Showing posts with label Western Food. Show all posts
Showing posts with label Western Food. Show all posts

Monday, April 8, 2013

Resepi Lamb Chop ^____^.


Assalamualaikum selamat pagi n salam sayang buat semua yg masih sudi singgah di DZ nih ya..Hope semua sihat2 n ceria di mnggu yg baru nih ya..jgn ade yg monday blues lak eks..

Lamb Chop nih dinner utk En Sayang aku mlm tadi,aku mmg wat 1plate nih ajer,Fries pon grng sikit tuh ja,ank2 pon dah tido awal semalam keletihan teman aku g ajar sedara wat apam,erm jadi cikgi lak marin,huhu..smp umh pon 6++pm dah,kalut2 pray n terus msk sauce utk lamb nih..Lamb lak mmg dah dri ari khmis lagi aku perap sekali ngan mkn ngan nasi komok tuh..

Pas abis msk n snap lebih kurang,panggil hb mkn,mmg xbersuara langsung time mkn tuh,ermm bila aku tnya dia ckp sedap sgt n dia mmg tgh lapar betui,so mmg licin sungguh la kan,heheh..Aku colek rasa cikit sauce tuh,mmg sedap betul,aku rsa nihla sauce yg plg sedap yg prnh aku wat,hihi..Aku letak juga air n mnyak dri kambing yg keluar dalam sauce nih,sbb tuh tmbh sdap lagi kut..

Pas kak ita tayang jerk lamb chop yg dia wat,mmg aku save rcp,mmg nak sgt msk utk EN Sayang aku tuh,sbb dia mmg peminat tegar Lamb,n lamb chop mmg dia suka sgt ler..Sgt berbaloi n puas hati ngan rcp nih,walaupon byk juga bhn2 yg digunakan..Tq sgt2 utk kak ita sbb sudi kongsikan rcp dari Chef Amir nih..Tq juga utk chef Amir,Moga Allah saja yg membalasnya..

K lah meh tgk rcp pula eh..

LAMB CHOP
Resepi : Chef Amer Hamzah
Sumber Resepi:-Kak Azlita

 10 keping kambing Lamb Shoulder

Bahan Perapan

8 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah India
1 batang serai
130 gm minyak jagung atau Olive Oil
70 gm air
30 gm lada hitam biji
40 gm gula pasir atau Brown Sugar
5 gm Paprika
10 gm serbuk Stock Perang ~ Jenama Knor
50 gm sos HP original
25 gm Yellow Mustard
2 gm Tyme
2 gm Rosemary
10 gm garam

Bawang putih, bawang merah, serai, minyak jagung dan air di kisar bersama hingga halus
Lada hitam biji di tumbuk atau dikisar kasar
Campurkan semua bahan perapan kecuali Rosemary
Bila dah sebati baru masukkan Rosemary
Lumurkan pada daging di kedua-dua bahagian
Susun dalam bekas dan perap semalaman



BLACK PEPPER SAUCE
Resepi : Chef Amer Hamzah
Sumber Resepi-:Kak Azlita

40 gm mentega
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
5 gm bawang Holland
10 gm carrot
10 gm Celerry
1 keping Bay Leaf
1 gm Thyme
1 gm Oregano
1 gm Parsley
15 gm lada hitam biji
20 gm serbuk Stok Perang ~ jenama Knor
20 gm tepung
600 ml air
15 gm gula
5 gm garam
5 gm serbuk secukup rasa
25 ml krim tenusu 

Cara-cara-:

Bawang putih, bawang merah, bawang Holland dikisar halus
Karot dan celery juga di kisar
Lada hitam pula ditumbuk atau dikisar kasar
Bahan-bahan ini dikisar tanpa menggunakan air

Mula-mula kita panaskan mentega
Ita tambahkan sedikit minyak olive oil
Tumiskan bawang putih, bawang merah dan bawang Holland hingga garing
Kemudian masukkan karot dan celery masak lagi hingga garing
Selepas itu kita masukkan pula daun bay dan herba kacau perlahan
Masukkan pula tepung dan serbuk stok perang dan kacau hingga ia menjadi pes yang pekat dan hitam
Masukkan  lada hitam dan kacau dengan api perlahan hingga naik bau
Tambahkan air dan bahan perasa, didihkan perlahan sambil di kacau hingga kuahnya sedikit pekat
Akhir sekali masukkan krim dan kacau rata

Thursday, November 24, 2011

Angel Hair Aglio Olio

Assalamualaikum..
Selamat pagi..Dah nak msuk tghri dah nih..Tgh watpe tuh,dah msk ke,mesti ibu2 yg xbekerja tgh bz kat dapur kan,yerla anak2 yg tgh bercuti tuh mesti da mcm2 permintaaan yg nak suruh mak diorang masak kan..Mak2 pula,kadang tangan xsempat nak kering lagi,anak2 dah tanya menu pa pula utk minum ptg,adoyaiiii anak omak..Tapi yg pasti aku sendri sebagai ibu mmg suka sgt kalo anak2 n hubby suka apa yg kita masak n mkn ngan penuh selera sekali,rasa penat n peluh ketiak time masak tuh hilang terus,hihi..
Oklah panjang pula intro kan,mcm xda kja lak,padahal mmg byk kja sungguh arini,coz esk dah nak blk kg.Angel hair nih menu dinner mlm tadi,bagi aku mmg sedap,coz aku da letak cili flakes n cili padi,pastu lada itam,mmg pedas n terangkatlah..
Aku da tgk yana wat angel hair lebih kurang gini,ni kes nmpak sedap n terliur yg yana punyalah ni..Pastu aku wat la ala2 yg yana wat,tapi klmarin xsempat lak nak tgk n usha betoi2 resepi yana,bila tgk bhn2 dia tadi,mmg lbh kurang yana jer,so inilah resepinya,yg aku edit2 dari resepi yana..Nih versi aku wat semalam la eks..Tq ya yana cayang,muahhhhss..

BAHAN-BAHAN:-

Pasta Angel Hair Secukupnya..
2 ulas Bawang Putih ( Di Cincang )
1/2Biji Bawang Besar(Di Dadu)
1Biji Tomato (Di Dadu)
10 Ekor Udang Sederhana
1Ketul Paha Ayam (Dibuang Tulang n Di potong)
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
Serbuk Lada Sulah Ajishio
1/2 Kiub Pati Ayam
1/2 sudu besar dry oregano@Mix Herb
1Sudu Teh Chili Flakes
2,3 Cili Padi (Diketuk)
Brokoli/Celery/Capcicum hijau n kuning
Minyak zaitun Utk Menumis
Garam Secukup rasa

Antara Bahan2 yg aku gunakan..

Cara-Cara:-
Angel hair di rebus dengan sedikit minyak n air sehingga lembut,tos n ketepikan.
Panaskan Kuali,Masukkan minyak zaitun,tumiskan bawang putih,bawang besar hingga kekuningan.
Masukkan ayam,seterlah separuh masak,masukkan udang,lada hitam,chili flakes,cili padi,lada sulah,pati ayam,garam,brokoli,celery,capsicum n oregano..Gaul2 sebentar sehingga semua bahan masak,masukkan pula angel hair,gaul biar mesra n rasakan,jika ok,bolehlah dihidangkan..

Jemput makan semua..Yum yum..!

Tuesday, July 19, 2011

BF Ala Kak Nor

Assalamualaikum semua,terlebih dulu nak minta maaf,sbb semua komen xdapat dibalas,lately nih kebanyakan n3 aku,semua komen xdibalas,walau camner pon semua komen mmg di baca n sangat2 aku hargai..Mana lah ada blogger yg xsuka org bagi komen lam blog kan..Yerla setiap komen yg diberi membawa juga maksud yg seseorang tuh singgah ke blog kita kan..Dolu2 mmg tujuan asal berblog hanya utk suke2 n rejukan anak2 n diri sendiri jer,tapi skang dah jadi best n hobi baru lak..Klmarin bz yg amat,hubby cuti,so aku pon terpaksalah cuti berblog juga..Weekend lak,aku auto publish ajer,coz g sp ahad tu,ari sabtu jer sempat jab bw n on fb jab..
Uish,banyak bebel lak,saja wat bf gini,ala2 bf kak nor azmihah..Mmg sosej n daging oblong selalu jer dah stok..Hubby xlayan sgt bf camni,kalo nasi lemak,pancake dia suka lah,hehe..Aku ngan syazana semua ok ja..

Wat juga salad buah,buah naga+kiwi+epal,gaul ngan yogurt stoberi,fuhh mmg best..Buah naga nih yg kale pepel tuh,mcm pakai pewarna lak..Telur tu,aku tabur cajun cikit dalam dia,mmg sedap..

*InsyaAllah nak bw jab,b4 nak masuk dapo,daa..

Wednesday, July 13, 2011

Angel Hair Bolognaise&Ayam Goreng Kepci

Assalamualaikum,Ptg nih xnak ckp byk,pagi tadi dah byk pot pet dah kan..Jom layan menu minum ptg klmarin,mkn sepinggan smp ke malam dah xmkn dah,kenyang jer,pastu pagi tadi,hubby mkn lagi c angel hair nih,kira bf ala2 western yg tekak melayulah,coz kuah tuh aku xwat masam sgt,wat pedas cikit,baru best..

Masih lagi menggunakan resepi ayam dri blog ijan,resepi disini ya..Ayam nih aku perap b4 g bercuti lagi,pastu simpan frezer,klmarin baru salut telur n tepung bagai,kira lbh sedap n sebati..Cam biasa,letak juga cajun,hehe..

Xsempat nak hias lawa cikit n posing lbh2,syifa tgh nangis,Xda sayuran hijau nmpak xcun lak,yerla xsmpat g pasar n supermarket lagi,guna ajer pa yg da dlm esbok..Weekend baru nak bershoping bhn basah kat psr,mlm nih nak ajak hubby g giant jab..

Thursday, June 23, 2011

Black Pepper Steak& Mushroom Sauce

Assalamualaikum semua..Pepagi nih saja nak wat tayangan amal menu yg tahla bila di masak,hakhak..tapi yg pastinyer time mak aku da sini aritu,hehe..Mmg selalu sgt wat steak@lamb chop nih,sbb En hubby mmg suke sgt..
Kali nih xckup bahan sgt,xpolah,janji kenyang n dapat penuhi permintaan En hubby..K daa..Jumpa lagi..

Monday, June 20, 2011

Angel Hair Goreng Pedas Berempah

Assalam semua,maaflah ya 2ari xbersiaran,weekend mmg byk aktiviti,yerla mggu nih hubby xbz sgt,so mengambil peluang yg da utk bershopping keperluan dapur yg dah byk yg kehabisan,g tawaf kat supermarket,pastu gi beli baju raya dak berdua nih seksiap,haha,puasa pon lum lagi baju raya dah siap beli..Senang cikit membeli awai,nnti kalo tggu bulan puasa,msti sesak ngan org,dah tu ngan dak berdua nih lagi,cam ssh lak soping moping,ngee..K lah berbalik pada resepi nih,asalnyer kak nor wat makaroni,tapi en hubby kureng gemar makaroni,so aku trylah guna angel hair,uiii mmg sodap sgt..Hubyy pon ckp sedap tau,pasni dia kata kalo xnak wat bolognaise,goreng gini dahla..Hehe..Penangan cajun lah ni..So sesapa yg xtry lagi resepi sedap nih,haruslah membeli En cajun dulu ya..Bebanyak tengs utk kak nor yg berkongsi resepi nih ya..Wlpong da derhaka cikit(Eh byk lah juga,sbb bhn asas makaroni pon aku tukar)Aku add juga udang,sotong,lebihan inti turkish pide n batang salery..

MAKARONI GORENG PEDAS BEREMPAH
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
2 cawan makaroni ~ k.nor guna jenis shell(Aku guna angel hair)
1 kpg dada ayam ~ dipotong kecil
3 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
1 labu bawang besar *
1 biji tomato (besar) *
1/2 batang carrot *
1/3 biji capsicum merah *
1/3 biji capsicum hijau * (* dipotong dadu)
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk cili kasar
1/2 sudu besar cajun
2 sudu besar sos cili
1 cawan air rebusan makaroni
1 biji telur ~ dipukul sedikit
garam
sedikit gula
daun sup ~ dihiris
minyak
*Aku tambah Udang,sotong ,batang salery n inti lebihan turkish pide juga selain semua bahan di atas..

Aku punyer daun salery tinggai cikit,so aku masuk daun bawang juga..

Cara:
Rebus makaroni sehingga lembut dan toskan. (Asingkan 1 cawan air rebusan)
Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
Masukkan ayam dan masak hingga isi ayam bertukar warna putih.
Masukkan tomato, carrot, capsicum merah dan hijau dan goreng seketika.
Masukkan pula serbuk lada hitam, serbuk cili kasar, cajun, sos cili, garam dan sedikit gula jika suka.
Masak hingga tumisan berbau wangi dan alihkan bahan2 ketepi kuali dan masukkan telur.
Biarkan telur masak sedikit lepas tu kacau hingga menjadi seperti scramble egg.
Masukkan makaroni dan juga air rebusan tadi (tujuan dimasukkan air adalah utk menghasilkan makaroni yg sedikit basah dan tidak terlalu kering.. boleh skip jika lebih suka makaroni yg kering)
Kacau goreng lagi sekejap dan bolehlah dihidangkan dlm pinggan.
Taburkan daun saderi sebelum dihidangkan.


* Isi ayam boleh digantikan kepada hirisan daging atau daging cincang.

Wednesday, May 18, 2011

Angel Hair Bolognaise Berudang

Angel hair nih dinner kami bebaru nih..Skang nih hubby dah suka lak ngan c angel hair nih..Dulu mana la dia layan sgt pasta2 ni..Skang nih sejak pandai mkn,slalu ajer request.Bagi tekak aku lah,pasta jenis lain mmg xsesedap angel hair nih,maybe sbb dia halus kut..Jamu mata ajer yer,coz menu yg dah licin,resepi lak aku mls bebenor nak taip..Resepi campak2 jer,yg pnting memenuhi piawaian tekak kami n sedap..




Letak daging kisar,sosej,cendawan butang xda stok..

Saturday, April 23, 2011

Angle Hair Goreng Sempoi



Meh layan angel hair meh,meh la..Xyah malu2 segan2 yer ibu2,bapa2 sekalian..Sedap weh..Wlpong pedas cikit,yerla mcm2 cili aku letak,tapi mmg sedap ok..Lagi pong angle hair sedap halus2,xmcm spaghetti biasa tuh..K la resepi aku letak disini utk rujukan di masa depan..



Angel Hair Goreng sempoi
Bahannya:
Angel hair Spaghetti(Aku guna San Remo)direbus bersama air n minyak zaitun@minyak biasa pong ok,dan di tos)
1/2 Cawan daging kisar(Aku guna yg Ramly)
2 Ulas Bwg putih-ditumbuk@cincang halus
1/2biji Bwg Besar didadu
1/2 Biji Tomato didadu
1/2 Batang cili merah dihiris halus
1 Sdt serbuk cili @leh guna yg flakes
1 Sdb sos spaghetti prego@tradisional kimball
2 Biji cendawan butang dihiris nipis,leh juga letak carot n brocolli
Daun bawang (leh letak daun parsley,aku xda)
Minyak Zaiton
Daging Oblong 1 keping utk dijadikan bebola(Dicelur sehingga masak n toskan)
2sdb Kicap Cair
Lada hitam dan Lada sulah
Garam secukup rasa
1/2 Sdt dry oregano n 1/2 teh mix herb



Cara-Cara:-
Panaskan minyak zaiton,Tumis bwg putih n besar hingga naik bau n layu,masukkan daging kisar(Kalo nak letak sedikit air pong ok)..Seterlah air kering n daging masak,masukkan cili merah yg dihiris halus,cendawan,BEBOLA YG DICELUR dan tomato cincang,kacau2 sebentar, masukkan sos spaghetti n kicap cair,selepas itu,masukkan sekali spaghetti yg dicelur,serbuk cili, lada hitam,dry oregano,mix herb dan garam secukup rasa...

Friday, April 15, 2011

SPAGHETTI BOLOGNAISE WITH MEATBALL



Dinner mlm tadi western,ala2 tekak melayu,coz spegeti nih xmasam sangat,n pedas2 mnja,coz daa cili kisar..Mmg slalu sgt wat spegeti nih,tapi xpernah wat masuk lam blog,coz kemalasan..Yerla dulu kan aku jrang2 update,baru skang rajin balik,maybe ritu time peknen,pambawakkan budak kut,ishk hapdet blog pong da pembawakkan gak ker,hehe..Licin sepinggan hubby mkn,siap kata sedap lagi tau..K nih resepi nya ya..


SPAGHETTI BOLOGNAISE WITH MEATBALL
Resepi sendiri wokey.
1/4 peket Spaghetti(Aku suka guna angle hair,sebab lebih halus,nak rebus pong sat jer)
Air secukupnya utk merebus spaghetti
1sdb minyak zaitun@minyak biasa pong ok ja.
Utk Meatball,Aku guna 1keping daging burger oblong,digentel bulat2 n rebus seketika,air tuh aku guna utk masak sos.



Bahan Utk Sos
200Gm Daging Kisar
1-2Sdb Minyak Zaitun@minyak biasa
1 Ulas Bawang Putih Ditumbuk
1/2 Biji Bawang besar di potong dadu
1/2 Biji Tomato di potong dadu
2Sdb Cili kisar
1Sdb Tomato puri
2Sdb Tomato sos
3Sdb Cili sos
4@5 Biji Cendawan Butang Dihiris Nipis
Garam,Gula n Serbuk Pati Ayam secukup rasa
Dry Oregano Secukupnya
Cheese untuk taburan,Cheese buku Cheddar Kraft@Parmesan Cheese Diparut(Aku xletak,coz terlupa,pas licin baru teringat,padahal cheddar n mozarella duk da lam esbox)
Tabasco(Optional)
Leh juga letak daun Pasli@ Basil SEBAGAI HIASAN,JGN LETAK DAUN LIMAU PURUT LAK,Muehehe..

Cara-cara

Dalam Periuk @kuali,maukkan air + minyak zaitun,masak hingga mendidih,Apabila mendidih, masukkan spaghetti.Biarkan sehingga benar2 lembut,sambil tuh kacau2 cikit dengan garpu,supaya spaghetti xmelekat di antara 1 sama lain.Seterlah masak,toskan.ketepikan dulu.

Tumis Bawang putih,bawang besar,hingga layu,masukkan cili kisar,Seterlah garing,masukkan tomato puri,tomato yg di dadu n daging.Gaul hingga rata.Biarkan daging betoi2 empuk dalam api sederhana.Blh tambahkan air,jika terlalu pekat.Seterlah daging empuk,masukkan cendawan butang n dry oregano..Perasakan dengan garam n gula..Rasa,jika dah ok blh lah dihidangkan panas2 dengan ditaburkan cheese yg diparut.

Thursday, March 10, 2011

Black Pepper Steak






Assalam n salam ari jumaat yer,Hari nih meh kita layan western fud plk yer,Black pepper steak ni mmg sokmo dah duk buat,sbb anje ku ittew suke sgt..Aku kalo pa yg laki aku suko mmg akn buat sokmo la,gpong senang jer kan nak buatnyer..Aku men campak2 n perap,siap pastu ngap msk molot,ngee..Skang nih aku dah jemu sgt le mkn benda nih,aku mkn wedges n onion ring tu jerla..Hehe..Resepi nih yg aku sllu guna la..Nx time nak try resepi orang len plak le..Sape nak resepi leh tgk di cini yer.Eh ade ke yg nak resepi nih,mcm la sempoi sgt kan..Muahaha..

Aku tanya,bang,ok x?,hubby aku lak jwb ermm Sedapppp yang,ni yg aku syok nih..Muahaha..Jgn jeles..Sila jgn baca jika anda nyamfah yer..


Utk aku n Syazana..Tapiiii utk pegetahuan semua,aku yg ngap lbh dari syazana,wakaka..

Tuesday, July 27, 2010

Black Pepper Steak n Lamb Chop

Steak n lamb chop nih menu kami last week..Hubby xmo mkn nasi,so dia request nak mkn lamb chop..Di sebabkan aku xsuke sgt lamb,so aku wat la steak utk aku..Aku mkn xabis pun,dah asa loya dah..Biasa la sejak peknen nih slalu ja rasa loya..Steak xabis ckit n salad aku bagi kat hubby jer..Hubby aku mmg suka betoi ngan dun salad nih..Wedges lak aku suap kat Syazana..Meh kita tgk pic Steak n lamb chop yg hubby ku mkn selicin2nyer ittew n resepinyer sekali yer..


Bahan-bahan (Utk perap dging )
Daging Batang Pinang@Lamb
Bawang putih+Bawang Merah+Halia(tumbuk)
Seasoning(aku bantai yg jnma maggie yg utk burger tu) kalu da sos worchestershire lagi ok


**** BAHAN SOS ***

1 ulas b.putih- cincang
1 biji b.besar - cincang
2 sudu besar sos worchestershire - carik kat rak lea & perrins
1 sudu besar kicap pekat(Utk warna lbh hitam,blh letak lebih)
1 sudu besar mentega
1 sudu besar tepung gandum
1 biji tomato -cincang
1 sudu besar lada hitam
1 sudu besar sos lada hitam
Sos Tomato
Sos Cili (Agak2 la yer)
Cara-cara
Bersihkan daging. Perap daging dengan bhn perap selama 2jam @ lbih
Panggang daging hingga masak. Atau masuk oven je.
Panaskan mentega dlm periuk. Masukkan tepung gandum dahulu(baru la tepung larut sempurna dlm mentega n xberketul) baru Tumis bawang yg dicincang tadi sampai berbau. Masukkan bahan sos yg lain dan kacau hingga pekat.
Siap la..Hidang la dgn bhn2 lain ikut suka ati...


Yg nih set Black Pepper Steak aku..


Nih lak set Lamb Chop hubby,da 2 jenis salad..



Gaya En Hubby mkn..

Thursday, May 20, 2010

N3 Yg Tertangguh N Campur2

Salam..

Uii dah sebulan lebih aku xmenghapdet noh..Sebenaqnyer kkdang tu mood nak hapdet dah da,tapi Baby Syazana lak duk kacau..Lani aku baru buka laptop jer mula la dia pun sibuk mai duk tekan2 kat keyboard..Buaih sungguh anak aku skarang nih,tu tera girl,kalu boy,xtau lak cmner..Kekadang tu lak aku sendiri yg malaih bebenor nak update nih..
sebenaqnyer wlpun maleh nak hapdet,tapiiiii xperimen resepi baru ttp mcm besa(msk ttp msk)..Kat bwh nih da semua pic black pepper steak yg hubby aku suka sgt mkn(blh d katakan setiap mggu dia nak mkn,kkdang aku dah jemu,aku wat utk dia jerla)..
Aku update sikit2 dulu noh...KIRA NIH SUME TTG STEAK LA..yg len2 aku update slow2...Pic nih pun dah sblan la aku duk peram wat pekasam.Ahaks...Blh katakan sum aku gunakan resepi kat bwh nih...Lanih dah sllu wat,dah da dlm kpla otak dah la resepinyer..`

Bahan-bahan (Utk perap dging )
Daging Batang Pinang
Bawang putih+Bawang Merah+Halia(tumbuk)
Seasoning(aku bantai yg jnma maggie yg utk burger tu) kalu da sos worchestershire lagi ok


**** BAHAN SOS ***

1 ulas b.putih- cincang
1 biji b.besar - cincang
2 sudu besar sos worchestershire - carik kat rak lea & perrins
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sudu besar mentega
1 sudu besar tepung gandum
1 biji tomato - buang biji + cincang
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu besar sos lada hitam
Cara-cara
Bersihkan daging. Perap daging dengan bhn perap selama 2jam @ lbih
Panggang daging hingga masak. Atau masuk oven je.
Panaskan mentega dlm periuk. Masukkan tepung gandum dahulu(baru la tepung larut sempurna dlm mentega n xberketul) baru Tumis bawang yg dicincang tadi sampai berbau. Masukkan bahan sos yg lain dan kacau hingga pekat.
Siap la..Hidang la dgn bhn2 lain ikut suka ati...