Cerita tentang segalanya...Hasil Masakkan Aku,Resepi2 yang aku telah cuba,family Aku dan segalanya di sini❤
Friday, February 3, 2012
Ayam Masak Bawang Berempah
Assalamualaikum,update lagi arini..Besalah line tenet ok n mood pon ok,anak2 tgh tido..Ayam masak bawang berempah resepi dari mamak Haji,yg di korek resepi n diterai test pleh kak wattie..Rajin sungguh kak wattie terai pelbagai menu masakan dari ayam,semua yg aku terai,mmg sedap n memenuhi citarasa tekak kami sekeluarga..
Kebanyakan resepi dari mamak haji,menggunakan serbuk kas kas,oleh sbb kat umh mmg da serbuk nih,so aku pon mmg dah save resepi nih awal2 masa kak wattie post tuh,biasalah kan,kalo dah org penang nih,mestilah xleh lari dari masakan berempah ala2 nasi kandaq tuh,ngee..
Alhamdulillah resepi nih mmg xrugi dicuba,seperti yg dilihat n dijangka,sgt2 sedap n memenuhi selera kami sefamily,yg plg xsangka sekali,nana mkn nasi punyalah byk n siap ratah lak lagi seketui ayam,mmg dia pon dah sebati ngan masakan berempah n sedap sgt lah kat tekak dia kut,dak nih kadang ssh juga nak mkn..Pasnih mmg akan ada siaran ulangan ayam ni,hehe..
Owh ya,utk jintan manis n putih,aku guna yg biji,pastu blend guna blender kering,utk lbh wangi n sedap..
Jutaan terima kasih utk kak wattie n mamak haji ya,moga Allah saja yg membalasnya..Izinkan sy share disini pula ya,wat rujukan diri sendiri,anak2 n teman2..
Mmg sedap n pasti mnjilat jari,ngan aroma bawang goreng yg digoreng sendri,pasti menambat selera..
RESEPI AYAM MASAK BAWANG BEREMPAH.
Resepi-Mamak Haji
Sumber Resepi-Kak Wattie
Masakan untuk 250 -300 orang.(Bahan2 pandai2 agak sendri lah eks..Aku wat 3/4 ekor ayam)
BAHAN-BAHAN:
Ayam 250 ketul dibasuh dan bersihkan.
1 1/2 guni Bawang Merah labu (segundi dlm 5-6 kg)
125gm Serbuk Cili (1/2 pkt dari bungkusan 250m).
50gm Serbuk Jintan Manis ( 1/2 pkt dari bungkusan 100gm)
50gm Serbuk Jintan Putih (1/2 pkt dari bungkusan 100gm)
125gm Rempah Kari (daging) (1/2 pkt dari bungkusan 250gm)
100gm serbuk kas-kas ( 1pkt)
1 botol Sos Tiram (480gm – 500gm).
1 pkt Sos Cili (kimball 500gm).
1 pkt Sos Tomato (kimball 500gm).
6 biji bawang merah labu dikisar halus dan jadikan airnya satu balang pengisar. Boleh tambah sekiranya anda inginkan kuah yang lebih sedikit.
1 cawan pes bawang putih-halia.
2 sudu besar (tbsp) serbuk garam masala atau boleh gunakan kayu manis, buah pelaga, cengkih dan bunga lawang.
4 helai daun pandan dipotong 4 inci sehelai.
3 sudu besar gula pasir.
Garam secukup rasa.
Cili merah dipotong memanjang (hiasan).
Daun Kari (hiasan).
CARA-CARA:
1. kupas bawang merah labu, hiris halus dan goreng. Bila warna bawang bertukar kepada warna perang keluarkan dari kuali dan sejukkan. Bawang goreng tak perlu ranggup agak kering sudah memadai. Minyak bekas gorengan disimpan untuk menumis rempah kelak. Nota: Untuk pengetahuan, sekiranya ingin menghasilkan bawang goreng yang rangup boleh dihasilkan dengan mengeringkan terlebih dahulu hirisan bawang di cahaya matahari dan goreng.
2. Ketulan ayam telah dibasuh, masukkan garam dan serbuk kunyit. Ketulan ayam yang digoreng jangan terlalu masak sehingga garing. Gorengan perlu 3/4 masak kerana 1/4 lagi akan masak semasa masak dengan campuran rempah. Selepas goreng asingkan.
3. Panaskan kuali, dan masukkan minyak bersama dengan minyak gorengan bawang. Bila minyak panas masukkan rempah empt serangkai (sekiranya tidak gunakan garam masala). Masukkan pes halia bawang putih. Bila haruman naik kecilkan api dapur dan masukkan kesemua rempah-rempah di atas. Bila bau rempah mula mengeluarkan haruman masukan air bawang dan besar sedkit api dapur. Bila air bawang bersama rempah mula didih, masukkan sos cili, sos tiram dn sos tomoto.
3. Kecilkan api dapur dan masukkan gula dan garam secukup rasa. Masukan semua ketulan ayam yang telah goreng tadi. Kacau rata untuk kuah rempah bersalut pada ayam goreng. Masukkan bawang goreng dan kacau lagi untuk bawang goreng sebati pada ketulan ayam. Biarkan ayam masak 1/4 bahagian lagi. Ia cuma memerlukan sekitar 10-15 minit saja dengan api yang kecil. Bila wap mula reda, matikan api dapur dan masukkan kedalam tray hidangan.
4. Taburkan cili merah yang dihiris dan juga daun kari di atas hidangan anda.
Lama betoi xwat telur masak sos gini,wat 5 biji,licin..Anak sedara pon da kat umah..Hehe..
Lauk Lunch kami,wat juga bilis goreng tempoyak,kali nih guna bilis yg plg halus tuh,pastu goreng bendi kicap ajer..
Mee Sanggul Goreng Kari&Tahniah Yana Shaiful
Assalamualaikum n selamat pagi..
Semoga dihari jumaat penghulu segala hari ini kita semua sentiasa dibawah lindungan N Rahmat dariNya..Terlebih dahulu aku ingin memohon maaf buat semua,kerana sekarang nih semua komen2 aku dah xreply..Maaf sangat2 ya,TAPI semua komen2 dari anda semua sangat2 dialukan n MMG semua aku baca..Siapa yg xsuka kalo org sudi tinggalkan komen di blognya kan..Jutaan terima kasih juga aku ucapkan wat semua yg sudi singgah ke DZ ni ya..
Alhamdulillah,masih da yg sudi,walaupon pic2 hanya besa2 kalo nak dibandingkan ngan org lain,pastu lak,balik2 guna piring,pinggan mangkuk yg sama jer,alas pon kadang yg tuh ajer,maaf sesangat andai mata anda sakit@jemu melihatnya,kalo xsuka,pejam2 lah mata xyah tgk ya..Sebenarnya terus terang aku cakap,aku malu sgt ngan pic n blog aku yg serba kekurangan nih,kadang rasa cam xnak berblog dah,coz rasa rendah diri yg amat,tapi aku tebalkan jugalah muka,sbb bukan org nmpk pon muka aku yg tebal kat dalam blog nih kan,ngee..
Macam kak Ct Delima katalah,biarlah guna piring yg sama pon,janji piring Ai wokey,bkn piring curi Or pinjam..Pastu lak,pic2 nih walaupon yg tgk rasa nak nangis,Tapi aku xcuri hasil kerja org len n tempek disini ya..
Wokeylah sebenarnya nak ucap Tahniah kat seorang member Blog Masak2 jugalah,Yana Shaiful,sbb dah peknen lagi sekali..Aku nak reply tahniah kat Fb,nape tah xleh..Xsangka masin sungguh mulut aku,tetiba teringat kat yana,sbb agak lama xnmpk n3 yana,pastu bertanya khbr kat fb 3,4 ari lps,aku sajalah usik2 yana kata damia nak dapat adik n yana alah2 ke,sbb menyepi ajer,pastu mlm tadi yana baru reply kata ya mmg mulut aku masin n dia tgh alah,hehe..Tapi xtau lak bape usia kandungannya,walau camner pon,ct sentiasa doakan yana n baby sihat walafiat n pas dah xalah nih update blog lagi eks,ct rindu kat yana,Muahhhh,jaga diri,baby n damia leklok ya..Terus terang ckp,walaupon xpernah bertemu muka,tapi persahabatan yg terjalin di alam maya nih sangatlah bermakna bagi Ct..
Panjang sungguh n3 arini eks,maaf sekali lagi kalo da yg boring ya,kalo boring xyah baca,tiada paksaan ya..Hehe..
Mee sanggul goreng kari yg best amik resepi kat umh kak mas,kak mas amik kat umh kak izah,kak izah lak amk kat umh kak nor..Alhamdulillah mmg sedap,walaupon baru 1st time mmbeli n memasak mee sanggul ni,mmg jakun sungguh,walaupon selalu duk nmpak mee ni,tapi xpernah beli..Tq ya utk akak2 cayang n cun bertiga..Sy kopipes ya..
Mee Sanggul Goreng Kari
Resipi : K.Nor@SecubitGaram
Bahan :
3 keping mee sanggul melayu
udang atau boleh guna isi ayam
1 labu bawang besar - dihiris nipis
3 ulas bawang putih - diketuk dan dicincang
2 tangkai daun kari
1 sudu besar cili mesin
1 sudu besar rempah kari
5 bj cili padi - dihiris (lebihkan jika suka pedas)
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
kobis @ sawi
1 bj tomato
1 bj telur
garam dan gula secukup rasa
sedikit air
minyak
daun saderi - dihiris
limau kasturi @ limau nipis
Cara Memasak :
Rendamkan sekejap mee sanggul dan toskan.
Panaskan 1 sudu minyak dlm kuali dan pecahkan telur dlmnya.
Kacau goreng hingga menjadi scramble egg. Angkat dan ketepikan.
Masukkan sedikit minyak dan tumis bawang besar hingga layu.
Masukkan bawang putih dan daun kari, goreng lg hingga wangi.
Masukkan cili mesin dan rempah kari dan cili padi.
Lepas tu bolehlah dimasukkan sos tiram, kicap manis, garam, gula dan sedikit air.
Masak hingga pecah minyak dan masukkan udang, kobis dan tomato.
Bila udang hampir masak masukkan pula mee yg dah ditoskan serta scramble egg.
Kacau dan goreng hingga mee masak.
Angkat dan hidangkan. Tabur hirisan daun saderi dan perahkan limau sebelum dimakan.
Selamat mencuba..
Wednesday, February 1, 2012
Puding Som Som Pandan.
Assalamualaikum..
Selamat ptg n salam sejahtera semua..Dah lunch ke tu..Kepala tgh berdenyut sakan,tapi gagahkan juga utk update resepi puding yg sedap n enak bangat dimakan time cuaca panas cam skng nih..
Lemak berkrim,mmg ngam sgtlah makan ngan kuah gula merah yang wangi jer tuh..Terus terang ckp,aku mmg suka sgt puding2 gini,nana pon suka sgt,bila suap jer,mmg mnta lagi n lagi,hehe..Wat klmarin ptg half adunan,mmg dah licin..Saja lah wat klmarin ptg lepas nmpak kak ct tayang puding bunga dia yg comey sgt,terus jatuh cinta pandang pertama,hehe..
Rasa lbh kurang jer ngan lompat tikam,kedua2 jenis nih mmg sedap n aku suka,hehe..
Tq ya utk kak ct,kak lina n kak fida utk resepi best ni..
RESEPI BUBUR SOM-SOM
by: kakfida myR
sumber: linapg.blogspot.com& Kak Ct Delima
Bahan-bahan ( tergantung acuan atau loyang )
- 1/2 cawan tepung beras
- 1/2 cawan tepung jagung
- 800 ml santan
- 1 cawan susu cair
- 1 sk garam atau secukup rasa
- sedikit pewarna hijau
- sedikit pandan emulcho
- sekeping gula melaka
- 1 cawan air
- 2 helai daun pandan - disimpul
Tq kak Ct delima utk inspirasi wat puding lam mould comey gini..Kak ct wat lagi comey lam mould bunga,hehe..
Cara-cara
-
Masak sirap gula hingga gula larut dan tapis.Ketepikan.
- Satukan kesemua bahan2 dalam periuk dan gaul rata.Masak hingga pekat dan kilat,hingga adunan meletup-letup.
- Tuang adunan ke dalam loyang atau acuan dan sejukkan.
- Sajikan bersama sirap gula melaka.
Nah sapa nak,aku dah siap tuang sirap gula merah..
Sorrylah kan kalo ahik2 guna piring yg sama n pic2 xcun,yerla kamera cabuk n guna nset ajer..Yg pnting nawaitu n ikhlas xmenunjuk2 kan..