Wednesday, November 30, 2011

Roti/Pau Goreng 3 Inti..


Assalamualaikum..

Pau goreng nih dah seminggu lbh kut aku wat,tah ari apa,smp dah lupa dah..Pau nih pon mmg la semestinya dah licin..Punyalah perap lama pic nih,rini baru nak n3 kan..Sorry mama hawa eks..Mama amik resepi dari blog kak anim..Kak Anim lak amik dari ilham dapur,kak maz..Nih pon aku update gara2 kak nur tanya resepi kat fb,baru tingat rcp xletak kat blog lagi,adoyaiii..
Wat nih gara2 tergodaaa sgt bila nmpak kat umah mama hawa..Adeeiii mmg xtahan nmpak yg mama wat,punyalah montok2,ngalahkan pakai botox weh..Tima kasih byk ya utk semua yg terlibat di atas resepi ni..

Aku wat 3versi,1 inti kacang merah,1inti sardin n inti kacang merah..Inti sardin semestinyalah utk my laling terchenta..

Versi inti kacang merah..

Inti sardin,khas utk laling tersayang..

Versi inti kentang n daging.

Bahan-bahan
  • 1/2 cawan air suam* (-/+)
  • 2 cawan tepung gandum (-/+)
  • 2 sudu kecil yis kering (kita guna brand mauripan)*
  • 3 sudu besar susu tepung
  • 2 sudu besar butter cair
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar gula*
  • inti red bean paste secukupnya - simpan dalam peti dulu baru senang nak bulatkan - kita beli yg dah siap kat bakeri - mama pun
  • minyak untuk mengoreng

Cara-cara

1. Dalam mangkuk satukan bahan-bahan yang bertanda *. Biarkan seketika (1-2 minit) kemudian masukkan butter cair, kacau sebati.
2. Satukan tepung, garam dan susu tepung. Masukkan sedikit-sedikit kedalam no 1 sambil dikacau guna garfu (kacau buat bulatan jam) sehingga adunan tadi bersatu (menjadi seketul) tapi tidak keras. Kemudian boleh la diuli dengan tangan sehingga adunan menjadi licin dan tidak melekat pada tangan (adunan ni mesti lembut, kalau lembik tambah tepung sikit-sikit je, sapu kat tangan gtuw).
3. Tutup mangkuk dengan plastik wrap atau kitchen towel dan biarkan selama 30 minit. Kemudian tumbuk-tumbuk sedikit doh yang telah naik tadi.

4. Ambil sebesar bola golf pastu leperkan sedikit, letak inti yang telah dibulatkan tadi dan tutup elok-elok. Bila nak goreng leperkan sedikit dulu
6. Panaskan minyak dalam kuali dan boleh lah digoreng sebiji-sebiji sambil simbah minyak panas ke atasnya (supaya ianya jadi kembang dan lembut). Goreng sampai habis. Siap..sedap makan yang panas2

13 comments:

  1. Wah! bulat2 menggebu je pau ni...nak seketul....:)

    ReplyDelete
  2. Assalam CT, licin tak bejerawat langsung pau goreng tu, rajinnya buat mcm2 inti, sedap ni mkn panas2

    ReplyDelete
  3. gemok2! suka tengok.. tun suka makan pau goreng.. nk yg inti kacang!

    ReplyDelete
  4. sedapnya...sorryla byk hari akak tak bw ni CT sekali singgah tgk berderet menu kat dapur CT ni...haha tapi tak pa la tgk semua sekali harungla. gebus pau ni..nak yg inti kcng merah tu la buat bf ni...hehe

    ReplyDelete
  5. Salam...Wahhh pau goreng, saya paling suke yang inti kacang merah tuuuuu

    ReplyDelete
  6. Salam Ct,
    sedapnya pau goreng.....akak suka yg pedas

    ReplyDelete
  7. oooowww...baca tajuk, ingatkan 3 inti sekali harung dalam sebiji pau... lambat pick-up betul....nak semua Dana, sebiji-sebiji...eh, lupa, dah habiskan pau tu...

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum ct cayang...
    waaah gebunya pau goreng tu ct.. geram akak tgk... mcm nak ambik jer tau .. nmpk sedaaap

    ReplyDelete
  9. Assalam ct, waduh..pau goreng yang gebu & lembut ni dah masuk list tapi belum ada chance nak buat lagi..mesti nak buat..mesti..mesti..!!!hehe

    ReplyDelete
  10. sedapnya ct..kita nak tiga2 jenis...hehehe...dah lama teringin nak buat pau goreng ni..tapi tak buat2 jugak lagik..haishhhh..malas nak buat inti...huhuhu

    ReplyDelete
  11. Slm zaaaa...waaa lapar la plak kmaz tgk pau za tu...ala2 kue rti greng gitu kan..cdppnya dpt nga kopi scwn...kmaz bru nk pnaskan enjin blik ni...lama brtapa...

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum Ct,

    haa...tq dear for posting the recipe...haha...nanti kak nur nk salin resepi nie..kak nur suka pau goreng...naiknya gebusss gitu...cantik.

    ReplyDelete