Assalamualaikum..
Update lagi di ptg arini..Banana Kaya Dessert ala domino nih dah 2kali wat n menu yg tah bape bln dah,baru arini nk update rcpnya..Hehe..Anak2 mmg suka pizza pisang nih,diorang panggei pizza hijau,hehe..
Wat sendri mmg lebih berbaloi2 n lebih sdap sbb leh letak cheese ke pisang ke byk2 kan..Aritu prnh wat juga pizza nih kat kg utk mak n ank2 sedara..
K lah jom zasss tgk rcp lah eh..B4 tuh tq utk CMG n ros utk rcp doh pizza n serikaya tuh ya..
Sumber Resepi:-Cik Mat Gebu
BAHAN-BAHAN DOH PIZZA :-)
300 g tepung gandum
6 g instat yeast
20 g mentega
10 g gula halus
1 camca teh bread improver (optional)
1/4 camca teh garam
1 1/2 camca besar madu
170 ml air
Sedikit tepung untuk ditabur
Cara Membuatnya:-
UNTUK DOH PIZZA :-
Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas, kecuali mentega dan
tepung untuk ditabur, gaul rata hingga bersatu. Tambah mentega dan terus
meggaul hingga menjadi doh yang kenyal, jika melekit, tambah sedikit
tepung. Kemudian bulat2kan dan biar 45 minit hingga naik sekali ganda. KAEDAH LAIN :-
Masukkan semua bahan untuk dok kecuali tepung untuk ditabur, ke dalam
bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan "ON", buat hingga siap.
Resepi Serikaya Pandan
Sumber Resepi:- Rosmarlina
350ml santan pekat
3/4 cawan gla (Aku kurng kan lgi)
1 1/2 sudu besar tepung kastard ( boleh ganti dengan tepung gandum)(Aku letak 1sdb jer)
3 biji kuning telur ( ros guna saiz telur saiz M)
1 helai daun pandan di simpul
beberapa titik esen pandan ( nak guna pandan emulco pun boleh)
beberapa titik pewarna hijau
Cara-caranya
1. Campurkan santan, kuning telur, gula, esen pandan dan pewarna hijau di dalam bekas, kacau sebati menggunakan whisker.
2. Kemudian ambil tepung kastard dan bancuh dengan 2 sudu besar air,
selepas itu curahkan bancuhan tepung kastard di dalam bekas berisi
adunan santan tadi, kacau lagi, kemudian tapis adunan ke dalam periuk
dan masukkan daun pandan yang disimpul.
3. Masak dengan api perlahan, dan perlu di ingat, perlu kacau selalu
jangan ditinggalkan, kacau sehingga kaya pandan menjadi pekat dan
berkilat, masa mengacau lebih kurang 20-25 minit, setelah pekat, angkat
dan sejukkan, barulah boleh di simpan di dalam bekas kaca dan di
letakkan di dalam peti ais. Selamat Mencuba.
- Walaupun tepung kastard boleh diganti dengan tepung gandum namun
disarankan supaya menggunakan tepung kastard kerana tekstur kaya akan
lebih licin dan elok pekatnya, ini berdasarkan pengalaman ros lah : )
*Utk buat pizza banana Kaya:---
Serikaya Pandan Secukupnya
Pisang berangan/Emas secukupnya dihiris nipis
Gula Aising secukupnya utk ditabur diatas pizza
Mozarella cheese secukupnya..
Cara Membuat:-
Panaskan
oven pada suhu 190C, sediakan 2 dulang pizza berukuran 9 inci, sapu
dengan sedikit mentega. Ketepikan. Keluarkan doh, bahagikan doh tadi
kepada 2 bahagian sama besar. Ambil satu, tabur sedikit tepung dan canai
bulat. Alihkan ke dalam dulang pizza, tekan2 dengan hujung jari hingga
memenuhi dulang tadi dan biarkan kelilingnya sedikit tebal .
Ratakan sebahagian serikaya pandan tadi dan susun hirisan pisang yg dihiris di atasnya dan diakhiri dengan keju mozzarella.
Bakar 20 - 25 minit hingga keju mencair dan roti kelihatan kuning
keemasan. Keluarkan dari oven dan Taburkan dgn gula aising.
Buat kaedah sama juga untuk yang sebiji lagi.Sedia utk dihidang n dingap..
wahhh.. kreatif! nampak sedap sgt2... nnt bolehlah try... agak2 anak2 anak boleh terima tak.. kot2 mak dia yg puluh lebih... haha.. tq sharing idea... buat sendiri lagi berbaloi2 kan... teringat dulu rajin buat apple pie ala mcD tu.. kekeke...
ReplyDelete*anak2 akak*
ReplyDeletesilap taip la pulokks...
Kak MadihaA,try ler kak,mna tau ank2 akk suka kan,ank2 sy sume suka,ank2 sedara lagi ler pulun mkn,serikaya tuh klo mls nk wat,leh ajer bli ready made kan..sy ritu saja wat sbb nk mkn ngan roti juga..
ReplyDeletePstt akk pie mcd akk wat kulit dia rsa cam kulit karipap ke rsa cam mcd kak,tingin betul nk wat yg cam mcd kan,salu duk tgk rcp kulit cam karipap tuh..
nmpk sedap...tp bole pandang je la....huhuhu....
ReplyDeleteehhh??? wujud ye pizza pisang nih?? sgt jakun! haha.. tun suka makan sandwich pisang, so kene ngan tekak tun nih.
ReplyDeleteVersi baru ni..tembam kulit pizzanya, puashati tengk
ReplyDeleteHebatnya Dana! Memang cantik betul... kita je yang kejakunan hi hihiiii... kalaulah dapat sepotong!
ReplyDeletei tak pernah masuk or makan dominos, percaya tak? sebab tu la blank langsung pasai pizza ni cik siti... boleh la jugak menerainya nanti. base pizza tu dah pernah cuba, memang sedap
ReplyDeleteaduh...sedapnyer...pasti dicuba nanti...
ReplyDeleteAssalam ct, wah first time ni akak dengar pizza berkaya..pasti anak2 suka..ia bagai roti gitu ke ct?..
ReplyDelete