K lah calzone@roti turki nih aku wat ari jumaat juga,smbil uli2 calzone,sambil sukat2 bhn n bakar mapin coklat kat bwh nun,geram toi ngan si nana,xbape nak mkn,agaknya dia xsuke kut bila campur ceklat+oren+nescafe,tapi aku n hubby sukeeeee sgt,sedap..
Calzone nih nmpak kat umah n00rsha,mmg dah terus jatuh hati pandang pertama,nak2 stekmen dia yg aku xleh blah n duk igt2,dia kata sedap melantun2 ,haha,sbbkan aku mmg suke jns savoury2 nih,so mmg terus buat ajerlah..Betoi noorsha,mmg sedap bangat,tengs ya n00rsha,sbb promot baik punyer..Xrugi wat..K lah jom tgk resepi ya,aku nak qada BW jab,hehe..
RESIPI CALZONE ALA TURKI
Resipi Asal : Chef Wan
Sumber & Olahan : Mat Gebu
Sumber Resepi:-N00rsha
BAHAN UNTUK DOH (KULIT) :-)
300 g tepung gandum
6 g instat yeast
20 g mentega
10 g gula halus
1 camca teh bread improver (optional)
1/4 camca teh garam
1 1/2 camca besar madu170 ml air1 sb mayonis - Noorsha tambahSedikit tepung untuk ditabur
300 g tepung gandum
6 g instat yeast
20 g mentega
10 g gula halus
1 camca teh bread improver (optional)
1/4 camca teh garam
1 1/2 camca besar madu170 ml air1 sb mayonis - Noorsha tambahSedikit tepung untuk ditabur
BAHAN INTI AYAM :-)
1 cawan isi ayam yang dicencang halus - Noorsha guna 3 keping daging burger Ramly (Aku guna daging
1 biji bawang besar, didadu halus
2 ulas bawang putih, tumbuk halus
1 inci halia, tumbuk halus
1/2 camca besar cili kisar
1 camca besar rempah kari daging
1/2 camca besar sos tomato
2 pokok daun bawang, hiris halus Aku add juga daun sup
Garam dan gula secukup rasa
5 batang cili padi - diketuk (Noorsha tambah)Aku xletak
1 cawan isi ayam yang dicencang halus - Noorsha guna 3 keping daging burger Ramly (Aku guna daging
1 biji bawang besar, didadu halus
2 ulas bawang putih, tumbuk halus
1 inci halia, tumbuk halus
1/2 camca besar cili kisar
1 camca besar rempah kari daging
1/2 camca besar sos tomato
2 pokok daun bawang, hiris halus Aku add juga daun sup
Garam dan gula secukup rasa
5 batang cili padi - diketuk (Noorsha tambah)Aku xletak
1/4 batang carrot - hiris halus (Noorsha tambah)Aku xletak
Daun salad secukupnya (Noorsha tambah)Aku xletak
Cheddar cheese @ slice Cheese secukupnya (Noorsha tambah)Aku guna Mozarella
Sedikit air
- UNTUK DOH (KULIT) :- Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas, kecuali mentega dan tepung untuk ditabur, gaul rata hingga bersatu. Tambah mentega dan terus meggaul hingga menjadi doh yang kenyal, jika melekit, tambah sedikit tepung. Kemudian bulat2kan dan biar 45 minit hingga naik sekali ganda.KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan untuk dok kecuali tepung untuk ditabur, ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan "ON", buat hingga siap.
- UNTUK INTI AYAM :-Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih, halia, sos tomato dan cili kisar hingga garing. Masuk rempah kari daging dan kacau rata. Tambah daging ayam @ daging burger cincang dan cili padi yang diketuk, kacau dan tuang air.Masak hingga pekat. Perasakan dengan garam dan secubit gula. Masak hingga kering. Matikan api, masukkan hirisan daun bawang, kacau rata dan sejukkan.
- UNTUK CALZONE ALA TURKI :- Keluarkan doh dan tumbuk untuk membuang udara. bagi pada 4 bahagian sama besar, bulat2kan. Ambil 1 bahagian, canai hingga leper. Sapukan permukaan doh yang dicanai dengan kuning telur agar mudah lekat bila di klim nanti. Letak daun salad, 1/4 bahagian inti ayam, dan cheese, kemudian lipat dua dan tekan2 hujungnya biar bercantum. Kemudian kelim seperti membuat karipap ... Buat hingga siap pada baki adunan.
- Susun dalam loyang pembakar yang telah disapu sedikit minyak masak, biarkan doh mengembang sedikit kemudian sapu kuning telur pada setiap permukaan calzone dan cucuk2 sedikit dengan garfu (Noorsha gunting sket permukaan calzone). Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 minit. Sejukkan sebelum dihidangkan..
nyum nyum nyumm..sedapnyer!~ memang nampak sedap melantun2 calzone cek ct nih.. siap ade mozarella lagik.... wooweeee!~ kellas makan panas2 main tarik2 cheese yg melting itew..!!~
ReplyDeletewahhhh.....memang bercadang nak buat roti ni...
ReplyDeletetungguuuuu....
peeh!!!!!!!!!!
ReplyDeletehari jumaat punya menu tu..
apasal ayu tak sampai rumah zaliedana.. kalau tak sure dapat 2 -3 biji...
mmg nampak menyelerakan
Assalamualaikum ct...
ReplyDeletewah rajinnya dia buat... nampak sedap plak tu.. meh antar ckit kat akak..sedaaap tu.. terliur tgk tau
kagum dengan kesungguhan menghasilkan calzone ala turki... hasilnya mestilah sedapkan!
ReplyDeleteSalam, ct....
ReplyDeletewah rajin ct buat calzone ala turki nih... nampak best & sedappp.. nak sebijik bleh ..:D
huwaaaaa...dah sampai dapur CT..
ReplyDeletemama bila tgk masa Noorsha buat arituh mmg dah angan2 nk buat..tapi terpaksa ditunda dulu. Nmpk sedap betul :P
Waaa..dia dh bt dulu..yana jatuh ati ms CMG bt g lepas tu sha plak bt.. isshh..xleh jd nii..nk bt jgk sblm puasa hehee
ReplyDelete