Assalamualaikum semua,selamat berhujung minggu bersama family terchenta ya..Baked sandwich nih menu minum ptg klmarin,Walaupon stok cis xda,ku gagahkan utk buat juga,memandangkan roti da,inti daging yg siap msk pon da ja lam esbok..Nmpak kak nieza,kak hasue pon dah try,semua xikut resepi asal utk intinya..Aku pon sama gak,inti wat versi sendri ja,inti daging n tmbah sosej..Sedap mkn time panas2,rangup ajer..Teng ya utk kak nor n kak ratna/madihaa,kak nor siap wat the making lagi,hehe..Utk step by step tu leh tgk disini ya..K lah puan umah nak klq g pasar lak,daa..
Aku wat besar,ngap sorang 3ketui ngan hubby,kenyang weyyy..Kira 1biji=1 keping roti,lebihan roti lak,tgk lah esk2 kalo rajin leh wat apa2 lak..
BAKED SANDWICH
sumber: Madiha & K.Nor
Bahan Kulit/Casing
Roti gardenia secukupnya
Bahan-bahan Inti
1 biji bawang besar, dicincang
2 biji bawang putih, dicincang
1/2 camca serbuk lada hitam
1 sudu besar sos tiram
200gm - 300gm isi ayam, dicincang
5 biji cendawan butang (dlm tin) , dipotong halus
1 biji telur
Garam & gula secukup rasa
Cheese secukupnya (MaDiHaA guna mozarella cheese) ~ k.nor guna slice cheese
Kaedah penyediaan
1. Lenyek atau gelek roti hingga nipis masukkan dlm acuan dan buangkan tepi lalu dibakar 7 – 8 minit.
2. Tumiskan bawang-bawang. Masukkan sos tiram. Kacau sebentar dan masukkan lada hitam.
3. Masukkan ayam & cendawan. Tumis sehingga masak. (jika perlu tambahkan sikit air untuk bagi ayam betul2 masak)
4. Pecahkan telur dan kacau-kacau sehingga rata dengan ayam dan cendawan.
5. Perasakan dengan sedikit garam dan gula. Biarkan sehingga kering.
6. Isikan dalam kulit roti dan taburkan cheese secukupnya. Bakar sebentar sekadar mencairkan cheese.
7. Sedia dihidangkan.. lebih enak dimakan waktu panas2 kerana roti rangup.. jika dibiarkan lama roti sedikit lemau.. tetapi masih enak dimakan
cepat dan pantasnya
ReplyDeletemmm..sedang dok ada lam kepala utk buat berbuka ptg nanti..takpe2 hangpa semua jalan dulu na.nak pikiaq letak inti apa satgi..hehe
ReplyDeletehehehe.. bagus2 anak murid.. nanti dah ada cheese buat lagi ya.. :)
ReplyDeleteAssalamualaikum ct..
ReplyDeletewah dah sampai cnie dah yer... akak nak ckit ada lg x? tergoda lg nie.. uwaaa
Salam, ct...
ReplyDeleteCt dah buat baked sandwich ni... K Nurul der buat smlm pagi tapi xdan nak buat bentuk2 bagai cam tu... heheh letak je roti tu 4 segi camtu tabur inti & cheese atasnya n bakar... nanti cuti2 blehlah buat camni plak... :) mmg best baked sandwich ni...
wahhh...ct pun dah buat....
ReplyDeletesedappnya tengokkk....
akak terlepas n3 ni la...sedap kan..ada cheese tu lagi best..:)
ReplyDelete