Showing posts with label Pau. Show all posts
Showing posts with label Pau. Show all posts

Wednesday, January 30, 2013

Pau Lembut Resepi Kak Ton&Burger Malaysia.


Assalamualaikum...
Anak2 tido awal mlm nih,so curi masa kejab sambil bf kan fiyya nih utk update blog..Yerlah tumpang mood tgh rajin kan,klo dah mls tuh smp berbulan2 diam jer,hehhe..

Akceli nih menu utk arini,terajin nk update bila kak Sari/Seri Kandi Tanah Jauhar suh letak rcp kat blog,hehe..Bila dah janji mmg wajib ler ditunaikan kan..So KAK SARI,nih la rcp nya..

Aku nih mati2 la duk igt aku prnh letak rcp pau kak ton nih kat blog,rupanya pas check 2,3 kali mmg sah xde lagi letak rcp nih kat blog,huhu...terasa rugi sgt klo x letak kat sini,sbb rcp nih la aku duk gna 3 ke 4 kli dah kut ,tapi yg psti mmg duk gna rcp nih dah lma juga dah msa 1st time Tun Telani share dlu lagi,huhu..nmpk sgt aku nih pelupa kan,huhu..

owh ya b4 terlupa lagi,kali nih selain dri wat pau jnis kukus,aku juga wat pau goreng/bege mesia tuh guna aduanan yg sma jerk..Mmg sdp sgt  i tell uuuuu..

Bege mesia versi letak telur rebus..Nyum2,sdp..teringat lak zaman sek rendah dlu,salu bli kuih bege mesia nih kat dpn sek,letak telo rebus n sambal bilis,adoyaiii sdp betui la kuih kat situ..Skang nih zaman dah canggih,nk rcp pa,semua dihujung jari kan,so tepuk perut,tnya selera,pastu g cari rcp n bli bhn,pastu leh ler godek2,taraaaa siap n ngap,hihi.. 

Terima kasih Tun telani adik mnis sbb mula2 dlu share rcp nih ya..juga utk kak ton terima kasih byk,moga Allah saja yg mmbalasnya..

Jommm zasssss usha rcp wokey,b4 ank2 aku bgn ngigau ke ape ke,huhu..

Pau Lembut
Resepi: kak ton @myr
sumber: tun telani


Bahan-bahan ( 10 biji )
  • 250g (2 1/2 cawan ) tepung pau diayak (pakai tepung gandum pun boleh)- tun guna gandum je
  • 3g (3/4 sudu teh) yis kering
  • 2g (1/2 sudu teh) baking powder
  • 50g (4 sudu makan) gula castor- tun letak 40g
  • 20g (1 sudu makan) lemak sayuran(shortening)
  • 2g (1 sudu teh) bread softener- tun guna bread improver
  • 1/2 cawan air suam

Cara-cara
  1. Satukan tepung, yis, baking powder, bread softener didalam mangkuk adunan.- tun hidupkan dulu yis dgn separuh air sedikit tepung dan sedikit gula
  2. Uli sebati dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit.
  3. Masukkan lemak sayuran, uli lagi sehingga doh tidak melekat/licin
  4. ***Jika menggunakan Bread Maker, masukkan mengikut turutan, air suam, yis, tepung pau, baking powder, gula castor, bread softener dan lemak sayuran kemudian pilih menu dough dan tekan start
  5. Biarkan doh selama 10 minit pada suhu suam.
  6. ***Jika menggunakan Bread maker, biarkan doh didalam bread maker selama 10 minit sahaja, tak perlu tunggu sehingga masa tamat (1 1/2 jam)
  7. Bahagikan doh kepada 10 bahagian
  8. Masukkan inti dan tutup kemas.
  9. Letakkan setiap pau diatas kertas empat segi (2" x 2 ") dan susun didalam pengukus.
  10. ***untuk inti, bolehlah menggunakan inti apa saja, mengikut kesukaan.
  11. Rehatkan pau selama 45 minit didalam kukusan.
  12. Untuk mengukus, didihkan air didalam periuk pengukus. Bila air mendidih, barulah diletakkan kukusan yang berisi pau tadi. Kukus pau selama 10 minit.
  13. ***TIps : Air perlu lah betul2 panas/mendidih untuk mengukus pau bagi mendapatkan pau yg lembut dan gebu.
  14. Selamat mencuba...







Thursday, January 19, 2012

Pau Sambal/Burger Malaysia

Assalamualaikum n selamat pagi semua..

Erm balik2 camtuh jerla ayat intro aku kan,erm jgn lak ade yg boring eks..Adeiii nak wat camner kan,kadang tuh xda idea weh nak ngarang nih..Bkn sng weh nak ngarang ayat tau..
Kalo jerit n bertempit kat anak2 dara aku lagi senang,Wakakaka,ala2 tarzan betina test sora gitu,Yerla budak nana n syifa nih tgh mmbesar,makin ler banyak kerenah depa nih skng..Si nana jadi guru,syifa lak mmg sungguh setia mnjadi ank murid n pengikut kpda kakak kesayangannya,wahahah..Jiran2 sebelah dulu2 xpernah dgq sora ai,skng nih,mesti naik nyampah dengaq kut,muehehe..

Adeiii dah lalut ler plak dalam xda idea tuh kan,hihi..
K meh kita berbalik n berpijak di bumi yg nyata wokeh,haha..
Pau sambal nama panggilan,kadang digelar beger mesia,kadangkala dipanggei Kue pau goreng..Apa pon nmanya mmg sama jer,Kita 1malaysia kan,hehe..


Dari dulu kini n selamanya aku mmg suka sgt bege mesia nih,bulan2 posa mmg selalu juga beli,sbb suka berbuka ngan kuih2 dlu,walaupon dah tau yg beli kureng sedap,sbb suka punya pasal beli lah juga,pastu kalo mmg betoi2 xsedap,mmg knyanglah cik tong..
Kali nh try resepi Cmg lak,selalu duk wat guna resepi Kak Yani jer,alhamdulillah mmg sedap..Pastu kekonon nak bagi lah cantik n nak tiru kak ita lah wat shape gini,padahal,mmg tangan xberseni,kureng cunlah bila dah naik tuh..Adeiii xperlah kan janji sodap n licin dimakan ank buah yg skng nih duk disini sementara nak tggu result SPM..
Tq ya utk CMG atas resepi nih,sy tempek disini pula utk rujukan mendatang..

Sumber Resepi:-Cmg
BAHAN-BAHANNYA :-)

1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 camca besar gula kastor
2 camca besar susu tepung
1 1/2 camca besar lemak sayur atau shortening
1/4 camca teh garam
1 camca teh yeast
100 ml air suam

BAHAN LAIN :-)
Sambal tumis ikan bilis secukupnya
Hirisan timun secukupnya
Hirisan Telur Rebus Aku add

Halus2 jerk ikn bilis nih,Yg besar cikit pon da juga hubby beli,tapi sbb nak wat pau nih kecik2,so aku guna ikan bilis jenis halus jerla..Mmg rangup sungguh ikn bilis ni..


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Bancuh yeast dengan air suam dan 1/2 camca teh gula kastor (guna gula dalam resipi ini), bancuh rata dan biar ia berbuih. Sementara itu, satu kan tepung, baki gula kastor, garam, lemak sayur dan susu tepung. Gaul hingga rata. Tuang bancuhan yeast tadi dan gaul hingga rata. Jika kurang air tambah sedikit lagi, dan gaul lagi hingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan dan mangkuk adunan.
  2. Bagi kenapa 10 bahagian sama besar, bulat2kan dan tekan sedikit, susun dalam loyang yang telah di tabur dengan tepung. Jarakan antara satu sama lain, dab perap 40 - 45 minit atau hingga saiznya berganda.
  3. Goreng terendam dalam minyak panas berusuhu sederhana. Masak hingg kuning keemasan pada semua bahagian. Angkat dan toskan, buat hingga siap. Sejukkan.
  4. Ambil satu pau tadi, belah dua tapi jangan putus, sapu dengan sambal tumis ikan bilis dan susun timun dalam dia, mat letak 2 hirisan nipis timun. Boleh dihidngkan untuk minum petang atau sarapan juga..

Thursday, December 8, 2011

Pau Pelbagai Inti...

Assalamualaikum..
Selamat pagi n salam sejahtera..Adeeiii pagi2 nih kering idea lak nak mengarang..Erm pa lagi eks aku nak ngomel..Erm ekceli dari mgu lps lagi tekak nih nak mkn pau n tpng pau pon dah nak exp dah,(nmpk sgt betapa rajinnya aku nih masak kan)wakakaka,bini sapalah tuh yg malas sgt,smp tepung dah nak exp..Yerla tpng bli 2kg,xkanlah kerap sgt aku nak wat pau kan,kalo tpng gndum mmg cepat ajer abis..

Akceli nih kali kedua aku wat pau dalam mggu nih,yg 1st wat,xnek langsung,walaupon guna yis yg baru dibuka,maybe dah xaktif kut,so mmg kenyanglah cik tong,aku mmg geram n tension sungguh.Klmarin wat lagi ngan yis yg hubby baru beli,alhamdulillah mmg SANGAT2 lembut n gebu gebas..Hubby aku pon puji tau,wahahaha..Hepi sungguh ai,terubat cikit kegeraman aku kat tepung yg xnek tuh..Yg plg watkan aku tension tuh,mggu lpas aku wat roti pon sma juga,habuan cik tong,sbb xnek juga,agaknya 3pek yis yg xbuka tuh mmg dah msk angin kut..

Oklah panjang lak aku taip,padahal xda idea tadi..
Jutaan terima kasih aku nak ucapkan kpd kak izah,sbb rekemen pau ni kat aku,aku pon copy dari dapo dia jer..Kak izah cayang,moga tabah menhadapi dugaan tuh ya,lap uuu kak,muahhh..Tima kasih juga utk kak yani yg sudi berkongsi resepi best nih ya,Moga Allah juga yg dapat membalas budi baik n perkongsian akak ini..

Maaf lah ek kalo da suara2 sumbang yg soksek2 kata pau xcun pon nak tayang juga..Ala xkan nak tayang yg cun jer kan..

Bukti Kukuh yg aku wat 4jenis inti,nanti da yg kata aku ota jer lebih,wakaka..Aku wat inti kentang daging,kelapa,kacang merah n inti coklat nutella.
ISuka sungguh puteri2 aku tuh santap pau yg ummi depa wat nih,agaknyer abb mmg sedap ke,sbb da inti coklat nutella utk depa eks,hihi..

PAU
sumber: kak Yani@myR
Sumber Resepi:Kak Izah
Bahan-bahan ( 8 biji )


300g tepung gandum *kak izah letak 1/2 tepung pau(Aku lak letak tepung pau 200gm,tpng gndum 100gm)
6g baking powder(Aku letak 4gm)
2g garam
162g air suam(Aku letak 155ml,mmg dah ok,bergantung jnis tepung juga lah eks..
6g dry yeast
30g gula halus
18g lemak sayur


Cara-cara


Masukkan tepung, baking powder dan juga garam. kacau biar serata.
Campurkan air, dry yeast dan gula dalam bekas lain. kacau biar gula larut.
Masukkan no.2 ke dalam no.1. Uli sehingga hampir licin.
Masukkan pula lemak sayur. Uli sehingga licin. Buat bentu bulat.
Penaikkan sehingga 2 kali ganda atau 40C selama 30 minit bagi sesiapa di negara sejuk.
Utk uji naik ke tidak..Taburkan sedikit tepung di atas doh. Tekan dengan jari. Kalau tinggal lubang, maknanya doh dah naik.
Tekan-tekan untuk keluarkan angin. Bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.
Ambik sebiji doh, canaikan dan letaklah inti ditengahnya. Tutup rapat-rapat.
Bila dah siap isi inti, biarkan dalam 5 minit. Bila dah nampak naik sikit, bolehlah kukus.
Kukus dengan api kuat selama 15~20 minit.. Masa tengah kukus jangan buka penutup kukusan.

Wednesday, March 30, 2011

Pau Gebu Water Roux


Assalam n selamat pagi semua,dah bf ka..Hehe meh kita mkn pau lak..Hehe..Sebenarnya pau nih aku buat utk minum ptg kelmarin,sambil bakar kek pandan lapis kastard tuh,sambil lah aku sukat bahan masuk lam bm..Dah lama benar dia rilex,so kita kerahkan tenaga c bibik nih..Aku wat half adunan dapat lah 9biji,bagi jiran 4biji,so tinggai la 5biji..Mula2 tuh semangat nak wat pau sbb tpng pau beli time peknen lagi baru guna 1kali jer wat pau,da byk lagi,sekali klmarin tgk2 dah exp date ujung bln jan lagi,huhuhu..So amk inisiatif sendiri guna tpng superfine yg dah lam gak beli,tapi xbuka lagi,huhu,nmpk sgt aku nih malas masak kan..Dari segi rasa mmg sedap dah n lembut gebu jer,tapi xla seputih melepak cam ros n kak mas buat..Xperla jnji xberkedut kerepot kat ats udah kan..Resepi pau nih aku cnp dari dapo mama daniel(bakal menantu,eh mama daniel dah setuju lom nih) yg duk shah alam ittew..


Tgh tggu naik..

*Aku wat half adunan jer.
Pau Gebu Water Roux
Resepi : Ros - Jintanmanis
Sumber Resepi:-Kak Mas Duniaku
Bahan :

* 500 gram tepung pau ( low protein flour)Aku guna tepung superfine)
* 3 sudu besar shortening @ lemak sayuran
* 220ml air suam+1 sudu kecil garam
* 3 sudu besar gula
* 2 sudu kecil baking powder - Mas letak double action baking powder(Aku pong sama cam kak mas)
* 4 sudu besar water roux
* 2 1/2 sudu kecil yis

Resepi water roux :

* 25 gram tepung gandum
* 125 ml air


Cara untuk membuat water roux :

* Masukan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan menggunakan api perlahan, setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan.


Xputih melepak,huhu..

Variasi inti bagi pau

* sri kaya pandan
* kacang merah - Mas guna inti kacang merah(Aku lak guna kentang+ayam)
* krim coklat


Inti lebihan wat karipap tuh,kentang+ayam..Ekceli kentang tuh aku sagat memanjang jer,kes malas nak potong dadu lah nih,muahaha..

Ros gunakan semua bahan yang berwarna putih, bagi mendapatkan pau yang putih apabila di kukus nanti, jangan gunakan marjerin atau pun minyak masak bagi menggantikan shortening.