Thursday, November 24, 2011

Angel Hair Aglio Olio

Assalamualaikum..
Selamat pagi..Dah nak msuk tghri dah nih..Tgh watpe tuh,dah msk ke,mesti ibu2 yg xbekerja tgh bz kat dapur kan,yerla anak2 yg tgh bercuti tuh mesti da mcm2 permintaaan yg nak suruh mak diorang masak kan..Mak2 pula,kadang tangan xsempat nak kering lagi,anak2 dah tanya menu pa pula utk minum ptg,adoyaiiii anak omak..Tapi yg pasti aku sendri sebagai ibu mmg suka sgt kalo anak2 n hubby suka apa yg kita masak n mkn ngan penuh selera sekali,rasa penat n peluh ketiak time masak tuh hilang terus,hihi..
Oklah panjang pula intro kan,mcm xda kja lak,padahal mmg byk kja sungguh arini,coz esk dah nak blk kg.Angel hair nih menu dinner mlm tadi,bagi aku mmg sedap,coz aku da letak cili flakes n cili padi,pastu lada itam,mmg pedas n terangkatlah..
Aku da tgk yana wat angel hair lebih kurang gini,ni kes nmpak sedap n terliur yg yana punyalah ni..Pastu aku wat la ala2 yg yana wat,tapi klmarin xsempat lak nak tgk n usha betoi2 resepi yana,bila tgk bhn2 dia tadi,mmg lbh kurang yana jer,so inilah resepinya,yg aku edit2 dari resepi yana..Nih versi aku wat semalam la eks..Tq ya yana cayang,muahhhhss..

BAHAN-BAHAN:-

Pasta Angel Hair Secukupnya..
2 ulas Bawang Putih ( Di Cincang )
1/2Biji Bawang Besar(Di Dadu)
1Biji Tomato (Di Dadu)
10 Ekor Udang Sederhana
1Ketul Paha Ayam (Dibuang Tulang n Di potong)
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
Serbuk Lada Sulah Ajishio
1/2 Kiub Pati Ayam
1/2 sudu besar dry oregano@Mix Herb
1Sudu Teh Chili Flakes
2,3 Cili Padi (Diketuk)
Brokoli/Celery/Capcicum hijau n kuning
Minyak zaitun Utk Menumis
Garam Secukup rasa

Antara Bahan2 yg aku gunakan..

Cara-Cara:-
Angel hair di rebus dengan sedikit minyak n air sehingga lembut,tos n ketepikan.
Panaskan Kuali,Masukkan minyak zaitun,tumiskan bawang putih,bawang besar hingga kekuningan.
Masukkan ayam,seterlah separuh masak,masukkan udang,lada hitam,chili flakes,cili padi,lada sulah,pati ayam,garam,brokoli,celery,capsicum n oregano..Gaul2 sebentar sehingga semua bahan masak,masukkan pula angel hair,gaul biar mesra n rasakan,jika ok,bolehlah dihidangkan..

Jemput makan semua..Yum yum..!

4 comments:

  1. meriahnya!...pelbagai aksesori ada...kak Amie kutip udang-udang tu dulu ye Dana...

    ReplyDelete
  2. waahh..tu die..arini pakai contact lens ijau ke biru? ke warne ganse? wahahaha...nampak sedap ler ct angel hair nih.. haish, tergode!

    ReplyDelete
  3. uwaaaa sedapnya, tngk bahan2 pun dah tau mmng sedap..leh cuba ni, nak beli angel hair dululah..

    ReplyDelete
  4. Bestnya angle hair, nak order sepinggan, accessories taruk lebih k

    ReplyDelete