Wednesday, October 5, 2011

Paratha Paf Daging

Assalamualaikum n salam sejahtera..

Pagi ni bf ngan paratha paf daging berinti sedap nih,Mmg betoi inti nih sedap,patutlah kak ummi dah byk kali wat inti resepi ni..
Akceli klmarin wat paf nih utk dijamu kat family maklong yg kata nya nak singgah umah memalam buta dah pas hantar paksu kat umah abg di sg ara,paksu aku nak berlepas ke Tanah Suci kul4 ptg nanti..Blk dari umah abg semalam dah azan maghrib,tapi ckp kat hubby singgah la kjab giant sbb nak beli paratha,inti mmg dah siap wat,coz kami minum ptg pon ngan paratha ni,kelam kabut blk umah pas smbhyang maghrib sambil wat paf,sambil juga godek2 mee goreng utk dinner,ngan syifa duk nagis nak nenen,sekbek hubby da..Alih2 pas kami dinner abis n siap bancuh air letak lam peti ais,boleh Diorang ckp xjadi nak mai,nak blk aloq staq teruih,Huhuhu erghhhh..Mmg aku rasa bengang gila n nak mrh gakla,yerla kalut2 siap mknan n air bagai org xjadi mai..Mee goreng pon da juga lautk diaorang,nsb mee tuh goreng cikit jer..So arini hubby bf ngan mee goreng,aku lak mkn 2biji paf,masih banyak lagi weh paf yg duk da nih,nmpaknya smp lunch la aku kna melantak paf ni..Karang lunch msk utk hubby dahla,huhu..Geram mmg geram sgt janji beria2,tapi xjadi mai,kononnya dah ngantuk,sabaq jerla..
K meh tgk resepi lak yerseterlah aku berleter panjang lebar,resepi amik kat umah kak ummi,tq utk kak ummi n noreen atas resepi nih ya..

SAMOSA DAGING INTI SEDAP
Resepi: Noreen
Sumber Resepi: Kak Ummi @ Home Sweet Home

Bahan-bahan:
  • 1 frozen puff pastry dough - dipotong kiub/kecil (*akak guna onion paratha puff jenama Kawan( Aku guna plain paratha puff)
  • 450gm daging cincang (minced beef) - boleh digantikan dengan ayam atau lamb cincang
  • 2 biji ubi kentang saiz besar - dikupas kulit
  • 1 cawan kacang peas(Aku xletak)
  • 2 camb minyak untuk menumis
  • 1/2 camt jintan putih (cumin seeds)
  • 1 helai bay leaf - crushed
  • 2 labu bawang besar - dipotong dadu atau dicincang
  • 4 ulas bawang putih - crushed
  • 1 camb chopped/minced ginger - yang siap dijual dalam botol kalau tak ada bolehlah ditumbuk sehingga halus
  • 1/2 camt serbuk lada hitam
  • 1 1/2 camt garam atau secukup rasa
  • 1 camt serbuk jintan putih (ground cumin)
  • 1 camt serbuk ketumbar (ground coriander)
  • 1 camt serbuk kunyit (ground turmeric)
  • 1 camt serbuk cili (chili powder)
  • 1/2 camt serbuk kulit kayu manis (ground cinnamon)(Aku gantikan ngan rempah kabsa)
  • 1/2 camt serbuk buah pelaga (ground cardamon)(Aku gantikan ngan rempah kabsa)
  • 2 camb daun ketumbar yang telah dihiris halus
  • 2 camb lada hijau yang telah dicincang halus

Cara-cara:
  1. jerangkan air di dalam periuk dan taburkan sedikit garam
  2. biarkan sehingga mendidih
  3. kemudian masukkan ubi kentang dan kacang peas
  4. rebus sehingga kedua2nya lembut
  5. setelah itu toskan dan lecekkan kedua2nya sehingga hancur. ketepikan
  6. panaskan minyak di dalam kuali
  7. tumiskan bay leaf dan jintan putih sehingga keperangan
  8. kemudian masukkan bawang besar dan daging cincang
  9. gaulkan rata sehingga daging bertukar warna lebih kurang 5 min
  10. masukkan pula bawang putih, halia dan gaulkan rata
  11. setelah itu masukkan serbuk lada hitam, garam secukup rasa, serbuk jintan putih, serbuk ketumbar, serbuk cili, serbuk buah pelaga dan serbuk kulit kayu manis
  12. gaulkan semua bahan sehingga sebati
  13. masukkan pula ubi kentang dan kacang peas yang telah dilecekkan tadi
  14. gaulkan rata
  15. akhir sekali taburkan daun ketumbar dan cili hijau
  16. gaulkan sebati dan angkat letakkan ke dalam mangkuk
  17. biarkan sejuk
  18. taburkan sedikit tepung di atas papan pencanai
  19. ambil satu kiub puff pastry yang telah dipotong secara kecil
  20. canaikan menjadi bentuk empat segi
  21. letakkan satu sudu besar inti dan lipatkan bucu ke bucu
  22. basahkan jari dengan sedikit air dan tekankan supaya melekat dan tidak terbuka apabila di bakar
  23. lakukan sehingga habis dan susunkan di atas baking tray yang telah digris atau dilapikkan dengan non-stick paper
  24. bakar pada suhu 180C selama 25 min atau sehingga keperangan
  25. bolehlah dihidangkan panas2 untuk minuman petang
note: inti memang sedap. kalau tidak mahu menggunakan puff pastry bolehlah digantikan dengan samosa sheet. cara membungkus ikut suka masing2.

6 comments:

  1. lama dah kak mas tak beli puff pastry..
    menggoda betoi la puff daging tu...
    nakkkkkk...

    ReplyDelete
  2. Kak Mas,
    Nak eks,meh nak bagi,mmg da lagi ni..Yg nih paratha kakmas,bkn yg puff pastry,jnis paratha nih sedp n jadi berlapis2 juga bila bakar..

    ReplyDelete
  3. ct payung,akak datang nak ambik inti daging tu je sbb paf kat rumah akak ni ada banyak lagi nih..huhu

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Dana,
    nampak comel & montel paratha paf daging tu... agaknya macam sebiji boleh kenyang tak?

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum ct cayang..
    wah rajin buat ... comel2 plak tu paratha paf dia.. :).. suka akak tgk... akak x perna lg buat sndiri nie.. biasa beli jer memanjang.. hehehe... mmg fav semua org kat umah akak nie... n mmg sedap kan .. ;)

    ReplyDelete
  6. alahai.. kesiannyer akak tun sorang ni ye. xpe la, nk wat mcm mana, at least blh laa akak makan puff yg sedap ni byk2 ye. huhu..

    ReplyDelete