Cerita tentang segalanya...Hasil Masakkan Aku,Resepi2 yang aku telah cuba,family Aku dan segalanya di sini❤
Friday, January 25, 2019
Resepi Kerabu Kerang Ala Thai Yang Sedap Dan Pelbagai Tips
Assalamualaikum n selamat ptg hampa..Arini kami nak share rcp Kerabu Kerang Ala Thai kat hampa..
Aritu pernah viral kann. Actually memang sedap sgt n kami suka la..Rasa madam,manis,pedas n sedikit masin yg seimbng..
Pastu plak bau aroma daun ketumbar yg harum menggoda tu menusuk hidung.. Fuhhh sekali dah try msti akn trgoda ngan rasa kerabu ni..
Jom tgk rcp hampa.. Jgn lupa baca tips yg kami share sma tau.
Mcm biasa klo nak lbh paham blh la tgk video step by step kat utube channel kami tu di sini na..
https://youtu.be/OEN-zFjpjyk
Jgn lupa klick button subscribe ya..
Resepi Kerabu Kerang Ala Thai
Bahan- Bahan
1 kilo kerang
1@2Batang Serai Di Ketuk
3@4 Ulas Bawang Putih- Ditumbuk
5 Biji cili api - Ditumbuk
1 inci belacan dibakar dan - Ditumbuk
1Biji Tomato -Ditumbuk skli bhn di atas..
Bahan2 Lain(Gaul Bersama Kerang)
Jus Limau Kasturi
1/4 Sudu Teh Asam Jawa Xtra Adabi
Kicap Sotong/Sos Ikan
Gula Somtam/Gula Thai/Gula Pasir
Daun Ketumbar diHiris
Bahan Hiris Nipis
Cili padi merah dan hijau
Cili Merah Jika Suka
1 biji tomato dipotong dadu
1 Biji Bawang Besar Di hiris Nipis
Cara-Cara
1.Letak sedikit saja air,masukkan Serai Yg Diketuk,Masukkan pula kerang yg dah di basuh bersih n Ditoskan..
2.Rebus kerang sehingga terbuka/masak.
3.Buang air rebusan kerang dan segera letak kerang dalam bekas berisi ais dan air sejuk dari peti ais .
4. Buang sebelah cengkerang yg 0 dan gunakan sebelah lagi yang ada isi untuk dibuat kerabu 5.Satukan semua bahan dan gaulkan bersama kerang sehingga mesra.
6.Akhir sekali perahkan limau kasturi , bawang Besar yang dah dihiris dan daun ketumbar serta gaul hingga sebati.
7. Siap dan sedia untuk dinikmati.
Tips
kerabu ni kena ada rasa masin, pedas, manis, masam dan boleh la boleh adjust ikut selera masing-masing2 ya..
Rebus Kerang Sekejab Sja n kena tutup kuali tu,supaya cepat msak n msk sekata..
kerang yg di rebus kena segera letak dalam bekas berisi ais dan air sejuk dari peti ais ..untuk elakkan kerang jadi kecut dan kerang kekal nmpk segar.
Gunakan Gula somtam thai tu supaya kerabu lbh sedap.
No comments:
Post a Comment