Wah kat DZ nih xabis2 tayang nasi ayam kan..Baru jer 2minggu lepas wat,arini wat lagi..Yerla bulan april nih aku xwat lagi nasi ayam,muahaha..Nak wat cmner kan nasi ayam feberet sokmo laling terchentaku..Semalam pas tanya nak masak pa rini abg,teruih kata erm ayam da x,aku jawab da,erm wat nasi ayam lah..Hehehe..Well biasa lah kan,sebgai isteri mithali yg kadang2 duk men tarik tali(majuk) tuh,aku pong masak lah nasi ayam,aku pong sukaaa juga nasi ayam nih,g pong nak wat pongggg senangggg n yg penting kerjasama,eh nak kerjasama ngan sapo lak,yerla kerjasasama antara suami isteri,hehe,yg penting SODAPPPP lah..Masih lagi menggunakan resepi yg lepas ,tapi aku cnp gaklah kat sini,coz rajin ckit ari2 jumaat nih,eh pa kaitan ari jumaat ngan rajin,huahuahua..Nak tgk resepi sama versi lum edit disini ya..
Ayam Madu Lada Hitam
* 1/2 ekor ayam (dipotong 2 bahagian)
* 1/2 sudu makan lada hitam atau secukupnya (ditumbuk)
* 1 inci halia (dikisar)
* 2 ulas bawang putih (dikisar)
* madu secukupnya
* 11/2 sudu besar sos cili
* 1 sudu makan sos plum (boleh juga guna sos tomato)
* 1-2 sudu besar kicap pekat
* garam secukup rasa
Cara-cara :
Rebuskan ayam bersama garam dan air secukupnya hingga 1/2 masak. Kemudian toskan. Air rebusan jangan dibuang (boleh buat sup dan masak nasi). Gaulkan ayam dengan semua bahan di atas dan perapkan selama 30 minit. Kemudian digoreng hingga masak. Boleh juga dipanggang mengikut citarasa. (Aku n Kak MaDiHaA panggang je dalam oven).
*Note dari kak madihaa, Bahan2 lebihan perapan ayam jangan dibuang... simpan untuk dibuat kicap nasi ayam nanti.
Nasi Ayam
Aku masak 2cawan beras+2 1/4 cawan air
pewarna kuning(Optional)
daun pandan
Aku letak serbuk pati ayam+garam+1sdb madu+1sdb sos tiram
bwg putih*
bwg merah* Bahan2 bertanda * dikisar halus
halia*
1Sdb butter
cengkih
bunga pelekat/lawang
kayu manis
Minyak Bijan 2 @3 titik(Optional)
Cara
1. Basuh beras dan tos sebentar. Jerang dalam rice cooker bersama air rebusan ayam, garam, sos tiram n madu, daun pandan,minyak bijan & sedikit pewarna kuning.
2. Panaskan sikit butter dalam kuali dan tumis rempah tumis & bahan2 blend tadi. Bila garing masukkan ke dalam beras yg telah dijerang tadi. Kacau rata & tutup periuk rice cooker dan tunggu sehingga nasi masak.
Sup
(Aku hanya wat sup kaki ayam simple,Tumis bawang putih+merah+halia kisar,letak air rebusan ayam+serbuk pati ayam,pastu letak carrot,kentang n kaki ayam,(Kaki ayam mmg aku rebus dulu seksiap,bagi cepat lembut)Pastu leh la letak daun bawang daun sup n bawang goreng sebagai hiasan pelengkap).Hubby mmg suka kaki ayam,sbb tuh la aku wat ajer sup nih,caret n kentang lak blh nana mkn..
Sambal cili
*Cili merah
*Cili padi
*Bawang Merah+putih
*Halia
Sos cili
Jus limau nipis
Madu&garam secukup rasa
Cara
Kisar semua bahan2 bertanda* diatas kemudian dimasak bersama dengan semua bahan2 yang lain sehingga pekat & sesedap rasa.
Sambal kicap
Guna air perapan ayam yang ditapis, kicap manis & kicap cair. Tapiskan air perapan ayam tadi dan campurkan dengan kicap manis serta kicap cair. Masak sebentar hingga mendidih.
Sayuran yg digunakan
Timun
Salad
Tomato,
*Psstt,esk lusa kalo sempat aku update,kalo x,pakai hadap nasi ayam nih jerla,coz esk lusa da aktiviti cikit,daa..
Assalamualaikum...
ReplyDeleteKepala tengah duk pusing 2 hari ni nak masak apa. Takan nasi ayan jugak kut.
uishhh sedapnya nengok ayam tu dok berposing ...akak terus rasa lapar tau...rajin tul msk nasi ayam ni..kalau tau tadi leh mai mkn sini haha akak buat pulut kuning jer..tq dear atas ingatan wish anniversary tu..ct org pertama yg wish tu tau akak saja nk senyap2 jer dulu ada juga org perasan yer...terharu sungguh..btw tqvm atas doamu:)
ReplyDeleteSalam Dana,
ReplyDeleteTerbau2 nasi ayam Dana, singgah nak rasa ni sebenarnya, ada lagi tak
Assalamualaikum Zaliedana,
ReplyDeletemenyelerakan sungguh tngk set nasi ayam tu..ayam lada hitam tu lagilah....buat akak terliur jek..