Thursday, February 24, 2011

Apam Lenggang



Apam nih wat bf klmarin,wlpun rupa ireng tapi rasa sdap..Nnti nk wat lagi la bagi cun ckit..Resepi skodeng kat dapur kak madiha..Kak madihaa sy c/p resepi kat sini ya..

Sumber resepi: kak madihaa
Bahan2
150 gm tepung beras
200 ml santan
1/2 camt yis + dgn 50ml air suam-perap 10 minit
30 gm gula (lenkali nak kurangkan)
1/4 cawan tapai nasi

Cara2 Menyediakan
1. Campurkan kesemua bahan kecuali bancuhan yis. Mesin bahan2 tersebut dan tapis kedalam bekas/besen yang lain. Setelah itu masukan bancuhan yis tadi & kacau rata. Tutup dan simpan hingga kembang berbuih2 lebih kurang 1 jam.
2. Setelah kembang, kacau bancuhan agar rata.
3. Panaskan kuali dengan sedikit sapuan planta/minyak masak. (boleh juga gunakan kuali non stick). Tuangkan sesenduk adunan ini ke dlm kuali lalu dilenggang sedikit agar jadi spt kuih dadar. Biarkan seketika kemudian barulah kuali di tutup.
4. Setelah tepinya kekuningan kikis tepi2nya dan angkat.
5. Cara menghidang di lipat dua atau di biar terbuka pun boleh juga. Dihidang bersama kari ayam atau kelapa parut putih terpulang selera masing2.(Aku n hubby mkn cmtu jer,coz dah manis)

Resepi Tapai Nasi
250 gm nasi yg tlh disejukkan
1 camca teh ragi yg telah dihancurkan
sedikit gula (MaDiHaA tak letak pun)
1 camca besar air (tak letak jugak)

Cara2 Menyediakan Tapai
Tapiskan ragi dgn menggunakan penapis teh ke atas nasi kemudian kacaukan supaya rata.taburkan sedikit gula dan renjiskan lebih kurang 1 camca besar air gaul rata.Tutupkan bekas dan simpan selama 2 malam sebelum digunakan untuk membuat kuih2 yg menggunakan tapai nasi(selepas 2 mlm tapai nasi ini mesti disimpan dalam peti sejuk.. tahan lbh kurng 2 bulan)


Resepi kat bwh nih aku xigt la kat mna aku amk,dlu dah pernah try resepi nih disini..
Apam Lenggang
• 1 1/2 cawan tepung beras
• 1/2 cawan tepung gandum
• 1 1/2 sudu kecil yis
• 7-8 sudu besar gula
• 1 cawan air
• 1 cawan santan
• 1 biji telur - untuk mengelakkan melekat pada kuali, jika non stick pan takyah masukpun tak apa
Cara-cara
1. campurkan semua bahan kecuali santan, gaul rata dan perap selama 2-3 jam
2. masukkan santan dan gaul lagi
3. panaskan kuali dan griskan minyak pada kuali, ambil 1 senduk adunan dan lenggangkan seperti membuat kuih ketayap
4. jika memakai non stick pan tak perlula gris minyak,
5. tutup apam lenggang dgn tudung periuk, bakar dengan api perlahan lebih kurang 2- 3 minit, bila dah kekuningan bolehla di keluarkan dari kuali dan di lipat dua
6. selamat mencuba

*Kalu nak wat apam lenggang yg betoi2 cam aci2 india,so kena la tebalkan apam kat tgh,baru la tgh tu nampak bulat jer..

2 comments:

  1. sedappnya apam lenggang..
    rupa tak penting..
    yang penting sedappp..he..he..

    ReplyDelete
  2. Kak mas,
    2la rupa mmg out,tapi rasa sedap,hehe..Btw tengs sudi follow yer..

    ReplyDelete