Monday, January 9, 2012

Pandan Light Cheese Cake Utk Birthday Syifa.

Assalamualaikum n selamat pagi semua..N3 pertama ditahun 2012..Lama benar blog nih xberupdate..Walaupon dah agak terlewat,tapi dikesempatan nih aku nak ucapkan selamat menyambut tahun 2012 buat semua yg sudi berkunjung ke sini ya,maaf sesangat sbb terlewat ucapkan ya..

Nih pon aku barula terhegeh2 nak masukkan kek barbie yg aku wat semperna besday syifa tempohari,walaupon dah lambat,tapi nak juga aku tempek disini,sebagai kenangan utk syifa nanti n sbb aku nak letak resepi kek yg sedap ni..

Alhamdulillah tertunai juga hasrat dihati aku nak wat kan kek barbie utk syifa tersayang..Walaupon kalo org yg pro tgk kek nih,mmg terasa nak gelak ke nangis meraung xtaulah,tapi bagi aku,aku sgt berbangga sbb nila hasil keras tangan aku yg aku wat dengan penuh kasih syg..Yerla baru 1st time aku pegang nozzle n tanpa p belajaq kat mna2 aku kuatkan semangat wat juga kek nih..

Syifa kek hasil keras tangan n air tangan ummi nih khas utk anak ummi yg sgt2 ummi sayang,moga pic kek nih nnti mnjadi kenangan terindah wat syifa ya nak..


Nana yg duk inteprem lbh,besday girl duk nempek kat ummi xmo berenggang,adeiii..Sekbek xtumbang kek nih,yerla si nana nih yg excited lbh..

Tima kasih byk ya kak hasue utk rcp yg mmg best nih,sy c/p letak kat sini lak eks..

Light Cheese Cake
Resepi:Kak HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan
• 125g cream cheese(Aku letak 150gm)
• 300 ml susu segar
• 80 g mentega atau marjerin
• 80 g tepung gandum
• 80 gram gula halus
• 3 biji telur saiz A
• beberapa titik esen vanila/jus lemon(Aku add pandan paste n sedikit pewarna hijau)

Tangan ummi pon nak enteprem gak..Tgh nak cucuk lilin..Sian toi pic besday girl xda,sbb abah wat video,pastu pic lak snap sikit jer,maaf sgt ya syifa syg..

Men snap comot2,sbb dah ramai yg tunggu xsabar nak merasa kek nih..Pastu lak w/cream dah nk mula cair,coz terkena panas bahang dari api lilin,huhu..

Pandan light ciskek+moist eggless coklat kek,alhamdulillah rasa yg sedap n gandingan yg mntap,semua memuji kesedapan kek2 nih,terima kasih sgt pada kak hasue n kak dayang jack atas resepi..

Cara-cara
1. Masukkan susu segar dalam periuk. Masukkan cream cheese sehingga cair sambil sentiasa dikacau menggunakan hand whisk. Masukkan pula mentega/marjerin,kacau lagi sehingga cair,padamkan api dan ketepikan.
2. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue. -meringue ialah adunan putih telur dan gula betul2 ringan (ia tidak tumpah apabila mangkuk cuba diterbalikkan)
3. Di dalam bekas lain yang lebih besar,pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi, kacau seketika..ayakkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul -kacau menggunakan hand whisk dengan perlahan
4. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata(boleh juga menggunakan hand whisk tapi gaul dengan perlahan2)..
5. Glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Masukkan adunan kek di dalam acuan. Pastikan oven sudah dipanaskan sebelum membakar kek
6. Bakar pada suhu 160 darjah selama 45 minit (atau sehingga masak) menggunakan kaedah bain marie(loyang kek diletakkan di atas loyang yang berisi air panas ketika dibakar)
8. Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja.

11 comments:

  1. Tahniah akak ucapkan. Hehehe nanti kita usha kelas buat kek erk. Anyway kek tu sangat sedap, i like it. TQ sebab sudi jemput kami sekeluarga. Resepi mee udang tu jang lupa tempek erk. Akak nak buat suatu hari nanti.

    ReplyDelete
  2. alahai dah kira cantik sangatlah tu kek Dana, akak pun tak pandai nak mendeco secantik kek barbie ni...mmng suka betul anak dara kecik tu ya dpt kek idaman sentuhan air tangan ibunya...tentu Shifa berbangga dngn ibu kesayangannya tu..tahniah Dana...

    ReplyDelete
  3. salam ct....cantiknya kek barbie, pandainya ct deko....blh tempah ni....hihihihi

    ReplyDelete
  4. ct..miss u..muahhhhhh
    wahhhhh...cantikknya kek birthday shifa yang comeiii tu...
    tepuk tangan buat ummi shifa yang rajinnn ni...
    cantikk sangat kek tu..
    happy birthday buat shifa...
    moga menjadi anak yg solehah dan menjadi insan berjaya dunia dan akhirat...

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum ct cayang...
    memang cantiiik ler kek birthday syifa tu ct... pandai ct deko kek yer.. kagum2...

    ReplyDelete
  6. wahh2.. sbb 1st time buat, kira omey dah tu.. kalau tun agaknyer x berdiri barbey tu. hoho.. sedapnyer light cheesecake. mmg tun suka gler kek nih..

    ReplyDelete
  7. musti tekebil2 mata dak syifa nengok kek ummi ni...seronok abes la tu... suka sangat budak2 kalau dapat pwincess kek ni kan...

    ReplyDelete
  8. happy birthday syifa. semoga membesar dengan sihat dan bijak.
    lawo gilos kek ko tu ct.. terpegun hakak. sah sah tangan ku tak reti nak mendeko gini. sehari semalam pun tak tau siap ke belum. akak suke jugak main deco2 ni. yang tak suke nak membasuh pekakas tu. rasa nak sewa bibik je suh basuhkan. haha.. seriyes lawa.. mmg cun kek nya

    ReplyDelete
  9. pandai ummi syifa mendeko kek, kalo auntie mmg tak jadi langsung deko2 gitu.

    ReplyDelete
  10. lawo dah la tu CT..akak ni pun lum ada keberanian nk pegang nozzle kek tu.tapi teringin gak nk belajaq deco ni:)

    ReplyDelete
  11. wah! nak kene ada anak dulu la kot baru semangat buat deco kekk mcm ni...cayalah kak ct! mantappp!

    ReplyDelete