu ya,ngee..

    ReplyDelete
  9. Chik Mimi,
    Ishk kak nape mai umah tadi xtanya pasai apam nih,kalo x,blh bagi rasa seketui,hihi..

    ReplyDelete
  10. Kak hasue,
    Akak len kali wat,kita letak kale biru khas utk akak yer,Pstt beli cup utk mapin kale biru nak tayang kat akak,ngee..Akak betoi la hubby yg ngap lebih,coz apam2 nih sy xbape gemar sgt,tapi yg letak kastard nih sdp lah plk..

    ReplyDelete
  11. Kak Sam,
    Waalaikumussalam kak..Akak bila nak try wat apam kak..Derhaka mcm nih xpa kak xkena pancung kepala,hihi..

    ReplyDelete
  12. Kak Rosaliza,
    Waalaikumussalam kak,sedap kak versi derhaka nih,nnti akak try lak,mesti lagi cung versi mama amani,ngee..A'ah kak kecik lagi lah,baru nak masuk 3bulan,tapi tembam gak kak,mcm ummi dia la gak,hihi..

    ReplyDelete