Cerita tentang segalanya...Hasil Masakkan Aku,Resepi2 yang aku telah cuba,family Aku dan segalanya di sini❤
Sunday, February 27, 2011
Jjcm n Taman Metropolitan
Anak ummi yg cumil n tembam yg sentiasa cool jer,sgt suka tgk ank ummi time tido,hehe..cumil sgt,wlpun muka nmpk serious bebenor..
Weekend baru ni,1 ari gantung kuali,time lunch hubby ajk p mkn dekat Restoran Kapitan Kat depan ngan queensbay mall..Kat restoran nih yg famous skli nasi beriani claypot n roti nan la..Pas kenyang mkn tu aku ajk hubby g msk dlm qb tu,niat hati tu bkn pa nak cari kedai Daiso,sbb ritu kak sam da ckp daiso da buka kat qb.Kat qb tu hubby da belikan something utk aku yg rega blh tahan la gak,yg mmbuatkan hatiku syok sgt..Hehehe..Syukur alhamdulillah n many2 tengs ya laling..I lap u laling..Xyah tunjuk la kat cni benda tu ya..
Ptg lak kami klq lagi,kali nih g taman lak,saja la bawa ank2 kan,lagi blh syazana main2,dia mmg seronok sgt la dpt main2 kat taman tu,smpkan xmo blk n meraung sakan la bila nak blk tu.Smpt Lagi tu kami posing2 n snap gmbar ckit.Hehehe..
Ni nasi beriani kambing,laling punyer.
Aku punya,nasi beriani ayam
Budak yg dah xsabar menunggu nasi beriani sampai.
Syifa cool jer tidur time kami melantak,haha..
Naik mainan dulu,sementara tunggu ummi g shopping kat daiso.
Muahhhhhhhhsss i lap u syg,muahaha..
Ummi n Syifa,ummi pong nak nyibuk gak,hahha..
Gelagat 4beranak
Manggo Mousse
Jom mkn manggo mousse jom..Buat dessert nih ptg tadi,dah byk kali nmpak kak nor buat mousse nih,teringin gakla nak rasa cmner kesedapan mousse nih.Resepi asal adalah stoberi,kak nor telah tukar kpd buah pelam,aku pong ikut gakla sama ngan kak nor,resepi ni aku cnp dari umah kak nor ajer..Tengs ek kak nor,sy cnp resepi ni.
STRAWBERRY MOUSSE
sumber resepi: K.Nor@Secubitgaram
10g(2tbsp) gelatin
100ml air panas
200g strawberry
70g gula
200ml fresh cream/whipping cream
1 sudu besar lemon jus
Cara:
Campurkan gelatin dengan air panas. Kacau biar gelatin tak nampak ketul-ketul. Boleh juga panaskan dengan microwave.
Buang tangkai strawberry. Dengan mixer/blander kisar strawberry, gula, fresh cream sehingga semua sebati .
Masukkan pula gelatin dan s lemon. Mix sekejap. Tuangkan ke dalam bekas yang sesuai dan sejukkan.
Saturday, February 26, 2011
Pizza Sedap n Mewah
As'salam n morning semua..Dah bf ker..?Hehhe..Rini aku gantung kuali jer,coz tghri nanti nak kuar g jln2 n shoping2 ckit,mggu nih xjdi lak blk kg,coz hubby da kja ckit,next week la plak..Erm pizza nih aku nmakan pizza sedap n mewah sbb,pizza nih mmg sedap n toping lak mmg mewah ler,dah segala mcm aku taruk hehehe..Hubby pong bla aku tya sedap ke x,dia kata mmg sedap,eh dia mna berani kata xsedap takut bini dia xmo masak dah,wakaka.Xda la laling aku ckp sedap n lagi sedap dari pizza hu* tu sebab yg bini dia wat nih mmg lagi sedap,eh berapa byk sedap daa.Meh kita zass layan resepi lah eh,resepi utk doh aku angkut kat umah kak ummi kuantan,sekali lagi tengs yer kak ummi..Utk topping semua aku wat campak2 semua bhn yg da stok jer
Time nih blm bako yer..
PIZZA DAGING KARI
Sumber resepi:Kak Ummi
Bahan (Doh Pizza):-
* 2 cawan tepung (*akak guna tepung high protein)
* 1 sudu besar yis kering (mauripan)
* 1/8 sudu kecil garam
* 1 sudu besar gula kastor
* 1/2 cawan air suam
* 2 sudu besar minyak zaitun
Bahan2 nyer yer puan2..Psstt lupa nak snap daging kisar kari tuh..
Bahan Inti:-
* 100 gm daging kisar (*akak letak 200 gm)
* 1 sudu besar bawang cincang (*akak guna 1 biji bawang besar)
* 1 sudu besar serbuk kari daging (*akak guna 2 sudu besar )
* 1/4 sudu kecil serbuk jintan manis
* 1/4 sudu kecil serbuk ketumbar
* 2 sudu besar minyak (*akak guna minyak zaitun)(Aku guna butter cair jer)
Bahan Lain:-
* 1/2 cawan sos pasta (akak marinate jek sos tomato, sos cili, puri tomato dan tomato cincang - ikut citarasa sendiri)
~*Aku marinate ngan sos kimball tradisional+soso cili+ dry oregano cikt,pastu aku add nenas,sosej,crab stick,button mushroom,cili merah+hijau n bawang besar dadu)
* 1/2 cawan parutan mozarella cheese (*akak guna lebih)(Aku pun guna lebih,siap tmbah cheddar lagi,muahaha)
Cara Membuat:-
1. UNTUK DOH: (*akak masukkan kesemua bahan dalam Bread Maker mengikut turutan, bahan cecair dahulu, baru diletakkan bahan-bahan kering. Jauhkan garam dengan yis sebelum mula mengadun, nnt terbantut yis nak kembang) Tekan ON dan biar doh diuli, dan bila siap uli akak hanya biarkan doh naik lebih kurang 20 minit sahaja. Keluarkan dari BM dan letakkan di atas papan pencanai yang ditabur sedikit tepung. Canai dengan rolling pin biar jadi bulat dan rata. Letakkan di atas loyang pizza ukuran 10 in.
2. UNTUK INTI: Panaskan minyak, tumiskan bawang hingga kekuningan, masukkan rempah kari, kacau sebentar dan masukkan daging kisar. Masukkan garam dan kacau hingga daging masak dan sedikit kering. Angkat dan sejukkan.
3. Ratakan sos pizza di atas doh, kemudian letakkan inti daging tadi dan ratakan.
4. Kemudian taburkan parutan mozarella cheese dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 190C selama 10 minit. Hidangkan panas2 suam dan drizzle dengan sos cili kegemaran.
Keratan rentas nih balance2 pas kami dah ngap,hubby dah lapo bebenor dah tu yg xsmpat snap pic dah,laling aku duk p mai p mai kat dapo tggu pizza nih,ni sume sbb aku duk gentel2 yg bulat2 tula,yerla nak msuk cheese lagi,kunun2 ala pizza hut la,tapi hmpeh xjadi pong,wakaka..Xpala jnji sedap wlpun rupa xcntik,ayat pujuk diri lanih.
Friday, February 25, 2011
Chocolate Chip Banana Muffin
As'salam n slmat petang.Muffin yg da kat umah kat kak izah telah datang kat umah aku lak,ngeeee..Kak izah baru post kan n3 pagi tadi,hehe..Semua bbhan mmg dah da,so on jerla.Sedap mapin nih,mmg lembut gebu jer,maybe sbb penggunaan yogurt kut,hehehe..Ni baru jer siap bkar..Syazana pun dah ngap 2biji,sedap kut ummi dia wat,ngeee..Kak ijah ku cayang cam besa la,nak c/p resepi eh..
CHOCOLATE CHIP BANANA MUFFIN
sumber Resepi:Kak izah mak bais n muaz
Bahan-bahannya:
1 3/4 cawan tepung serbaguna* gandum
3/4 cawan gula *kurang ke 1/2 cawan(wlpun aku dah kurangkan ke half cup,tapi masih manis,maybe psng aku manis kut,len kali aku nk kurang kan lagi)
1 teaspoon baking powder
1 teaspoon baking soda
1/2 teaspoon garam
1 biji telur* saya guna M
1/2 cawan minyak * saya kurangkan 1 sudu
1/2 cawan plain yogurt * atau 1 cup yogurt tu bersamaan 1/2 cawan
1 teaspoon vanilla extract
1 cawan pisang lecek
3/4 cawan semisweet chocolate chips
Caranya: (Cara saya)
1. Dalam mangkuk yang besar ayakkan tepung bersama baking powder, soda dan garam. Kemudian masukkan gula dan chocolate chip. Gaul rata
2. Dalam bekas yang lain, satukan minyak, telur, yogurt, pisang dan essence Vanilla. Gaul rata.
3. Kemudian masukkan adunan pisang ke dalam mangkuk tepung tadi. Gaul sekadar bersatu sahaja.
4. Sendukkan ke dalam paper muffin dan bakar pada suhu 180 C selama 25 minit.
Nota: Saya gaul adunan ni sekejap aje sekadar bahan bahan tu semua rata. Adunan muffin yang terlebih kacau akan menyebabkan muffin keras, bantat dan tak gebu. Yang penting pastikan tepung yang diayak dikacau sebati bersama baking powder, garam, gula dan soda sebelum dimasukkan bahan basah.(Aku ikut jer semua ckp kak izah n cara dia tu,dia kan ratu mapin,ngeee..
Gelagat budak yg mkn 2biji muffin..Sedap nak yer.
Thursday, February 24, 2011
Siti Nursyifa Darwisya
Salam semua nma saya Siti Nursyifa Darwisya bt Sazali,Ummi n abah paggei saya syifa,kakak sya lak pagei cipa n kdang2 dia pggei caye papa,ishk2 kak nana nih da ka pggei caye papa..Umur caya xmasuk 2bln agi,29aribln baru ckup 2bln,eh bln nih mna da 29aribln kan kan.
Caya dah mkn tmbm bam bam,28hb mggu dpn caya kena g klnik utk ccuk yg 2bln n tmbang skli,hehe leh la tau berat caye nnti..
Caya cuka minum cucu ummi,cucu ummi cedap,ritu ummi da la pam cucu macuk lam botoi,tapi caye xmo,haha cian ummi dia terpaksa la bgi cucu kat caya nyorok2 kalu kat tmpat public..Sllunyer caya icap nenen ciap2 b4 nak klq dri keta,ummi takut caya nangis la kalu xkenyang,kalu dah kenyang leh la caye tdq lame2 hehe..Mehla tgk pic2 caye nih..hehehe..
Nasi Goreng Cendawan Sempoi
Salam dah lunch ke.?aku dah sudah dah,yerla kalau ari kerja mmg lunch awai,coz hubby blk lunch kat umah..Rini aku wat nasi goreng jer,stok brg bsh byk yg dah abs,sbb nak clearkan stok,weekend nak blk kg.So nasi goreng nih aku derhaka ckit kat resepinyer,tula xleh letak nama cam kak ummi..Hehehe..Papun nsi grng resepi kak ummi nih mmg marbeles,sdp bangat..Kak ummi cayang,sy c/p resepi yer..
NASI GORENG KOBIS UNGU DENGAN CENDAWAN
Resepi:Kak Ummi
Bahan:-
* 3 mangkuk nasi putih
* 1 labu bawang besar - didadu
* 4 ulas bawang putih - cincang
* 200 gm isi ayam - potong kecil-kecil(xda stok,aku ganti daging cincang n sotong)
* 1 sudu besar lada hitam yang telah dikisar
* 1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
* 1/2 biji kobis ungu - dihiris halus(xda stok,aku ganti daun salad n hirisan tomato)
* 1/2 biji capsicum kuning - didadu(xda stok,aku ganti cili merah di potong halus)
* 1 tin cendawan butang - dibelah 4
* 3 sudu besar kicap cair
* garam secukup rasa
* sedikit minyak utk menggoreng
(Aku sebiji telur di pecahkan dlm nasi goreng nih n tambah telur goreng mata)
Licin tau hubby makan siap puji sedappppppp..Pinggan nih hubbynyer nasi..
Cara-Cara:-
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan dan naik bau.
2. Masukkan lada hitam kisar dan serbuk lada sulah. Kacau.
3. Masukkan isi ayam, cendawan dan kicap cair, kacau.
4. Masukkan lada benggala dan juga nasi putih. Kacau rata.
5. Masukkan garam secukup rasa. Kacau semua biar sebati.
6. Bila nasi nampak berasap, masukkan pula kobis ungu. Kacau sekejap, jangan sayur terlalu layu (*sedap rapuh2 camtu). Tutup api.
7. Hidangkan panas-panas dengan sedikit kobis ungu sebagai ulam...waaallllaahhhhh, sedaaapppp.
Apam Lenggang
Apam nih wat bf klmarin,wlpun rupa ireng tapi rasa sdap..Nnti nk wat lagi la bagi cun ckit..Resepi skodeng kat dapur kak madiha..Kak madihaa sy c/p resepi kat sini ya..
Sumber resepi: kak madihaa
Bahan2
150 gm tepung beras
200 ml santan
1/2 camt yis + dgn 50ml air suam-perap 10 minit
30 gm gula (lenkali nak kurangkan)
1/4 cawan tapai nasi
Cara2 Menyediakan
1. Campurkan kesemua bahan kecuali bancuhan yis. Mesin bahan2 tersebut dan tapis kedalam bekas/besen yang lain. Setelah itu masukan bancuhan yis tadi & kacau rata. Tutup dan simpan hingga kembang berbuih2 lebih kurang 1 jam.
2. Setelah kembang, kacau bancuhan agar rata.
3. Panaskan kuali dengan sedikit sapuan planta/minyak masak. (boleh juga gunakan kuali non stick). Tuangkan sesenduk adunan ini ke dlm kuali lalu dilenggang sedikit agar jadi spt kuih dadar. Biarkan seketika kemudian barulah kuali di tutup.
4. Setelah tepinya kekuningan kikis tepi2nya dan angkat.
5. Cara menghidang di lipat dua atau di biar terbuka pun boleh juga. Dihidang bersama kari ayam atau kelapa parut putih terpulang selera masing2.(Aku n hubby mkn cmtu jer,coz dah manis)
Resepi Tapai Nasi
250 gm nasi yg tlh disejukkan
1 camca teh ragi yg telah dihancurkan
sedikit gula (MaDiHaA tak letak pun)
1 camca besar air (tak letak jugak)
Cara2 Menyediakan Tapai
Tapiskan ragi dgn menggunakan penapis teh ke atas nasi kemudian kacaukan supaya rata.taburkan sedikit gula dan renjiskan lebih kurang 1 camca besar air gaul rata.Tutupkan bekas dan simpan selama 2 malam sebelum digunakan untuk membuat kuih2 yg menggunakan tapai nasi(selepas 2 mlm tapai nasi ini mesti disimpan dalam peti sejuk.. tahan lbh kurng 2 bulan)
Resepi kat bwh nih aku xigt la kat mna aku amk,dlu dah pernah try resepi nih disini..
Apam Lenggang
• 1 1/2 cawan tepung beras
• 1/2 cawan tepung gandum
• 1 1/2 sudu kecil yis
• 7-8 sudu besar gula
• 1 cawan air
• 1 cawan santan
• 1 biji telur - untuk mengelakkan melekat pada kuali, jika non stick pan takyah masukpun tak apa
Cara-cara
1. campurkan semua bahan kecuali santan, gaul rata dan perap selama 2-3 jam
2. masukkan santan dan gaul lagi
3. panaskan kuali dan griskan minyak pada kuali, ambil 1 senduk adunan dan lenggangkan seperti membuat kuih ketayap
4. jika memakai non stick pan tak perlula gris minyak,
5. tutup apam lenggang dgn tudung periuk, bakar dengan api perlahan lebih kurang 2- 3 minit, bila dah kekuningan bolehla di keluarkan dari kuali dan di lipat dua
6. selamat mencuba
*Kalu nak wat apam lenggang yg betoi2 cam aci2 india,so kena la tebalkan apam kat tgh,baru la tgh tu nampak bulat jer..
Kek Marmer@Marble Chiffon Cake
Kek chiffon yg buatkan aku tergoda sgt nak try,Seumur hidup nila 1st time buat kek cipon,Alhmdlh jadi ngan jayanya,tapiiiiiii,aku pnya acuan punya la gedabakkkkkk,aku lak wat half adunan jer,sooooooo kek aku jadi kontot,haha,xpala jnji rasa sodap..Kek nih pun hubby dah bedal gak,pas hentam bihun singapore,mkn kek,pastu bun sardin lak..Bini dia lak,ngap gak kek cipon nih.Wlaupun mlm nih kelam kabut byakk tapi semua prcubaan menjadi,tu yg best,lalalalala..Meh tgk resepi kek cipon yg lembut nih yer,b4 tu tq bbyak kat kak hana coz aku c/p resepi dari blog dia n dia la yg wat aku trgoda nak try..
Sumber Asal: Kak rima
Suber Resepi :kak hana
RESEPI MARMER @ MARBLE CHIFFON CAKE
Bahan-bahan
Bahan A
* 7 biji telur putih
* 1/2 tsp cream of tartar
* 100g gula
Bahan B
* 7 biji kuning telur
* 100g gula
* 175g tepung gandum
* 1/2 tsp baking powder
* 75ml minyak masak
* 150ml susu segar
* 1/2 tsp garam
* 1 tsp serbuk koko
* 1 tsb coklat emulco
Cara-cara
* Panaskan oven suhu 170.
* Pukul kuning telur dan gula menggunakan whisk . Masukkan susu segar dan juga minyak. Kemudian masukkan tepung dan juga baking powder yang telah di ayak. Kacau sebati. Ketepikan.
* Mangkuk lain, pukul putih telur dan juga cream of tartar sehingga berbuih. Masukkan gula sedikit demi sedikit dan teruskan memutar sehingga soft peak (terbalikkan adunan tak jatuh)
* Ambil 1/3 adunan putih telur dan masukkan ke dalam adunan kuning telur. Kacau sebati perlahan-lahan. Kemudian satukan semua dan kacau sebati lagi perlahan-lahan.
* Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian campurkan dengan serbuk koko dan juga coklat emulco. Sebatikan.
* Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. (Loyang tak perlu di gris minyak/butter).
* Bakar selama 45min. Sejurus keluar dari oven terbalikkan loyang dan biarkan sejuk baru sisip kek.
* Potong n hidangkan
Sardin Bun
Salam n Slmt Malam..Anak2 tidur leh la update blog jab,hehe..Tadi Syifa punya la meragam,penat betoi la mlm nih,kebetulan bahan2 utk buat bun nih aku dah sukat siap2 letak dlm BM b4 smbahyang mghrib tu..Pas smbahyang lak aku p gatai2 tangan mengadun kek lak,Smbil duk putar telur segala tuh smpat lagi goreng bihun singapore utk dinner lak,cuba anda bayangkan,hehe.Time rajin,kalu malas pa pun xmsak kan..Berbalik pada bun ni,aku igt dah xjadi dah,pnya la lma aku duk perap,dari b4 mghrib smp la kul10:00pm baru aku bakaq,tapi alhamdulillah n syukur sgt bun nih sgt la gebuuuuuu gebasss n lembut hasil kejadiannya..Hubby dah ngap 1bji yg aku koyak wat posing nih,yg plg aku syok n semangat nak meroti lagi nih hubby ckp supah sedap dari bakery nih..Walla weh kembang montot aku yg dah sedia kembang nih..Wakaka..Tq byak to kak nor ats resepi nih,aku c/p dari kak izah.Tengs utk ke 2 nya.
BASIC DOUGH
sumber: Kak Nor
Sumber resepi:kak izah
380gm tepung high protein (tpg roti)
3 sudu besar susu tepung
80gm gula castor
3 sudu kecil yis segera
1 bj telur A ~ dikocok sket dgn garfu
100ml air
100gm water roux*
1/2 sudu kecil garam
30gm butter
30gm shortening
Cara:
Masukkan bahan air, telur dan water roux ke dalam bread maker (BM) dan lepas tu masukkan bahan2 kering spt tepung dan susu tepung.
Letakkan gula dan yis di satu penjuru manakala garam di penjuru yg lain.
Tekan suis on pd BM dan setkan pd mode dough.
Tekan start dan biarkan ia menguli utk seketika.
Bila dah membentuk sebiji doh boleh la dimasukkan butter dan shortening.
Biarkan sehingga proses menguli selesai.
Biarkan ia naik hingga 2x ganda atau BM berbunyi menandakan proses sudah tamat.
Boleh la dibentukkan doh td mengikut citarasa anda.
Tunggu lagi roti naik dan bakar pada suhu 180 C lebih kurang 20-25 minit.
#kalau nak doh yg lebih lembut dan gebu boleh la diulang proses menguli tu sekali lagi.
water roux: (menggunakan kaedah 1:5 .. 1 utk tepung, 5 utk air.. )
50gm tepung gandum
250ml air
Masukkan dlm kuali/pan dan panaskan dgn api sederhana.
Hendaklah sentiasa dikacau supaya tak berketul.
Kacau hingga pekat dan padamkan api ( dlm 2 minit jer)
Bila sejuk masukkan dlm bekas bertutup dan simpan dlm peti ais sehingga nak digunakan.
Keluarkan dr peti ais, biarkan hingga pd suhu bilik baru lah digunakan.
Utk resepi sardin,aku tumis bawang putih n merah cincang,+cili kisar+cili merah cincang gak+jus limau ckit+juga sos sardin n masuk jer sardin yg di lecek,siap.
Pastu leh la masukkan lam doh tadi..
Buat 5biji jer,utk hubby..Aku xmakan sardin,hehe..Esok pagi xyah la watkan bf utk hubby dah,mkn bun ni jer.
Mmg gebu,tapi aku pakai kamera cap ayam n guna nset jer utk snap pic,tula nmpak xsmpoi,hehehe..
Wednesday, February 23, 2011
Ketam Sos Plum
Lauk peberet seisi umah,syazana pun bkn main suka lagi bila aku n hubby suap ketam nih,xmenang tgn nak kopek..Layan jerla yer,dah abis dah,lauk ari selasa gak,aku msk tmyam cmpur kat bawah sinun,telur dadar n ketam nila utk d persembahkan wat hubby trchenta..
UDANG BERSOS PLUM
sumber : Kak Izah
Rujukan: Diari zaliedana
BAHAN-BAHANNYA :-)
15 ekor udang saiz besar *tukar ngan sotong digoreng sebentar(Aku lak tukar kpd ketam)
1/2 camca teh lada sulah serbuk
1/2 camca teh serbuk kunyit
Sedikit garam
3 ulas bawang putih, cincang halus
1 biji bawang holland, dibelah 6
1/4 biji red capsicum, didadu
1/4 biji green capsicum, didadu
1/4 biji yellow capsicum, didadu tak letak sbb tak ada stok
1/2 batang leek, hiris dan rendam ~ tak letak sbb tak ada stok
1 camca besar sos cili thai (mat guna jenama "LIFE")
1/4 cawan sos plum (mat guna jenama "LIFE")
Sedikit garam jika perlu
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
*(Aku tambah cili padi 2biji+cili kisar 1cmb)
CARA MEMBUATNYA :-)
Udang dikerat hujung kepalanya, buang kaki dan janggut, cuci bersih, lumur dengan serbuk lada sulah, garam dan serbuk kunyit hingga rata. Goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan.
Tinggalkan kurang lebih 2 camca besar minyak dalam kuali yang sama. Tumis bawang putih dan bawang holland hingga layu. Masuk sos cili thai dan sos plum tadi, kacau rata dan masukkan udang. Gaul hingga rata.
Tambah red/yellow/green dan leek tadi, gaul dan masak hingga pekat dan sos menyaluti udang. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam. Masak sekejap dan angkat. Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan.
Tomyam Campur
Tomyam nih aku masak ari selasa baru nih,ni baru nak letak n3,Tomyam nih menggunakan pes yg aku beli kat padang besar,aku beli pes nih gara2 tergoda ngan tmyam seafood yg kak ummi masak menggunakan pes yg sama di beli kat pdg besar juga,hehe..Mmg seperti yg kak ummi kata,pes nih sangat sedap.Menyesal lak beli 1botol jer..Xpa la kalu da rezeki leh p n beli lagi..Hubby siap ckp sedap betoi tomyam nih n mmg khaw betoi..Hehhe best betoi aku dgq n mmg berbaloi..
Sumber~Resepi sendiri
Ayam,udang n sotong(letak la suka ati byk mna pun)
Bawang putih tumbuk lam 1 ulas aku letak
Pes tomyam
Air perahan limau
1Cmb sos plum,aku sja tmbah,sedap oo letak sos ni lam tomyam
Cili padi diketuk
Sedikit bunga kobis N cendawan tiram
Air Secukupnya
Bawang besar (dipotong 6)
Sebiji tomato
Garam dan ajinomoto
1sudu besar minyak
Cara:
Masukkan minyak ke dalam periuk,tumis bawang putih,pes tmyam n sos plum,biarkan seketika.Masukkan air,biarkan sebentar.
Masukkan pula bawang besar, serai,lengkuas n cili padi,biarkan seketika,masukkan pula hirisan ayam, ke dalam periuk.
Apabila campuran sudah mendidih, masukkan sotong dan udang.
Seterusnya masukkan bunga kobis n tomato
Akhir sekali masukkan garam, ajinomoto, air limau nipis dan daun limau purut.
Kacau bahan-bahan dan biarkan mendidih seketika.
Tutup api dan hidangkan panas-panas.Tambahkan daun ketumbar ketika menghidang
Tambahan:Aku blend tomato half biji,n lagi half aku masukkan terus,utk kasi kuah pekat.
Makan tomyam mana best kalau xda telur dadar khan khan kan..
Nila pes Tomyam tuhhh..Sedappppp sangatttttttt..Yang pasti aku menyesal bangat sbb beli 1botoi jer,dah la Pdg Besar nih jauh gak..Huhuu..
Udang Galah Masak Paprik
Dah lama xmkn udng galah nih,yerla kat peneng nih ssh ckit nak dpt,kbetulan 2mggu lpas time blk kg tu kami snggah Padng Besar jab,nak jadi kan rezeki pas penat shoping tu,kami snggah mkn kat gerai tmyam di situ jab,pastu ternmpak da sorang pmpuan tu juai udang nih,smp umah mak aku masak la paprik udng nih,Pergh mmg sedap n fresh sgt,blh katakan aku ngan hubby jer melantak yg melantak semua udang nih,mak aku xnak coz baru pas oprate kaki dia..Jom tgk resepi udang galah sempoi cara aku nih,zassssssss..
Resepi Udang Galah Masak Paprik
Udang Galah
* Bwg Putih,bwg merah n sedikit halia - ditumbuk
1 labu Bwg besar - Belah 6
* 2@3 biji cili padi - diketuk
bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda
sedikit cili kisar,sos cili,sos tomato, sos tiram dan nampla
Sedikit air perahan limau kasturi
secubit garam
Minyak masak
Cara-cara
1. Panaskan kuali.Masukkan sedikit minyak gorengkan udang (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing).Ketepikan
2. Masukkan bahan bertanda* kacau sekejap.
3. Masukkan semua sos n perahan limau kasturi Biarkan mendidih n agak pekat sekejap dan masukkan pula sedikit air,dan sayur-sayuran.
4. Bila dah mendidih, masukkan bwg besar yg dibelah 6 tadi.
* Kalu suka leh letak daun limau purut utk aroma yg lebih ghau2..Aku dah xsmpt amk daun limau kat pokok mak dah,coz kami dah kebulur..
Pic udang nih yg kami mkn kat sana,udang galah masak pedas.
Model Udang Galah,tgk mengopek kulit,Muahhaha..
Monday, February 21, 2011
Syazana In Action
Dah lama xcite ttg puteri sulung aku ni kan,Sian ank ummi ni kan,
Syazana skang nih dah 15bln,sjak da adk nih perangai dia makin la mnjadi,manja punya la gila2,kalu nmpak kita pegang adik dia jer mmg dia jelouse..Tambah2 kalu abah yg pgang adik syifa lagi la dia merap2 kat abah nak suh dukung dia,lagi abah xletak adik syifa lagi tula dia duk nangis.Sejak ada adk juga dia dah kurang mnja ngan ummi,tmbh2 kalu abh da umh,mmg xnak la kat ummi.Sejak ummi lam pantang ritu la,kan ummi xleh dukung dia n ashik bagi prhatian kat adk syifa jer.
Syazana nih mmg suka sgt cium adk syifa,kalu nak di kira xtau la shri tu smpai bape kali adknya dia cium,leh smp 100 kali pa..Ishk syg sungguh kat adk,kalu xsuruh cium pun,mmg dia akn cium adk dia,tapiiiiii kdng2 tu smbil2 cium tu,dia wat mcm2 gakla kat adk syifa nih,plg dia suka wat sgt tarik sarung tgn n kaki adk syifa,tmpar n tendang pun dah pernah,mmg xleh biar depa 2 org ni wlpun skjab..
Sgt la suka memunggah lani,kalu kat dapur tu habis la pntu2 kabinet yg dia buka n kluarkan pa yg da tu,kalu ummi lipat kain dia lagi la suka kacau ummi tarik2 kain bju tu bagi selerak..Lagi yg dia suka sgt,pntng jmpa tisu n paper msti dia koyak2 smp la kecik,baru puas hati dia.
Baru ni umur 14bln pegi klnk tmbang,syazana dah 9.4kg.Suka mkn pa jer yg kita suap,emm plg suka coklat la..Biskut jacob pun suka juga..Byk lagi ummi nak cita pasai ank ummi yg sorang nih,tapi nnti bila2 ummi cite lain yer.
Tidur smpai trlentok lam keta,dahh xmuat dah raga nih,bgi adk syifa lak yer syg..
Senyum smpul smp nmpak gigi bawah 2batng,hahaha..
Chewah2 syok la main playhouse yg abh baru beli nih,Akceli kat giant da ofer play house nih weekend baru nih,tula hubby beli kan utk syazana..
Sibuk la nak main tudung ummi.
Pic ngan bebe kesayangn..Time nih abh blm gunting rmbut syazana,skang nih smp kontot rmbut depan tu,tula gara2 xmo duk diam time abah nak gunting rambut..