Wednesday, April 13, 2011

Telur Bungkus


Assalam semua,nih menu lunch kami,layan juga bersama daging merah bersos plum n tomyam ayam..Mmg terangkat beb..Sayur lain malas nak wat dah,sbb dah letak bunga kubis seksiap lam telur n daging tuh..Haha,dasar malas kan..



2biji Telur
1/2 Cawan Isi Ayam dipotong kecil
Bunga kubis@putik jagung@mix vagie secukupnya
1/2 Biji Bawang besar Di dadu
1 ulas Bawang putih ditumbuk
1 sdb Cili kisar
2 Sdb Sos cili
1 Sdb Sos tomato
1 Sdb Sos Plum
1 Sdb Kicap Cair
1 Sdb Sos tiram
Garam jika perlu
Minyak utk menumis
1 Helai daun limau purut dihiris halus(optional)



Cara-cara

Tumis bawang putih N bawang besar hingga naik bau,seterlah itu,masukkan cili kisar..Seterlah agak garing,masukkan semua sos,kemudian masukan isi ayam,bunga kubis n sedikit hirisan daun limau purut.Kacau sampai sebati.Rasa,jika dah ok,tutup api n ketepikan dulu.

Pukul telur dengan secubit garam,panaskan sedikit minyak dalam non stick pan& tuangkan telur yg dipukul,lenggang2 telur,biar penuh dalam non stick pan,biarkan seketika hingga telur masak.
Letak isi ayam yg di masak tadi ditengah2 kuali.Lipat telur 4segi & letak pinggan diatas pan,terlangkupkan pan.Potong bentuk x di atas telur n taburkan daun limau purut, bolehlah dihidangkan..


Daging nih mmg all time feberet..

4 comments:

  1. uishhh sedapnya telur ni dik....bak mai sikit akak nk dinner ni...hehe

    ReplyDelete
  2. wahh...sedappnya telur bungkus.....terliur nengoknya...

    ReplyDelete
  3. Kak Nieza,
    Sedap nih kak,meh nak bagi secoet utk akak dinner ckp x,tuan umah nih kedekut,hehe..

    ReplyDelete
  4. Kak Mas,
    Saja nak bagi akak terliur,selalu duk p umah akak sy jer yg ashik terliur nengok mcm menu yg sedap2,hehe..

    ReplyDelete