Monday, March 7, 2011

Daging Merah Bersos Plum



Assalam n selamat pgi isnin..Nih menu ari jumaat,xsmpt nak postkan n3 aritu,coz kebizian nak blk kg..Sedap daging nih,simple jer tapi rasa sedap woo,insyaAllah akn buat lagi n lagi d masa depan..Tengs kak dayang ats resepi nih,sy angkut resepi letak sini yer..

Sumber Resepi:-Kak Dayang
Daging Merah BerSos Plum


Campur juga ngan kacangbuncis,jagung n bunga kubis..

bahan-bahan: (3-4 orang makan)

* 250-300 g daging (direbus dan dihiris nipis)
* 1 labu bawang besar (dihiris)
* 3 biji bawang merah (dihiris)
* 2 ulas bawang putih (dihiris)
* 1 sudu makan cili giling
* 1 sudu makan sos plum
* 2-3 sudu makan sos cili
* 1 sudu makan sos tiram
* 1 biji cili merah (dihiris)
* 2-3 biji cili padi (diketuk)
* sedikit kicap manis jika suka
* garam dan gula secukup rasa
* 1-2 helai daun limau purut jika suka

Cara-cara :

1. Panaskan minyak secukupnya di dlm kuali. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi. Kemudian, masukkan cili giling dan tumis lagi hingga pecah minyak.
2. Masukkan sos tiram, sos plum, sos cili, kicap, cili padi, cili merah, dan daun limau purut. Masukkan sedikit air dan kacau hingga mendidih.
3. Masukkan daging, bawang besar, garam dan gula (jika perlu). Kacau sebati hingga kuahnya pekat.
4. Setelah masak, hidangkan dgn nasi panas.

*** masukkan sedikit pewarna merah semasa merebus daging supaya kelihatan lebih menarik.

2 comments:

Mas said...

amboi..sedapnya tengok daging tu...
dapat makan ngan nasi putih panas2 sedapp ni...

Zalieda Zaliedana said...

Kak mas,daging masak cenggini mmg best kan..Sos plum nih mmg blh dpelbagaikan dlm masakan kan kak.