Friday, March 4, 2011

Kek Kukus Lapis Coklat


Kek yg lapis kukus nih aku buat b4 maghrib klmarin,pas nmpak kat blog kak dayang jer rasa berkobar2 nak buat,wlpun aku xpernah langsung buat kek lapis2 nih,kuih lapis pernah la,ngee..
Aku pong ngan rasa confiden tahap gaban telah mngusung lappy smp ke dapo,laki aku pong smp gelak kan aku,ah biarla,jnji misi nak try kek nih harus d teruskan,ceh mcm misi nak p berperang,yerla berperang n bersilat kat dapo time nih dak nenen tu tido.Continue cite,aku sukat bahan bagai,bila 1 bahan jer lagi,aku cari xjumpa,pastu tya hubby,"abg,abg nmpak nestum yg duk ats ni x"?Hubby aku pong jwb"xnmpk pun yang,mybe expire,then yang dah buang time kemas2 tu kut".Erm aku pas pikir2 baru trngat yg aku dah guna abis nstum wat biskut time raya aritu,muahaha pnya laaku xigt..Nk wat cmner eks telur tgh putar,bhn semua dah siap sukat,erm last2 aku nmpk sepeket bskut marie yg blm buka,akupun derhaka la nestum kpd bskut marie..Maaf la kak dayang,da derhaka ckit,tapi alhamdulillah sedap sgt kek nih,wlpun da dugaan ckit,tapi mnjadi gak wlpun xCUN n CANTIK mcm yg kak dayang wat..Aku wat half adunan jer,tu pasal la xckup layer..Tapi aku bersyukur la sbb jadi juga,betoi la cam kak dayang ckp kek nih xterlalu manis,i like..Kak dayang pas berceloteh pnjang lbar,sy nk cnp resepi ni ya.Tq kak ats resepi kek yg SEDAP ni..


Posing jab ngan coklat cadbury,kek yg sedap bersama coklat yg sedap gak,hehehe..


Masa aku tgh buka kulit coklat cadberi utk susun ats kek,syazana punya la duk tgk n dok pot pet pe tah,maybe dia kata ala ummi abish la nana punya coklat,ngee..

Sumber Resepi: Kak Dayang Jack
Kek Kukus Lapis Coklat

bahan-bahan : loyang 8 x 4.5 x 4.5

* 1 1/4 cawan tepung gandum
* 1/2 cawan nestum yang sudah dikisar dan sekali ayak
* 1 sk baking powder
* 250 g mentega
* 5 biji telur A (asingkan putih dan kuningnya)
* 80 g gula kastor
* 1/4 cawan susu pekat manis
* 150 g coklat Cadbury / Milk Roundies
* 1 sk esen vanilla
* pes pandan/pewarna hijau dan pes strawberi /pewarna merah


1 Balang cklat dia,tula aku syok ambk wat kek.

Cara-cara :

1. Sediakan pengukus dan jerangkan airnya. Balutkan penutup kukusan dengan tuala. Sediakan loyang dan sapukan dengan mentega. Ayakkan tepung bersama baking powder dan satukan dengan nestum. Ratakan.
2. Pukul putih telur hingga berbuih. Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit dan pukul hingga kental. Ketepikan.
3. Di dalam mangkuk pengadun berasingan, putar kuning telur bersama susu pekat dan mentega hingga pucat. Kemudian, satukan dengan tepung tadi dan esen vanilla. Putar sebati dengan kelajuan perlahan.
4. Satukan adunan tadi bersama putih telur dan putar lagi hingga sebati.
5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dicampurkan dengan pes pandan/pewarna hijau dan satu bahagian lagi dengan pes strawberi/pewarna merah. Kemudian setiap adunan dibahagikan lagi dengan 3 bahagian. Kesemuanya ada 6 lapisan.
6. Tuangkan lapisan merah terlebih dahulu dan kukus selama 5 minit. Kemudian, susunkan dengan coklat Cadbury tetapi JANGAN DITEKAN. Setelah itu, tuangkan adunan hijau perlahan-lahan di atasnya. Ratakan. Kemudian dikukus selama 7 minit. Ulangi proses hingga habis. Untuk lapisan terakhir, sila kukus hingga 15-20 minit lagi. (kek ini cepat masak dan tidak perlu dikukus terlalu lama)
7. Setelah masak, angkat dan sejukkan terlebih dahulu barulah dipotong supaya lapisannya tidak comot.

2 comments:

  1. Assalamualaikum,

    wah! terkesima jap....hehe. akak terkejut gak ni sb br smlm post kek tu kat blog dah ade yg sudi try time tu gak...trm ksh byk2 yer zaliedana. syabas akak ucapkan. nampak cantik layer kek tu. tang bahan nestum tu, kalo xde, mmg boleh digantikan dgn biskut marie ataupun horlicks.

    apa2pun thanks a lot 4 trying. jgn serik utk mencube resepi kek dll d blog akak yer. :)

    ReplyDelete
  2. Wsalam kak tula nmpk kat blog akak terus rasa teringin nk buat,xpernah pun buat kek jns lapis nih,buat ngan ank2 kecik,kalut2 kak,cmtu la,xkemas n cantik cam akak punya,tapi sedap kat tekak la kak.Btw tengs kak share resepi nih,rini buat daging merah sos plum resepi kak,ngee..

    ReplyDelete