Cerita tentang segalanya...Hasil Masakkan Aku,Resepi2 yang aku telah cuba,family Aku dan segalanya di sini❤
Friday, August 27, 2010
Nasi Goreng Pattaya
Emm nasi goreng pataya ni la yg aku wat utk hubb ari rabu tu,kat aku kan aku wat nasi goreng oregano..Sesaja la wat 2jenis nasi goreng,kan blh rasa dua2..Hehe..Dua2 resepi nasi goreng aku skodeng dari dapur kak ummi..Hubby aku dia lagi suka nasi goreng kampung..Kalu pegi mkn sllu gak dia order nasi goreng kg.berbanding nasi goreng jenis len..K meh kita tgk resepi ya..
NASI GORENG PATTAYA (Kak Ummi)
Bahan:- (anggaran saja)
* 3 mangkuk sedang nasi putih
* 3 tangkai cili merah - ditumbuk
* 4 tangkai cili padi - ditumbuk
* 1 labu bawang besar - didadu
* 3 ulas bawang putih - dicincang
* 150 gm isi ayam - dipotong kecil2
* 1 kiub pati ayam
* 1/2 batang lobak merah - dihiris btg mancis
* 6 - 8 urat kacang panjang
* 2 sudu besar kicap pekat manis
* 1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
* garam secukup rasa
* minyak untuk menggoreng nasi
Untuk telor dadar nipis:- (dpt 2 keping telor dadar nipis)
* 4 biji telor
* sedikit garam
Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan yang ditumbuk hingga naik bau dan cili garing sikit dengan api sederhana.
2. Masukkan isi ayam dan kiub pati ayam, kacau seketika.
3. Masukkan kicap dan lobak merah. Kacau sebentar.
4. Masukkan nasi dan kacau seketika biar rata.
5. Masukkan garam dan serbuk lada sulah. Goreng nasi hingga rata dan nampak berasap.
6. Tutup api dan ketepikan nasi.
7. Panaskan non-stick pan dengan beberapa titis minyak masak dan tuangkan telor yang telah dipukul sikit - bahagikan untuk 2 keping dadar.
8. Masak dengan api perlahan (tutup pan)
9. Bila telor telah masak, tutup api dan sendukkan nasi goreng dalam ukuran mangkuk yg sesuai dan telangkupkan aje ke atas telor dadar dalam kuali td. Buat lipatan telor tepi telor menutupi nasi. Ambil pinggan sesuai dan tekapkan atas nasi yg dibungkus telor tadi dan telangkupkan/terbalikkan pan di tengah2 pinggan.
10. Paipkan sos di atas telor dan hidangkan.
No comments:
Post a Comment