Assalamualaikum..
Selamat pagi semua...wah kejab jer dah lbh dari pertengahan ramadhan kan..mesti semua dah bz mengukis n dah mai mood nak raya kan..erm aku pon alhamdulillah dah wat 4jenis sekut rya,termasuk frambrozen kenari dkt bawah nunnn..Pastu wat juga kuih siput..kuih peberet tuh,tapi mak aiiii nak gentel tuhadeii punya lemah,bab mkn laju jer masyukkk molot..ank2 pon suka jer..Mcm dah xsmpt nk smpan rya jer kuih yg 1 nih,huhu..dah la mmg xrajin dah nk gentel,aritu pon nsib ank sedara yg tlg gentelkan..huhu..
Adoiiiyaiii pnjang lak intro psai kuih siput kan,hehhe..sowiiiiii...erm oklah berbalik pada TAHU ANURA nih,aku mula terpikat n ternmpak kat umh kak madihaa ,bila baca cita dari akak madihaa lagilah membuatkan aku xsabo nk menerai n merasa sendri kesedapan tahu anura nih..menurut kak madihaa,rcp nih hasil air tangan n rcp oleh kak azian,yg mna tahu nih pemes kat psr ramadhan tmn melawati,mmg selalu kak azian g bli kt bazar,pastu mnta rcp,sapalah nak kasi kan,yerlah org nega kdang da yg kedekut kan,pastu kak azian nih selalu g beli sbb nak kaji selidik pe bhn n rcp rahsia tahu nih,heeheheh..
Akhirnya seterlah byk kli bli n menerai,maka terhasillah rcp tahu anura yg mnjadi peberet family kak azian nih..gtulah serba sedikit cite pasal tahu nih..
Penangan nmpk kak madihaa post tahu nih,watkan aku terliur gile uuu,pastu terus ler mulakan projek marin,sbb bb lam peyut nih pon dah xsabo2 nk merasa,(yerlah sgt.padahal ummi yg lebih),hihi..Alhamdulillah mmg sodap..kuah aku wat ahd mlm lagi,coz sng ler nak tau rsa kuah tu kan,klo wat siang ssh gak nak agak.
Aku wat klmarin tauhu nih utk berbuka puasa,wat 10bji tahu,bila dipotong2,erm dptlah 20potong,aku mkn 5potong time berbuka,terus kenyang n xmkn nasi dah.Da byk lagi nih,berbuka karang leh perangat n mkn lagi kan..
Terima kasih byk2 wat kak azian yg sudi mengongsi rcp special nih n juga kak madihaa yg berjaya menggoda aii utk menerai rcp ni..Klo da yg berkenan nk menerai rcp nih,silalah yer,jgn malu2,heheh..
TAHU
ANURA
BAHAN A
Tahu
kering secukupnya (MaDiHaA guna 1 peket besar yg harga RM3.50 tu & pastikan yang ada logo halal ye..)Tauhu pok.
(tahu utk
tahu bakar)
4-5 biji
kentang
1Keping dada ayam didadu kecil(Aku add)
1/2 cawan
Frozen mix vegetable
2-3 ulas
bawang putih
2ulas bawang merah dihiris(aku add)
1 cawan
air
Lada itam Ajishio n serbuk pati ayam(aku add)
2-3 biji
telur
lada
sulah
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng
Bawang goreng secukupnya (MaDiHaA goreng sendiri bawang)
Bijan yg disangai
CARA MENYEDIAKAN:-
1. Kupas
kulit kentang dan potong dadu.
2. Tumbuk
bawang putih dan tumis dengan sedikit minyak. Bila dah kekuningan masukkan air
dan ubi kentang.
3.
Masukkan garam secukup rasa dan masak sehingga kentang empuk. Tambahkan air
jika perlu.
4.
Apabila hampir kering airnya, masukkan mix vegetable dan gaul rata.
Taburkan sedikit lada sulah. Masak sehingga air agak kering.
5. Angkat
dan sejukkan sebelum di sumbat ke dalam tahu kering. [cara
nak sumbat tu.. MaDiHaA gunting sedikit permukaan tahu (spt dlm gambar)
kemudian buka2 sikit tahu tadi biar ada ruang untuk inti.. (tahu
kering tu memang agak kosong kat dalamnya) masukkan inti kentang
menggunakan sudu sehingga penuh.]
6. Untuk
menggoreng tahu, pecahkan telur. Perasakan dengan sedikit garam dan lada
sulah. Kacau sedikit telur.
7.
Celupkan tahu dalam bancuhan telur tadi dan goreng di dalam minyak penuh yang cukup panasnya sehingga
garing.
8. Angkat
dan toskan minyak nya. Potong kiub besar-besar dan curahkan sosnya semasa menghidang. Taburkan
bawang goreng dan sedikit bijan. (tanpa bawang goreng aroma tahu anura tidak
akan naik.)
BAHAN B (
bahan sos)
2-3 ulas
bawang putih
1
inci halia
1 cawan
cili kisar
1 cawan
cili sos
1/2 cawan
tomato sos
1sdb Sos plum(aku add)
2-3
keping gula melaka (MadiHaA guna gula merah yang dimasak dengan sedikit air & tapiskan)
1 cawan
air asam jawa
(2 tbsp
asam jawa)
1/2 cawan
air
bijan
untuk tabur.
minyak masak
CARA
MENYEDIAKAN:-
1. Tumbuk
bawang putih dan halia hingga lumat.
2.
Tumiskan sehingga kekuningan. Masukkan cili kisar dan masak sehingga cili
terbit minyak.
3.
Masukkan cili sos, tomato sos dan gaul rata. Tuangkan air asam dan 1/2 cawan air serta gula
melaka. Masak sehingga gula larut.
4.
Masukkan garam secukup rasa. Jika kuah tidak pekat, masukkan 1-2 sudu tepung
jagung yang telah dilarutkan dengan sedikit air.
5.
Apabila kuah pekat taburkan bijan.
Nota Azian: Kuah
Tahu Anura hampir serupa kuah Yong Tau Foo tetapi ianya lebih ke rasa
masam dan manis.