
Assalam semua,dah lama rasanya aku xwat murtabak sendiri,yg beli pong mmg dah lama xbeli,coz xsedap n ssh nak cari yg betoi2 kena ngan selera tekak yg ngada2 nih,hihi..Baru dapat bersiaran kejab,tadi bz ckit,siap pa yg patut,coz rutin awal bulan,balik aloq staq..Macam lah blk lama sgt pong,2D1N jer pong,ngee..

Rupa bawang n isi ayam sesudah di masak.
Utk Doh sila lihat disini..Kali nih aku guna 4keping roti pratha kawan jer
Inti
Bawang Besar Aku guna 250gm(Bahan utk inti nih mmg menghasilkan murtabak yg tebal juga)
Isi ayam di dadu@Daging cincang(ikut suka la byk mana pun,lagi byk lagi sedap)
Bawang putih 1 ulas(di tumbuk halus)
Halia 1 inci (di tumbuk halus)
Kunyit serbuk 1sb penuh
Rempah murtabak 1sb penuh(rempah nih bole d beli d kedai2 india yg menjual segala jns rmpah,(bkn rmpah kari tau),aku beli kat Aloq Setaq..kalu aku nak wat karipap pun aku gunakan Rempah ni gak+ngan rmpah kari)
Garam n perasa
Minyak Sapi
Telur secukupnyer, utk goreng inti(aku guna 4biji telur)

Inti tgh dimasak time nih..

Doh roti pratha di tarik2 n letak inti kat tengah,pastu baru la di lipat 4segi..
Cara
Bawang besar dipotong dadu,kecik2..Tumis bawang putih n halia yg d tumbuk brsama2 ngan mnyak sapi smpai naik bau,Then masukkanAyam@ daging,Pas ayam@daging dah msak,masukkan semua bahan..Kacau2 sebentar jer..Sbb nanti bwng trlampau layu,nanti kan nak kena goreng inti ngan telur plk..
Pas dah siap kan cara kat ats,campurkan teluq bersama inti yg di masak,kocok2 sedikit,tuangkan di atas pan yg di letak sedikit minyak sapi,bahagikan inti kepada 4bahagian sama besar,seterlah masak,balikkan inti.Biarkan ke2 2 belah masak sekata,sambil tuh letakkan juga sedikit mnyak sapi juga..Angkat n ketepikan..
Bentangkan roti pratha,letak sedikit minyak di atas,tarik2 sehingga nipis,blh juga dicanai nipis..Letak inti yg telah di masak di ats doh roti pratha yg siap di nipiskan..Lipat 4segi n masak ats api yg kecil..Time masak ni pun letak juga minyak sapi sedikit..Balikkan murtabak,seterlah masak ke 2 belah,bolehlah di hidangkan panas2....
Jeruk bawang:
Bahan :
* 2 biji bawang besar di Hiris nipis
* 2 sudu besar jus limau kasturi
* 1 sudu besar cuka
* 1/2 Batang cili merah di hiris halus
* Pewarna mera(aku guna yg wat sirap tuh)
* gula dan garam secukup rasa
Cara membuat
Dalam satu bekas gaul mesra semua bahan,simpan di dalam bekas dan letak di dalam peti sejuk sebelum di makan utk rasa yg lebih sedap..

Keratan rentas sebelum kena ngap,hihi..