Showing posts with label Sayur2an. Show all posts
Showing posts with label Sayur2an. Show all posts

Tuesday, November 22, 2011

Jantung Pisang Ala Peranakan&Masak Lemak Labu Berudang

Assalamualaikum..
Dah ptg2 gini baru dapat bersiaran..Pagi tadi sakit kepala,rasa xlarat ajer,pas hubby g kja continue tido blk..Bgn kul10,haha..Puas tido..Bgn2 msk simple2 n hangatkan lauk yg xabis klmarin ajer..
Sebenarnya aku xsabar nak blk kg jumaat ni,sbb knduri umah kakak aku,pastu nak menziarah pak su aku yg baru pulang dari Tanah Suci semalam..Kul 12lbh juga baru turun flight,aku x p pon kat byn lpas,coz dah lewat sgt anak2 dah tido,nanti kalo pegi juga takut meragam,so blk kg nanti baru menziarah sekali..Segoga beliau,maksu n jemaah yg lain mendapat Haji yg mabrur..InsyaAllah 1ari nanti aku juga nak menjejakkan kaki ke sana..
Oklah meh layan kerabu n masak lomak yg best ni,yg menbuatkan hubbyku memuji n makan ngan penuh selera sekali,hihi..Tq utk kak yatie n Cmg atas resepi nih ya..



Resepi:CMG
Sumber Resepi :-Kak Yatie

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 2 biji jantung pisang
  • 15 ekor udang saiz sederhana
  • 1 kuntum bunga kantan, hiris halus
  • 1 batang serai, ambil bahagian putih, hiris halus
  • 2 helai daun limau purut muda, hiris halus
  • 2 biji cili padi, hiris halus (untuk hiasan)
  • 4 biji limau kasturi, perah jusnya
  • 5 biji bawang merah, hiris halus
  • 100 ml pati santan
  • 2 biji cili merah*
  • 3 biji cili padi*
  • 1 inci belacan*(*ditumbuk halus)
  • Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Jantung pisang dibuang sedikit kulitnya, rebus hingga lembut. Tos dan sejukkan, kemudian buang lagi lapisan kulit hingga dapat bahagian yang lembut. Belah dua, hiris dan toskan, kalau berair, perah sedikit dan letak dalam bekas.
  2. Santan dimasak bersama bahan tumbuk halus, guna api kecil, kacau rata dan masukkan udang, tambah garam dan gula secukup rasa. Bila udang masak, matikan api dan sejukkan.
  3. UNTUK KERABU JANTUNG PISANG :- Masukkan hirisan daun limau purut, serai, bunga kantan dan bawang merah ke dalam bekas berisi jantung pisang tadi. Gaul rata dan masukkan no. 2, gaul lagi dan tambah jus limau kasturi, sesuaikan rasa, jika kurang garam tambah sedikit lagi. Tabur hirisan cili padi sebelum dihidangkan..
Feberet En hubby nih..Makan ngan penuh selera..Aku pelik cikit,kalo labu masak2 gini xsuka pula,kalo wat kuih tuh mmg suka ajer,hihi..

Resepi Masak Lemak Labu Berudang


Sumber Resepi:-CMG

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji labu manis, saiz sederhana(Aku msk 1/4biji jer)
8 tangkai panjang, dikerat pendek(Aku xletak)
2 batang serai
2 helai daun kunyit
1 biji bawang besar, hiris
3 ulas bawang putih diketuk
1 liter santan cair
300 ml pati santan
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit, tos dan tumbuk kasar
Garam dan gula secukup rasa
Aku add juga udang basah n sedikit cili padi kisar)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Labu dibelah, buang biji, kupas kulit dan potong kiub saiz besar, cuci dan toskan. Kacang dipatah pendek2, cuci dan toskan.
  2. Masukkan labu dalam periuk bersama serai, hirisan bawang besar, bawang putih dan udang kering. Masukkan juga santan cair, kacau rata dan masak hingga mendidih. Masukkan kacang panjang dan daun kunyit.
  3. Tambah pati santan, tambah garam secukup rasa, lada hitam tumbuk dan secubit gula, kacau perlahan dan biar mendidih dengan api kecil, bila labu sedikit lembut dan rasa kuahnya seimbang, boleh matikan api. Hidang dengan nasi panas, sambal belacan dan ikan goreng/ikan masin....


Monday, September 26, 2011

Menu Lunch Semalam

Assalamualaikum,lambat bersiaran,pagi tadi pas hubby g keja,konon2 baring2 sambil nak tidokan syifa,pastu ngan sejuk2 ujan lebat,sekali ngan ummi syifa pon tido sekali,jaga2 jer dah kul9++am,kelam kelibut jugalah nak masak,coz kena siap msk b4 dak berdua bgn sng cikit..
Menu arini mlm2 karang@esk aku tayang eks..

Ketam Masak Lemak cili padi.Xsempat dah nak hias bagai,cedok dari periuk terus hidang..Masak 3ekor..Wat msk lemak nih sbb jeles org2 yg p ampang dapat mkn masak lomak kak nim yg best tuh,haha..

Sayur kailan goreng belacan sbgai pelengkap,letak udang kering,udang basah yillek..

Ayam goreng nyonya nih aku da la amik resepi time kak izah tayang,pastu igt dah save,mggu lpas kan lappy wat hal asik off jer,pastu klmarin tgk2 rcp tuh xda,nak buka blog kak izah tgk rcp lagi,hujan lbat n guruh kilat,takut lak,pastu msg kak izah tanya rcp,malu gak nak msj kacau kak izah tanya rcp nih,tapi xperla xtgk muka pon,so tebal muka pon dia xnmpk la,haha..
Mmg sedaplah ayam nih,time goreng tuh mmg wangi ajer,ala2 sate n rendang pon da juga,sbb guna lengkuas halia serai bagai,pastu tepung jagung sengaja aku lbhkan,utk dapatkan lbh kerak2 yg rangup..Kalo xwat sos pon mmg dah sedap dah..
K lah meh tgk resepi eks,tq utk kak izah yg sudi sms resepi,wat kak ayu yg sudi berkongsi resepi nih n wat kak nor yg promote..Mmg best ok..


AYAM GORENG NYONYA

Sources:-From Citarasa Istimewa Berasaskan Ayam
sumber : Ayu S'pore
sumber : kak Nor @secubitgaram&Kak Izah
Bahan2:-
500g ayam -dipotong sederhana
8 biji cili padi -diketuk
1 biji bawang besar -dipotong bulat
1 sudu besar sos plum masam-(Ayu gunakn sos plum aje tak masam)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
sedikit daun kari
garam & perasa secukupnya
minyak - untuk menggoreng

Ayam yg sedang diperap.

Bahan Perap:-

1 batang serai*
4 ulas bawang merah* ~ k.nor letak 1bj jer
3 ulas bawang putih*
2cm lengkuas*
sedikit halia *
(*dikisar halus)
1 sudu kecil sebuk kunyit
1 biji telur
1 sudu besar tepung jagung
sedikit garam


Cara membuatnya:-
Bersihkan ayam dan keringkan dengan kain.
Gaulkan dengan bahan perap hingga rata. Biarkan selama 20 minit
Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan. Angkat dan tos.
Panaskan minyak dan goreng bawang besar, cili padi dan daun kari hingga naik baunya.
Masukkan ayam, sos plum masam, sos tiram dan sos toamto. Kacau sebati.

Wednesday, June 15, 2011

Menu Lunch Kami ^_^

Assalam semua,jumpa lagi,chakkk..Hehehe..Saja nak tayang menu lunch kami yg dah lama jadi baja nih,yerla menu ari isnin,hehe..Mmg sungguh berselera bila mkn nasi da sambal mempelam muda nih..
Sayur kacang bendi goreng belacan berudang..
Daging Merah bersos plum mmg dah selalu sgt aku wat..Sedap..

Ayam kicap bersos hoisin..

Sambal Mempelam nih mmg dah jadi menu feberet aku n hubby..Sedap..Tengs kak hasue sbb kongsi resepi best nih..

Friday, May 6, 2011

Menu Lunch Kami Yg Xseberapa..

Assalam semua,dah jemu nengok ayam dibawah sinun,meh jamu mata ngan lauk lunch kami yg Xseberapanya nih plak ya,tapi bagi kami sekeluarga,dah sedap n sgt menyelerakan..Berselera nengok hubby mkn,alhamdulilah syukur sgt atas rezeki yg Allah telah kurniakan kepada kami sekeluarga..Wah sekejab jer dah ari jumaat lak nih..Yey esok hubby cuti..Leh la kami klq g mana2..



Resepi Asam Pedas Ikan Kembong
2 Ekor Ikan kembong(Kalo guna ikn pari lagi best)
11/2 Sdb Cili kisar (Ikut kepedasan masing2)
* 4 Biji bawang merah
* 2 Ulas Bawang putih
* 1 Inci kunyit hidup(Kunyit serbuk pong ok ja - bahan bertanda* Dikisar
Air asam jawa(AKU GUNA ASAM JAWA YG ADABI TUH)
Air secukupnya (bergantung kepekatan masing2)
Sedikit Belacan
1 Batang serai - Di ketuk
1 Inci halia - Di ketuk
1 Biji Bunga kantan dibelah 2
Daun kesum secukupnya
Kacang Bendi
Garam, gula@perisa secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-cara

Panaskan minyak,Tumis bahan bertanda*,cili kisar,belacan halia, dan juga serai .Tumis hingga garing n pecah minyak.
Masukkan air asam jawa n kacau sebentar kemudian masukkan air lagi secukupnya,Biarkan mendidih.
Masukkan ikan,bunga kantan,daun kesum.Biarkan sehingga ikan masak,seterlah itu masukkan kacang bendi.. Siap untuk dihidangkan.


Ketam Goreng Pedas Resepi disini ya..



Pucuk paku goreng belacan berudang..Syifa dah 4bulan++,baru rini try mkn pucuk paku ni..


Ayam Kicap bodo2 jer..


Ikan goreng n ikan masin..Cuma 1 jer xcukup gu,sambal belacan,aku malas nak wat rini,ngee..

Wednesday, April 6, 2011

Menu Lunch Utk Tetamu

Assalam semua,syukur alhamdulilah dapat lagi bernafas n sihat walafiat di petang rabu ini..Kelmarin 1hari kebizian dek kerana melayan tetamu yg datang bertandang ari isnin malam,pakcik hubby 1family dari ampang datang,diorang sampai pong dah kul 9mlm,mlm tuh cuma jamu karipap yg di frozen,murtabak yg balance lagi 2biji tuh..Pas mkn tuh,terus bawa diorang pegi umah makcik hubby yg sorang lagi lak,coz dia baru lepas opret kaki patah..Pegi sana depa nih jamu mee goreng lak,aku n hubby jer xmkn,coz kami dah kenyang sgt.Blk umah pong dah 11lbh,sementara nak siap bilik utk family pakcik yg nak tdq kat umah tuh,aku n hubby tiduq kat kul1 la juga.Klmarin,ari selasa,aku suh hubby amk cuti ajer,coz blh juga hubby jaga dak dua org nih,sementra aku nak masak tuh.Pagi klmarin hubby beli nasi lemak n roti canai ajer,lunch baru aku masak,GULAI LEMAK LABU BERUDANG,AYAM GORENG BEREMPAH,DAGING GORENG BERLADA,BENDI GORENG TELUR,IKAN MASIN GORENG,PUCUK PAKU N JANTUNG PISANG REBUS,TIMUN N SAMBAL BELACAN.Tu jerla yg aku mmpu masak,sbb kalo nak suh hubby beli brg2 kat pasar,dia xpandai sgt..Labu tuh mmg kami beli kat tesco aloq staq,igt nak tgk la resepi mat gebu,dulu pernah nmpk kak izah masak,tapi dah xsempat dah la..Amik Pic pong ala kadar,time diorang masuk bilik.Kejab lagi aku update menu minum ptg lak,Owh ya teng utk kengkawan yg komen pasai syifa tuh,aku n hubby rasa dak nih xleh panas kut n maybe gak da nmpak benda2 pelik kut,ntah lah..Tapi kalo dia sejuk mmg ok ja,sbb tuhla kalo duk umah@shopping dia ok ja,coz da ekon..Papun anugerah Allah yg xternilai ini mengajar aku n hubby utk lebih mengenal erti kesabaran n mengeratkan lagi hubungan kami suami isteri..


Aku letak resepi yg di copy dari umah kak izah,resepi asal mat gebu,coz bahan2 yg aku guna sama ajer..

GULAI LABU MANIS
Sumber Asal:- Dapur Tanpa Sempadan
Sumber Resepi:-Kak Izah

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram labu manis, didadu besar2
Udang basah(AKU ADD)
8 tangkai kacang panjang, kerat pendek2
2 batang serai, dititik
1 helai daun kunyti, disiat
1 camca besar udang kering, rendam, tos dan tumbuk kasar
1/2 biji bawang besar, hiris halus?(aKU LETAK BAWANG MERAH,YG DIKISAR)
3 ulas bawang putih, dititik(AKU KISAR)
300 ml santan pekat
800 ml santan cair
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit serbuk kunyit

CARA MEMBUATNYA :-)

1. Satukan labu, bawang hiris, bawang putih, serai, serbuk kunyit dan santan cair. Kacau rata dan didihkan hingga labu 1/2 empuk. Masukkan daun kunyit dan kacang panjang. Biar mendidih.
2. Tuang pati santan, tambah garam secukup rasa dan sedikit gula, serta lada hitam. Biar mendidih perlahan sambil dikacau sekali sekala hingga labu lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan lauk2 lain



Set lunch kami kelmarin..

Monday, March 21, 2011

Ayam Bakar Berempah Harum&Bendi Goreng Telur



Assalam baru sempat nak masukkan lauk lunch arini,dek kebizian yg melampau rini,ngee..Masak special ckit arini,coz hubby ambik cuti coz nak g ambik ic syifa yg dah lama siap n renew roadtax keta..Slalunya mmg ari2 pong hubby blk lunch kat umah,tapi rini spesel sbb dapat lunch sesama lama2 ckit,slalu tuh mkn kalut2 jer,coz nak g kja blk kan,ngee..Klmarin nmpak kak dayang masak siakap bakar,tanya hubby kerapu yg dalam peti tuh nak x kalo bakar jer,hubby kata dia nak mkn 3rasa kerapu tuh,so aku tukar ayam jerla,coz nak rasa gak resepi kak dayang nih,alhamdulillah mmg kena ngan tekak kami,sdap sgt,aku bakar 4ketul jer,coz rini da masak benda lain gak,k la meh layan resepi kat bawah nih dulu yer,sementara aku nak post n3 lauk pauk lunch yg lain lak yer..

Siakap Bakar Berempah Harum
Sumber Resepi:-Kak Dayang
bahan-bahan :

* 1 ekor ikan siakap (dibersihkan)*Aku tukar kpada ayam
* 1 helai daun kunyit (diracik/dihiris halus)
* 2 helai daun limau purut (diracik halus)

bahan-bahan dikisar bersama :

* 3 biji bawang merah
* 2 ulas bawang putih
* 1 batang serai
* 1 helai daun limau purut
* 3 kelopak bunga kantan (dihiris terlebih dahulu)
* 1 sudu makan cili giling (boleh ganti dengan cili api jika suka)
* 1 sudu besar rempah kari ikan
* 3 sudu makan air asam jawa
* 1 sudu besar kicap pekat
* sedikit belacan bakar
* 1 inci halia
* 1/2 inci lengkuas
* gula dan garam secukupnya
* sedikit air


Aku lapik kertas foil,pastu letak daun pisang kat atas lak,tuh la daun pisang jadi ireng jer,ayam xireng dahla yer,tpi sedap sgt ok,lagi pong wangi semerbak jer bau dia..
Cara-cara :

1. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Tutupkan api.
2. Sementara itu, sediakan kertas foil dan dulang pembakar. Letakkan ikan di tengah-tengah kertas foil. Tuangkan kesemua perencah tadi di atasnya. Taburkan hirisan daun limau purut dan daun kunyit dan balut dengan kemas. Perapkan sebentar lebih kurang 15 minit.
3. Kemudian bakar ikan sehingga masak.


Selalu gak wat goreng letak telur camnih,kali nih saja guna resepi nih lak,mmg sedap..

Sumber resepi:-Mat Gebu
BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram kacang bendi, cuci dan toskan
1 camca besar sos tiram
Sos ikan secukupnya
Secubit gula
1 camca besar jus asam jawa
1 biji telur, dipukul sedikit
1 biji bawang besar saiz sederhana*
2 ulas bawang putih*
1 biji lada merah*
7 biji cili padi merah Thai*
1 camca besar udang kering, rendam dan toskan*(*ditumbuk lumat)
Sedikit air
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA ;-)

1. Bendi hiris serong nipis2. Ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk lumat hingga harum, tambah sos tiram, jus asam jawa dan secubit gula, kacau rata dan tuang air.
2. Bila mendidih, masukkan bendi tadi, gaul rata dan masak hingga bendi lembut. Curah telur pada bahagian tepi kuali, bila mengeras sedikit, gaul rata bersama bendi. Tambah sos ikan secukup rasa. Masak hingga kering, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan menabur hirisan daun bawang dan bawang goreng..