Showing posts with label Bihun. Show all posts
Showing posts with label Bihun. Show all posts

Friday, July 12, 2019

Resepi Lengkap & RAHSIA Bihun Sup Utara &Sambal Merah Terlajak Sedap



Assalamualaikum n selamat pagii hampaa.Pagi ni curi2 masa sat update blog kesayangan  aku ni..Skang ni tiap ari makin bertambah bz jer ngan mcm2 keja.. Ngan nak msk mkn kat umah,nak ambk antaq ank2 sek dan kafa lagi..
Pergh 1 ari suntuk mcm2 kja ..Tapi ada masa juga nak ber soc med .wakakaa.




Arini aku nak share rcp bihun sup utaqa  kat hampaa.Bihun Sup Utaqa ni WAJIB kale kuning n WAJIB ada sambal Merah bkn sambal kicap tau hampaa..Pastu nak lagi sempoii syahdu n kick kena laa ada lobak masin,tokua(tauhu) , daun Bawang dun sup n Bawang goreng..
Pergh hirup sup yg panas2 tu plak adoii makan x hengett hampaa aii.
Wokey  dari aku melalut mcm2 lagi mehla kita tgk rcp na hampaaa.




Utk lbh paham cara2 nak masak blh tgk kat utube channel  aku di sini na hampaa..

Bihun Sup Utara Sedap

Resepi  Bihun Sup Tulang Utara

Untuk Kuah Sup Tulang

Kuah Sup Tulang
1Biji  Bawang Besar Di Hiris
 2 Pek Sup Bunjut Tulang
5 Biji Bawang Merah*
3 Ulas Bawang Putih*
 2 Inci Halia *(*Di kisar)
 1 Pek Rempah Sup
 600gm Tulang Lembu
 Air Secukupnya
 Kiub Pati Lembu
 Garam Kasar
Gula Batu (Yg ni RAHSIA utk dapatkan kuah sup yg marvelous
 Batang & Daun Bawang
 Daun Sup

Cara2
Tumis Bawang Besar yang Telah Dihiris..
Masukkan sup bunjut tulang ..Tumis Sampai Bawang layu Dan naik bau..
Masukkan pula bahan kisar..Bahan Kisar dah garing masukkan tulang Lembu..
Kacau Sebati dan  masukkan semua Bahan..
Biarkan sehingga daging  empuk..

TIPS gunakan gula batu  Supaya sup mnjadi lebih sedap..

 Bihun Kuning

 Air Secukupnya
 1Sdt Serbuk Kunyit
 400Gm /1 Bungkus Bihun

Cara2
Didihkan air Secukupnya  lbh kurang 2@3 liter..Masukkan serbuk kunyit..Kacau rata Dan masukkan pula bihun..
Kacau2 biar Sebati  ,cepat2 angkat Dan Toskan Supaya bihun x lmbik.


 Sambal Merah

 1/2 Cawan Cili Boh /Cili Giling/Cili Kisar
1/2 Cawan Serbuk Cili
 Gula melaka/Gula Nesan
/Gula merah Gula Pasir,
Garam
Serbuk Pati Ayam
 Air Secukupnya
 Asam Jawa (Optional)

Cara2
Masukkan semua Bahan kacau Sampai pekat dengan api Perlahan.. Biar 2 kali tambah air baru lah Cili masak sempurna..

 Bahan Lain

 Utk Taburan
 Tauhu Yang Digoreng
 Lobak Masin yg di Celur @Goreng sebentar
 Bawang Goreng
 Daun Bawang
 Daun Sup

Thursday, August 9, 2012

Bihun Sup Utara,Menu febret Sokmo..



Assalamualaikum..
Salah 1 menu febret aku dulu,kini n selamanya,hihi,tapiiii en hubby lbh gemar mee sup utara dri bihun ni..Bkn xmkn,tapi kureng gemar bihun berbanding mee..Aku wat bihun nih mgu pertama berpuasa lagi,skng baru nak tayang,hihi..
Klo bihun sup utara nih bihun wajib kale kuning,pastu da tauhu goreng,lobak asin n sambal sebagai pelengkap..
Raya taun bila tah aku pon da lupa,aku ada wat bhun sup nih time open door(klo open house beso sgt lak,hihi) kat umh aku nih,pastu family pakcik hb dtng beraya dari kl,ermm mmg diorang agak jakun juga bila tgk bihun warna kuning gitu n pelengkap tuh,pastu mak sedara hb siap tnya aku lagi nak letak pe bagi kale kuning gitu,pewarna ke,pastu aku jwb,leh ajer nak letak pewarna@serbuk kunyit,tapi yg pasti kale bihun sup utara mmg kuning,hehhe..Yerlah lain tempat lain masakan n rasanya kan.

Erm aku tempek lagi sekali rcp bihun sup aku nih kat sini ya,klo nak tgk n3 yg lepas disini ya,time tuh aku gunakan serbuk rempah yg kak mimi bagi,kli nih guna serbuk rempah serbaguna Mak SAL lak..

BIHUN SUP UTARA

Utk Kuah Sup
Bahan2
Minyak utk tumis
Rempah 4Sekawan
5 Biji Bawang Merah Dikisar
3 Ulas bawang putih Dikisar
1 Inci halia Dikisar
2Sdb Rempah Sup (Aku guna rempah serbaguna MakSal,kalo guna yg adabi pong ok)
1/2 Sdb Rempah garam masala
Daging
Tulang Lembu
Ayam
Garam
Kiub Pati Ayam@Kiub Pati Lembu
Serbuk Perasa(JIka suka)
Serbuk Lada Putih n Hitam Ajishio
Serbuk lada hitam&Lada putih yg dikisar
Air Secukupnya
 
Cara
Tumis rempah 4 Sekawan,bersama bahan yg dikisar,rempah sup n rempah garam masala yg dibancuh mnjadi pes hingga garing n pecah minyak,masukkan air,tulang lembu ,daging n ayam..Seterlah itu masukkan semua bahan kecuali garam.Biarkan merenih sehingga daging betoi2 empuk,(Aku masak 2jam lbh gak)..Seterlah empuk perasakan dengan garam.

Bihun Secukupnya(Aku rendam 1/2bungkus) direndam sehingga lembut.Kalo nak rendam terus ngan sebuk kunyit pong blh gak,tapi aku masak air sampai mndidih,aku masukkan 1/2sdb serbuk kunyit,kacau2,pastu masukkan bihun.Agak bihun dah lembut,toskan,sambil jiruskan dengan air paip,kalo dibiar gitu,nnti bihun akan bergumpal..

Bahan2 Tabur Sampingan
Tulang Yg direbus
Daging rebus yg dihiris nipis
Lobak Masin
Tauhu Goreng di hiris nipis
Daun Bawang n Daun Sup
Bawang Goreng
Sambal
Limau Kasturi(Jika Suka)

Bahan sambal
Aku wat besa2 ajer,cili kisar(leh guna cili serbuk),bwng putih n merah kisar,asam jawa,gula,garam,minyak utk menumis..

Thursday, June 16, 2011

Laksa Sarawak,Emmm Sedapnyer..

Assalamualaikum semua..Mesti semua dah kenyang lunch kan..Tghari ni kami sekeluarga lunch ngan LAKSA SARAWAK,yg SANGAT SEDAP nih..Alhamdulillah dapat juga kmi sefamily termasuk bonda merasa laksa sarawak nih..1st menerai,Alhamdulillah mmg blh diterima tekak n kena ngan selera kami..Komen dari hubby xsempat tanya,coz blk lunch dah lewat cikit,pastu pas mkn semangkuk kat atas nih kalut2,terus nak g kja blk,coz da meeting,byangkanlah,blk pon 20minit ajer tadi,rini mmg byk kja katanya..Tapi kalo dah licin bebenor 1mangkuk kat atas tuh,paham2 jerla sendrik kesepannya kan,hikhik..Bonda lak sempat lah tanya komen n dia ckp Sedap..Aku yg masak sedap ke perencah Hj Manan nih yg sedap,hua hua hua..Maybe org yg kirim perencah nih mengirim dengan ikhlas kut,sbb tuh sdap..Terima kasih byk pengirim yg baik ati ittew ya..Resepi laksa nih aku copy jer dari blog kak Hasue Mama Zhariff yg cun ittew..Tengs ya kak..

Laksa Sarawak
By: HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan2 laksa(tidak terhad):
  • Bihun(yg sudah dicelur n ditoskan)
  • Isi ayam (yang digoreng lebih sedap)
  • Tauhu goreng
  • Telur dadar
  • Tauge(celur seketika)
  • Cendawan hitam(celur)
  • 300g udang(celur)
  • Telur rebus
  • Sambal belacan dan limau kasturi














Cara menyediakan sambal belacan: Kisar(menggunakan pengisar bahan kering) 3-4 tangkai cili merah+10 tangkai cili api(ikut tahap kepedasan masing2) bersama 3 sudu belacan dan sedikit garam..jika ingin menghasilkan sambal belacan lebih banyak,boleh menggunakan pengisar bahan basah..campurkan sedikit sahaja air,sekadar untuk menggerakkan mesin ye

Bahan2 kuah laksa:
  • 200g pes laksa sarawak hj manan
  • 2 liter air(Aku guna air dari kulit n kepala udang yg di blend)
  • 200g udang tanpa kulit-boleh juga dicincang
  • 2 batang serai-ketuk
  • 200ml santan pekat(hasue guna santan kotak)
  • Garam n gula/perasa secukupnya
Mmg best n terangkat..Da sapa yg teringin ke..Klau teringin kat bawah aku copy juga resepi utk membuat pes kuah laksa nih,bagi yg xda pes hj manan yer..

Cara menyediakan kuah laksa:
  1. Masak 2 liter air sehingga mendidih dan celurkan udang (300g) seketika. Boleh juga rebus isi ayam tadi jika tidak suka digoreng. Toskan.
  2. Masukkan rempah laksa,serai yang diketuk dan masak sehingga mendidih. Masukkan udang(200g) untuk kuah,santan,garam,gula. Biarkan mendidih dan sebatikan rasa.
Cara Menghidang laksa sarawak:
Sediakan mangkuk,masukkan
bihun,dan bahan2 laksa di atasnya. Lengkapkan dengan kuah laksa dan sambal belacan. Perahkan limau kasturi dan laksa sudah sedia untuk dinikmati..



Pes Laksa Sarawak

Resepi:Dayangjack@dapurku sayang

Bahan-bahan : anggaran 200 gm

8 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
10-12 tangkai cili kering*
1 inci lengkuas*
1 sk ketumbar
1 sk jintan manis
1 sk jintan putih
3 biji buah keras*
2-3 batang serai*
1 inci belacan bakar*
1/4 cawan kacang tanah (digoreng)
1/4 cawan bijan (digoreng tanpa minyak)
sedikit garam
sedikit minyak utk menumis

Cara-cara :

Kisar lumat bahan-bahan yang bertanda *.
Bahan-bahan seperti jintan manis/putih, ketumbar, kacang tanah dan bijan dikisar/ditumbuk halus terlebih dahulu sebelum disatukan dengan baha-bahan bertanda *.
Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan tadi sehingga keperangan. Tambah garam dan sedikit gula. Kacau rata-rata.
Simpan di dalam bekas yang bertutup dan masukkan ke dalam peti sejuk sekiranya ingin menyimpan lama.

Yg nih pula merupakan pemberian seorang rakan maya,merangkap kakak,sahabat,cikgu kepada ku..Tengs ya akak yg baik hati yg jauh di mata dekat dihati,akan ku kenangmu dlm doaku selalu..Moga persahabatan yg baru terjalin ini akan terus berkekalan,InsyaAllah..Saya sekeluarga amat berterima kasih buat akak n family,moga akak sekeluarga di bawah lindunganNya n moga di buka semua pintu rezeki wat akak sekeluarga seluas2nya..Amin Amin Amin..

Wednesday, May 25, 2011

Bihun Sup Utara

Assalam semua,wah pagi2 dah tayang bihun sup kan,ah xperlah kan..Janji da benda yg nak ditayang n dikongsikan disini..Dah lama bebenor aku xwat n mkn bihun sup,last mkn pon time peknen yifa lagi..So las wik,merajinkan diri wat bihun sup utk minum ptg n merangkap menu mkn malam kami juga..Aku letak tulang cikit,pastu daging n ayam..Opss kaki ayam pong da,sbb hubby mmg sukee sgt ngan kaki ayam..Tapi kaki ayam tuh mmg dah cuci bersih n potong mna yg patut ok..Pastuh dah berselawat ke atas junjungan kita juga..Mmg dah jadi kemestian kalo nak cuci papun,time bilas yg last akan selawat..Nak cuci beras pong gtu,kain baju pong selawat..Sejak dari kecik mmg dah terbiasa mak aku nnti akan tanya dah selawat x..Hehe..Kalo selawat n bismillah mmg sgt bgs ok,yg xbgus tuh jampi serapah @nasi kangkang ok..Huhu,nauzubillah..Xberkat hidup wat camtuh utk ikat laki kan..Huhu dah melalut sakan aku nih..Bihun sup utara aku mmg agk cerewet kalo nak mmbeli,slalunya mmg kalo nak mkn aku wat sendrik ajer,bkn pa,kekadang yg beli nih payah cikit nak cari yg sedap.yg kat pasr mlm,aku pernah beli kuah langsung xsedap,bhn tabur punyalah ciput,sambal lak cam xmasak ajer..So dah ngada2 sgt wat sendrik adlh jln terbaik..B4 tuh tengs a lot utk Cik Mimi yg bagi rempah sup utk aku..Selalunyer aku guna yg serbuk adabi+rempah garam masala.K lah dah penat menaip,layan resepi dulu ek,daaa..Jumpa lagi nnti,nak tayang dessert lak nnti,hehe..


BIHUN SUP UTARA

Utk Kuah Sup
Bahan2
Minyak utk tumis
Rempah 4Sekawan
5 Biji Bawang Merah Dikisar
3 Ulas bawang putih Dikisar
1 Inci halia Dikisar
2Sdb Rempah Sup (Aku guna yg cikmimi bagi,kalo guna yg adabi pong ok)
1/2 Sdb Rempah garam masala
Daging
Tulang Lembu
Ayam
Garam
Kiub Pati Ayam@Kiub Pati Lembu
Serbuk Perasa(JIka suka)
Serbuk Lada Ajishio
Serbuk lada hitam&Lada putih
Air Secukupnya

Cara
Tumis rempah 4 Sekawan,bersama bahan yg dikisar,rempah sup n rempah garam masala yg dibancuh mnjadi pes hingga garing n pecah minyak,masukkan air,tulang lembu ,daging n ayam..Seterlah itu masukkan semua bahan kecuali garam.Biarkan merenih sehingga daging betoi2 empuk,(Aku masak 2jam lbh gak)..Seterlah empuk perasakan dengan garam.

Bihun Secukupnya(Aku rendam 1/2bungkus) direndam sehingga lembut.Kalo nak rendam terus ngan sebuk kunyit pong blh gak,tapi aku masak air sampai mndidih,aku masukkan 1/2sdb serbuk kunyit,kacau2,pastu masukkan bihun.Agak bihun dah lembut,toskan,sambil jiruskan dengan air paip,kalo dibiar gitu,nnti bihun akan bergumpal..

Bahan2 Tabur Sampingan
Tulang Yg direbus
Daging rebus yg dihiris nipis
Lobak Masin
Tauhu(Kali nih aku xletak,coz xda stok)
Daun Bawng n Daun Sup
Bawang Goreng
Sambal
Bahan sambal
Aku wat besa2 ajer,cili kisar(leh guna cili serbuk),bwng putih n merah kisar,asam jawa,gula,garam,minyak utk menumis..

Monday, June 21, 2010

Bihun Sup Di Zalieda Cafe..

Salam ptg isnin..Bihun Sup yg dah pun abis diNgap nih aku wat senin mnggu pas..Dah pun jadi T***..Hahhaha..Mula tu igt nak beli jer,tapi cam pham2 la kalu yg beli nih kkadang tu xmenepati selera tekak ngada2 aku ni sgt..Kadang2 tu cabai xsedap la,kuah xsedap la,pastu lak kalu nak bubuh daging,tulang n perut bagai rm pun ++++ la gak(kalu rm+++ n menepati piawaian tekak ngada2 ni den xla kisah kan kan)..
Jadi aku pun merajinkan diri p mrket ari ahad tu,n isnin tu terjadi la bihun Sup nih..Bihun Sup yg aku sllu wat mmg lbh kurang jer ngan resepi kak ida wat,D sbbkan aku nih mls nak taip n nak cepat sbb Anak Daraku sdang tdq(b4 dia bgn kacau2 aku nak menaip),bek aku c/p jer dari blog kak ida..


BIHUN SUP UTARA

UTK SUP
Bahan2
Minyak utk tumis(klu guna cara menumis)
rempah tumis seperti bunga lawang,kulit kayu manis,ketumbar,lada hitam,lada putih,cengkih, rempah ni blh di mesin atau tumis kasar mcm tu pun boleh (ibu tak mesin campak aje dlm minyak mcm tu)
2 labu bawang besar-mesin
6 ulas bawang putih-mesin
2 inci halia-di titik atau mesin
2 batang serai-di titik
1 peket kecil rempah sup adabi(serbuk)
1 kg daging
1/2 kg tulang
1/2 kg perut(jika suka)
air utk merebus dan kuah secukupnya(ibu letak dlm 3 liter utk permulaan kemudian tambah lagi sehingga danging empuk)
garam
perasa
ajishio(serbuk lada hitam)?(Aku tmbah serbuk garam masala)

Cara
Jika dibuat cara menumis-panaskan minyak tumis dulu rempah kasar sekejap kemudian masukkan bahan mesin kacau sikit masukkan rempah sup kacau lagi masukkan serai dan halia kemudian masukkan air kacau jangan bagi bekerak kemudian masukkan daging dan perut.Tutp periuk biarkan ia mendidih baru kacau2 sediki.Masak sehingga daging empuk.Biasanya ambil masa lebih kurang 2jam 1/2 sehingga 3 jam baru kuahnya sedap.
1 bungkus mee hoon direndam bersama 1 sudu besar serbuk kunyit sehingga lembut kemudian tos kan.sementara itu didihkan air utk merebus mee hoon agak2 ajelah air tu sehingga boleh tenggelam.bila air dah mendidih masukkan mee hoon yg telah ditos tadi dan tutup api.kacau 2 sikit bagi mee hoon masak dgn rata biarkan dlm 3 minit agak2 mee hoon masak jgn terlalu lama nanti terlembik.
Tos kan mee hoon sambil dijirus dgn air paip kemudian balik2 kan dan biarkan mee hoon di tos begitu sehingga di hidang.tujuan buat begini supaya mee hoon tak jadi tergumpal dan mudah utk di ambil diceraikan bila nak makan.

Bahan2 Tabur atau lauk
daging dan perut yg telah siap dipotong kecil2(lupa nak cakap masa masak sup tadi daging tak perlu dipotong biarkan besar begitu)
Lobak Masin
Daun Bawng n Daun Sup
Bawang Goreng
Sambal

Bahan sambal
1 cawan serbuk cili babas(Aku lak suka guna cili kering yg d blend)
1 sudu bawang putih dan merah mesin(ambik dr bawang buat kuah sup tadi pun boleh tapi jgn letak halia)
1 cawan air tengok kepekatan juga
100 gm gula melaka @ gula hitam
1 sudu besar asam jawa(dibancuh dgn air tadi)
perasakan dgn garam dan tok aji sikit
minyak utk tumis.

Cara2
panaskan minyak tumis bawang masukkan serbuk cili kacau jgn sampai hangit masukkan air asam jawa gula dan kacau hingga sebati jgn ada yg berketul.biarkan ia pekat kacau2 sikit tapi hati2 sambal ini akan meletup2 mcm masak dodol jadi gunakan api yg pelahan.masak sambal ni ambik masa dlm 15 minit aje(sukatan ini agak banyak jadi pandai2 lah ejas sendiri klu nak masak sikit buat peket kecil serbuk cili pun dah cukup)


Yg nih Bihun Sup yg aku nak bagi kat jiran sebelah(mak cik juma)..Aku bagi byk ckit,coz cucu dia da datang umah dia(kan cuti sek)

Kat bawah nih pic laksa yg makcik juma balas bekas selang sehari dari aku bagi bihun sup nih..Ermm kenyang hubby mkn,coz aku kan xmkan laksa)..

Friday, April 9, 2010

N3 Sepanjang Minggu Lepas

Salam..Uii pejam jelik,pejam jelik sat jer dah pun bulan4..Rupa2 nyer dah lama aku xhapdet blog nih..Utk bln nih langsung xda..Bz betoi lar ngan Baby Syazana lani (ishk,syazana gak d persalahkn,ahaks)..Ermm tapi mmg betoi pun,sjak dia besaq ckit nih makin byk akai la dia..K meh kita tgk pa yg aku msk mggu pas..


Bihun Singapore

Bahan-bahan
1/2 peket bihun di rendam sehingga lembut
2 ulas bwg merah-di tumbuk
3 ulas bwg putih-di tumbuk
Daging cincang,udang,sotong,telur
lada sulah
serbuk maggie cukup rasa
minyak utk tumis
kicap sotong
Carrot di potong nipis memanjang
sawi@kubis


Cara2
Panaskan minyak tumis bwg masukkan daging,Pas daging dah masak baru masukkan udang n sotong..Biarkan masak seketika n masukkan kesemua bahan kecuali,telur n sayuran..Pas bihun dah lembut masukkan sayuran n telur,kacau2 n biarkan sebentar,dah pun siap..Sedia dihidangkan



DONUT PESONA
Sumber : Donut@myresipi.com

Bahan-bahan:

3 cwn tepung gandum
2 tbs gula castor
11 gm instant yis mauripan
2 tbs air suam
3/4 cwn susu cair
1 biji telur
3 tbs mentega
1/2 tsp garam halus
1 titik esen vanila (opt.)... tak bubuh
1 titik esen ros (opt.)... tak bubuh
1 1/4 tsp pelembut (Aku gantikan dengan bread improver)

Cara-cara :

1. Di dalam mangkuk pengadun, larutkan yis ke dalam air suam dan apabila telah rata (pekat), tuangkan susu dan ratakan. Biarkan 2 minit.
2. Masukkan gula, telur dan mentega. Campur sehingga sebati dengan memukul atau gunakan mixer letrik.
3. Ayak tepung bersama garam dan bread improver. Masukkan separuh tepung ke dalam bancuhan yis dan gaulkan sekurang-kurangnya tiga puluh saat. Tambah lagi tepung baki dan uli sehingga rata (10 minit). Taburkan sedikit tepung jika perlu untuk memudahkan ulian. (Rinn putar dengan mixer letrik jer.. )
4. Tutup mangkuk dan biarkan selama lebih kurang 30 minit (atau apabila ulian doh sudah berganda)
5. Uli doh sekali lagi sehingga ulian menjadi pejal (4 atau 5 minit).
6. Terap doh menjadi lapisan kurang sedikit dari setengah inci. Tabur sedikit tepung untuk memudahkan pengendalian doh.
7. Gunakan pencetak doh atau ciptaan sendiri untuk menebuk doh tadi.
8. Sapu hanya sedikit minyak pada bekas untuk mengelakkan doh melekat. Perap selama 25 minit atau apabila doh sudah naik secukupnya.
9. Goreng pada api yang sederhana dan balikkannya dengan kerap. Goreng sehingga kuning keemasan. Sekiranya hendak dibekukan, memadai kuning pucat sahaja.
Donut nih lembut n gebuss sgt..Dapat byk biji gak coz aku wat kecik2.so aku frozen jer setengah tu..



Kek Pisang

Bahan-bahan ( - )

  • 4 biji pisang sederhana besar
  • 3 biji telur sederhana besar
  • 1 3/4 cawan tepung naik sendiri
  • 1/4 cawan tepung jagung
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan minyak
  • 1 sudu teh bicarbonat soda
  • secubit garam
  • Aku +walnut 50gm

Cara-cara

Pukul telur dan gula hingga kembang

Masukkan pisang yang telah dilenyek dan gaul

Kemudian masukkan tepung dan gaul lagi.

Akhir sekali masukkan minyak dan kaup balikkan adunan hingga sebati

Masukkan dalam acuan yang telah disapu sedikit margerin dan dialas dengan kertas minyak

Bakar hingga masak selama 45mins dengan api sederhana atau pastikan kek telah masak dengan mencucukkan lidi dan jika lidi bersih bermakna kek telah masak


Kek nih aku wat xbape nak jadi,Tapi hubby n semua puji kata sedap,wlau camner pun,habis la gak coz jamu Abah Usop(bapa sedara hubby)n family datang n ptg tu jamu plak adik hubby yg mai ngan anak beranak dia..

Time depa semau mai aku xambik la plk gmbaq,coz bz ckit..Untuk Abah Usop n Family(3org jer yg mai)aku jamu kek pisang nih n murtabak n popia yg aku wat seksiap frozen ittew..KAT ADIK HUBBY N FAMILY PUN SAMA LA GAK AKU JAMU..hEH HeH hEh..