Hubby puji sakan ok..Suke sgt aku mendengarnya..Mmg kami suke sgt mkn menu gini,bila mkn air tangan bini dia,rasa2 ajer dia ckp,uish sedap,semua sedap,haha..
Akceli nih nk bgtau lah,wat pe nak tipu kan,utk sos pudina n sos manis tuh aku suh hubby beli jer tapau dari kedai nasi kandaq makbul,beli sehinggit 1jenis,mmg byk betoi,rasanya leh smpn frezer utk tahan lama,leh wat 2 3kali lagi punya ayam tandoori n roti naan kut..Mula tuh hubby kata lah eh depa nak ke juai sos ajer,aku kta la,ala try jerla tya,kut2 depa juai,Hehe tgk2 mmg depa juai wlaupon xbeli benda lain pon,haha save bajet..
Roti naan nih mmg best,sgtlah sedap bila dimakan bersama ayam tandoori,selamat tinggal ayam tandoori n roti naan Kapitan,pasnih kalo ai nak mkn lagi,mmg wat sendri ajer,lbh sedap n puas mkn..Yg penting kebersihan terjamin n lebih murah..
Terus terang cakap,ayam tandoori nih,tersangat lah SEDAPnya..Mmg MELETUP,KEDEBOM Sedap lagi dari kedai nasi kandaq wokey..
Tengs bebanyak utk ros atas resepi roti ni n juga tips2 yg diberi..
Fry Pan Naan Bread
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahan-bahanya
300gram tepung roti(Tpng aku cuma ada 220gm jer,so aku tambah tpng gandum jerla)
50gram tepung gandum
4 sudu besar plain yogurt
3 sudu besar gula(Aku letak 2sdb jer)
1/2 sudu kecil garam
3 sudu besar minyak masak
190ml air suam (Aku letak 16oml jer,mmg dah ok,sbb aku punyer tpng gandum lbh)
2 sudu kecil yis
1 sudu kecil baking powder
Cara-caranya ( Doh Roti)
1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
4. Bahagi doh pada 7 bahagian, dan bulat-bulatkan kemudian ambil sedikit marjerin atau minyak masak, dan lumur pada doh tadi, tutup bekas adunan, perap sekali lagi lebih kurang setengah jam.(Aku bhgi 6bhgian jer)
5. Setelah di perap, ambil satu bahagian doh dan terap memanjang menggunakan penggelek roti, ketebalan agak-agak lah ye, lebih kurang 2cm, jangan tebal sangat, jangan nipis sangat. Ulang langkah tadi sehingga doh habis. ( masa ni pastikan papan canai dan penggelek di tabur dengan sedikit tepung bagi mengelakkan doh melekat).
6. Panaskan Fry pan, setelah fry pan betul-betul panas baru letakkan doh roti naan yang telah diterap tadi, renjiskan atau spray dengan sedikit air, dan tutup fry pan, setelah, nampak roti naan kembung sedikit di permukaaanya, terbalikkan roti naan dan tunggu sehinga kedua-dua belah roti naan tadi masak, masa yang di perlukan tak lama, lebih kurang 5-6 minit sahaja.
7. Setelah masak, sapukan roti naan tadi dengan butter atau marjein, sedap dimakan panas-panas bersama keeema daging, kuah kari atau ayam tandori, sedap juga dimakan begitu sahaja. Selamat Mencuba.
Tips-tips Membuat roti naan - by rosmarlina @ jintanmanis.com
1. Pastikan anda menggunakan tepung roti yang berkualiti.
2. Sukat bahan dengan betul, dan doh roti naan ini agak lembik sedikit, tapi masih boleh dicanai dengan baik, pastikan papan canai dan penggelek roti di tabur dengan sedikit tepung apabila ingin membentuk roti naan ni nanti.
3. Proses perapan digandakan bagi memastikan bahan-bahan dalam doh lebih mesra.
4. Gunakan api sederhana apabila memasak roti naan ini nanti.
5. Jangan gliss fry pan dengan minyak masak, cukup hanya merenjiskan atau spray air didalam fry pan dan pastikan fry pan ditutup kemas apabila memasak roti naan. apabila nampak fry pan kering boleh direnjis lagi dengan sedikit air.
6. Setelah roti naan perang di kedua-dua permukaanya terus angkat, jangan over cook, nanti roti naan akan menjadi keras dan tidak lembut.
7. Jangan terap doh roti naan terlalu tebal, nanti lambat masak ataupun bahagian dalamnye kurang masak.
8. Gliss terus permukaan roti naan sejurus diangkat dari fry pan, supaya permukaan nye cantik berkilat dan tidak terlalu kering.
9. Simpan roti Naan di dalam berkas bertutup bagi mengekalkan kelembutannya.
Sos yg ijo tuh sos pudina,yg merah tuh sos apa tah,rasa dia manis2 n pekat ajer..Kalo nak mkn campur2 sos n ayam,mmg lah sgt sedap...
Sumber Resepi,disini,tengs bebanyak ya chef nizam yg baik ati yg sudi berkongsi resepi yg amat sedap nih..Aku cuma tgk bhn2 ajer,sukatan,men taram sesedap tekak ajer,yg pnting bhn semua da,ok..
+ 2 ekor ayam – belah 4
Rempah ratusnya:
+ 3 biji bawang besar
+ 13 ulas bawang putih
+ 2 inci halia
+ 2 sudu teh garam
+ 1 sudu serbuk kunyit
+ 1 sudu serbuk cili
+ 1 sudu serbuk lada sulah
+ 1 sudu serbuk jintan manis
+ 1 sudu serbuk jintan putih
+ 1 sudu serbuk ketumbar
+ 1 sudu serbuk kulit kayu manis
+ 3 biji buah pelaga
+ 1 cawan susu cair
+ 2 biji buah lemon
+ 2 ikat daun ketumbar
+ 2 ikat daun pudina
+ 2 sudu marjerin
+ 2 sudu sos tiram
+ pewarna merah
Cara2:-
Langkah pertama sekali untuk membuat ayam tandoori ini, kita buat tairu. Perahkan ½ biji buah lemon ke dalam 1 cawan susu cair dan kacau. Sekarang anda akan melihat perubahan susu cair tadi menjadi tairu. Kalau nak gunakan plain yogurt pun boleh menggantikan tairu ini.
Lepas itu, masukkan kesemua bahan-bahan rempah ratus tadi ke dalam pengisar. Jangan lupa perahkan 1 biji buah lemon ke dalam pengisar.
Kemudian, masukkan tairu ke dalam pengisar. Kisarkan bahan-bahan ini sehingga halus dan sebati.
Bila sudah selesai mengisar bahan-bahan tadi, lumurkan ke atas ayam-ayam ini. Pastikan kesemua ayam ini dilumur sehingga sebati dengan rempah ratus ini.
Ok, sekarang masukkan ayam-ayam yang telah diperap dengan rempah ratus tadi ke dalam beg plastik kedap udara. Beg plastik kedap udara boleh dibeli di pasaraya berdekatan. Jikalau takde, pakai aje bekas-bekas plastik yang kedap udara. Ini penting supaya tiada bau-bau wap asing di dalam peti ais masuk kedalam ayam yang diperap tadi. Untuk pengetahuan semua, saya perap ayam ini selama 5 jam sahaja.
*Cara aku,aku kisar guna blender kering bawang2,daun pudina,halia bagai,pastu kat mangkuk yg lain aku satu kan semua rempah2 yg jnis serbuk n bhn2 lain,pastu msukkan juga yogurt,gaul2 sebati,baru campur ngan bhn kisar,pastu aku baru lumur atas ayam,Aku bakar 170 c .
selamat pagi zaliendana..
ReplyDeleteaduh......
nampak menyelerakan.
ayu pun kadangakala malas nak buat aksesori tambahan..
beli jer.kita tak payah nak susah2 kan..
Selamat pagi Dana,
ReplyDeletebestnya buat roti naan.... ayam tandoori lagi....,
gerenti tak payah makan tengahari ni, sebab biasanya menu begini sungguh mengenyangkan! sesekali kurasa teringin..... buat begini...
Citarasa Rinduan,
ReplyDeleteSelamat pagi kak ayu,a"ah tu la kak sos nya beli ajer,sbb mls nak wat n nak google resepi,hehe..Mmg sedaplah kak ayam n roti nih,jom bf sesama kak..
Amie,
ReplyDeleteSelamat pagi jumaat kak,hehe,mmg betoi kak,pas mkn kenyang berandar,hehe..Tapi kna msk juga lah utk lunch,nanti hb blk mkn,hehe..Kalo x,mmg mls ajer nk msk,sbb dah kenyang..
uishhh siti.. apa nii pahi2 bikin bergendang gendut perut hakak ni... banyak benor perkataan sedap buat tekak meronta2.. nak buat maleh bebenor la.. nak makan hak penang jugak.. nanti buat akak gi bf kat penang ek.. hehee
ReplyDeletesedappnya...
ReplyDeletemacam makan kat kedai mamak dah....
rajinnn ct masakk...
Kak Izahdaut,
ReplyDeleteBetoi kak mmg ayam n roti nih sedap kak,sy wat ptg klmarin,1adunan,smp bf pagi nih la kak,eh bila tu nak mai bf kat sini kak izah oi..Maila..
Kak Mas,
ReplyDeleteSaja nak try wat sendrik kak,selalu mkn kat kdai mamak jer,menu ptg klmarin n merangkap bf pagi nih,hehe..
akak nak p rumah hang mkn roti nan boleh ka..? sedapnya tgk..:)
ReplyDeleteAla la kak dah mai ek,jemput2 masuk ke teratak buruk cheq ni kak..Awat lak xbulih kak oi,mai la kak..
ReplyDeleteZaliedana...
ReplyDeleteNak bekpes ghumah zaliedana la...bestnya ada set roti nan yg lengkap lagi...boleh ek...:)
cIK cEK,
ReplyDeleteAla nk bf kat sini juga ek,bole2,kita kongsi sorang cikit ek,mai tau,jgn xmai..
Assalamualaikum ct...
ReplyDeletewah sedaaapnya bf ct hari nie... ada x lg nie... akak nak tumpang bf nie.. akak lom bf lagi... hehehehe.. memang terliur akak tgk menu bf ct nie tau... sedaaapnya
Assalam ct,
ReplyDeletewah akak nak 7 set roti nan & ayam tandoori..buat lunch ya..sedap nampaknya tu ..rajin ct buat roti nan ya..
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletenk cuba ni....kuah cicah hijau ngan smbal tu nk wat cemana sis?
ReplyDelete