Cerita tentang segalanya...Hasil Masakkan Aku,Resepi2 yang aku telah cuba,family Aku dan segalanya di sini❤
Showing posts with label Kek. Show all posts
Showing posts with label Kek. Show all posts
Thursday, August 1, 2019
Kek Batik Indulgence Viral Cara Paling Mudah Tanpa Oven & Sedap Sangat
Assalamualaikum skang tgh viral pula kek batik indulgence ni @ kek batik cheese ni..
Rasa serius la sedap sgt gabungan kek batik tu ngan cheese..
Ada coklat Ganache pula sebagai topping ...Perghh lagi la heaven layan sejuk2..
Bonda tgh viral harus juga la kita try kan..Memang xrugi mencuba sebab rasa yang sungguh sedap..
Lapisan biskut merie pon lembut jer..
Kut ada yg nak try blh la tgk rcp di bawah ya..
Blh juga tgk kat utube channel aku Ada step by step cara nak buat..Supaya hampa lebih Mudah faham..
Utube Channel Aku
Resepi Kek Batik Indulgence
Bahan2
Lapisan Biskut
1/2 Cawan Milo
2SDB Serbuk Koko
125 Gram Mentega
1/2 Cawan Susu Pekat
2Biji Telur
1/4 Cawan Susu Cair/ Susu Segar
1SDT Esen Vanila
200 Gram Biskut Merie
Cara2
Campurkan kesemua Bahan kecuali biskut merie..
Masak atas dapur gunakan api yg kecil sambil terus mengacau Supaya Tidak hangus dah berketul..
Dah pekat boleh la masukkan biskut merie yang Telah di patah2 kan..
Gaul Sebati biar smua biskut Bersalut Bahan coklat..
Tuang Dalam bekas pilihan Dan tekan padat biskut merie tadi .
Ketepikan dahulu Dan Sambung buat lapisan cheese..
Bahan2
Lapisan Cheese
250 Gram Cream Cheese
2@3 SDB Gula Aising
1/2 Cawan Whipping Cream
Esen Vanila
50 ML Air Panas Mendidih
2 SDT Gelatin
Cara2
Pukul cream cheese Dan Gula Aising Sampai Sebati Dan licin Tidak berketl..
Masukkan whipping cream...Pukul Sampai Sebati.
Masukkan Esen vanila..
Masukkan pula Gelatin ke Dalam air panas mendidih Dan kacau rata sampai Gelatin Betui2 larut.Boleh jugs masukkan ke Dalam microwave Sekejab,supaya cepat larut.
Tuangkan laritan Gelatin ke Dalam adunan cheese, kacau rata biar Sampai Sebati
Tuangkan ke Dalam bekas yang Berisi Kek biskut merie tadi.
Masukkan ke Dalam peti ais Supaya lapisan cheese mengeras,lebih kurang 3 jam ke atas.
Bahan2
Lapisan Coklat
150 ML Whipping Cream
200 Gram Dark Chocolate
1SDB Mentega
Cara2
Panaskan whipping cream.Masukkan dark coklat ..
Kacau rata Sampai Sebati Dan coklat larut..(Masa masukkan coklat ke Dalam whipping cream,api dapur ditutup)
Masukkan Mentega.gaul sebati
Tuang di atas lapisan cheese
Simpan di Dalam peti sejuk dahulu
Sedap di makan sejuk.
Friday, April 20, 2012
Chocolate-Bottom Banana Squares(CBBS)
Assalamualaikum..
Selamat pagi semua..Wah sukenyer aku sbb rini ari jumaat,esk lak weekend,mmg suke sgt klo weekend nih,sbb leh klr ronda2,g shoping n mnghabiskan masa bersama family terchenta..Kalo weekday tuh mmg kami 3beranak terperuk kat umh jerla,sbb aku xpandai nak drive,hoho,sadisss sgt kan..Baru 3,4 kali belajar bawa keta ngan hubby bebaru nih,dah kna penyakit buatan org n alah lak,huhu..
Sian aku n ank2 kan,keta yg sebiji lagi tuh klo hb g kja mmg terperuk jer kat umh,mcm kami 3beranak gaklah,aku kalo bawa motor,mmg leh merempit sakan,tapi bab keta nih adeiii seriau..Baru nih belajar ngan hb,kira dah leh bawa n da keberanian dah le,tapi bab parking,mmg aku xpandai,huhu..

Cara2:
Selamat pagi semua..Wah sukenyer aku sbb rini ari jumaat,esk lak weekend,mmg suke sgt klo weekend nih,sbb leh klr ronda2,g shoping n mnghabiskan masa bersama family terchenta..Kalo weekday tuh mmg kami 3beranak terperuk kat umh jerla,sbb aku xpandai nak drive,hoho,sadisss sgt kan..Baru 3,4 kali belajar bawa keta ngan hubby bebaru nih,dah kna penyakit buatan org n alah lak,huhu..
Sian aku n ank2 kan,keta yg sebiji lagi tuh klo hb g kja mmg terperuk jer kat umh,mcm kami 3beranak gaklah,aku kalo bawa motor,mmg leh merempit sakan,tapi bab keta nih adeiii seriau..Baru nih belajar ngan hb,kira dah leh bawa n da keberanian dah le,tapi bab parking,mmg aku xpandai,huhu..

Akceli dah 2kali nmpk dak tun nih tayang CBBS nih,bila beli pisang jer,selalu wat cekodok jer,sbb semua suka,kdang tuh kek pisang biasa,kalo xpon apam,baru kali nih dpt menerai resepi yg dah lama simpan dari dapo tun nih..Aku wat ari sabtu lpas g,sambil tgk cerekarama..Saja gtau sbb nak khabarkan kek nih dah abis,hehe..
Tq ya tun n semua yg terlibat utk resepi nih..Tgk yana pon dah tayang ari yg sama aku wat juga,hehe..
** i used loyang 9 ichh
Bahan2:
- 1/2 cwn Butter -113g (lembutkan)
- 1 cwan gula - like jessie, i used 3/4 c(Aku letak 1/2cawan jer)
- 1 bj telur
- 1 sk vanilla
- 3 bj pisang- mashed - mine
- 1 1/2 c tepung gandum
- 1 sk baking powder
- 1 sk baking soda
- 1/2 sk garam
- 1/4 cwn serbuk koko -
- 1 cwn chocolate chips
Cara2:
- pukul butter dan gula sampai light n fluffy.
- masukkan telur, vanilla dan pisang yg dh lenyek, dan pukul lagi.
- ayak tepung, baking powder dan baking soda, dan masukkan dlm adunan di atas, masukkan garam dan gaul rata.
- bahagikan adunan kepada dua. masukkan cocoa powder (tun masukkan choc emulco) dlm separuh adunan dan gaul rata.
- ratakan adunan coklat dlm loyang. tun taburkan juga coklat chip, lepas tu ratakan pula adunan yg lagis separuh atas adunan coklat td.
- springkle coklat chip kat atas. bakar pd suhu 180 C, selama 30 minit atau hingga adunan x melekat bila di cucuk. HATI2 JGN OVERBAKE, nnti jd kering.
- tunggu sejuk, baru potong petak2.
- SEDAP SGT!! selamat mencuba ^^
Monday, January 9, 2012
Pandan Light Cheese Cake Utk Birthday Syifa.
Assalamualaikum n selamat pagi semua..N3 pertama ditahun 2012..Lama benar blog nih xberupdate..Walaupon dah agak terlewat,tapi dikesempatan nih aku nak ucapkan selamat menyambut tahun 2012 buat semua yg sudi berkunjung ke sini ya,maaf sesangat sbb terlewat ucapkan ya..Nih pon aku barula terhegeh2 nak masukkan kek barbie yg aku wat semperna besday syifa tempohari,walaupon dah lambat,tapi nak juga aku tempek disini,sebagai kenangan utk syifa nanti n sbb aku nak letak resepi kek yg sedap ni..
Alhamdulillah tertunai juga hasrat dihati aku nak wat kan kek barbie utk syifa tersayang..Walaupon kalo org yg pro tgk kek nih,mmg terasa nak gelak ke nangis meraung xtaulah,tapi bagi aku,aku sgt berbangga sbb nila hasil keras tangan aku yg aku wat dengan penuh kasih syg..Yerla baru 1st time aku pegang nozzle n tanpa p belajaq kat mna2 aku kuatkan semangat wat juga kek nih..
Syifa kek hasil keras tangan n air tangan ummi nih khas utk anak ummi yg sgt2 ummi sayang,moga pic kek nih nnti mnjadi kenangan terindah wat syifa ya nak..
Nana yg duk inteprem lbh,besday girl duk nempek kat ummi xmo berenggang,adeiii..Sekbek xtumbang kek nih,yerla si nana nih yg excited lbh..Tima kasih byk ya kak hasue utk rcp yg mmg best nih,sy c/p letak kat sini lak eks..
Light Cheese Cake
Resepi:Kak HaSue@sue-hasue.blogspot.com
Bahan-bahan
• 125g cream cheese(Aku letak 150gm)
• 300 ml susu segar
• 80 g mentega atau marjerin
• 80 g tepung gandum
• 80 gram gula halus
• 3 biji telur saiz A
• beberapa titik esen vanila/jus lemon(Aku add pandan paste n sedikit pewarna hijau)
Tangan ummi pon nak enteprem gak..Tgh nak cucuk lilin..Sian toi pic besday girl xda,sbb abah wat video,pastu pic lak snap sikit jer,maaf sgt ya syifa syg..
Men snap comot2,sbb dah ramai yg tunggu xsabar nak merasa kek nih..Pastu lak w/cream dah nk mula cair,coz terkena panas bahang dari api lilin,huhu..
Pandan light ciskek+moist eggless coklat kek,alhamdulillah rasa yg sedap n gandingan yg mntap,semua memuji kesedapan kek2 nih,terima kasih sgt pada kak hasue n kak dayang jack atas resepi..Cara-cara
1. Masukkan susu segar dalam periuk. Masukkan cream cheese sehingga cair sambil sentiasa dikacau menggunakan hand whisk. Masukkan pula mentega/marjerin,kacau lagi sehingga cair,padamkan api dan ketepikan.
2. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue. -meringue ialah adunan putih telur dan gula betul2 ringan (ia tidak tumpah apabila mangkuk cuba diterbalikkan)
3. Di dalam bekas lain yang lebih besar,pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi, kacau seketika..ayakkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul -kacau menggunakan hand whisk dengan perlahan
4. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata(boleh juga menggunakan hand whisk tapi gaul dengan perlahan2)..
5. Glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Masukkan adunan kek di dalam acuan. Pastikan oven sudah dipanaskan sebelum membakar kek
6. Bakar pada suhu 160 darjah selama 45 minit (atau sehingga masak) menggunakan kaedah bain marie(loyang kek diletakkan di atas loyang yang berisi air panas ketika dibakar)
8. Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja.
Wednesday, November 30, 2011
SMECC Entah Kali Yg Keberapa..
Assalamualaikum..Selamat pagi..Moga ceria2 selalu ya wat semua pengujung2 Diari Zaliedana..
Aku sengaja letak shortform,sbb tajuk panjang sgt,hihi..
Kek yg sgt sodap nih akceli dah byk kali wat dah,sbb mmg secukup rasa lamak n rasa moist kira mmg sedap kat tekak kamilah..Nak wat pon senang bangat,kejab jer dah siap..Kat sini pon dah 3kali aku inteprem..Leh tgk kat sini eks..
Ekceli aku wat utk bawa sebagai buah tangan ke kenduri umah kakak aku friday lepas,pastu sbb aku n nana cuma rasa sorng sebiji jer,aku pon wat lagi 2ari yg lepas,haha dasar nak ngap lbh la ni..Mmg berbaloi aku wat,nana seperti biasa,mmg suka sgt kek resepi kak dayang nih..
Dahla nak wat senang,cuma kacau2 jer,pastu lak telur pon jimat beb,sbb xyah guna telur,hihi..Nih ayat kedekut ke ape eks..
Apa pon tima kasih byk ya kak dayang utk resepi nih..Sy tempek lagi kat sini,walaupon mmg dah pernah tempek,hihi..
Jari sapa tah nak juga inteprem,adeiiii..Super Moist Eggless Chocolate Cake
Sumber resepi:-Kak Dayang jack
bahan-bahan : loyang 6-7 inci* 1 cawan tepung gandum
* 1 sudu kecil baking powder
* 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
* 1/2 cawan serbuk koko (DJ guna Cap Kijang)
* 2 sudu besar susu tepung
* 1 1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)
* 1 cawan gula perang
* 1 sudu kecil esen vanilla
* 1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
* secubit garam
* 1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung
* 1 sudu kecil cuka atau jus lemon
Tekstur kek sgt halus n mmg moist,lembut n secukup rasa jer..Manis pon sedang2 ajer,kira mmg ngam n sedap bagi selera kami lah..Cara-cara :
1. Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.
2. Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
3. Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
4. Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
5. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak.
6. Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.


Yg nih aku wat utk bawa pegi kenduri arwah n bersunat kat umah kakak aku friday lepas,mmg mendapat sambutan n pujian dari ramai..Mmg licin kejab ajer,smp kakak aku kata awat bawa sikit sgt,Adeeiii 80biji tuh..Pasni dia kata kalo nak balik kg,wat lagila kek ni,hihi..
Monday, October 17, 2011
Kek Karamel Yg Ku Idamkan..
Assalamualaikum n salam sejahtera semua..Selamat ptg isnin juga wat semua yg masih sudi singgah n tinggalkan komen di teratak usang ini ya.Berapa hari sudah xberupdate,adakah yg masih sudi singgah sini...Sebenarnyer puan tanah dlm mood kemalasan nak update,biasalah kalo vitamin M menyerang,mmg malas ajer nak update,lagi best golek2,baring2,sambil layan puteri2 tersayang yg makin membesar nih..Syifa lak makin lasak,nana lak makin kuat jeles kat adik n kedua puteri tersayang mkin lah suka memunggah n menyemakan bilik n umah nih.huhu..Betoilah kata org anak2 adalah penawar n pemening kadang2..Kalo tgk depa tido rasa kesian sgt,kekadang time diorang wat hal,mrh xhengat dunia,haha..
Ermm panjang pulak intro arini kan,sebenarnyer nak kongsi kegembiraan aku,sbb alhamdulillah menjadi kek karamel ku ni,walaupun 1st trial,ngee mmg happy sesangat..Kek nih lah membuatku termimpi2,mmg dah lama hajat hati nak try,tapi bila pikir sapa lak nak mkn kalo wat nanti,so tangguh dulu lah,sabtu mlm2 buta dlm kul 1lbh pas anak2 tido wat kek ni,sbb niat hati nak jamu family adik hubby klmarin,hehe..
Alhamdulillah sgt,bila potong n hidang kat hubby,komen positif,dia kata sedap n yg plg syok sgt dia puji cantik,kale sweet ajer,hihi,suke2..Family adik hubby pulun mkn,tinggai cikit lagi jer utk kami,sekbek depa suka,hehe..Mmg berbaloi menerai,sbb kejadian kek nih,wat aku happy sgt..
Masa lam oven tuh aku igt habislah kek aku nih,sbb naik punya tinggi,aku guna loyang 8in,Kira mmg suspen sgh la ai,hihi..Kalo lenkali wat,karamel tebal cikit,mmg lagi best ni,mkn sejuk2 ,pergh mmg sodap..Tq utk puan punya resepi asal n kak ita,atas resepi n penerangan panjang lebar tuh ya..
KEK KARAMEL
Resepi : Puan Munira Baharum
Sumber: Kak Azlita @ Masam Manis
Bahan:-
A - Gula Hangus

- 2 sudu besar gula pasir
- 2 sudu besar air panas
- Sediakan loyang bulat 8 inci.
- Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan. Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
- Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan. Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras. Ketepikan.
- 1/2 tin susu cair (susu sejat)
- 70 gram gula castor
- 1/2 sudu teh esen vanilla
- 3 biji kuning telur
- Kacau susu dan gula hingga gula larut.
- Dalam bekas berasingan, kacau telur dan esen perlahan.
- Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje. Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi. Ketepikan.
- Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.
- (Adunan ni tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti )
- 140 gm tepung gandum
- 1 sudu teh baking powder
- Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
- Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.
- Matikan mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak.
- Masukan sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
- Ketepikan.
- 6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
- 70 gram gula castor
- 1 sudu teh serbuk cream of tar-tar
- Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering. Masukkan putih telur dan pukul sebentar hingga berbuih.
- Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. (soft peak - kalau kita terbalikkan loyang adunan, putih telur tu tidak jatuh.)
- Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunan tepung tadi. Gaul rata secara kaup balik.
- Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.
- Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak dalam bekas berasingan.
- Letakkan pewarna yang anda sukai, kacau warna sebati.
- Bermula dari tengah, sudukan 3 sudu besar adunan purple, diikuti 3 sudu besar pink atas lapisan purple, dan 3 sudu besar adunan biru atas pink lapisan pink. (Nota - adunan yang awal2 mmg akan terapung2 di atas karamel...sehingga adunan dah hampir separuh diletakkan dan sampai ke tepi loyang, baru adunan berkedudukan tetap...no worries ok!)
- Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn sukatan 2 sudu besar pula setiap lapisan warna
- Akhir sekali dengan 1 sudu besar setiap lapiasan warna.
- Lorekkan atas adunan dengan lidi.
- Panaskan oven terlebih dahulu (*Ita panaskan pada suhu 170C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven, Ita tukar pada suhu 160C. Gunakan api bawah saja)
- Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
- Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
- Letakkan pada rak bawah dalam oven.
- Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
- Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
- Selepas masak ita biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
- Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri. (lap-lapkan air karamel yang turun di bahagian tepi kek - elok letak kek atas jaringan rasanya, so x terendam)
- Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
- Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama. Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.
Wednesday, October 5, 2011
Kek Lapis Cheese Persona
Assalamualaikum jumpa lagi di n3 kali nih plk eks..Terjadinya kek lapis cis nih hasil menjadi makmum kak Nor CUBIT cubitan garam lahni..Tapi walaupun dari ari sabtu lagi jadi makmum,klmarin baru aku perbetulkan saf,ermm paham x..Maksudnyer semua bhn dah da,pastu sekut merie bli ari sabtu lagi,tapi klmarin baru sempat melapis,Pastu disebabkan klmarin agak bz n mlm lak dah kenyang,jadi sempatlah kek nih check in kat hotel sharp 2day1nite,ptg2 karang,mmg gerenti akan abis,sbb dak ber2 pon suke,yg da simpan seksiap utk hubby..Umii depa.?Ummi depa lagilah sukeee..Pergh mmg sedap yg amat,.Aku wat 1/4 resepi jer,mcm kak nor ckplah bkn bhn xckup @takut xsedap,tapi takut terlebih ngap,sbb sedap sgt..Aku da add 1sdb yogurt kat dlm adunan cis,bagi aku lagi sedap la..
Nila sekut marie yg aku guna tuh,tgk tangan si nana nak enteprem gak,uishhh..Tq sesangat utk kak nor sbb promot baik punyer..Utk si bujang ensem nun jauh di sarawak juga tochey2 sgt sbb sudi kongsikan resepi ni..Aku pon mmgikut ryo guna sekut cekelat yg jnma Lee,Nih 1st time beli jenama nih,sedaplah sekut jenama ni..Nana n syifa pon suke mkn sekut nih,xtau lah sempat ke idak ummi depa nak wat batik marie lak ngan balance sekut,sbb depa suka..
Lembut ajer kek nih,mmg ngam sangatngan selera aku,marbeles,nak wat pon sonang yg Amatttttt..Cepat ajer dah siap,tapi yg lama nak tggu leh mkn la,sbb kna duk lama lam peti..KEK LAPIS CHEESE PERSONA
resipi : Ryo@Ryoazhar
sumber : K.Nor@SecubitGaram
Bahan2: (Saiz 9x9)

A:
2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g (ryo guna jenama LEE)
500 ml susu segar,dipanaskan
500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)
10 ml susu segar
1/2 cawan gula halus(Aku add 1sdb yogurt utk1/4 adunan yg aku wat)
Caranya :
Satukan cheese dan gula halus,pukul sebati
Masukkan susu segar sedikit demi sedikit,jangan sampai adunan terlalu cair
Pukul lagi hingga kembang dan sebati,ketepikan
Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper.
Panaskan susu segar,padamkan api.
Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas)..terus susun dalam bekas..(Celup 1 saat je taw)
Pastu sapukan adunanan cheese di atasnya,ratakan
Ulang proses melapis biskut,kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi
Ulang proses melapis hingga habis,biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
Kemudian,kisar baki biskut yang ada,taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese.(Kalau pakai jenama LEE,boleh ramas2kan je dalam penapis tu..jadi serbuk lah ia..)
Tekan2 sikit permukaan tu..masukan dalam peti sejuk,biarkan selama 6 jam sebelum dipotong.
Friday, September 30, 2011
Slice Cheese Cake,Mmg Sedap..
Assalamualaikum n selamat pagi semua,alhamdulillah berjumpa lagi di pagi jumaat yg indah ini,hari nih adalah hari terakhir dalam bulan september,huhu kjab ajer kan dah nak msk bln oktober lak..Jab tadi hujan turun punya lah lebat..Arini awal bersiaran,Sebenarnya aku nih xleh tido,Agaknya sbb duk teringat kek kak izah kut,muehehe,sbb tuh memalam buta wat kek ni,pastu masak nasi lemak bagai,sidai baju,jabgi pas hubby g kja mmg nak continue tido lah..Mata pon dah mula rasa ngantuk ni..
Slice cis kek nih aku punya tergoda gila2 n teruja sgt nak merasa kesedapan kek ni bila kak izah kata sepanjang syawal nih ajer dia dah 6 , 7 kali wat kek ni..Mula tu igt nak wat yg light cis kek dulu,memandangkan telur lam peti saiz beso,tapi aku msg hubby ptg tu suh beli telur saiz kecik,mesti laki aku heran,tetiba bini dia nak teluq kecik lak,selalu nak yg besaq ajer,ngee..
Ingat tuh nak wat pas budak2 tido,pastu ngan aku2 sekali tetido,alih2 sedar2 jer kat kul1 pagi dah,Pastu g toilet,bagi nenen kat syifa,nak continue tido,pusing kanan xkena,kiri xkena,last2 bgn g godek kek ni..
Alhamdulillah hubby rasa jer suapan pertama tadi terus cakap,ermm sedap kek nih..1slice kat atas nih xabis la,sbb dia mkn nasi lemak bf jab tadi,ptg karang blk kja leh la dia continue mkn..Kak izah cayang toche2 ya sbb promote baik punya,Mmg lembut n sedap,tq juga utk ros atas resepi ni..
SLICE CHEESE CAKE
resepi : Ros@jintanmanis.com
Sumber Resepi:-Kak Izah
Aku guna kraft 5keping200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M
beberapa titik esen vanila

1. Carikkan slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar.
2. Kemudian masukkan dalam periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
3. Masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
4. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
5.Didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul.
6. Akhir sekali campurkan meringue sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi dan beberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. gliss acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Curah adunan kek di dalam acuan .7. Bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 18cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
8.Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya.
Peringatan- Pastikan meringue betul betul kental, cara nak tahu meringue dah kental ialah dengan cara menterbalikkan bekas adunan dan meringue takkan jatuh. Kalau tak guna cara bain marie tu pun takpe, janji ikut suhu tu betul-betul ya.
*Hubby dah g kja,aku nak cantinue tido puas2..Lunch karang msk 1jenis lauk dah la,mkn ngan nasi lemak tuh juga la..K daaa..
Thursday, September 29, 2011
Marble Chocolate Banana Cake
Assalamualaikum semua,mari2 dengar ini cerita,org lain wat kuda belang,ai pon nak wat juga,alih2 kuda belang kita xbape cun,sbbnya belang si zebra nih terlalu rapat,last sekali huduh la jadinya.Xperlah kan,janji leh juga nmpak belang2 tuh kan,ayat nak sedapkan hati..Bila terpandang belang yg kak ita wat,fuhh tersangatlah cantiknya,mmg sebiji rupa ngan zebra yg aku tgk kat zoo taipg baru2 nih,kalo xcaya leh lah terjah dapo kak ita eks..

Resepi asal dari chef zubaidah,kak wattie telah ubahsuai,pastu kak nieza copy,kak ita lak copy n bagi penerangan lbh detail lagi kat blognya,aku lak copy dari kak ita..Terima kasih utk semua yg terlibat ya..
Sejak pas raya nih kira kek pertama lah,duk terasa2 jer nak mkn kek,disamping nak menerai n memecah dara petal mould yg kakak ipar bagi nih..Sukeeee yg amat sgt kat petal mould nih,Terima kasih banyak2 kak lah tersayang,muahhsss,nanti kalo da apa2 mould lagi blh la bagi lagi eks..Hikhik...Cantik sgt n mmg Ct suka sgt..
MARBLE CHOCOLATE BANANA CAKE

By: Chef Zubaidah
Sumber: Kak Nieza ,Kak Azlita
250 gm pisang dilecek
250g tepung kek
1st baking powder
200g gula castor
6 biji telur
1 sb ovellette
2 sb susu pekat manis
50 g fresh milk atau susu cair
90 g minyak
1 sb choc emulco
1 sk esen pisang
"DO IT YOURSELF"
Leser loyang berukuran 10 x 10 inc dgn butter dan alaskan tapaknyer dgn kertas minyak.
Panaskan oven 170C.
Lenyek atau kisar pisang dan esen pisang hingga halus. Ketepikan
Satukan semua bahan dalam mixer kecuali
dan pukul dgn kelajuan max hingga adunan pekat dan gebu. Masukkan pisang dan putar lagi dgn kelajuan perlahan hingga semuanyer sebati.
Masukkan minyak dan gaul dgn spatula hingga adunan rata dan sebati.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
1 bahagian diletakkan choc emulco dan satu bahagian dibiarkan pada warna asal.
Masukkan 3 sudu besar warna asal betul2 ditengah2 loyang. Kemudian tuang pula warna coco betul ditengah dan di atas warna putih sebanyak 3 sudu besar juga. Buat begini hingga 3/4 adunan kemudian buat pula dgn 2 sudu besar dan akhir sekali 1 sudu.
Kemudian bakar pada suhu 170 C selama 1 jam atau sehingga masak.
Wednesday, June 29, 2011
Kek Kukus Coklat Sunkist&Parcel
Assalamualaikum semua,maaf lah ya se,alam pas post n3 igt nak bw,tgk2 anak2 bgn lak,wlapon dah 9lbh,pastu diorang tido blk dah kat kul12,huhu,ngan ummi sekali lah belayar..Pastu semalam lak aku xleh nak upload pic lam blog,tah nape,cuma 1pic cendawan tuh jerla,igt nak upload lah 3 4 pic,huhu,aku punyerlah ssh ati,igt smp rini xleh juga..Klmarin ptg wat kek nih,pas masak2 wat klq oven,syazana smp panjat kusi,sbb nak kek nih,jenuh wak lari juga lah aku,ngee,teruk betoi ummi kan,xdala,aku nak letak toping dlu,pastu lepas letak toping,tabur serbuk milo cikit atas tuh,n letak lah cikit kale male tuh,yaAllah lagi lah xsabar anakakau nak capai kek n tu,Pas tuh terus potong n bagi dia,habis seketul,dia nak lagi,aku lak rasa lah cikit,MasyaAllah sedapnyer kata ku dalam hati,bau xyah ckp lah mmg wangi semerbak,sbb da parutan oren n jus oren..Terus terang ckp sambil mkn kek nih,terus rasa bersyukur sgt kat Tuhan,sbb memberi kesempatn aku merasa kek yg sesedap nih n memberi rezeki kepada kami..Ya Allah sesungguhnya hambamu ini sangat lah berSyukur..Terima kasih Ya Allah..Ok aku juga nak ucapkan tengs kepada kak ayu yg menayang kek nih n kak zana..Sy c/p plak ya..Aku kompom nak buat kek nih raya nanti,yeay..Daaa..
Rupa paras b4 kena make up,time nih pon syazana dah nak pegang2 n duk sebut nak2,huhu anak aku nila..Kek Kukus Coklat Sunkist
Sources:-From Zana@ Zana's Villa
Copy Dari :-Kak Ayu
Copy Dari :-Kak Ayu
Bahan2nya:-
- 2 cwn tpg gandum*

- 1/2 st baking powder*
- 1 st baking soda*
- 1/2 cwn serbuk koko + 1/2 cwn milo* } bhn2 * diayak-(Ayu ayak milo berasingan)
- 2 biji telur grid A
- 1 cwn air
- 3/4 cwn minyak canola
- 3/4 cwn gula pasir
- 1 biji limau sunkist (diparut kulit dan diambil jusnya)-(Ayu gunakan dalam anggaran 6 sudu besar)
- secubit garam -(Ayu tambah)

Cara2nya:
- Masukkan telur, air, gula dan minyak dlm mangkuk adunan dan mix selama 5 min dgn kelajuan yg max atau sehingga gula hancur.
- Masukkan tepung dan koko yg telah diayak tadi, sedikit demi sedikit dgn menggunakan spatula dikaub balikkan sehingga rata.
- Kemudian masukkan parutan kulit limau dan jusnya ~ digaul rata.
- Alaskan loyang 8" yg telah lanserkan dgn sedikit margerin dgn kertas kuih dan tuangkan adunan ~ kukus selama 1 jam atau sehingga masak.
- Setelah sejuk ~ jika suka bolehlah dibubuh topping. Moist sekali rasanya cubalah!
Nih pulak hasil parcel yg aku dapat kiriman dari seorang kakak yg amat baik n bermurah hati..Terima kasih wahai kakak,InsyaAllah moga Tuhan saja yg membalas budi baik akak n Dibukakan seluas2nya pintu rezeki buat akak sekeluarga..Tengs juga utk cik abg akak yg bersusah payah mengepos parcel ini ya..Terima kasih sekali lagi kak..Moga satu hari nanti kita dipertemukan di alam nyata,selalu di alam maya..Sesungguhnya diri ini terlalu gembira mengenali semua rakan2 maya,rasa cam rapat sgt,wlpong hanya berhubung dihujung jari..Pstt mcm tau2 jer aku xda lagi skop ais krim tu,haha..Tuh dah da gelatin,Pasni leh la wat panna cotta lak,ahaks..Pastu kenalah merajinkan diri meng"gulai".Ahaks..
Ptg tuh juga goreng kopok nih,mmg sedap sgt n best kopok ni,aku goreng byk juga 1balang setengah,pastu syazana punyer lah suke mkn,duk ulang mkn smp ke mlm..Hubby pon kata sedap kopok nih..Alhamdulillah rezeki,org memberi kita merasa,org bagi betis,xkan lah nak mnta paha,ahaks..*Sorry rini balas dendam letak pic byk2,sbb klmarin xboleh,daaa..
Wednesday, June 1, 2011
Alkisahnyer Kes Nak Clear Stock
Assalam semua..Puteri2 tido,update jab hehe..Alkisahnyer kek nih terjadi sbb cream cis yg dah beli kat 2bulan arini expired,wlpong whipping cream xda,aku belasah jer guna Yogurt,yg juga dah nak exp..Telur lam peti tinggai 2biji jer(eh pagi tadi hubby dah top up 20biji,ngee),Godek2 juga cakoi,(Guna 1/2biji kuning telur jer,coz wat half adunan).So aku pong pikir2,wat ajer lah coklat moist kek kak dayang,kan xyah guna telur,hehe..Utk kek coklat kak dayang,aku wat half adunan ajer..Lapisan cis,aku men hentam xda sukatan n rcp,coz aku letak 3/4 biji telur,tpng superfine,yogurt,gula halus,sedikit butter..Tapi rasa,mmg xyah cite lah,mmg marbeles,sbb tuh aku cama amik 1slice ajer,yg lain telah selamat hubby bawa g kja pagi tadi,(bkn pa takut terlebih mkn sbb sedap,huhu)..
Da sapa yg nak ke,meh nak suap meh..Fedbek dari anak buah hubby sedap sgt,hubby lah yg bgtau time blk lunch tadi,hehe..

Wat ajer bunga padi yg xbape mnjadi ngan bluberi,bkn pa nih mmg kes nazak betoi,hubby kan bz jer,aku xsmpat nak g kdai baking beli piping bag,aku hentam jer beg plastik kat umah..Dah tu adunan xpenuh,so ssh la nak lorek,kalo tart sng cikit kot,sbb leh pegang2 n angkat time nak lorek(Alasan jer tuh,hehe)..
Friday, May 27, 2011
Super Moist Carameled Banana Cake
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Buat semua pengunjung..Alhamdulillah kita semua masih lagi bernafas n sihat2 di pagi jumaat penghulu segala hari ini..Uii sekejab jer masa berlalu di akhir2 zaman ni kan..Erm kek kat atas nih aku wat utk minum ptg klmarin,so nih hanya tayangan amal yg xdibayar kepada yg sudi jadi penonton,kek nih aku wat 2versi,kukus n bakar..Saja nak merasa kelainan n perbezaannya..Yg kukus tuh mmg lbh moist n ada ala2 apam pong ya juga..Resepi aku intai2 n amik kat umah kak mas..So mcm besa lah,nak cnp,utk rujukan kemudian hari..Tengs utk kak mas n kak fida..Super Moist Carameled Banana Cake
Bahan :
- 1 cawan @ 240g pisang - dilecek
- 1 cawan @ 200g gula halus - boleh kurangkan kalau pisang dah manis - Mas kurangkan 50g
- 125 g @ 1/2 buku mentega
- 1 sudu kecil bicarbonate soda
- 2 sudu besar susu segar
- 2 biji telur - A
- 1 1/2 cawan @ 200g tepung naik sendiri - di ayak
Cara membuatnya :
- Pisang lecek, gula, mentega, bicarbonate soda dan susu disatukan dalam periuk bersih.
- Masak atas api perlahan sambil dikacau hingga berkaramel. Sejukkan dan alehkan ke dalam mangkuk pengadun.
- Masukan telur dan tepung sambil dikacau hingga adunan sebati.Tuang adunan ke dalam loyang yg beralas dan gris.
- Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dulu pada suhu 160C selama 45 min atau hingga masak. Adunan boleh juga dikukus... Mas guna paper cup dan kukus selama 15 minit.
- Sejukkan kek sebelum dipotong dan dihidangkan.
Nih versi kukus,mmg moist kan,hubby lbh suke yg versi kukus nih..
Yg nih lak versi bakar,agak kering cikit,tapi sedap juga.
Friday, May 20, 2011
Kek Coklat Kukus Munira
Assalam semua,wah dah ari jumaat lagi kan,cepat ajer masa berlalu kan..Kek coklat kukus munira nih rasanyer dah ramai yg yg membuatnya..Da yg 3 4 kali duk ulang pong ada..Tapi besa lah aku slalu ketinggalan cikit,Yerla nek beskal jer,lambat ckit nak ngejor weh..Ngee..Tetibe jer,tekak ngada2ku terasa n teringin nak mkn kek cekelat nih..Opss bkn mengidam ok..Sian Syifa kalo dapat adik awai sgt..Gpong syifa xisap jari kaki mnta adik lagi,hehe..K la layan resepi nih dlu ya..Aku copy dari kak noor masri..
Resepi Puan Munirah
Sumber Resepi:-Kak Noor Masri
1 cawan gula pasir - akak letak 3/4 cawan aje
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak - akak guna minyak jagung mazola
1 sudu kecil serbuk nescafe - yg ni akak tambah
semua bahan di atas digaul sebati dan masak atas api perlahan sehingga gula larut.
Rehatkan sekejap bila dah sebati
Bahan B:
3/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat
1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder
semua bahan di atas diayak
Bahan C:
4 biji telur - diblender (tapi akak pukul hingga kembang),Aku pong pukul ngan mixer smp kembang

Cara membuat:
Satukan bahan B dan bahan C ke dlm bahan A secara berselang seli dan gaul dgn senduk aje. Bila dah sebati masukkan ke dlm loyang yg digris dan dilapik kertas kalis minyak. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Jgn buka pengukus semasa proses mengukus 45 min yg pertama takut kek jd mendap.
Subscribe to:
Posts (Atom)





