Monday, August 16, 2010

Kami D Muzium Padi Kedah

Nih pun aktiviti kami time blk kg baru2 nih..Hubby la y ajak p..Wlpun aku nih owang kedah,tapi xpernah jejak kaki pun kat muzium nih..Cantik gak suasana d dlm nih..
Yg plg bestnyer aku blh tgk kuih2 lama doulu2 kala yg di perbuat dari beras..Teringat la zaman kecik2 doulu..Hahha..
Muzium nih trletak kat gunung keriang..

Gaya anak daraku yg sorang nih..



Antara Jenis2 beras yg terdapat di sana..


Ummi n Abah bersama Syazana



Carrot Orange Cup Cake


Salam ramadan buat semua..Rini baru sempat nak update N3 trbaru..
Resepi nih sebenarnya resepi kek biasa jer,tapi d sebabkan nak bawa blk kg awal bln baru nih,so aku asa lbh sng aku wat kecik2 dlm cup cenggini..Bkn pa,sng mak aku nak bahagi2 kat mklong blkng umah n kakak2 ku..Kek nih kira slh 1 feberet yayangku ittew..Kek nih mmg sedap bila dicampur oren n carot..Resepi aku c/p jer dari F/P kak yati(damira)..Minta halal yer resepi yg very da sedap nih ya..


Carrot Orange Cake

Bahan-bahannya:

4 biji telur ~ asingkan putih & kuningnya
1 1/2 cawan ~ minyak sayur atau minyak jagung
150 g~ gula kastor (saya kurangkan jadi 130gm)
150 g~ brown sugar
1 1/4 cawan ~ lobak merah diparut ( tidak perlu dibuangkan jus carrot tersebut)
1/4 cawan kulit orange yang diparut dari sebiji orange beserta dengan perahan jus orange (aku +1sb oren sunquick gak)

Bahan yang perlu di ayak:

250 g tepung gandum
1 suduteh serbuk kayu manis
1 suduteh baking soda
1 sudu teh baking powder (saya tambah dari resepi asal)
1 suduteh garam
100 g walnut ~ di bakar sekejap dalam oven kemudian di potong dadu/kecil
( untuk memberi lebih rasa pada kek, memang sedap letak ni!)

Cara-caranya:

1. Pukulkan kuning telur hingga kembang (guna whisker atau mixer).
2. Kemudian masukkan minyak, gula kaster & gula perang, serta dengan lobak merah dan orange yang
diparut tadi.
3. Masukkan walnut, kacau sebati.
4. Kemudian masukkan bahan-bahan yang di ayak tadi, kacau sebati.
5. Pukul putih telur di mangkuk lain dengan mixer hingga keras.
6. Masukkan putih telur ini sedikit demi sedikit ke dalam adunan, kacau perlahan-lahan, satu arah
sahaja, sila gunakan spatula atau senduk kayu, tak sebati sangat pun tak apa asalkan tidak terlebih
kacau.
7. Bakar pada suhu 180 celcius selama 45 minit atau sehingga masak.


Aku wat 1adunan,dapat la dlm 40biji cup saiz nih..

Tuesday, July 27, 2010

Enoki Goreng Crispy


Nih kira 1st time beli n makan cendawan enoki nila..Erm sedap gak..Krup krap jer duk ngunyah..Mcm mkn kropok lak..Saja try beli,igt nak wat sayur campur ja,tapi xtrbuat pun..So cari la resepi kat tenet n jumpa resepi nih dari blog sapa tah..

Enoki Goreng Crispy
(sumber: Majalah SEDAP ~)

Bahan A :
• 1 paket cendawan Enoki
• 50gm tepung gandum
• 25gm tepung jagung
• 1/2 st serbuk paprika
• 1/2 st serbuk lada sulah
• 1 st serbuk bawang putih (guna bawang putih yg dikisar pun leh gak)
• 125 ml air sejuk
• Garam secukup rasa
Bahan B :
• 100gm tepung gandum
• 2 sb tepung jagung
• 1/2 st serbuk lada sulah
• 1 1/2 sb cheese parmesan (aku x boh nie,xda stok)
• Minyak untuk mengoreng terendam(semua bahan aku xsukat pun,men tibai jer)
Cara menyediakan:
1. Cendawan enoki dibersihkan dan dilerai satu-satu…atau ikutlah mcm ne kita nak buat
2. Bancuh bahan A sehingga menjadi seperti adunan butter ~ ketepikan
3. Sementara itu gaulkan rata atau sebati bahan B ~ ketepikan
4. Panaskan minyak ~ ambil cendawan enoki yg telah dilerai dan masukkan dalam adunan butter, kemudian masukkan pula di dalam bahan B (buat hingga siap)
5. Goreng sehingga kekuningan atau sehingga agak garing.
6. Siap bolehlah dihidangkan ~ sdp dimakan ketika masih panas.



Rupa cendawan enoki yg belum di buka dari bungkusan..

Black Pepper Steak n Lamb Chop

Steak n lamb chop nih menu kami last week..Hubby xmo mkn nasi,so dia request nak mkn lamb chop..Di sebabkan aku xsuke sgt lamb,so aku wat la steak utk aku..Aku mkn xabis pun,dah asa loya dah..Biasa la sejak peknen nih slalu ja rasa loya..Steak xabis ckit n salad aku bagi kat hubby jer..Hubby aku mmg suka betoi ngan dun salad nih..Wedges lak aku suap kat Syazana..Meh kita tgk pic Steak n lamb chop yg hubby ku mkn selicin2nyer ittew n resepinyer sekali yer..


Bahan-bahan (Utk perap dging )
Daging Batang Pinang@Lamb
Bawang putih+Bawang Merah+Halia(tumbuk)
Seasoning(aku bantai yg jnma maggie yg utk burger tu) kalu da sos worchestershire lagi ok


**** BAHAN SOS ***

1 ulas b.putih- cincang
1 biji b.besar - cincang
2 sudu besar sos worchestershire - carik kat rak lea & perrins
1 sudu besar kicap pekat(Utk warna lbh hitam,blh letak lebih)
1 sudu besar mentega
1 sudu besar tepung gandum
1 biji tomato -cincang
1 sudu besar lada hitam
1 sudu besar sos lada hitam
Sos Tomato
Sos Cili (Agak2 la yer)
Cara-cara
Bersihkan daging. Perap daging dengan bhn perap selama 2jam @ lbih
Panggang daging hingga masak. Atau masuk oven je.
Panaskan mentega dlm periuk. Masukkan tepung gandum dahulu(baru la tepung larut sempurna dlm mentega n xberketul) baru Tumis bawang yg dicincang tadi sampai berbau. Masukkan bahan sos yg lain dan kacau hingga pekat.
Siap la..Hidang la dgn bhn2 lain ikut suka ati...


Yg nih set Black Pepper Steak aku..


Nih lak set Lamb Chop hubby,da 2 jenis salad..



Gaya En Hubby mkn..

Pahang Part 2

Salam...Dah 1mnggu lbh masa brlalu, baru rini aku nak update kan..K rini aku nak masukkan pic yg balance2 masa kami kat pahang ritu..
Mlm tu kami tdur kat Hotel di kuantan ajer..Yerla kalu hotel kat Fraser Hill tu,phm2 aje la kan..(mahei)Esok tu pas breakfast kami singgah Kat Teluk Chempedak..T/C ni dekat sgt dari hotel tempat kami nginap,xsmpai 10mnit pun..K kat bwh ni pic kami kat T/c la.


Abaikan latar yg berselerak di kerjakan kami 3beranak tu yer..


Anak manja abah..

Ummi n Syazana berposing di Pantai Teluk Chempedak..






Otw balik png,ahad tu kami singgah la kat umah kakak hubby kat ptrajaya..Kami p mngejut jer,xbagitau pun,tapi sempat gakla lunch kat sana..Ni kira 1st time la merasa mkn air tangan Sil aku..Pic kat bawah nih Syazana n cousin dia la..Hahha kami wat serangan mengejut,depa xsempat nak kemas rumah..Xpa blh la kami tgk keadaan umah depa time xberkemas..Jgn marah kak lah..!!



Friday, July 16, 2010

Pahang(Fraser hill,part 1)


Jumaat mggu lepas kami 3 beranak p cuti2 Malaysia kat Pahang..Destinasi kami yg 1st ialah Fraser Hill..Hubby ambik leave ari jumaat..Kebetulan ari sbtu cuti Gabenor,so replace la ari senin..Kami bertolak dlm 8pagi++ la..Pagi tu aku siap masak smbal bilis,ayam goreng n nasi lagi..Ermm xlupa balance terubuk masin yg dah bape ari aku goreng,yg dah tinggal secoet pun hubby suh bawa gak..
Bekal yg aku wak ni kami mkn 2kali,1st dlm kul 10++pgi kat perak..Kira brunch la..Yg 2nd kat atas Fraser Hill dlm kul4++..Sedap gak mkn cengghini ja,wlpun smple,tapi sedap tau,ngan suasana yg nyaman gitu..
Ni kiranya 1st time kami 3beranak smpai kat Fraser Hill la..Aku n Syazana duduk kat tmpat dduk blkng..Spanjang nak nek kat ats F/H ni Hubby brhenti 3 kali,coz bini dia ashik nak muntah ja..Dah la kpla ni ashik png ja..Smpai kan aku dah xbuka mata dah la..Sik bek la Baby Syazana ku sayang tduq jer sepanjang jln(aku letak jer dia dlm bakul sebelah aku,agaknyer dia pun png n xleh buka mata cam ummi dia juga kut)..Aku asa la,F/H ni jln dia lagi teruk dari cameron la..Aku asa kalu ssapa nak g hnymoon mmg ok la sbb kat ats nih sejuk..Kami xtdq pun kat ats tu,b4 mghrb kami dah turun n teruskan prjlnan ke kuantan(mlm tu kami bermlm kat kuantan la)K nanti kan N3 aku seterusnyer yer,Part 2 lak..Kat bwh nih pic2 kami b4 smpai kat F/H n Kat atas F/H tu..

Tgk la cmner jln nak naik ke F/H ni..Sbb tu la smpai 3kali aku muntah..


Pic kami kat Empangan D Selangor b4 smpai Fraser Hill..



Abah STOP..!Hehhe,Baby Syazana d dlm bakul..


Posing,jgn xposing








Baby Syazana kat atas jongkang jongkit..Emm comey lak ummi tgk anak ummi duduk kat atas nih..Kat meja d blkng syazana tula bkalan kami..Pic nih hubby snap b4 ummi n abah mkn..Perut tgh lapar ni..


Ayam Perap Masak Merah Madu



Nih menu las yg aku nak update utk mlm nih..Ayam perap msk merah madu ni aku wat utk di gandingkan ngan nasi minyak hujan panas+daging rendang bebaru nih..Sedap gak ayam msk cenggini..Ermm nak mkn sedap saja la..Yerla kan sapa yg xmau mkn sedap..Nak2 lak hubby trsayang puji n suka masakkan yg kita masak,lagi la kita suka kan..Aku letak resepi ayam nih jerla yer,sbb senang ckit,aku c/p terus ja dari blog kak ummi..Lagi pun nasi mnyak ni semua orang dah tau kan nak msk cmner..Cuma pas dah masak titis2 ckit pewarna,jadi la hujan panas..k kat bwh ni resepi Ayam perap msk merah madu tu..


AYAM PERAP MASAK MERAH MADU
Sumber : Majalah SAJI(C/P kak ummi)

Bahan:-

* 1 ekor ayam - potong 10 bahagian
* 2 sb. rempah kari ayam
* 1 sb. serbuk kunyit
* 6 ulas bawang putih (ditumbuk)
* 2 inci halia (ditumbuk)
* 2 labu bawang besar (dikisar)
* 2 sb. cili kering kisar (akak letak 3 sb.)
* 5 sb. madu
* 1 sudu besar gula merah
* 2 sb. puri tomato (akak letak 4 sb.)
* garam secukup rasa
* 1 labu bawang besar - dipotong nipis bulat


Cara Memasak:-

1. Ayam dibersihkan dan ditoskan. Gaulkan bersama bahan halia, bawang putih, kunyit, rempah kari dan perisakan dengan garam. Perap ayam selama 2 jam (akak lebih 4 jam..hehee)
2. Keluarkan ayam dari bahan perapan dan goreng hingga masak. (lebihan bahan perapan akan digunakan sebagai bumbu kuah)
3. Panaskan minyak dalam kuali, dan tumiskan. Masukkan bahan bumbu perapan dan cili kisar. Masak hingga garing.
4. Masukkan gula, madu, puri tomato dan kacau. Masukkan sedikit air dan kacau lagi.
5. Apabila kuah sudah mendidih dan sedikit pekat, masukkan ayam.
6. Biarkan kuah mesra dengan ayam sambil dibalik-balikkan ayam dengan api sederhana.
7. Perlahankan api dan biarkan reneh sekejap hingga naik minyak dan kuah pekat.
8. Angkat dan hidangkan dengan nasi minyak atau nasi putih.