Cerita tentang segalanya...Hasil Masakkan Aku,Resepi2 yang aku telah cuba,family Aku dan segalanya di sini❤
Thursday, February 14, 2019
Ayam Goreng Kunyit Sedap & Mudah Ala Gerai Tomyam
Assalamualaikum n selamat ptg hampaa.Arini curi2 masa sat update blog kesayangan aku ni..Skang ni tiap ari makin bertambah bz jer ngan mcm2 keja.. Ngan nak msk mkn kat umah,nak ambk antaq ank2 sek dan kafa lagi..
Pergh 1 ari suntuk mcm2 kja ..Tapi ada masa juga nak ber soc med .wakakaa.
Mana nak update FB,IG BLOG &UTUBE CHANNEL lagii hahaa pndai2 laaa no dah hg gatai sangat nk ada smua..Eh lupaa plak TIK TOK pon ada weh..Jom la hmpa pakat polo aku .Ada yg sudi x🤣..
Kat FB Zalieda Zaliedana
IG Zalieda
Utube Channel Zalieda Diari Zaliedana
Blog Diari Zaliedana
Tik Tok Zalieda Zaliedana
Wokeylah hampa b4 aku melalut ngan mcm2 ,aku share kat hampa rcp ayam goreng kunyit yg sedap gila ni na..
Sure ada yg kata alaa Ayam Goreng Kunyit ja pon..
Eh hampaa tau dak, ada jaaa yg xtau nk masak camna..Hampaa yg dah pndai tu duk diam2 sudah..
Resepi Ayam Goreng Kunyit Sedap& Mudah Ala Gerai
https://youtu.be/a1F93o1heRk
Dada Ayam Potong Dadu
1/2Sudu Teh Garam
1Sudu Teh Serbuk Kunyit
3/4 Sudu Teh Rempah Kari Daging
1/2 Sudu Teh Serbuk Cili
Serbuk Pati Ayam
Serbuk Lada Sulah Ajishio
1Sudu Besar Tepung Beras@Tepung Jagung
Bahan Lain
2 Ulas Bawang putih Ditumbuk
1inHalia Hiris Halus
Bahan sampingan
Carrot
Bawang Holland Potong Bulat
Bunga Kubis
Kacang Panjang
Cili Besar Merah dan Cili Padi
Minyak Masak Secukupnya
Cara2
Gaulkan Ayam yg telah di potong dadu dengan garam,serbuk kunyit rempah kari,serbuk cili,serbuk Pati ayam,lada sulah ajishio dan Tepung Beras/Tepung Jagung..
Goreng ayam hingga garing,ketepikan buang sedikit minyak dan tumis bawang putih dan halia..
Masukkan Carrot,Ayam yg telah di goreng, bawang Holland,bunga kubis,kacang panjang,cili merah dan cili padi..
Toskan minyak yg berlebihan dan sedia utk di makan..
TIPS
Goreng ayam minyak kena Byk.
Goreng api Besar baru la luar rangup ckit n dlm lmbut juicy.
Guna bawang Besar Holland baru manis dan bertambah sedap
Tepung Beras@Tepung jagung utk rangup dan garingkan ckit ayam tu..
Letak serbuk cili utk lbh pedas ckit dan warna lagi menarik
Tuesday, February 12, 2019
Coconut Shake Paduu,Sedap Giler &Senang Jer Nak Buat
Assalamualaikum hampaaa..Petang2 ngan cuaca panas camni kalo dapat Coconut Shake yg sedappp Paduuu pekat camni perghh sedap sungguh kan..Nyaman Tekak weh..Heaven sungguh..
Kalo nak beli pon mahai juga Coconut Shake ni,kalo family yg ramai comfirm la kna beli byk ..
Bila wat sendri ni lagi la brbaloi..Anak2 pon puas minum n save bajet weh..
Tapi kalo sesekali p berjalan tu xkisah la kalo nak beli kan..
Aku ni kalo p Melaka wajib juga la beli..Klo duk umah ni aku buat sendri ja..Anak2 dah la semua suka jnuh nak beli hampaa..
Wokey lah pnjng plak smbng no..Jom la tgk rcp kut2 hampa nak buat..
Resepi Coconut Shake Paduuu,Sedap Giler
Boleh tgk video kat utube channel kami kalo nak lbh faham..
Bahan2
2 Gelas Ais Ketul
1/2 Gelas Air Kelapa
1/4 Cawan Susu Pekat
1/4 Cawan Susu Cair
Isi kelapa Secukupnya
Cara2
Hampa boh ja smua lam blender n blend smpai halus
Pastu hampa boh la aiskrim kat atas tu..
Nak lagi padu tabur coklat urai n oreo ..
Perghh sedap giler hampaaa.
Ok tips utk arini
Hampaa kena guna AisKrim Vanila tau.Jgn plak gna Aisjrim lain xsdap satgi..
Aiskrim Vanila Walls terbaik kalo hampa nak guna..
Friday, February 8, 2019
Puding karamel Yg Sedap Giler dan TIPS supaya puding x hanyir
Assalamualaikum dan Selamat pagi hampa..Dah kenyang bf ke tuu..Kami arini masak Nasi lemak Lauk Sambal udang n Ayam Goreng berempah ..
Lama xbuat nasi lemak ,mula la anak2 bersungut..
Tapi memang berbaloi la masak Nasi lemak arini..Anak2 pnya la pulun n berselera makan..
Tima kasih kami ucapan kat hampa yg sudi singgah ke DZ ni..Tanpa hampa2 semua kami xmampu nak terus bertahan sampai skang..Walaupon 5 taun kami private Kan DZ ni,tapi Alhamdulillah skang masih ada yg sudi singgah..
Kami salunya share kat DZ ni rcp2 yg terbaik n sedap2 yang pernah kami try n error dan kami RnD.
Wokey arini kami nak share salah 1 rcp puding karamel fav kami..
Kira menang wajib la buat puding karamel ni time bln puasa..
Suka sgt dengan rasanya yg lemak manis,lembut tuu.
Doulu2 zaman bujang2 pernah la beli puding ni kat Pasar Ramadhan..
Aduhaii sekali bila mkn rsa n bau telor tu kuat la..Terusla jadi rezeki Cik Tong..
Ermm skang ni mana la layan puding karamel beli lagi weh.Aku dah pandai buat dgn sedap,wakakkaa..
Boleh tgk video step by step kat utube channel kami utk hampa yg lbh paham..Jgn Lupa subscribe sama na..
https://youtu.be/F6hhRonYf-w
Resepi Puding Karamel
Bahan Gula Hangus:
3/4 Cawan Gula Pasir
11/4 Cawan Air
Cara cara:
Goreng gula hingga perang.
Bila gula cair dan bertukar warna, baru masukkan air.
Masak sehingga menggelegak dan gula hangus menjadi cair semula.
Tutup api dan biarkan sejuk dan disimpan dalam peti ais. Ketepikan..
Air Gula yg telah sejuk,Masukkan ke dalam bekas bekas kecil.
Bahan-Bahan Puding
1 Cawan Susu Cair
3/4 Cawan Air
1/2 Cawan Susu Pekat
3 Bbiji Telur
1/2Sudu Teh Esen Vanilla
Buang Lendir yg ada pada telur
Pukul telur tetapi jangan sampai berbuih.
Masukkan semua bahan lain.
Kacau sehingga sebati.
Tuang ke dalam bekas kecil yang telah diisi dengan air gula hangus.
Panaskan periuk pengukus sehingga air mendidih. Kukus selama 15 - 20 minit atau sehingga masak dengan api sederhana.
Sentiasa di lap penutup pengukus supaya permukaan karamel menjadi cantik. Atau dibalut penutup pengukus dengan tuala.
Bila masak, buka tutup pengukus dan biarkan selama 2-3 minit tanpa penutup supaya air permukaan Karamel sedikit kering.
Angkat dan sejukkan. Setelah sejuk, simpan dalam peti ais.
Sedia untuk dinikmati.
*TIPS
Buang Lendir yg terdapat dekat telur supaya tidak hanyir
Tapis telur yg telah di pukul ke dalam susu supaya teksture
puding lebih halus..
Kukus dengan api sederhana supaya cantik smooth teksture puding
Gunakan susu pekat jangan gunakan gula supaya adunan puding lebih lemak n halus teksture.
Thursday, February 7, 2019
Choco Jar Leleh Yg Sedap,Mudah &TIPS Kekal Rangup Lama
Assalamualaikum n selamat pagi hampaaa yg sudi singgah ke DZ..Sat ja rasa cuti sek no,arini dah khamis dah pon..Cuti kali ni kami xp mana pon..Cuma balik kat jer kejab..
Sambil2 duk umah layan anak2 tu buatkan kat depa Choco Jar ni..
Depa ni kalo tak sek manjang jer lapaq,ashik nak ngunyah jaa..
Buat choco Jar ni pon xdan kejab ja dah licin..
Actually memang sedap la dan mak pak pon layan sbb tu abis cepat wakaaaka..
Kut2 hampa nak try buat kat sini kami letak rcp na..
Detail step by step blh tgk kat utube channel sy di sini na..
https://youtu.be/inOrAjGpInc
Jgn lupa klick button subscribe..
Resepi Choco Jar Leleh Sedap Giler
Bahan2
100Gm Mini Crunch
100Gm Bubble Rice ( Goreng @Masukkan dlm oven kejab tujuannya utk bagi bertambah rangup).
300 Gm Coklat Beryls
150 Gm Cadbury Milk Cairkan dalam microwave @Double boil Kan hingga coklat cair
50-70 ml Minyak Jagung/Minyak Masak biasa
Cara2
Goreng@Bakar sekejab Bubble Rice dan Mini Coco Crunch ,ketepikan biar sejuk sebentar..
Cairkan Coklat Compaund Milk Beryls n Cadbury..
Satukan kedua2 coklat apabila telah cair..
Masukkan minyak ,gaul sebati dan sedia utk di gunakan..
Layer atau gaulkan bubbles rice ,mini coco crunch yang telah sejuk dengan coklat..
Siap,sedia utk di ngap . Tak Payah rendam air panas dan tak payah letak peti sejuk.
Tips Gunakan coklat Milk utk lbh sedap..
Kalo guna dark takut pahit ckit.
Coklat yg di cairkan dan Bubble Rice kena dalam keadaan sejuk baru blh di gaulkan utk tahan lama kerangupannya..
Tak payah letak peti sejuk,tahan byk ari kat luaq..
Kalo nak tgk step by step blh la singgah utube channel sy di sini https://youtu.be/inOrAjGpInc