Cerita tentang segalanya...Hasil Masakkan Aku,Resepi2 yang aku telah cuba,family Aku dan segalanya di sini❤
Wednesday, August 18, 2010
Ayam Panggang ala Kenny Rogers
Ermm ayam nih la aku masak sama ari ngan siakap bakar berempah woku tu..MMG SEDAP TAU AYAM NIH..Yerla sume2 mknan dlm blog kak ummi mmg marbeles..Ayam nih pong aku c/p resepi dari blog kak ummi..
Ayam Panggang ala Kenny Rogers
Bahan-bahan:-
• 1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)
Bahan-2 untuk "make up"(perap) ayam : -
• 3 biji bawang besar
• 4 biji bawang putih
• 1 inci halia
• 2 atau 3 sudu besar sos lada hitam
• 2 sudu besar madu
• 1 ketul kiub ayam Knorr
• 2 sudu besar gula pasir- (aku gune gula perang)
• 2 sudu besar herba campuran (aku oregano)
• 1 1/2 sudu teh garam halus
• Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
• Sedikit mentega
Cara-cara:-
1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
3. Perap selama 1 1/2 jam.-(*aku perap 3 jam)
4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang.
5. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. (Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering. Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar. )
Ni kena la buat masa besday 12/9 ni, kami nak makan jugak ayam kenny rogers ni he he he.
ReplyDeleteKak Lah,raya nih ayam nih xwat kut..Kata nak mai mkn kek ja,ahaksss..Tapi wat bihun Sup kut..Spaghetti sama kalu smpat n rajin,coz xtau lagi blk dri kroh kul bape raya ke2 tu..
ReplyDelete