Monday, March 7, 2011

Lala Goreng Pedas Bersama Cendawan


Lauk lunch tadi,Aku goreng juga daging kunyit n masak ketam..aku n hubby mmg suka msk cenggini,smple tapi sodap..Kalu beli lala,sllunya msk gini jer,rini aku tambah cedawan tiram n butang ckit,fuhh lagi best..
Bahan-bahan



500gm lala
Cendawan tiram(di siat)n cendawan butang (dihiris nipis)
*Bawang Merah
*Bawang putih
*Cili Padi
Serai di Ketuk
1 biji bawang besar (di potong 6)
Cili Kisar
Sos tiram
Garam dan gula Secukup rasa
minyak

Cara-cara
Lala direndam seketika utk mengeluarkan segala kotoran n pasir,cuci bersih,toskan n di rebus sebentar sehingga kluar semua air lala.Kupas kulit n ketepikan.
2. Tumbuk bhn yg bertanda*
3. Panaskan minyak atas api sederhana. Tumiskan bhn yg ditumbuk
4. Masukkan cili kisar dan biarkan seketika agar cili masak.
5. Masukkan serai yg diketuk n bawang besar yg dipotong 6
6. Masukkan sos tiram Kalau agak kering boleh masukkan sedikit air rebusan lala.
7. Perasakan dengan garam dan gula,seterlah cukup rasa masukkan lala rebus n cendawan,biarkan sebentar,kacau2 biar semua sebati n mesra,Tutup api n blh la dihidang bersama nasi putih,ratah cenggitu pong best..


Daging goreng kunyit versi yg hubby suka,daging di rebus empuk,baru goreng,hehe..

4 comments:

  1. wah!sedapnya lala..akak suka lala..tak kisah di masak dgn apa cara sekali pun,balun jek..hehe

    Eh!apa pulak nak shy2 cat..tinggal je jejak kat dapur akak tu..boleh kita bergurau senda selalu..hehe

    ReplyDelete
  2. sedappnya lauk2 tu...
    tetiba jer jadi lapar..he..he..

    ReplyDelete
  3. Kak anymz,Lala jnis2 siput@kerang mmg sedap kan kak..Rebus camtu pong dah sedap kan..
    Kak xknal lgi tula malu2 ngee..Ngan kak mas pun baru jer bertegur sapa..

    ReplyDelete
  4. Kak mas,lala nih ratah gitu jer leh abis spinggan kan..Hehe..Mehla jmput mkn kat sini kak mas..ngee..

    ReplyDelete