Showing posts with label Kuih Lapis. Show all posts
Showing posts with label Kuih Lapis. Show all posts

Friday, January 13, 2012

Talam Roti Lapis Coklat &Strawberry

Assalamualaikum..

Selamat pagi jumaat n salam sejahtera semua..Dah jumaat lagi kan,terasa semakin cepat masa berlalu sekarang nih..

2,3 arini ni tenet lembab n mood nak update pon lembab n lemau jer,pastu klmarin tuh mmg bz sgt2,fb pon mmg aku xon9,lappy pon xsmpat nak buka,hehe..Bz agt lah tu kan..

Talam nih aku wat ari selasa lagi nih,sengaja wat perasa stoberi sama,leh rasa 2,2 perasa kan,bagi aku,ok jer perasa pa pon,mmg sedap n lembut jer..Walaupon gitu,bagi tekak aku,aku lbh suka mkn lapisan yg putih tuh,sbb lbh terasa lemak2 roti n santan tu,pastu utk gula lak kuantiti mmg aku xtambah dah,tapi kalo jnis yg suka manis,leh la tambah lagi ya..

Tima kasih banyak utk K1 kerana sudi berkongsi resepi n juga kak izah ya,sbb aku copy dari kak izah jer resepi nih..Kak Nieza punya talam punya cun gilos,wat lam S/M ,yg aku nih xbape cun,sbb klrkan time suam2 g n agak lembik sbb xletak tpng ubi,Aku mmg suka talam yg jns lembik lembut2 nih,kalo kenyal kureng cikit..



TALAM ROTI LAPIS COKLAT
resepi : kak Wan
sumber: kak Yatie, kak Anim , kak Ayu,
Kak Izah n Kak Nieza


Bahan-Bahan
4 keping roti sandwich - buang tepi, siat kecil + rendam dgn 100 ml air
50 gm gula pasir
1/4 sudu teh garam
200 ml santan KARA
100 ml air
60 gm tepung beras
20 gm tepung sagu/tpng ubi(Aku xletak,sbb suka jnis yg lmbut lembik)
1 sudu teh coklat emulco(Aku add stoberi emalco sama)


Acuan Lompang (10-12 biji)



Pic talam yg kelabu asap..

Cara-cara :

Masukkan roti yang direndam ke dalam pengisar. Ketepikan.
Satukan air, santan, gula dan garam, masak hingga gula larut. Biarkan suam. Masukkan tepung beras dan tepung sagu, gaul rata.
Tuang campuran tadi ke dalam pengisar dan kisar bersama roti yang di rendam hingga halus.(Aku lak versi malas n nak cepat,campur semua,blend smp halus n sebati)
Bahagikan kepada 2 bahagian, satu warna asal dan satu lagi di campur dengan coklat emulco.
Tuang warna asal, kukus selama 5 minit dalam pengukus yang di panaskan terlebih dahulu.
Tanpa mengangkat dari pengukus, tuang adunan coklat ke atas lapisan bawah tadi. Lap tutup pengukus dan kukus selama 10 - 15 minit dengan api sederhana hingga masak

Monday, January 9, 2012

Kuih Lapis Noorsha


Sementara xbz n mood tgh rajin sikit,erm xla byk,tapi sikit jer rajin,aku update resepi kuih lapis yg aku amik dari umah noorsha nih lak eks..
Ekceli dari taun lps lagi wat kuih nih,lpas ajer noorsha post resepi,esk tuh aku dah wat,tapi besalah kan dah gitau tadi,ritu mls nak update,rini jer baru rajin,hikhik..

Secara jujurnya,resepi kuih lapis noorsha nih mmg lmbut n sedap,TAPI kalo anda mmg pemanis digalakkan menambah kuantiti gula eks,bagi aku mmg dah ok mnis tera tuh..Walaupon kuih lapis resepi nih mmg lmbut,tapi aku msih lagi tercari2 resepi yg mnggunakan tpng beras semata2 utk wat kuih lapis,dulu2 pernah mkn,mmg sedap sgt..Kalo da sapa2 yg tau tuh,nnti leh la share eks..


Kalo nak tgk pic kuih lapis yg sgt cun melecun n kedabom,silalah ke umah noorsha eks..

Tq ya noorsha utk resepi ni,Ct c/p letak kat sini lak eks..Mekasih byk2 tau..

RESEPI KUIH LAPIS
Sumber : Noorsha

Bahan²

2 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula pasir
1 cawan santan kotak(Aku guna santan fresh)
1 cawan susu cair
2 cawan air
2 sudu besar minyak sayuran(xletak dah coz gna santan fresh)
secubit garam

Snap guna nset jer,pic pon kelabu asap..

Cara²
1. panaskan kukusan. sementara itu satukan semua bahan dalam mangkuk, kacau ala kadar hingga bersatu semua bahan² kemudian masukkan adunan tersebut ke dalam blender. Blend hingga smooth.
2. Bahagikan adunan sama banyak.Satu diletakkan sedikit pewarna merah dan satu dibiarkan plain.. boleh juga bubuh kaler kegemaran masing²....^^
3. Sapu acuan dengan minyak. Noorsha guna acuan lompang kali ni.. nak guna loyang pun boley.... Susun acuan dalam pengukus dan sudukan warna pink di setiap acuan. Kalau guna loyang, masukkan sesenduk demi sesenduk ye.. agak² lah...
4. Tutup kukusan dan kukus seketika. jgn lupe lapik dulu tudung periuk kukus ngan kain bersih ya..... kalau kukus guna acuan lompang @ acuan yang kecil x lama..lebih kurang 2-3 minit je....kalau guna loyang mungkin ambil masa 5 - 7 minit la, bergantung pada macammana tebalnye lapisan yg kite wat tadi tu :)
5. Buka tudung periuk, sudukan @ sendukkan pula warna plain pada setiap satu acuan @ loyang. Tutup semula periuk dan kukus lagi... Buat selang seli begitu hingga habis ya.....
6. Untuk lapisan terakhir, kukus sekitar 10 minit jika anda menggunakan acuan lompang @ acuan kecil... jika menggunakan loyang, kukus lebih kurang 15 - 20 minit untuk lapisan terakhir ini ya...
7. Tunggu sejuk dulu baru hidang :)

Selamat Mencuba :)

Thursday, July 15, 2010

Kuih Lapis Pisang



Salam n slmt mlm..Dah nak kul 12 dah ni..Tapi aku ni xtdq lagi..Bkn pa byk sgt pic yg nak di update,kalu Syazana xtiduq tu,pham2 jerla..Aku lak dari smlm smpai ke rini duk selsema,so nak tdq pun mcm xpuaih ja,tu yg mrajinkan diri update nih..Kuih lapis pisang nih dah kat 3mggu aku wat,tapi aku ni sejak la ni sllu aja lmbat update kan..Hubby aku mkn byk gak,dia pun ckp sedap..Syazana lak bila aku suap,bukan main selera dia mkn..Aku wat half jer dari adunan ni..sbb tu la lapisan yg aku wat nipis jer n dapat pun 5lapisan jer.. Aku c/p jerla resepi yg aku amik dari umah kak ummi ni ya..


KUIH LAPIS PISANG (loyang bulat 7 inci)
Sumber: Aneka Talam dan Kuih Lapis (resepi Kak Liza)(c/p blog kak ummi)

Bahan A:-
• 2 cawan santan (akak guna 1 1/2 kotak santan Ayam Brand + air = 2 cawan)
• 1 cawan tepung gandum
• 1 cawan gula pasir
• 2 sudu makan tepung beras
• 2 sudu makan tepung kastad/jagung (akak guna tepung jagung)
• 1 sudu teh garam
Bahan B:-
• 1 cawan pisang emas/berangan - dilecek
• 1/4 cawan air
• sedikit pewarna kuning (*akak tambah, kalau guna tepung kastad, xyah letak la rasanya)
Bahan C:-
• 1/4 cawan air
• sedikit pewarna merah


Cara Membuat:-
1. Campurkan bahan A hingga sebati. Tapiskan dan bahagikan kepada dua bahagian.
2. Campurkan bahan B dalam satu bahagian dan kacau rata.
3. Satu bahagian lagi dicampurkan dengan bahan C dan kacau rata.
4. Panaskan kukusan. (Sediakan loyang yang digriskan sedikit dengan sedikit minyak. Panaskan sebentar) - *cara ni akak buat sebelum mula melapis.
5. Tuangkan hampir 3/4 cawan adunan pisang (B) dalam loyang dan kukus selama 8 minit.
6. Kemudian lapiskan pula 1/3 adunan merah dan kukus juga selama 8 minit.
7. Buat sehingga siap setiap lapisan dengan bahagian atasnya adalah adunan pian (B).
8. Semasa kukusan akhir, balut penutup kukusan dengan kitchen towel dan kukus lebihkurang 10 - 12 minit.
9. Biar sejuk pada suhu bilik dan barulah dipotong.

Kuih lapis yg aku wat ni,wlpun lapisannya xcun,tapi rasanya mmg marbeless..