Cerita tentang segalanya...Hasil Masakkan Aku,Resepi2 yang aku telah cuba,family Aku dan segalanya di sini❤
Monday, August 16, 2010
Carrot Orange Cup Cake
Salam ramadan buat semua..Rini baru sempat nak update N3 trbaru..
Resepi nih sebenarnya resepi kek biasa jer,tapi d sebabkan nak bawa blk kg awal bln baru nih,so aku asa lbh sng aku wat kecik2 dlm cup cenggini..Bkn pa,sng mak aku nak bahagi2 kat mklong blkng umah n kakak2 ku..Kek nih kira slh 1 feberet yayangku ittew..Kek nih mmg sedap bila dicampur oren n carot..Resepi aku c/p jer dari F/P kak yati(damira)..Minta halal yer resepi yg very da sedap nih ya..
Carrot Orange Cake
Bahan-bahannya:
4 biji telur ~ asingkan putih & kuningnya
1 1/2 cawan ~ minyak sayur atau minyak jagung
150 g~ gula kastor (saya kurangkan jadi 130gm)
150 g~ brown sugar
1 1/4 cawan ~ lobak merah diparut ( tidak perlu dibuangkan jus carrot tersebut)
1/4 cawan kulit orange yang diparut dari sebiji orange beserta dengan perahan jus orange (aku +1sb oren sunquick gak)
Bahan yang perlu di ayak:
250 g tepung gandum
1 suduteh serbuk kayu manis
1 suduteh baking soda
1 sudu teh baking powder (saya tambah dari resepi asal)
1 suduteh garam
100 g walnut ~ di bakar sekejap dalam oven kemudian di potong dadu/kecil
( untuk memberi lebih rasa pada kek, memang sedap letak ni!)
Cara-caranya:
1. Pukulkan kuning telur hingga kembang (guna whisker atau mixer).
2. Kemudian masukkan minyak, gula kaster & gula perang, serta dengan lobak merah dan orange yang
diparut tadi.
3. Masukkan walnut, kacau sebati.
4. Kemudian masukkan bahan-bahan yang di ayak tadi, kacau sebati.
5. Pukul putih telur di mangkuk lain dengan mixer hingga keras.
6. Masukkan putih telur ini sedikit demi sedikit ke dalam adunan, kacau perlahan-lahan, satu arah
sahaja, sila gunakan spatula atau senduk kayu, tak sebati sangat pun tak apa asalkan tidak terlebih
kacau.
7. Bakar pada suhu 180 celcius selama 45 minit atau sehingga masak.
Aku wat 1adunan,dapat la dlm 40biji cup saiz nih..
Ooo... ni kena demand jugak ni raya nanti. Tak pernah rasa carrot kek sedap. Selalu makan macam tak sedap je..
ReplyDeleteErmm sdap tau corrot +orange kek nih..da asa lemak2 n masam ckit..Adik kaklah suka la kalu kek nih..Kalu kek cekelat dia xsuka sgt..
ReplyDelete