Salam semua,dah lama aku xupdate blog nih..Hari ni baru la berkesempatan nak mnghapdet..Da lagi ke yg nak mnjengah kat blog aku yg sempoi2 jerk nih..Xpa wlpun xda yg nak mnjenguk pun, aku update la juga,utk tatapan n knangan kami nanti..
Sebenarnya majlis utk besday aku ni dah sebulan lebih brlalu,dah alang2 12hb9 ritu iaitu brsamaan hari raya ke3 tu besday aku,so wat la skli open house..Antara menu yg sempoi2 jerk ritu,bihun n mee sup,spaghetti,ketupat n serunding daging,nasi impit n sate brserta kuah kacang,pencuci mulut buah tmbikai..
Besday kali nih mmg sgt special bagi aku coz,aku dah mnjadi seorang ummi n hubby lak bagi present yg mmg sempoi n aku xsangka,selain dari bagi lagi sorang yg kat dlm nih,hahha..Xpa la kan dah rezeki syazana nak dpt adk awai..Tula dia sllu duk hisap ibu jari kaki sgt..Org tua2 kata tu tanda dia nak minta adik,Kalu abah nak minta anak cmner lak yer,aippp pok ckit sapa yg nak gelak tu..K la k la meh kita layan pic yg dah basi ni yer..
Happy Birthday Honey,I Love U..Ececee kata2 atas kek,yg hubby suh tulis,
Xyah ssh2 la nak kira lilin kan,meh aku bgtau,umuq aku dah masuk 28 dah..
Aktiviti suap menyuap bermula..
Aksi2 Tuan umah 3beranak..
Sama,tapi xserupa..
Syazana n nafisa pakai baju sama..Sebenanya b4 family hubby datng syazana pakai baju len,tapi mak chaq dia beli kan baju yg sama utk syazana,nafisa n farah,tu la sbb nya baju diorang nih sama,tapi sayangnya farah xnak join brgambar dgn diorang brdua..
Antara juadah yg sempat di ambil gambar,tuan umah bz sgt ka malu nak ambil pic makanannih..!
Sate yg di bakar guna dapur gas jer,tapi rasanya ttp sedap..
Cerita tentang segalanya...Hasil Masakkan Aku,Resepi2 yang aku telah cuba,family Aku dan segalanya di sini❤
Monday, October 18, 2010
Friday, August 27, 2010
Ketam Masak Cili
Dah lama hajat hati nak mkn ketam,tapi kalu pegi pasar ketam 2 tak fresh sgt,Weekend baru nih pegi pasar ptg dalam kul 1tgh dah sampai,xla jauh sgt dari umah pong..Mmg hajat hati nak beli ketam jer..So ptg ahad tu masak la ketak masak cili nih..Wat 2ekor jer..yg lagi sekor tu wat kari jer..Resepi sempoi2 jer aku masak nih..Tapi habis licin la kami mkn..Hehe..Kat bawah nih resepi sempoi cara aku..
KETAM MASAK CILI(My Style)
Bahan2:
2Ekor ketam, dibersihkan dan dipotong 2
5 biji bawang merah(Dikisar)
2 ulas bawang putih(Di kisar)
1 inci Halia(Di kisar)
1 batang Serai(Di titik)
Cili kering, kuantiti ikut kepedasan (Di kisar)
Cili padi, kuantiti ikut kepedasan (Di kisar)
Sos cili+Sos Tomato+sos tiram
Garam & gula secukup rasa
1Sudu teh Mayonis
Minyak utk menumis
Sedikit Air
Cara2:
1. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan kisar. Kacau dan masak sehingga cili benar2 masak dan kelihatan naik minyak.
2.Masukkan semua sos,mayonis n air..
3. Masukkan ketam, kacau hingga rata.
4. Perasakan dengan garam dan gula.
5.Tunggu hingga ketam betol2masak,angkat n hidangkan..
Jemput mkn..!
Udang Sanggul
Udang nih pong aku masak ari rabu juga la..Mkn ngan nasi goreng oregano n pattaya tu..Wat 6ekor jer..Ritu aku da tgk kat blog Mat Gebu da wat udang sanggul,tapi sanggul udang nih ngan mee,tapi yg aku wat nih sanggul ngan kulit popia..
Baru2 nih aku da tgk tv3 shamsul jadi pengacara program bazar ramadan tu,da 1 gerai tu dia jual udang sanggul kulit popia ni la..Tapi bazar ramadan tu kat kangar perlis nun,dia juai 6 ekor udang rm5 n mmg laku..Biasa la makyung,bila tgk asa cam sedap n tingin lak,so aku pun try2 la udang sanggul pesen aku ni..Tapi sedap gak,hubby aku pun ckp sedap tau..Tapi time nak kat2 buka posa baru la aku goreng,kalu dah sejuk,sure xsedap kan ,coz kulit popia mesti dah liat..
Udang Sanggul (My Style)
(Bahan2 nih aku agak2 jer ya)
Udang 6ekor
Serbuk knorr pasti sedap 1st
Serbuk lada Sulah 1st
Serbuk Paprika 1st
Kulit popia secukupnya
Minyak utk menggoreng
Cara:
Serbuk knorr,lada sulah,serbuk paprika digaul bersama udang n perap seketika,ketepikan..
Kulit popia digunting memanjang,Ambil kulit popia lilitkan di atas udang sehingga habis..
Goreng sehingga kuning keemasan,angkat n toskan minyak,hidangkan bersama sos kegemaran
Nasi Goreng Pattaya
Emm nasi goreng pataya ni la yg aku wat utk hubb ari rabu tu,kat aku kan aku wat nasi goreng oregano..Sesaja la wat 2jenis nasi goreng,kan blh rasa dua2..Hehe..Dua2 resepi nasi goreng aku skodeng dari dapur kak ummi..Hubby aku dia lagi suka nasi goreng kampung..Kalu pegi mkn sllu gak dia order nasi goreng kg.berbanding nasi goreng jenis len..K meh kita tgk resepi ya..
NASI GORENG PATTAYA (Kak Ummi)
Bahan:- (anggaran saja)
* 3 mangkuk sedang nasi putih
* 3 tangkai cili merah - ditumbuk
* 4 tangkai cili padi - ditumbuk
* 1 labu bawang besar - didadu
* 3 ulas bawang putih - dicincang
* 150 gm isi ayam - dipotong kecil2
* 1 kiub pati ayam
* 1/2 batang lobak merah - dihiris btg mancis
* 6 - 8 urat kacang panjang
* 2 sudu besar kicap pekat manis
* 1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
* garam secukup rasa
* minyak untuk menggoreng nasi
Untuk telor dadar nipis:- (dpt 2 keping telor dadar nipis)
* 4 biji telor
* sedikit garam
Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan yang ditumbuk hingga naik bau dan cili garing sikit dengan api sederhana.
2. Masukkan isi ayam dan kiub pati ayam, kacau seketika.
3. Masukkan kicap dan lobak merah. Kacau sebentar.
4. Masukkan nasi dan kacau seketika biar rata.
5. Masukkan garam dan serbuk lada sulah. Goreng nasi hingga rata dan nampak berasap.
6. Tutup api dan ketepikan nasi.
7. Panaskan non-stick pan dengan beberapa titis minyak masak dan tuangkan telor yang telah dipukul sikit - bahagikan untuk 2 keping dadar.
8. Masak dengan api perlahan (tutup pan)
9. Bila telor telah masak, tutup api dan sendukkan nasi goreng dalam ukuran mangkuk yg sesuai dan telangkupkan aje ke atas telor dadar dalam kuali td. Buat lipatan telor tepi telor menutupi nasi. Ambil pinggan sesuai dan tekapkan atas nasi yg dibungkus telor tadi dan telangkupkan/terbalikkan pan di tengah2 pinggan.
10. Paipkan sos di atas telor dan hidangkan.
Thursday, August 26, 2010
Nasi Goreng Oregano
Nasi goreng wat utk brbuka ari rabu bebaru nih..Xprnah lagih wat nasi goreng letak dry oregano nih,sllunya klu wat pizza@spagheti letak la..1prcubaan yg menarik..Resepi nampak sempoi jer,tapi sedap..Aku wat 1pinggan jer utk aku..Untuk hubby aku goreng nasi goreng yg jenis len,tkut dia xsuka lak..Resepi aku amk dari blog kak ummi..Tq kak share resepi nih..Aku c/p jerla resepi dari umah kak ummi ni ya,utk rujukan dimasa akan datang..
NASI GORENG OREGANO (Kak ummi)
Bahan:-
* 3 mangkuk nasi putih
* 150 gm daging - dihiris nipis/kecil
* 5 tangkai cili padi - diketuk
* 1 biji bawang besar Holland - didadu
* 3 ulas bawang putih - dicincang
* 1 kiub pati ayam
* 1 sudu teh lada hitam yg dikisar
* 1/2 sudu teh lada sulah
* 1 sudu makan dried oregano
* 2 tangkai cili hijau - dipotong serong(aku letak cili merah,yg hijau xda stok)
* 1 biji telor
* 1/2 batang lobak merah - dihiris halus btg mancis
* 1 1/2 cawan air - untuk rebus daging
* minyak untuk menggoreng nasi
Cara-Cara:-
1. Masukkan air dan daging yang telah dibersihkan di dalam kuali untuk menggoreng nasi. Rebus/masak hingga daging empuk dan air dalam kuali hampir2 kering.
2. Bila air telah kering, terus masukkan minyak dalam kuali yang berisi daging tadi dan goreng sekejap daging.
3. Masukkan bawang besar dan bawang putih dan kacau hingga bawang layu.
4. Masukkan kiub pati ayam, lada hitam, lada sulah, lobak merah dan oregano. Kacau.
5. Masukkan nasi putih dan kacau rata sekejap sebelum masukkan garam secukup rasa.
6. Kemudian tolak nasi ketepi kuali sikit dan pecahkan telor di dalam kuali. Gaul rata dengan nasi.
7. Kacau balik nasi hingga nampak berasap masukkan cili hijau. Kacau rata sebentar dan tutup api. Hidangkan.
Tuesday, August 24, 2010
Fried Calamari
Sotong ni wat menu berbuka bebaru ni..Kebetulan ari yg nak wat celup tepung sotong nih,Kak ummi dah post N3 trbaru dia,iaitu sotong ni la,so aku pun terus jer c/p resepi..Sng cite,xyah nak pening2 cari2 resepi dah..Sedap n rapuh gak sotong ni..Hubby tibai byk gak,tapi aku la yg perabis..Esok lusa nak wat lagi sotong ni.Doulu2 aku sllu jer celup sotong ngan tepung serbaguna(tepung kfc)tu.Kak ummi sy minta izin c/p resepi kat sini lak yer..
Sotong aku rupa nya xcantik,garing ckit,tapi yg penting rasa sedap..
Ingredients:-
500g sotong
1 cawan tepung gandum
1 sudu baking powder
1 biji telur
sedikit garam & lada sulah
1/2 sudu Italian herbs
1 sudu kecil paprika
1 sudu kecil serbuk cili
Method:-
1. Potong sotong kecil2, bersihkan dan toskan airnya biar sampai kering.
2. Gaul sotong dgn sedikit garam dan lada sulah.
3. Pukul telur sikit dan masukkan sotong , ketepikan.
4. Gaul tepung, baking powder, garam, lada sulah, italian herbs, paprika dan serbuk cili.
5. Masukkan sotong yg telah digaulkan dengan tepung, salutkankan sotong dengan tepung.
6. Goreng dalam minyak terendam hingga kekuningan.
7. Hidangkan dengan Sos Tatar dan sos cili.
Juadah Berbuka Sepanjang Minggu2 lepas
Ni semua antara juadah2 berbuka kami sepanjang mnggu2 lepas..N3 ni aku malas nak letak resepi..
Mee Bandung,mee goreng n mee hailam feberet hubby..Hubby aku mmg suka semua jenis mee2 ni..
,
Bubur Lambuk nih bkn amk kat masjid yer,tapi wat sendiri yer..Hubby nak mkn,so aku wat le..Sepanjang posa ni,dah 2kali wat bubur lambuk nih..Air tangan dari isteri lebih berkat utk santapan laling..
Air feberet aku n my laling..Selalu gak wat air nih time bln posa ni..Sedap n nyaman tekak meneguk air nih..
Mee Bandung,mee goreng n mee hailam feberet hubby..Hubby aku mmg suka semua jenis mee2 ni..
,
Bubur Lambuk nih bkn amk kat masjid yer,tapi wat sendiri yer..Hubby nak mkn,so aku wat le..Sepanjang posa ni,dah 2kali wat bubur lambuk nih..Air tangan dari isteri lebih berkat utk santapan laling..
Air feberet aku n my laling..Selalu gak wat air nih time bln posa ni..Sedap n nyaman tekak meneguk air nih..
Burger Malaysia
Aku kalu p psr ramadan sllu la beli burger malaysia nih,wlpun kkadang xsedap n liat jer,tapi beli juga..Baru2 nih aku da tgk dlm blog kak izah,dia da wat kuih nih,so aku pun trs la c/p resepi..Baru nih baru la aku brkesempatan nak wat kuih feberet aku ni..
Asa cam dah xsabaq nak brbuka la,nak merasa kuih nih..Doulu2 aku prnah wat,tapi men taram jer,xda sukatan n resepi la,time sejuk tuh dah liat la ckit..Tapiiiiiiiiii,resepi nih mmg marbeles,sbb time sahur pun aku melantak benda nih,ttp maintain gebu n lembut jer..Pasni aku akn still ngan resepi ni jerla,xmo tukaq2 resepi lagi..Kak izah syg,sy c/p resepi nih dari blog akak yer..resepi ni asal dari Kak Yani MYR..TQ SGT ATS RESEPI NI YA..
sumber: Kak Yani,C/P Kak Izah
BURGER MALAYSIA
Bahan-bahan (8 biji):
200gm tepung gandum
140 ml air
2 sudu besar butter/margerin-(Aku guna shortening)
2 1/2 sudu besar gula
2 sudu kecil yis
1/2 sudu kecil garam
Inti:
Sambal tumis ikan bilis
timun/salad(AKU XLETAK,XDA)
caranya:
1.Masukkan ke dalam mangkuk ke semua bahan-bahan . Uli sehingga tak melekat kat tangan. Buat bulat besar. Biarkan kembang 2 kali ganda.
2.Lepas tu , tumbuk-tumbuh doh roti tadi untuk keluarkan angin. Kemudian bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat.
3.Biarkan naik 2 kali ganda lagi. Kemudian goreng dalam minyak yang sederhana panas sehingga kekuningan.
4.Belah 2 roti yang dah masak tapi jangan sampai terputus. Isikan dengan sambal bilis dan juga timun yang dihiris nipis-nipis
Burger Malaysia sedang d goreng
Apam Lenggang/Apam India
Salam..
Erm ada ka org yg mkn apam lenggang aka apam india nih posa2 cmnih..Kat umah kami jer kut..Nih mlyan tekak yayang ku ittew la..Isteri mithali la katakan,muahhahha..Perasan betoi kan..Tetiba jer hubby request nak mkn apam nih,bila aku tanya nak mkn kuih pa utk brbuka..Seumur hidup xpernah wat pun,mkn yg org len wat tu selalu la..Alhamdulillah hasil prcubaan prtama ku mnjadi,hubby pun ckp mmg jadi mcm dia prnah mkn..Resepi aku intai2 dari My Resepi..
Apam Lenggang
• 1 1/2 cawan tepung beras
• 1/2 cawan tepung gandum
• 1 1/2 sudu kecil yis
• 7-8 sudu besar gula
• 1 cawan air
• 1 cawan santan
• 1 biji telur - untuk mengelakkan melekat pada kuali, jika non stick pan takyah masukpun tak apa
Cara-cara
1. campurkan semua bahan kecuali santan, gaul rata dan perap selama 2-3 jam
2. masukkan santan dan gaul lagi
3. panaskan kuali dan griskan minyak pada kuali, ambil 1 senduk adunan dan lenggangkan seperti membuat kuih ketayap
4. jika memakai non stick pan tak perlula gris minyak,
5. tutup apam lenggang dgn tudung periuk, bakar dengan api perlahan lebih kurang 2- 3 minit, bila dah kekuningan bolehla di keluarkan dari kuali dan di lipat dua
6. selamat mencuba
*Kalu nak wat apam lenggang yg betoi2 cam aci2 india,so kena la tebalkan apam kat tgh,baru la tgh tu nampak bulat jer..
Wednesday, August 18, 2010
Karipap Kentang+Ayam &Daging
Sebenarnyer karipap nih aku nak mkn b4 puasa lagih,tapi d sebabkan mls tu,trpaksa la mlpakan hasrat hati nih..Tapi mkn ari asa teringin nak mkn karipap tu,mkn mnjadi2,so trpksa gakla mrjinkan diri menggentel gak..Wat inti ptg lagih,mlm pas Syazana tdq baru la aku uli doh n kelim..yerla kalu dak kicik nih xtdq,mmg ssh la nak wat papun..Mlm sng ckit,tu pun pas hubby blk terawih la..Siap kelim pun kat 12lbh tghmlm..Siap masuk peti n frozenkan jer..Esok tu baru mkn waktu berbuka..Ermm puaih mkn bila wat sendiri,leh letak daging+ayam byk2..Kli nih wat letak marjerin+minyak panas,nak bagi rapuh cikit..
Resepi sendiri jer..Inti tu aku main campak2 jer,yg penting aym n daging lebey..
DOH KARIPAP
Bahan-bahan
2 cawan tepung
Suku cwn minyak+1sb marjerin(agak2 lah jgn byk sgt minyaknya takut berminyak pulak kulit karipap tu)
1 cwn air sejuk lam peti ais di campur dgn 1/2 sudu teh garam
Panaskan minyak masak lepas tu tuang ke dlm tepung gaul2kan tepung dgn minyak.Bila dah rata,masukkan marjerin n gaul sampai jadi serbuk roti n masukkan sedikit demi sedikit air sehingga menjadi doh.Rehatkan doh sebentar..
Canai ikut suka saiz apa yer lepas tu masukkan inti kelim tepi dan sedia utk di goreng
Karipap yg siap di kelim..
Dah siap goreng,tunggu masa nak ngap jer..
Ayam Panggang ala Kenny Rogers
Ermm ayam nih la aku masak sama ari ngan siakap bakar berempah woku tu..MMG SEDAP TAU AYAM NIH..Yerla sume2 mknan dlm blog kak ummi mmg marbeles..Ayam nih pong aku c/p resepi dari blog kak ummi..
Ayam Panggang ala Kenny Rogers
Bahan-bahan:-
• 1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)
Bahan-2 untuk "make up"(perap) ayam : -
• 3 biji bawang besar
• 4 biji bawang putih
• 1 inci halia
• 2 atau 3 sudu besar sos lada hitam
• 2 sudu besar madu
• 1 ketul kiub ayam Knorr
• 2 sudu besar gula pasir- (aku gune gula perang)
• 2 sudu besar herba campuran (aku oregano)
• 1 1/2 sudu teh garam halus
• Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
• Sedikit mentega
Cara-cara:-
1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
3. Perap selama 1 1/2 jam.-(*aku perap 3 jam)
4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang.
5. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. (Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering. Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar. )
Siakap Bakar Berempah Woku
Resepi yg aku amik dari umah kak ummi nih mmg sedap la kata hubby aku la,aku kan xmkn ikn,so aku wat iketul ikn jer..Utk aku,aku wat ayam bakar..Kira rajin ckit la nih,besa la kan nih menu 1st ramadan,cam semangat nak masak tu tinggi la ckit..Hah ha,kalu pas2 tu xla rajin sgt..
SIAKAP BAKAR BEREMPAH WOKU (*note: sangat sedap)
Bahan:- (aku wat seketul ikan jer)
• 2 ekor (550 gm) ikan siakap - dikelar-kelar
• 2 sudu teh air perahan limau nipis (*aku guna limau kasturi jek)
• 1 sudu teh garam
# Lumur ikan siakap dengan limau nipis dan garam. Perapkan 15 minit. Bersihkan dan ketepikan.
• 8 helai daun limau purut - buang tulangnya dan hiris halus
• 4 helai daun pandan - hiris halus
• 2 helai daun kunyit - hiris halus
• 3 batang serai - ambil putihnya dan hiris halus
• 5 tangkai selasih - diambil daunnya (*aku xda stok ni)
• 2 biji tomato merah - potong dadu
• 250 ml air
• 1/2 sudu teh garam
• 1 sudu teh gula pasir
• 2 tangkai daun bawang - dipotong-potong (xletak,xda stok)
• 3 sudu makan minyak masak untuk menumis
Bahan Kisar:-
• 12 biji bawang merah
• 7 biji cili padi merah
• 5 biji buah keras - bakar kejap
• 3 cm kunyit hidup - bakar (*aku x bakar pun)
• 2 cm halia
Bahan Pelengkap:-
• Daun senduduk secukupnya (Aku xletak pun)
• 1 biji timun - dipotong serong
• 4 tangkai selasih
• 6 biji cili padi merah hiris untuk tabur
Cara Memasak:-
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar, daun limau, daun pandan, daun kunyit dan serai sehingga terbit aroma.
2. Masukkan tomato dan kacau hingga layu.
3. Masukkan air, gula pasir dan garam. Masak sehingga matang dan mendidih.
4. Masukkan daun selasih dan ikan siakap. Masak sehingga kuah menyerap.
5. Sediakan alluminium foil yang telah digriskan sedikit minyak dan letak angkat ikan tadi di atas alluminium foil.
6. Tuangkan juga semua kuah pekat tadi rata-rata menyaluti ikan.
7. Bakar selama 30 minit dengan suhu ketuhar 180C sehingga ikan masak.
8. Hidangkan bersama pelengkapnya dan bahan taburan cili padi hiris.
9. Selamat menjamu selera!!! Hingga menjilat jari uuuuu...
Puding Kastard Berkuah Coktail
Salam..Alhamdulillah dah 8ari umat Islam semua berpuasa..Wlpun alahan aku ni kkdang masih da tetapi,kewajipan kita sbg umat Islam waaaaajib la kita tunaikan..Kekadang tuh pas ja mkn sahur@buka puasa,terus ja muntah..Tension tu,tension la juga kan,tapi kena la byk besabar di bulan yg penuh keberkatan nih kan..
Sebenarnya puding nih aku wat utk berbuka 2nd day ramadan bebaru nih..Nila 1st time aku wat puding,alhamdulillah menjadi,n resepi nih sedap sgt..Pengkritik ttp aku pun ckp sedap..Resepi cam besa la aku c/p jer..Kali nih dari blog kak Wan..Tq kak ats resepi nih.. Aku wat half jer dari resepi n kat atas lak aku letak jelly perasa laici..Ermm lagi bertambah sedap..
Sos Kastard
400ml susu sejat Ideal
200ml air
200ml sirap cocktail
200gm gula
1 biji kuning telur
1 tsp esen vanilla
2 tbsp tepung kastard
1 tin fruit cocktail (asingkan sirapnya)
Cara-cara
Satukan semua bahan sos kecuali fruit coctail, kacau hingga gula larut kemudian tapis dan masak diatas api perlahan hingga agak pekat, Angkat dan sejukkan di dalam peti sejuk.
Puding Kastard
140gm tepung kastard @ 1 cwn
1/2 tsp garam halus
1200ml air
2 tbsp gula/2 tbsp susu pekat manis
Cara-cara
1. Campurkan semua bahan puding dan tapis. Masak diatas api sederhana sehingga menjadi pekat dan berkilat.
2. Basahkan dulu acuan dan letak sedikit fruit cocktail di dalamnya. Tuang puding ke dalam acuan dan hentakkan sedikit supaya rata ke dasar acuan. Buat hingga habis apabila suam sedikit sejukkan di dalam peti sejuk.
3. Keluarkan dari acuan dan hidang bersama sos kastard dan fruit coktail. Sedap dimakan sejuk.
Aku xda buah coktail,so aku potong2 buah laici dlm tin n buah pic jer..
Tuesday, August 17, 2010
Siti Nursyazana Batriesya Bt Sazali
Tanggal 3hb8 baru nih bawa Syazana ke klinik utk tmbang,berat Syazana sekarang 8.5kg n dia dah 9bulan..Uii penat gak ummi nak dukung..Kalu klq jenjalan,Syazana merengek xnak duk lam stroller,abah la yg jadi mangsa kena dukung Syazana,ahaks..
Heran betoi la ummi,sampai skrng syazana xtumbuh gigi lagi..Sllunya kalu xslp aku,baby yg usia cenggini gigi dah start tumbuh..Wlpun gg xda,macam nenek2,tapi pantang nampak@kita suap mknan mesti dia xtolak..
Rambut Syazana dah panjang ckit,ummi sllu ikat rambut dia..
Heran betoi la ummi,sampai skrng syazana xtumbuh gigi lagi..Sllunya kalu xslp aku,baby yg usia cenggini gigi dah start tumbuh..Wlpun gg xda,macam nenek2,tapi pantang nampak@kita suap mknan mesti dia xtolak..
Rambut Syazana dah panjang ckit,ummi sllu ikat rambut dia..