Friday, April 20, 2012

Nasi Beriani Johor &Ayam Bakar Halia



Assalamualaikum..
Selamat tengahari semua..
Pagi2 tadi pas pos n3,pastu da la jenguk umh kak ct delima jab,pas tinggal komen rasa kpala sakit n pening2 jer,terus ttp lappy xsmpat nak jengah mana 2 dapo lagi,terus tido jer,huhu..Jab2 g baru nak BW..Maaf sesangat ya semua..

Arini jumaat selalunyer menu sedap2 yg dihidangkan utk family tersayang kan,tapi berbezalah pula bagi aku yg ashik xbape sihat nih,nasi beriani nih dah msk kat sebulan dah kut,huhu..Arini baru nak kongsikan kat sini resepi nih,sbb mmg sedap bila mnggunakan rempah beriani mak sal yg aku order online kat fb,johor mari oooo..Arini aku xmsk,tapau lagi..Huhu,sian laki aku,cuma ptg2 jer baru aku larat wat kuih2 ke apa2,huhu..Xper sayang eks,pas nih sayang msk sedap2 utk sayang eks,hehe..

Jom kita tgk resepi nasi nih sedap nih..Aku gandingkan dengan dalca daging,pastu bakar lamb n bakar ayam..Tq ya utk semua yg terlibat utk resepi nasi n ayam yg best nih..Ayam aku amik rsp dari umh kak ummi kuantan yang asalnyer resepi kak liza,mmg best asam nih,mmg serasi bersama wokeh..



Resepi Nasi Beriani Asli Johor
Sumber Resepi:-IResepi

Bahan
500 gm BERAS BASMATHI (dibersihkan dan ditoskan)
1250 ml air
4 sm kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
1 camca teh koma-koma (saffron powder) atau pewarna kuning(Aku letak pwrna kuning jer)
2 camca teh esen ros(Aku letak air mawar)
500 gm daging lembu/ ayam (dipotong kiub)
3 biji bawang besar }
5 biji cili hijau }dikisar halus (Xletak)
5 ulas bawang putih }
4 sm halia }
2 camca besar rempah beriani(Aku guna rempah Mak Sal)
2 tangkai daun ketumbar }
3 tangkai daun pudina }dipotong kecil
3 biji tomato }
100 gm bawang goreng
150 ml susu sejat
2Sdb Yogurt/Tairu aku add
sedikit buah gajus
garam sebagai perasa
minyak untuk memasak(Aku letak minyak Sapi)
sedikit tepung gandum dicampur air untuk dijadikan bahan gam di tepi bekas nasi

Cara Membuat:

1. Masak beras dengan air, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan buah gajus dan biar didih hingga ¾ masak. Angkat dan toskan. Ketepikan.
2. Gaul daging dengan bahan kisar dan sedikit minyak. Perap selama 30 minit.
3. Gaulkan ke dalam daging, rempah beriani, daun dipotong kecil, tomato dan bawang goreng. Goreng hingga garing dan masukkan susu.
4. Sediakan sebuah bekas dan ambil ¼ bahagian nasi dan ratakan. Ratakan pula daging yang telah dimasak dan renjiskan pewarna kuning atau koma-koma dan esen ros.
5. Ulangi proses hingga menjadi 4 atau 5 lapisan nasi dan daging.(Aku malas nak wat lapis2,just campur jer daging n nasi,pastu pas nasi dah kering,aku ttp ngan daun pisang,supaya wap xkeluar n berbau harum,gam2 pon aku xwat,huhu)
6. Apabila selesai, tutup bekas dengan penutupnya dan tampal keliling bekas dan penutupnya dengan bahan tepung.
7. Biar di atas api hingga berwap dan angkat. Buka penampal tepung dan hidang nasi
 
AYAM BAKAR / PANGGANG HALIA
Resepi: Chef Hanieliza @ Majalah SAJI (Feb. 2012)
Dirujuk dan Olahan Cara : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan Utama:-
  • 1 ekor ayam (saiz sederhana)
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu besar minyak masak
  • garam secukup rasa
Bahan Kisar:-
  • 4 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah (*akak letak 5 ulas)
  • 1 sudu besar lada hitam (*akak letak 2 sudu kecil yg dikisar)
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit (*akak guna 2 cm kunyit hidup)
  • 3 tangkai cili merah
 Cara Memasak:-
  1. Ayam dipotong 4 dan dibersihkan. Toskan. (*akak guna 4 ketul peha ayam saiz besar).
  2. Gaulkan kesemua bahan kisar dan bahan utama, perapkan ayam selama beberapa jam (*akak perap 2 jam).
  3. Kemudian susun ayam dalam loyang pembakar yang telah disapu minyak masak. (*akak tumis sekejap lebihan bahan perap dan masukkan ayam, masak hingga kuah agak pekat, ni kes nak cepat eh...)
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200 C selama 30 minit atau sehingga kelihatan garing. (*Akak guna api atas bawah selepas 15 minit pertama dan sambung bakar).
  5. Hidangkan bersama salad dan timun. (Akak makan dengan Nasi Bukhari dan kari daging.) - Memang sedaaappp ayam ni...selamat mencuba!!





15 comments:

  1. amboi ct telan ayaq liuq tengok nak2 pulak ayam panggang tu

    ReplyDelete
  2. ct...sedappnya tengok..
    siap ada lauk daging ngan ayam..

    ReplyDelete
  3. sedapnyer beriyani! tau x, kat sini xde rempah beriyani. terukkan? yg ada rempah instant yg kita masukkan beras je tu. so aritu masa blk kg borong siap2 segala rempah yg ada.

    ReplyDelete
  4. Salam Kak Ct...nampak je beriyani ni, perut terus rasa lapar

    ReplyDelete
  5. Dah telan air liur tgk set ns beriani nii..alahai..tgh seru kerajinan nk try bt nnt..dh lama xmkn ns beriani..sejak preggy ni yana xselera nk mkn beriani kat kedai mamak pelita..klu dulu suka sgt..skg ni jeling jer klu lalu dpn pelita:-)

    ReplyDelete
  6. alamak...meleleh nengok ke gambar ni...dah le lame nak makan nasi beriani, nak kena usaha buat jugak ni gayanye

    ReplyDelete
  7. nani suke beriani! tengok ke rupe ayam tu rasa nak ratah2 je...

    ReplyDelete
  8. salam Dana,
    sedapnye kalau dapat ngadap menu nihh, selamat beristirhat ye..

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Dana,
    amboi rajennya adik akak wat nasi beriani lagi..wat terliur je..kalau dekat maunya akak dtng umah Dana tanpa di jemput...he3..sedap ni..

    ReplyDelete
  10. salam dana
    he heee kita org johor x pernah buat lg nasi beryani....tgok kt pic tue pun dah tau kesedapanya..waallaaa..tang ayam tue x tahan tgok..:)

    ReplyDelete
  11. Assalam ct,
    aduh nasi beriani sedapnya..hari tu akak dah masak nasi beriani batu pahat..ni ada nasi beriani johor pulak..masuk listlah nampaknya..slurps..

    ReplyDelete
  12. huwaaa ct!!! sangat terliur ok ngan nasi daging ni..meleleh tgk air asam tu..kecur taw...ayam tu nmpak sedap sgt..nnti ade stok ayam nk cubela...nyumnyum

    ReplyDelete
  13. sungguh menyelerakan...lapar lak rasa...hehee

    ReplyDelete
  14. SAFFRON STIGMA, 1 GRAM = RM 36 SAHAJA(termasuk pos)
    *15 terawal akan diberi 1 uncang teh saffron secara percuma!

    Khasiat: saffron boleh membantu proses penghadaman dan menghilangkan bau mulut., menguatkan ingatan, agen anti barah,kencing manis, merawat amenia (kekurangan zat besi), mengawal tekanan darah dan kolesterol, mengurangkan risiko serangan penyakit jantung, melancarkan pengaliran darah (haid), merawat penyakit saraf, gout,keletihan, sembelit, Mengurangkan kesakitan pada kanak-kanak ketika tumbuh gigi, bisa-bisa sendi, merawat penyakit saluran kencing (renal colic), kesuburan (fertility), menambah selera makan untuk kanak-kanak (increase appetite) dan ia turut digunakan sebagai perangsang tenaga batin dan penenang (sedative),Menyembuhkan sakit perut, pening, sakit gigi, sakit mata dan pelbagai penyakit lain..

    Boleh digunakan dalam masakan:Dibubuh dalam masakan seperti nasi beriani saffron, nasi ayam saffron, nasi minyak saffron, nasi arab mandi,ayam/kambing kuzi,ayam/daging kari.
    -Dibubuh dalam susu dan teh panas

    Cara-cara menggunakan;

    6 stigma (filament) za'faran untuk 500ml air. Boleh dicampurkan dengan apa juga jenis minuman. Sekurang-kurangnya 2 kali sehari (pagi dan malam). Sesuai diamalkan oleh semua peringkat umur dan selamat diambil oleh ibu-ibu mengandung


    untuk tempahan:www.zouksaffron.lot.my atau sms ke 014-6245 445 atau inbox ke zouksaffron@gmail.com

    ReplyDelete