Wednesday, June 30, 2010

Syazana Dah nak Masuk 8bln..

Anak daraku yg sorang nih dah nak masuk 8bln lagi 2 ari..Ermm dah makin besaq anak ummi n abah nih..Puteri ummi nih xleh merangkak lagih,tapiiii kalu panjat2 tu serah kat dia la..Nak plk tgh kita sedap2 baring mula la dia nak panjat..Dah la time dia panjat tu,dia tekan2 ngan siku@dagu dia kat perut kita nih,uii sakit oo..
Pantang nampak kita mghadap lappy,mula la dia pun sibuk nak ketuk2 kyboard..Kalu dapat jer remote control@hanset kita abis la dia tekan2 n ketuk2..Hanset buruk ummi la yg selalu jadi mangsa dia baling2(sikbek tahan lasak nset buruk nih)..
Gigi xtumbuh lagi..Lambat gak gigi mek nih tumbuh..
Syazana nih pantang nmpak kita mkn mula la dia pun nangis nak mkn sama..Kalu xbagi sure la leh dgq dia mnjerit..Kalu tgk ummi n abah mkn asam dia mesti tnggal menan n sanggup panjat nak asam tuh..Nestum n bubur nasi xnak mkn,tapi kalu len dari tu sume dia mkn..Ermm mcm2 betoi la anak ummi nih..


Pic Syazana,time ummi tgh masak,Syazana mesti ummi letak dlm walker


Aksi Syazana time tidur,Suka sgt tdr meniarap..Tiap mlm tidur meniarap


Kekadang ummi tgk muka anak ummi nih cam baby boy la..


Amboi2 posing sakan nampak..

Pic kami yg blk dari kenduri weekend baru2 nih..


Rich Blueberry Muffin





Mufin yg resepinyer di ceduk dari umah CMG..Muffin ni da ala2 cc ckit..Gebu xmcm mufin2 besa..Mufin nih aku sempat merasa sorang setengah biji je kongsi ngan hubby time panas2 tu..Yg len tu sume habis d ngap oleh anak2 buah hubby n mak bapa diorang yg datang rumah b4 pegi kenduri weekend baru2 nih..
Muffin nih pun aku wat dah kul 12lbh tghmlm,smbil nengok tv..Kebetulan mlm tu aku da tgk CMG punya blog da N3 muffin nih..Aku pun terus la godek2 kat dapuq,kebetulan sume brg ada..K kat bawah ni resepinyer utk rujukan aku d masa depan..


BAHAN-BAHANNYA :-)
130 g mentega berkualiti
125 g gula halus
3 biji telur gread "B"
250 g tepung gandum*
10 g susu tepung*
15 g baking powder*(*disatukan dan diayak)
130 ml susu sejat "IDEAL"
1 camca teh esen vanilla
Bluebery filling secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)

1. Panaskan oven pada suhu 200C, alas muffin pan dengan paper cup atau guna muffin cup jenis keras. Ketepikan.
2. Putar mentega dan gula halus hingga berkrim, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang. Jarak waktu antara 1 biji telur ialah 1 minit.
3. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung tadi berselang seli dengan susu cair, hingga habis dan di akhiri dengan esen vanilla. Putar hingga rata.
4. Sudukan ke dalam muffin cup tadi 1/2 penuh dan sudukan 1/2 camca teh blueberry filling, tambah sedikit lagi adunan. Buat hingga siap.
5. Masukkan dalam oven yang telah dipanaskan tadi dan turun kan suhu kepada 180C, bakar selama 20 - 25 minit atau hingga peerang keemasan. Sejukkan sebelum dihidang untuk minum petang...Menghasilkan kurang lebih 20 biji muffin bergantung pada saiz muffin cup yang anda gunakan..

Udang n Sotong Goreng Tepung

Ermm rini aku rajin betoi nak update blog kan,sebenaqnyer aku nak clear2 kan ckit pic yg trtunggak nih..Udang n sotong goreng tepung nih sedap tau,rapuh jer..K la xnak cite panjang2 meh tgk resepi yer..


Bahan-bahan

* sotong+udang
* Tepung gandum ckit+tepung beras+tepung goreng berempah segera)
* 1 sk baking powder
* 1 biji telur
* sedikit garam
* lada sulah
* Serbuk kari


Cara-cara

* Potong sotong kecil2, bersihkan dan toskan airnya biar sampai kering.
* Gaul sotong n udang dgn sedikit garam dan lada sulah.
* Pukul telur setakat nak satukan yg kuning dgn yg putih jer. Masukkan sotong ke dalam telur. Ketepikan
* Gaul tepung dgn bp n serbuk kari. Masukkan sotong n udang yg telah digaul dgn telur dalam tepung, salutkan habis sotong n udang dgn tepung. Kalu nak pedas boleh letak sikit serbuk kari dalam tepung.
* Goreng deep fry sampai golden brown. Goreng sotong n udang kejap jer dalam 4-5 min kalau tak nanti sotong keras and liat pulak.

Breadcrumb Sosej N Bread Roll



Sila abaikan latar yg BERSERABUT tu yer..


Alkisahnyer ni pong N3 trtunda gak..Aku wat minum ptg,utk aku sosej roll,hubby lak xsuke sosej sgt..So aku wat la bread roll,filling nyer aku letak inti lebihan dari kuih cara brlauk tu..Gulung2 then celup telur.Slmt la 1 ari punya minum ptg..

Breadcrumb sosej roll
Bahan bahan:

* roti gardenia secukupnyer
* sosej(apa2 jenama,aku suka jenama Ramly N Ayamas)
* breadcrumb(Aku sesaja xletak breadcrumb,tapi blend cornflakes)
* telur(kocok sikit)

caranya:

* canai nipis roti.masukkan sosej yang telah direbus sebentar.
* gulungkan kemas.
* celupkan kedalam telur.
* gaulkan keatas breadcrumb hingga rata menutupi roti.
* goreng dengan minyak sederhana panas hingga kekuningan.toskan dan bolehlaa dihidang.

Kuih Cara Berlauk


wlaupun rupa kuih cara nih xlawo,tapi rasa sedap tau..

Salam penghujung bln jun..
Kuih cara berlauk nih dah 1mnggu lbh gak aku wat,tapi baru rini nak masukkan N3..Ni la 1st time aku wat kuih cara..Selalunyer duk mkn yg mak aku wat jer..Alkisahnyer ritu hubby dala cite2,mak dia doulu2 time ptg sllu gak wat kuih cara n dia kata sedap..Aku pong agak2 jerla mesti hubby aku nih suker mkn kuih ni kut..
Time cll mak aku,aku dala tya mak aku duk guna lagi ke acuan kuih cara dia(ni kes nak ngendeng la nih,aku mls nak beli acuan baru,coz suka melekat)..Bila mak aku kat adia dah lama xguna n tya aku nak ke,hmm pucuk d cita la aku pun nak la(Xmalu betoi la aku nih)..
Maka pas dapat acuan aku pun mulala xperimen baru ni..RESEPI AKU AMK KAT BLOG KAK MADIHAA..


CARA BERLAUK

Bahan2 Untuk Batter
2 cawan tepung gandum (sukat 2 cwn kemudian keluarkan 1 s/b)
3 cawan santan - dari sebiji kelapa
1 biji telur
garam secukup rasa
pewarna kuning secukupnya

Bahan2 Inti
1 cawan daging kisar
1 labu bwg besar - potong dadu
1 ulas bwg putih - potong dadu
1 s/b rempah kurma
1 s/k serbuk rempah sup(Aku tambah rempah kari daging ckit)
garam secukup rasa
perasa jika suka
1 cawan air
minyak utk menumis

Bahan Hiasan
2 biji cili merah - hiris nipis
1 tangkai daun bawang - hiris halus

Bahan Tambahan
Minyak masak tuang dlm mangkuk kecil
2 helai daun pandan ~ dilipat & diikat kemas utk menyapu minyak pada acuan cara.

Cara Menyediakan Inti
1. Panaskan minyak.. tumis bawang besar & bwg putih hingga wangi. Masukkan rempah kurma & rempah sup & kacau rata.
2. Masukkan daging kisar, garam, perasa dan 1 cawan air. Biarkan mendidih dan kacau2 sehingga inti agak kering.


Cara Menyediakan Batter
1. Campurkan semua bahan2 batter ke dalam bekas dan kacau rata menggunakan whisker.
2. Bila dah sebati.. tapiskan batter dalam bekas yang lain.
3. Untuk memudahkan lagi, tuangkan adunan batter ke dalam jug plastik yang ada muncung supaya mudah kerja memasak kuih cara.
4. Panaskan acuan cara dengan api yg sederhana kecil. Lenserkan minyak menggunakan daun pandan yg diikat kemas tadi pada acuan.
5. Tuangkan adunan batter sehingga agak2 penuh ke dalam semua lubang acuan. Masukkan 1 sudu kecil inti daging ke dalam setiap lubang acuan yang dah dituang batter tadi.
6. Taburkan daun bawang dan juga hirisan cili. Tutup acuan dengan tudung periuk kecil yg sepadan dengan acuan cara dan biarkan beberapa minit. Bila nampak dah masak.. bolehlah angkat menggunakan sudu.

Monday, June 21, 2010

Bihun Sup Di Zalieda Cafe..

Salam ptg isnin..Bihun Sup yg dah pun abis diNgap nih aku wat senin mnggu pas..Dah pun jadi T***..Hahhaha..Mula tu igt nak beli jer,tapi cam pham2 la kalu yg beli nih kkadang tu xmenepati selera tekak ngada2 aku ni sgt..Kadang2 tu cabai xsedap la,kuah xsedap la,pastu lak kalu nak bubuh daging,tulang n perut bagai rm pun ++++ la gak(kalu rm+++ n menepati piawaian tekak ngada2 ni den xla kisah kan kan)..
Jadi aku pun merajinkan diri p mrket ari ahad tu,n isnin tu terjadi la bihun Sup nih..Bihun Sup yg aku sllu wat mmg lbh kurang jer ngan resepi kak ida wat,D sbbkan aku nih mls nak taip n nak cepat sbb Anak Daraku sdang tdq(b4 dia bgn kacau2 aku nak menaip),bek aku c/p jer dari blog kak ida..


BIHUN SUP UTARA

UTK SUP
Bahan2
Minyak utk tumis(klu guna cara menumis)
rempah tumis seperti bunga lawang,kulit kayu manis,ketumbar,lada hitam,lada putih,cengkih, rempah ni blh di mesin atau tumis kasar mcm tu pun boleh (ibu tak mesin campak aje dlm minyak mcm tu)
2 labu bawang besar-mesin
6 ulas bawang putih-mesin
2 inci halia-di titik atau mesin
2 batang serai-di titik
1 peket kecil rempah sup adabi(serbuk)
1 kg daging
1/2 kg tulang
1/2 kg perut(jika suka)
air utk merebus dan kuah secukupnya(ibu letak dlm 3 liter utk permulaan kemudian tambah lagi sehingga danging empuk)
garam
perasa
ajishio(serbuk lada hitam)?(Aku tmbah serbuk garam masala)

Cara
Jika dibuat cara menumis-panaskan minyak tumis dulu rempah kasar sekejap kemudian masukkan bahan mesin kacau sikit masukkan rempah sup kacau lagi masukkan serai dan halia kemudian masukkan air kacau jangan bagi bekerak kemudian masukkan daging dan perut.Tutp periuk biarkan ia mendidih baru kacau2 sediki.Masak sehingga daging empuk.Biasanya ambil masa lebih kurang 2jam 1/2 sehingga 3 jam baru kuahnya sedap.
1 bungkus mee hoon direndam bersama 1 sudu besar serbuk kunyit sehingga lembut kemudian tos kan.sementara itu didihkan air utk merebus mee hoon agak2 ajelah air tu sehingga boleh tenggelam.bila air dah mendidih masukkan mee hoon yg telah ditos tadi dan tutup api.kacau 2 sikit bagi mee hoon masak dgn rata biarkan dlm 3 minit agak2 mee hoon masak jgn terlalu lama nanti terlembik.
Tos kan mee hoon sambil dijirus dgn air paip kemudian balik2 kan dan biarkan mee hoon di tos begitu sehingga di hidang.tujuan buat begini supaya mee hoon tak jadi tergumpal dan mudah utk di ambil diceraikan bila nak makan.

Bahan2 Tabur atau lauk
daging dan perut yg telah siap dipotong kecil2(lupa nak cakap masa masak sup tadi daging tak perlu dipotong biarkan besar begitu)
Lobak Masin
Daun Bawng n Daun Sup
Bawang Goreng
Sambal

Bahan sambal
1 cawan serbuk cili babas(Aku lak suka guna cili kering yg d blend)
1 sudu bawang putih dan merah mesin(ambik dr bawang buat kuah sup tadi pun boleh tapi jgn letak halia)
1 cawan air tengok kepekatan juga
100 gm gula melaka @ gula hitam
1 sudu besar asam jawa(dibancuh dgn air tadi)
perasakan dgn garam dan tok aji sikit
minyak utk tumis.

Cara2
panaskan minyak tumis bawang masukkan serbuk cili kacau jgn sampai hangit masukkan air asam jawa gula dan kacau hingga sebati jgn ada yg berketul.biarkan ia pekat kacau2 sikit tapi hati2 sambal ini akan meletup2 mcm masak dodol jadi gunakan api yg pelahan.masak sambal ni ambik masa dlm 15 minit aje(sukatan ini agak banyak jadi pandai2 lah ejas sendiri klu nak masak sikit buat peket kecil serbuk cili pun dah cukup)


Yg nih Bihun Sup yg aku nak bagi kat jiran sebelah(mak cik juma)..Aku bagi byk ckit,coz cucu dia da datang umah dia(kan cuti sek)

Kat bawah nih pic laksa yg makcik juma balas bekas selang sehari dari aku bagi bihun sup nih..Ermm kenyang hubby mkn,coz aku kan xmkan laksa)..

Thursday, June 17, 2010

Mengidam Udang Galah

Dah tgh mlm qhuperyer..Xpala pas abis update yg nih aku nak tiduq la..Stgi nak bgn awai lak,nak bgn sahur(soq)aku n hubby nak berpuasa..Try 1 ari dulu lah,nx week posa lagi..K berbalik pada tajuk di atas tu,sebenaqya tekak aku nih tetiba jer teringin sgt nak mkn udang galah(walhal dah berbelas tahun xmkn,xda lak teringin)maybe mengidam lakut no(mak Buyong la katakan)..
Dah puaih gak hubby aku nih cari,n check dlm tenet kat ner da udang nih,las2 tu hubby suh aku try cll kedai yg juai mee udang kat Sg 2 tu,?(Aur Gading)Mula2 xda..Ari jumaat mlm baru2 nih aku try cll lagi sekali,alhamdulillah kak yg angkat phone tu ckp ada
n dia tya nak simpan ke,coz kalu xsimpan mmg tinggai kulit jerla sbb ramai yg suka udang galah nih..Pas tanya hubby,aku pun cll la kak nih lagi skli gtau kami nak p mkn lunch sana esok(sabtu)n suh dia smpan..Dia kata udang tu xbesar n banyak mana,aku ckp xpela,janji ada dari anak aku nanti meleleh ayaq liuq,ahahkss..
Esoknyer dgn penuh semangat n xmkn bekfes kami 3 beranak pun sampai la kat Restoran nih(xsampai kul 11tgh dah sampai,1st customer lak tu)Restoran nih buka kul10Am..Udang aku suh wat msak pedas utk aku,n aku minta gak ayam goreng kunyit n hubby lak mee udang galah,so depa pun bahagi la udang tu utk 2 jenis menu yg kami minta nih..Tapi xaci tau dlm mee depa boh 9ekoq,masak pedas lak 7ekoq ja(sempat lagi tu duk kira udang)..Hubby bagi aku asa ckit mee tu ngan 3ekoq udang(byk tau kalu sorang yg nak perabis)..Sudahyer aku mkn udang yg hubby bagi tuh ngan nasi ja,yg masak pedas aku amik 1ekoq(balance lagi 6ekoq tapau jer wak balik umah)Ptg tuh dlm kul 5lh aku masak ketam goreng kunyit n nasi,hangatkan lauk udang tuh..Udang tuh kami bahagi sorang 3ekor..Sbb tu la aku kata xaci coz org xngidam mkn lbh dari org ngidam nih..



Ishk mmg xdapat nak d gambarkan la betapa sedapnyer udang galah masak pedas n mee udang galah kat restoran nih..Duk tgh taip nih pun ayaq liuq duk menitik nih..Hah ha ha..Pic kat restoran segan nak snap..

Wednesday, June 16, 2010

Strawberry Cheese Cake


Salam..

Uii dlm bln6 ni,nila 1st N3 aku kan..Besa la kan,mood malas nak hapdet dah melanda diriku..Bkn pa slh 1 sbb utamanyer anak daraku ittew la(mcmna la aku nak hapdet,baru mula nak taip,dia pun mula la menyibuk sama..Siang bknnyer dia nak tidur sgt,mlm lak pas dia tidur aku lak yg ngantuk,ahakss)
Sebenaqnyer ikutkan resepi asal letak stoberi,tapi bila aku p bakery xda lak stoberi filling,giant lak stoberi langsung xsegar bugar..So aku pun ganti jer ngan Blueberry filing..
Aku wat kek nih ari khmis ptg,coz ari jumaat tu anak sedara hubby nak mai tdq umah kami,so leh la jamu dia n wak p besday party ari sbtu sama..Aku wat kek nih sbb aku trgoda nampak kak Hana n kak Ummi wat..Gpun baby dlm peyot nipun nak gak merasa ciskek nih kan kan..Tapi yg lawaknyer aku punyer stok biskut xcukup,so aku kisar jerla cornflakes(blh camtu,tu pasal la aku punyer base xlembut,tapi rapuh2 ckit gitu,ahakss..Sbb tu juga la aku xda confident nak wak p besday paty khadijah,takut xda org yg sudi nak mkn)K kat bawah nih resepi yg aku c/p dari umah kak Hana..


Bahan-bahan
Bahan-bahan A
• 250 gm biskut mudah hadam - lebih kurang 200g
• 125 gm mentega tanpa garam - letak 100g
Bahan-bahan B
• 200 ml krim putar(whipping cream)
• 250 gm krim keju
• 165 gm gula kastor - letak 150g
• 1 sudu besar jus lemon
Bahan-bahan C
• 15 gm gelatin halal
• 100ml air
• - campurkan air dgn gelatin atas double boiler dan sejukkan selama 5 minit
Topping
• Strawberry topping secukupnyer
• Jus lemon
• Gula caster
• Sedikit air - hana campur sedikit gelatin 1/2 sudu kecil
Cara-cara
• Hancurkan biskut sehingga jadi serbuk.Sediakan loyang 8cm. *utk resepi nih hana guna loyang swissroll yg kecil atau loyang brownies pong boleh juga. pastikan di alas dengan plastik wrap atau kertas minyak supaya mudah utk dkeluarkan.
• Cairkan mentega. Tuangkan mentega kedlm bekas berisi biskut tadi. Kacau rata.Tekankan adunan biskut ke dalam loyang sehingga menjadi rata dan padat.Sejukkan dlm peti ais selama lebih kurang 30 minit agar ia menjadi keras.
• Pukul krim putar sehingga pekat dan gebu.Ketepikan.
• Pukul krim keju bersama-sama gula dan jus lemon sehingga sebati.Setelah itu masukkan gelatin dan gaul lagi sehingga sebati.
• Kemudian tuangkan bahan ini kedlm bekas yg berisi krim putar tadi dan gaul rata dgn menggunakan whisk.
• Keluarkan adunan biskut dlm peti ais.Tuangkan adunan krim cheese td keatas adunan biskut. Sejukkan di dalam peti ais sekurang2nya 2-3 jam.
• Buat topping dgn mencampurkan bhn topping semua sekali, apabila telah mendidih,tutup api. Sejukkan. (hana buat kaedah double boiler)
• Tuangkan kuah topping hingga habis. Sejukkan semula.
• Potong bar ikut suka dan hidangkan.