Tuesday, November 29, 2011

Kuih Bingka Suji..

Assalamualaikum..

SALAM Sejahtera n selamat malam semua..Maaf sesangat dah lama xde n3 terbaru..Ari jumaat seperti telah diberitahu kami sekeluarga blk ke alor setar,pastu semalam lak hubby kan bercuti lagi,so mmg xda peluang la nak on lappy,bz jer,huhu..
Akceli dari ptg tadi duk upload pic,tapi xleh nape tah,so malam nih try lagi,alhamdulillah dah boleh..Nih pon ank2 tgh main ngan hubby,curi time jab update bingka(bengkang panggilan kat utara) yg mmg sedap sgt..
Aku wat bingka nih tghri klmarin,sbb nak bawa ke rumah maklong hubby kat blk pulau ptg klmarin..Yerla org tua2 mesti suka kuih yg lembut n lemak 2 manis nih kan..

Yg nih bawa g umah maklong hubby..6Biji coz maklong n kazen hubby jer yg da pon..Pastu aku bagi juga lah utk jiran sikit yg potong tuh..
K lah xnak bebel panjang2,b4 anak2 kacau,nak update cpat2,hihi..Tq ya utk Along n Cmg atas resepi nih,juga tq utk Datin jun..Sy copy paste kat sini utk rujukan akan datang pula ya..

Resepi :-Along Roz
Sumber Resepi:-Jun Yummylicious &Cmg

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 biji telur gred A
110 gram gula (boleh tambah sedikit lagi jika suka manis)
160 gram suji @ semolina
250 ml santan pekat
435 ml air
1 camca teh pes pandan
1/4 camca teh garam
90 gram mentega
30 gram tepung gandum
Sedikit bijan untuk hiasan (resipi asal tak letak)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Alas tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan aluminium foil, biar lebih sedikit dibahagian kiri dan kanan, lenser dengan mentega pada dasar dan tepinya (tujuan melebihkan aluminium tadi ialah supaya kueh mudah diangkat keluar). Panaskan juga oven pada suhu 190C.
  2. Satukan semua bahan2 diatas kecuali mentega. Kacau rata dan tuang dalam bekas tahan panas, kemudian tenggekkan atas air mendidih dan kacau dengan whisk sehingga bancuhan pekat seakan2 bubur (seperti dalam gambar). Alihkan dari dapur dan masukkan mentega, kacau rata hingga sebati.
  3. Tuang dalam tin yang telah disediakan. Tabur bijan rata dan bakar dalam oven selama 1 jam, 5 minit sebelum akhir waktu membakar, tukar api oven pada fungsi grill. Ini akan menghasilkan permukaan kueh bingka perang keemasan. Biar betul2 sejuk baru dipotong. Boleh hidangkan untuk minum petang...
Kuih yg lembut n lemak manis..Mmg secukup rasa..

*Peringatan utk aku:-
Aku letak gula 100gm,mmg mns dah ok,
Pastu Mntega aku letak 80gm/tapi agak berminyak juga,maybe sbb aku guna santan pekat yg fresh,so nx time kalo guna santan pekat yg fresh,aku nak kurangkan mentega..

7 comments:

  1. Salam Zaliedana. Wah, ramai gak yg dah cuba kuih ni ya, tq sudi mencuba. Cantik buat kecik2...!

    ReplyDelete
  2. amboi...kiut aje bingka tu dalam acuan kecik2 aje...

    ReplyDelete
  3. uwaaa dah buat gak ya, mmng sedapkan..

    ReplyDelete
  4. Kak cek memang suka sgt kuih2 bako cam gini...ada lak bijan kat atasnya...fuhhh...memang suka lah...ni campur lak ngan tepung suji...camana rasa dia ek...nek cuba la nantiu...mesti sedap ni kan...:)

    ReplyDelete
  5. nak buat tapi tak juga terbuat2... memang sangat sedap nih!

    ReplyDelete
  6. memang sedapla kuih bingka ni...akak pun dah buat jamu kawan-kawan mkn kat umah last week tapi tu la tak sempat nk kasi posing dah abis..haha kena buat lagila nanti:)

    ReplyDelete
  7. nampak menarik n sedap bingka nie ct.. kena buat juga ler nie nanti.. mengoda sungguh... cantik kejadian bingka yg ct buat nie..

    ReplyDelete