Dah makan tengahari ke semua,wokey utk tengahari nih ai sajikan dengan nasi jintan putih,daging masala&Ayam.... yg sangat sodap..Utk rcp ayam nanti aku letak n3 ek,kalo rajin esk,kalo xrajin n bz tuh maybe ari senin lah eks,almaklumlah kalo weekend2 nih mmg bz ajer n xlekat umah..Mmg lah kekadang n3 da juga autopublish,tapi kalo memalam pon dah malas nak menaip n letak n3,pepaham ajerlah eks,erm kalo xpaham,wat2 paham jerla..
Malas nak wat sayur bagai,mkn nasi nih ngan Acar Limau ajer,tapi aku mmg xmkn acar limau,coz rasa manis,hubby jerla yg mkn acar nih..
Wokeylah berbalik pada nasi jintan nih,kira cam nasi minyak biasa jugalah,tapi xletak susu cair n ganti yogurt..Kat tekak aku ok jer,tapi disebabkan kali nih konon2 nak jimat,belilah basmathi yg kashmir,selalu duk beli moghul,rupa2nyer xbape sedap n hubby da komplen kata xbest,huhu..Pasnih dia suh msk ari2 jer beras nih,coz pendek cam beras biasa jer kashmir nih,kalo moghul,mmg panjang,smp si nana kata Panjangnyerrrr,ala2 iklan gitu,hehe..Pasnih kalo nk msk lgi nsi jintan nih,mmg nak try guna beras basmathi lain lak lah..K lah rcp aku copy dari kak ayu,maceh byk kak ya..
Utk resepi daging nih aku copy dari kak nor,maceh kak nor n love ya,walaupun depa menggunakan daging emmmbek,ai lak tuka ngan daging,so ubah la nama..Pasni leh guna daging embek la,sbb hubby suka daging embek,cuma xda stok,aku guna jerla daging lembu kan,hihi..K la meh tgk rcp lak eks..
Nasi Jintan Putih
Sources:-From mesra.net & Shilpa@aayisrecipes.com
Copy Dari :-Kak Ayu SG
Bahan2:-
41/2 cawan beras basmati-(Di basuh, rendam sekejap,basuh & tos)
1 biji bawang besar dihiris nipis
4 biji bawang putih ditumbuk atau dicincang
2 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk kunyit
4 sudu besar minyak sapi
2 biji pelaga
1 inci kayu manis
2 bunga cengkih
2-3 daun pandan
11/2 kiub vegetable stok(Aku ganti kiub pati ayam)
4-5 sudu besar plain yogurt
5-6 cawan air-(ikut jenis beraslah ya)
2 biji cili hijau dibelah tak payah putus
2 sudu besar susu cair
garam + secubit perasa
Cara2:-
Panaskan minyak sapi dan tumis cengkih, kayu manis dan pelaga.Masukkan serbuk jintan putih, hirisan bawang besar, bawang putih dan daun pandan. Kacau hingga naik bau dan layu. Masukkan lada hijau,serbuk kunyit, garam & beras yang sudah dibasuh & tos tadi. Gaul rata dan masukkan plain yogurt, kiub vegetable, susu dan air.Biarkan masak macam masak nasi biasa.
MUTTON MASALA
resipi : Love2cook
sumber: K.Nor@SecubitGaram
Bahan-bahannya :-
1kg daging kambing (dibersihkan dan dipotong kiub saiz sederhana besar...gaul ngan 1 sk serbuk kunyit dan sedikit garam...rebus dgn sedikit air hingga air kurang/ daging cukup masak...)(Aku Tukar ngan daging lembu,so msk terus ajer)
Bahan dikisar bersama :-
7 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci halia
1-2 batang serai
-----------------------
1 labu bawang besar (dihiris)
2-3 biji ubi kentang (potong empat)
2 biji tomato (potong empat)
2 tangkai cili hijau (dihiris)
2 tangkai cili merah (dihiris)
1 tangkai daun kari Sedikit daun ketumbar
1 keping kayu manis
1 bunga lawang
3 biji pelaga
1/2 sk biji jintan putih
1/2 sk biji jintan manis
1/2 sk serbuk ketumbar
3 sb serbuk cili (boleh lebih/ kurang ikut suka...nak mix ngan sedikit serbuk kari daging pun ok)
1 sk serbuk Garam Masala
2 gelas air
Garam dan aji secukupnya
Minyak masak(Aku tambah daun kari juga)
Cara-cara memasaknya :-
Panaskan minyak dlm kuali.
Tumis kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, biji jintan putih dan jintan manis.
Masukkan bahan2 yang telah dikisar tadi dan tumis hingga bau wangi.
Masukkan pula bawang besar, cili hijau, cili merah dan daun kari.
Kacau seketika dan masukkan tomato.
Kemudiannya, masukkan daging kambing yang telah direbus tadi. Kacau bersama ubi kentang. Tambahkan air, serbuk cili, garam dan aji secukupnya. Kacau sebati. Tutup periuk dan biarkan mendidih.
Apabila kentang dah masak, boleh masukkan serbuk ketumbar dan garam masala. Gaul sebati dan biarkan seketika.
Pastikan cukup rasa, daging pun dah masak.
Taburkan daun ketumbar dan gaul. Padamkan api.
Mutton masala sedia dihidang.
*** Kari ni lagi sedap jika dibuat pekat, so kurangkan air...
Sedap dimakan bersama nasi minyak/ briyani...
Bestnya ada nasi bintang....comey2...kak cek nak join makan sekali boleh ke...:D
ReplyDeleterajin betol la mak orang ni...dalam sibuk mengurus anak2 pon sempat lagi buat bintang2...
ReplyDeletekak CT cayang.. tun 1st time dgr nasi jintan putih nii.. mula2 ingatkan akk masak pulut kuning. hihi
ReplyDeleteTadi sempat singgah sat tapi tak sempat nak tinggal jejak. Ingatkan boleh tapau malam ni.
ReplyDeleteakak baru bercadang nak buat nasi jintan putih yg kat blog kat ayu ni...tetiba rasa malas pulak...hehe
ReplyDeletewalaupun kata beras basmathi pendek2 tu tak bape sedap... tapi tengok gambar & lauknya tu...mmmm...sangat menggoda selera!
ReplyDeleteAssalam Ct...sekali tgk mcm pulut kuning lak nasi jintan ni..sedapnya mkn ngan daging masala tu
ReplyDeletesedapnya..nk bt jgk tp beras basmathi dh abis stok..kna p menyoping dulu laa..ari ni tumpang mkn sini dulu lah ek..hihii
ReplyDeleteSalam...Wahhh sedap betul tengok masala tu...Nasi jintan pun belum pernah cuba lagi...
ReplyDeleteCt, pasal daging rusa tu, akak pun beli ngan perseorangan, itu pun dia jual bersempena ngan bulan posa+raya jeee..kalau kat pasaran terbuka tu, macam susah juga nak jumpa kottt...
Waa, ct...
ReplyDeletesedap betul tgk nasi dengan setnya sekali tu... :)
Assallamualiku..
ReplyDeleteCantik nasi tu posing dgn bentuk star.. Mak aiii.. Siap ada masala kambing lagi tu.. Rajinnya Ct...
ct kak pun tak pernah makan nasik jintan ni kalau dapat kat best heheheh
ReplyDeleteCt acar mak menakan ct tu sedap tau,kalau makan dengan nasi tak la manih sangat
Thanks ct atas sokongan,tak sangka ramai yg terasa dengan foodie blogger ni ye ,tapi ct glam la jugak dari akak yg tak glam de amour ni
Akak rasa release dah lepaihkan apa yg duk merengkam kat dalam ni
psst balik AS nak kirim acar tau hahah tak habih2 duk susahkan ct nak buat lagu mana dah suka kan
Salam Dana,
ReplyDeleteBestnya nasi tu...akak pun dah try sehari selepas Ayu tayangkan, tp akak buat ikut resepi Ayu pekena ngan daging bombay, sedap gak kan...