Saturday, April 23, 2011

Apam Gula Hangus


Assalam semua,pe khabaq,chat ke x..Kalo xchat,cpat2 amik n mkn ubat yer..Ritu agk teruja gak nengok n nak menerai apam gula hangit,eh hangus nih..Walaupong aku bkn lah penggemar apam,tapi teruja nak wat gak,utk sapa lagi kalo bkn laling terchenta kan..Aku da derhaka kan cikit dengan menambah 11/2sdb yogurt,saja gatai,coz 2 3 ari nak exp dah..Pastu adunan nih lam setengah adunan,aku tambah 1/4sdt baking pwder..Ternyata yg add baking powder lebih ringan n lagi gebu,yg xda tuh cam berat cikit..Papong terpulang pada selera n tekak memasing lah suka camner kan..Apam nih manis dia Yg sedang sedang saja,yg penting laki aku suka(nyanyi ala dangdut ok).. Mekasih utk bini daut manja,nenie n hazz atas resepi nih..Moga Allah saja yg membalasnya..Aku hanya mampu bagi apam sebiji,wakaka..




Huduh benor rupayg nih kan,yg nih 1st kukusan,aku letak full sgt,sbb tuh jadi gitu,huhu..


Close up ckit,haa yg nih baru montoks ckit,aku letak 3/4penuh jer..Saja gatai2 mkn ngn nyoq juga..

Sumber Asal:Hazz_63@Myresepi.Com
Sumber Resepi:-Sue@nenie(Aku xdapat nak letak link nenie,coz xleh buka link yg kak izah letak)&Kak Izah

APAM GULA HANGUS
BAHAN-BAHAN
* 1 cawan gula pasir
* 1 cawan air (*untuk gula hangus) ~ Sue
2 biji telur
1/2 cawan minyak masak
2 sudu besar marjerin
2 sudu susu pekat
1 sudu teh soda bikarbonat.
1 1/2 cawan tepung gandum.
*AI TAMBAH YOGURT N BAKING POWDER


Keratan rentas C apam..Malu tau dia,bila aku dedah2kan dalaman dia,auww xrela ai..

PENYEDIAANNYA
1. Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air.kemudian sejukkan.
2. Didalam blender masukkan telur,susu,minyak dan marjerin kisarkan anggaran 3 minit
3. Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi.
4. Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati.
5. Kukus adunan tadi di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit.
6. Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik.
*Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah dibahagian bawahnya

4 comments:

  1. awat ada putih sebiji tu? ce crite ce crite.
    amboii hangg.. memandai derhaka ye.tak pe derhaka makin gebu hakak suke dik. weh letak soda makin gebu ye.. letak yogurt makin gebu ke? baguih baguih..

    ReplyDelete
  2. tu la..kak mas pun nak tanya..mana sesat yg putih salju tu..he..he..
    nampak gebu jerk apam tu...
    meh sepinggan..

    ReplyDelete
  3. Kak Izah,a"ah letak baking pwder n yogurt mmg mkn gebu..Saja wat yg letak n xletak,nak test..Kak oii yg sebiji putih kat tgh tuh kelapa parut,muahaha,igt apam ka..

    ReplyDelete
  4. Kak Mas,
    Haha gelak dulu,yg tuh nyoq lah kak..Mmg sedap n lembut gebu jer..

    ReplyDelete