Apa pon tengs bebanyak utk kak liza n kak izah atas resepi ni,pasni kalo nak wat lagi,lapisan atas mmg aku ikut yg nih ajer,..Sapa da resepi lapisan bawah yg lembut2 xkenyal,nanti syer2 lah eks,k daa..
KUIH TALAM GULA MERAH
sumber: Chef Hanieliza
Sumber resepi:- Kak Izahdaut
1 cawan gula merah ) masak dan sejukkan
1/2 cawan gula pasir )
5 cawan air biasa )
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung ubi
1 sudu kecil kapur
Cara
1. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang.
2. Gaulkan adunan dan tapiskan.
3. Tuangkan dalam loyang dan kukuskan selama 20 minit.
4. Bila dah masak, cakarkan sikit permikaan adunan dengan garfu.
Lapisan atas yg putih mmg sedap,lembut2 lembik,aku suke,tapi lapisan coklat,agak kenyal cikit,maybe aku kukus lam bekas lompang kut,agaknya lbh sesuai guna loyang besar..Tahla dimana slp aku..Sampai skang aku msih tercari2 lagi resepi lapisan bawah yg goyang2 n lembut cam aku pernah mkn doulu2,huhu..Sedapnyer yg org2 tua kita dulu2 wat kan,xyah resepi bagai,menagak2 jer,dah jadi n semestinya sedap yg amat..
Lapisan Atas
3 cawan santan pekat
1 cawan tepung beras
1 sudu kecil garam
Cara
1. Gaul dan tapiskan. Masakkan sedikit adunan ini sehingga naik wap saja..
2. Tuang atas adunan bawah yg telah dicakarkan sikit dan
3. Kukus selama 20 minit atau sehingga masak
4. Sejukkan dahulu baru dipotong dengan pisau pelastik dan hidangkan.
keras ke bahagian bawah tu ct. akak buat dulu rasanya dah cun dah... ye la selera masing2 kan. comel buat bekas kecik2. eh eh sama la akak pun buat tart bunge mcm kat bawah tu. sempat ko ct anak2 kecik ada, nak membuat nyer tu. akak buat sikit, pastu lepak sampai mlm pulak sambung, hahaha
ReplyDeletebetoikan ct nak dapat yg kena dgn tekak yg mengada kita ni payahkan ,kalau beli tu mmg la tak bestnya
ReplyDeletesenangkan buat dalam acuan lompang
dah lama tak makan lompang.. santan banyak sedap kan...
ReplyDeletealamak.... sedapnya! dia letak tonggang terbalik... nampak semua warna....yummy...yummy!
ReplyDeleteAssallamualaikum CT..
ReplyDeleteakak pun suka kalau dua2 lapisan tu lembut2 manja jer bila digeget.. Tapi mmg lapisan bawah tu kenyal sikit kot. Yg atas tu sbb ada santan sebab tu lebih lembut kot.. chehhhh pepandai jer...huhuhuh