Showing posts with label Ketam. Show all posts
Showing posts with label Ketam. Show all posts

Wednesday, September 28, 2011

Ketam Goreng Pedas Bertelur

Assalamualaikum jumpa lagi kita eks..Nak tayang lauk yg dimasak klmarin utk digandingkan ngan kari ikan ala mamak di bawah nun..Kalo ketam,selain msk lemak,aku suke wat goreng pedas,kali nih saja tambahkan telur kat dalam tuh,mmg lagi sedap,Aku suke bangat..K lah meh layan resepi eks,xleh nak bebelsss panjang2,da kecik nih duk nyibuk,nih pon jenuh bertepis,dia pon nak tekan2 lappy nih gak,huhu..

KETAM Goreng Pedas(My Style)

Bahan2:
3Ekor ketam, dibersihkan dan dipotong 2,di gaul garam kunyit,goreng hingga masak n ketepikan

*5 biji bawang merah
*2 ulas bawang putih
*1 inci Halia
*2 Batang Cili Merah
*3 biji Cili padi Merah (Di kisar)

2sdb Cili Kering yg diblend
1 batang Serai(Di titik)
Sos cili+Sos Tomato+sos tiram+Sos Plum
1Biji Telur
Garam & gula secukup rasa
Minyak utk menumis
Sedikit Air jika perlu

Kari ikan n ketam nih lauk kelmarin eks..Pagi tadi dah tayang kari ikan..

Cara2:
1. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan kisar n cili kering yg di kisar, Kacau dan masak sehingga cili benar2 masak dan kelihatan garing.
2.Masukkan semua sos, air,garam n gula..
3. Masukkan ketam yg di goreng, kacau hingga rata,pastu pecahkan telur,gaul biar sebati n telur masak.
4. Rasa,jika ok,blh la padamkan api n dihidangkan,jika kurang leh la tmbh apa yg patut.
5. Gaul rata biar mesra,angkat n hidangkan..

Wednesday, August 3, 2011

Menu Iftar Day 2..


Assalam semua,erm dah tido ke..Aku baru terhegeh2 nak tayang menu berbuka utk ari ke2,pdahal org lain dah tayang yg ari ke 3 dah..Ala xperlah kan..Sejak bulan ramadhan nih,rasa cam mls sgt nak update blog kesayangan aku nih,nape tah,rasa cam lbh best bersenang lenang,berguling2 ngan anak2 atas katil,haha..
Masak mmg msk ajer,tapi tuh la kan,kdng tuh time nak dekat2 berbuka mmg agak kebizian la,coz nak hidangkan menu n bancuh air bagai,kadang nak snap pic pon cam malas sgt,Dah la pic pon mmg kelabu asap,nak2 lak snap time nak dekat berbuka,lagilah kelabu asap,sbb dah agk gelap,huhu..

Feberet seisi rumah,kalo msk ketam,nana mmg suke lah mkn nasi..Pedas juga nih,tapi bole lak dia mkn..

Asam pedas mmg feberet en hubby lah,wat 3ekor ikan hubby mkn smp ke sahur..

Yg nih mmg menu feberet en hubby,aku mmg xmkn petai,huhu..Amik bau ajerlah.

Ikan pekasam goreng nih hubby ckp xsedap sgt,lain kali xnak beli dahla kat situ,selalu kalo bli kat a/setar mmg sedaplah,org pg xpandai wat kut,haha..

Tuesday, August 2, 2011

Menu Iftar Day 1:-Ikan Bakar 3 Rasa& Ayam Tempra Nyonya

Jom tgk menu berbuka kami dihari pertama,klmarin,1hb8..Menu yg membuatkan hubby mkn bersungguh2..Ptg klmarin aku xwat kuih papun,just msk lauk pauk n nasi..Tuh pon jenuh juga la ngan dak berdua nih..Selalu msk waktu pgi utk lunch,depa tido,lega lah,skang kena msk ptg kan..
Utk ikan tuh aku guna ikn merah,pastu aku msk segala bhn,gaul cikit ngan ikan,pastu bakar,pas msk,tuang lagi atas ikan,sengaja aku xwat stim..
Ayam lak aku tuka dari ikn tempra nyonya,sedap juga wat versi ayam ni..Kira lauk berbuka klmarin mmg lah sedap.hehe..Jom layan resepi yg aku amik dari umah kak ummi nih..Tengs bebanyak utk kak diana,atas resepi ikn tempra n kak ummi,sbb aku copy dari sana..

IKAN SIAKAP STIM TIGA RASA
Resepi Asal: Chef Norzailina
Sumber: Noreen & Ummi @Home Sweet Home

Bahan:-
  • 1 ekor ikan siakap - dalam 600 gm
  • 100 ml air - boleh tambahkan air kalau nk kuah lebih
  • 2 camb minyak - untuk menumis
  • garam secukupnya

Bahan Cincang Halus:-

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 cm halia muda
  • 2 biji cili merah

Bahan Dihiris Halus:-

  • 1/2 kuntum bunga kantan
  • 2 helai daun limau purut
  • 4 - 5 biji cili padi

Bahan-Bahan Sos:-

  • 2 cam. besar cili kisar
  • 1 cam. besar sos tomato
  • 2 cam. besar sos plum
  • 2 cam. besar gula pasir
  • 2 cam. besar sos cili
  • 1 cam. besar jus limau nipis
  • 1 cam. teh kicap manis
Cara Memasak:-
  1. Sediakan kukusan. Lumurkan ikan dengan garam dan biarkan selama 10 minit.
  2. Letakkan ikan di dalam pinggan yang dilengser dengan sedikit minyak dan air.
  3. Kukus hingga ikan masak.
  4. Sementara itu, dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumiskan bahan2 cincang selama 1 minit.
  5. Masukkan bahan-bahan sos dan kacau rata.
  6. Bila mendidih, masukkan bahan-bahan hiris, air kukusan ikan dan garam.
  7. Masak hinga kuah pekat sedikit dan tuangkan ke atas ikan tadi.
  8. Makanlah bersama nasi putih dan ulam-ulaman.

Hidangan sampingan ketam masak lemak cili padi..Lupa lak nak snap ulam2 n ikn masin..


IKAN TEMPRA NYONYA
Resepi: Diana @ Sky Blue's Kitchen
Sumber Resepi:-Kak Ummi
Bahan-Bahan:
  • 4 ekor ikan selar atau ikan kembung - dibersihkan (*akak guna 2 ekor selar besar)(aku tukar kpd ayam)
  • Daun bawang (akak lupa nak letak...hehee)
  • Garam
  • Gula
  • Asam jawa (*akak letak 3 sudu besar)
  • 2 sudu besar kicap pekat ABC (*akak tambah ni)(aku pon add juga)
  • Air secukup kegunaan
  • Minyak
  • Perencah pati ayam / Kiub pati ayam ( Nie Diana tambah, tak bubuh pun tak apa)
Bahan A ( Digoreng garing )
  • 12 ulas bawang merah - di hiris (*akak guna 8 ulas utk 2 ikan di atas)
  • 12 ulas bawang merah - di hiris (*akak guna 8 ulas)
Bahan B

  • 5 - 8 biji cili padi
  • 3 batang serai di titik
  • 2 biji cili merah - di potong menyerong (akak letak 3 biji dan tumbuk kasar...nak pedas sikit..hehe)
Cara-Cara:
  1. Lumurkan ikan bersama garam dan asam jawa. Goreng di dalam minyak yang banyak dan panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Tumiskan bahan B sehingga wangi.
  3. Kemudian masukkan air asam jawa, sedikit air, perencah pati ayam / kiub pati ayam, gula dan garam secukup rasa.
  4. Setelah mendidih bolehlah dimasukkan ikan goreng dan renih selama 5 minit di atas api kecil.
  5. Masukkan 1/2 bawang merah goreng dan 1/2 bawang putih goreng. Gaul rata dan tutupkan api.
  6. Semasa menghidang taburkan 1/2 lagi bawang merah goreng dan 1/2 bawang putih goreng d atas ikan. Taburkan daun bawang juga.

Monday, June 20, 2011

Masak Lemak Cili Padi Bernenas


Assalamualaikum,lambat cikit nak tayang menu lunch,biasalah,ngan anak2 kecik nih,komen2 pon xsmpat nak berbalas lagi,budak2 nih tido kjab sangat,baru jer kukus mapin tadi,diorang dah bgn,padahal pas tido kan diorang,terus g godek2 mapin,uish sabaq jerla..Maaf yer wat semua pengunjung,nanti sy bw mana yg patut eks..Masak ketam ni utk lunch,syazana punya lah suka kalo ketam2 nih,aku time peknen dia dulu pon ngidam nak mkn ketam kulit lembut,masa tuh xtau lagi kat kuala gula da,jenuh la juga hubby mencari,akhirnya jumpa juga kat 1restoran tuh,skang dah ttp..Hubby pon kalo ketam masak gini2 mmg dia suke..Air tangan isteri terchenta lah katakan,hubby mkn licin sehingga menjilat jari,hikhik..K la layan resepi dulu eks..Nak bw mana yg sempat time budak2 nih tgh mood ok,ngee..

Walaupong xbesar mana,tapiiii isi mmg padat n banyak,maybe sbb bulan penuh kut skang ni..

Sodappp betoi isi ketam nih,ke aku yg masak sedap,wakakaka..Mmg ngan skali masak ngan nenas..Org utara,kalo gulai ketam pon letak nenas..

Resepi Masak Lemak Cili Padi Bernenas

Ketam Dicuci bersih n dipotong 2
Nenas Hiris nipis
*Cili padi 6biji(Leh letak lbh,kalo nak pedas)
*Bawang putih 2 ulas
*Bawang merah 5Biji
*Halia 1inci
*Kunyit Hidup
Serai 1batang diketuk
Santan Pekat 1cawan
Garam secukup rasa
Daun kunyit dihiris halus(Optional,aku xletak pon)

Cara-cara

1.Masukkan semua bahan kisar n serai ke dalam periuk. Masukkan ketam,tambah sedikit air dan masak sehingga mendidih.
2. Setelah air agak kering, masukkan santan dan kacau sekali-sekala (untuk memastikan santan tidak pecah minyak) di atas api yg sederhana,Biarkan sehingga ketam masak,masukkan nenas..(Aku saja bgi pecah minyak,bagi nmpk cantik,haha)
3.Masukkan garam secukup rasa,Klo sudah ok,ttp api,taburkan daun kunyit jika suka,(tapi aku xletak pon),gaul mesra,angkat n hidangkan bersama nasi putih..

Tuesday, May 17, 2011

Asam Pedas Ketam&Daging Goreng Lada Hitam

Berjumpa lagi utk N3 seterusnya..Meh layan menu lunch kami yg sedap nih..Ohya,nih menu klmarin ya..Kira dah abis lah nih..Ritu pernah nmpk kak hana wat asam pedas ketam,so teringin lak nak try,coz xpernah lagi mkn asam pedas ketam..Aku guna resepi yg besa aku guna utk wat asam pedas ikan jer,igt nak try resepi kak hana,tapi tgk bahan lbh kurang jer,so aku bedal masak resepi sendrik ajer..Alhamdulillah mmg sedap..Xrugi mncuba kelainan.



Resepi Asam Pedas Ketam
3Ekor ketam,dicuci bersih n dipotong 2
2Sdb Cili kisar (Ikut kepedasan masing2)
* 4 Biji bawang merah
* 2 Ulas Bawang putih
* 1 Inci kunyit hidup(Kunyit serbuk pong ok ja - bahan bertanda* Dikisar
Air asam jawa(AKU GUNA ASAM JAWA YG ADABI TUH)
Air secukupnya (bergantung kepekatan masing2)
Sedikit Belacan
1 Batang serai - Di ketuk
1 Inci halia - Di ketuk
1 Biji Bunga kantan dibelah 4
Daun kesum secukupnya
Garam, gula@perisa secukup rasa
Minyak untuk menumis


Cara-cara

Panaskan minyak,Tumis bahan bertanda*,cili kisar,belacan, halia, dan juga serai .Tumis hingga garing n pecah minyak.
Masukkan air asam jawa n kacau sebentar kemudian masukkan air lagi secukupnya,Biarkan mendidih.
Masukkan ketam,Biarkan sehingga ketam masak,seterlah itu masukkan bunga kantan,daun kesum... Biarkan seketika,Siap untuk dihidangkan.


Daging nih mmg sedap,aku letak sekali brokoli,coz mlas nak wat sayur dah..

Friday, May 6, 2011

Menu Lunch Kami Yg Xseberapa..

Assalam semua,dah jemu nengok ayam dibawah sinun,meh jamu mata ngan lauk lunch kami yg Xseberapanya nih plak ya,tapi bagi kami sekeluarga,dah sedap n sgt menyelerakan..Berselera nengok hubby mkn,alhamdulilah syukur sgt atas rezeki yg Allah telah kurniakan kepada kami sekeluarga..Wah sekejab jer dah ari jumaat lak nih..Yey esok hubby cuti..Leh la kami klq g mana2..



Resepi Asam Pedas Ikan Kembong
2 Ekor Ikan kembong(Kalo guna ikn pari lagi best)
11/2 Sdb Cili kisar (Ikut kepedasan masing2)
* 4 Biji bawang merah
* 2 Ulas Bawang putih
* 1 Inci kunyit hidup(Kunyit serbuk pong ok ja - bahan bertanda* Dikisar
Air asam jawa(AKU GUNA ASAM JAWA YG ADABI TUH)
Air secukupnya (bergantung kepekatan masing2)
Sedikit Belacan
1 Batang serai - Di ketuk
1 Inci halia - Di ketuk
1 Biji Bunga kantan dibelah 2
Daun kesum secukupnya
Kacang Bendi
Garam, gula@perisa secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-cara

Panaskan minyak,Tumis bahan bertanda*,cili kisar,belacan halia, dan juga serai .Tumis hingga garing n pecah minyak.
Masukkan air asam jawa n kacau sebentar kemudian masukkan air lagi secukupnya,Biarkan mendidih.
Masukkan ikan,bunga kantan,daun kesum.Biarkan sehingga ikan masak,seterlah itu masukkan kacang bendi.. Siap untuk dihidangkan.


Ketam Goreng Pedas Resepi disini ya..



Pucuk paku goreng belacan berudang..Syifa dah 4bulan++,baru rini try mkn pucuk paku ni..


Ayam Kicap bodo2 jer..


Ikan goreng n ikan masin..Cuma 1 jer xcukup gu,sambal belacan,aku malas nak wat rini,ngee..

Wednesday, April 20, 2011

Ketam Kulit Lembut Kuala Gula

Assalam semua..KETAM KULIT LEMBUT nih la yg kami beli kat kuala gula tuh..Ritu n3 pasai ketam nih da masuk Majalah 3..Akceli 1st time kenal n mkn ketam kulit lembut masa g sabah 2taun lepas,terus jatuh chenta pandang pertama pada rasanya,dah la blh ngap skali kulit2 tuh,kiranya kaki,kulit,cengkerang blh ngap lah..Kami beli 2kg,da 14ekor..Blk dari taiping mkn mee udang tuh,terus balik kg..Hubby nak juga bagi MIL dia rasa kan..Meh tgk pic ketam nih..


Ketam nih mmg diorang siap pack sekor2 n letak lam plastik..


Rupa ketam yg di potong 2..Nmpak xisi dia,isi mmg padat..Kira berbaloi lah leh mkn semua sekali..


Tgh berendam lam koli mak aku,hihi..Time goreng nih,ketam nih cam mengembang jer.



Rapuh jer wat goreng cenggini,sedap..Tapi spoi tang tepung gorengan tuh masin cikit..Aku beli kat superstore kat umah mak,xbyk sgt tepung gorengan da kat citu..Wat goreng tepung 10ekor kat kg,4 ekor lagi kami wak balik pg..Jauh betoi ketam nih,dari perak ke kedah,pastu ke penang lak,hihi..


Yg belen 4 ekor aku masak isnin baru nih,wat goreng masak pedas jer,tapi cam nak lerai jer isi,coz ketam nih kulit lembut,cengkerang sume mmg lembut..Kira ketam nih mmg isi semata2 la..Wat masak gini xbape best,tapi goreng tepung mmg sesuai n best sgtt utk ketam jenis kulit lembut ni.

Wednesday, March 23, 2011

Menu Lunch Ala Kampung,Sedapppp..


Assalam n selamat hari rabu semua,wah sekejab jer dah ari rabu kan..Pastu dah abis 1mggu n nak masuk lak bln 4,eh bln 4,bln april nih besday cek abg,wah kena beli pa yg patut@masak pa2 la nnti,ngee..Aku mmg masak awal utk lunch,sejak da syifa nih,dlm kul10 camtuh dah siap masak lauk pauk,kalo nasi lak aku masak dlm kul 11:30,coz hubby sampai umah dlm kul 12:05,so nasi panas2 ler,lauk pauk aku panaskan lam microwave jer b4 hubby blk tuh,yerla kalo nak masak lambat,pkai xmasak la,ngan dak berdua nih,mmg kelam kabut ckit pagi2 nih,mna nak mandikan diorang,nak suap mkn kat nana lagi,nak basuh baju bagai,ekceli pakaian dak 2 org ni ja aku basuh tangan,yg len tuh hubby basuh mesin ajer..Bab basuh n sidai2 nih mmg hubby la yg tlg,tah dari awal khwin lagi mmg camtu,hubby aku nih rajin sidai baju,ngee..Alhamdulillah la dpt hubby yg rajin,tapi bab masak mmg dia xtau langsung,goreng telur pong xpernah lagi la sejak khwin kat 3taun nih,muehehe..Tapi xperbiar dia mkn n mimum air tangan bini,wlau kat mana dia p pong,diamsti akan ingat betapa sedapnyer masakkan dari air tangan bini dia,chewah mcm sedap sgt kan,hehe..Sebenaqnya nak khabor rini hubby mkn lunch n puji semua sedap,yg lawak lak tuh nana besa la mmg pengacau tiap kali kami mkn,wlpun dia dah kenyang,hubby siap kata kat nana,ishk nana nih xsenang betoi abah nak mkn,dah la ummi masak sedap sgt nih,hehe,tersenyum simpul che bedah kat sebelah tuh.muahaha..




Resepi Kerabu Jantung Pisang Bersotong
Half biji jantung pisang(direbus hingga empuk,n di hiris halus)
1 ekor Sotong (sotong dikelar n dimasak bersama secubit garam utk keringkan air,aku xletak air,just masak lam nonstick pan)
2 biji limau nipis
1 batang serai (Di hiris halus)
Sedikit bunga kantan (Di hiris halus)
1 Biji cili merah (Di hiris halus)
2 Ulas bawang merah (Di hiris halus)
Daun ketumbar (Di cincang)
11/2 sdb Sos ikan
1/2 sdb madu(Kalo nak letak gula pong ok ja)
garam (Kalo xcukup masin,ikut rasa)
Cili padi (Optional)



Cara-cara
Dlmmangkuk besar,gaul mesra semua bahan,sesuaikan rasa masam,masin,manis,pedas dan boleh la dihidang kan bersama nasi putih,sedap u..

Ok menu kami seterusnya:-



Resepi Masak Lemak Ketam Bernenas
3Ekor ketam dicuci bersih n di belah 2
santan kelapa (Aku letak rm1)
3 Ulas bawang merah (ditumbuk)
1 Ulas bawang putih (ditumbuk)
1 Inci Halia(ditumbuk)
cili padi 4 biji (ditumbuk)
1Batang serai (dititik)
Kunyit Hidup (ditumbuk)
Sedikit nenas di potong nipis
Daun kunyit dihiris halus(optional)
Air secukupnya (utk kuah yg pekat letak ckit jerla)


Cara-cara

Campurkan sedikit air bersama semua bahan yg ditumbuk,masak diatas api sehingga mendidih sedikit,masukkan ketam.seterlah ketam masak masukkan santan,biarkan sehingga betul2 mendidih n pekat,blh di masukkan nenas,apabila nenas layu ckit,tutup api,taburkan sedikit daun kunyit,n bleh la di hidangkan.

*Semua resepi adalah ikut citarasa tekak kami jer,Seterusnya pelengkap menu2 kat atas tuh,aku masak juga daging goreng lada hitam,ikan masin,ulam jantung pisang rebus,bendi n pucuk ubi yg di celur,pstt pucuk ubi baru petik pokok depan rumah ok,bkn yg beli kat market,ayat org berlagak,hehe..




MACEH SEMUA SUDI LUANGKAN MASA MENATAP BLOG KU YG XSEBERAPA INI,SOKONGAN DARI ANDA SEMUA SGT LA DI HARGAI,LEBIUUUU..MUAHHH..

Monday, March 21, 2011

Kerapu Syahdu 3 Rasa&Ketam Goreng Pedas


Menu lunch kami seterusnya ikan kerapu n ketam..Ikan kerapu nih sekerat ajer,coz hubby sorang jer yg melantaknyer,aku xmkn ikan yer..Berselera jer nmpak hubby mkn ikan nih,Sbenornya ada story ckit di sebalik nama ikan nih kerapu syahdu 3 rasa,ngee,biarlah rahsia yer,hanya aku n En Sazali jer yg tau,muehehe..Hubby ckp amboi lunch rini special mcm kat hotel,muahaha..Yola tuh..

Half ekor Ikan kerapu
Garam
Serbuk Kunyit
Tepung Kfc@serbaguna
Tepung Jagung

*Bahan yg dikisar
* 1 Ulas bawang putih
* 3 Ulas bawang merah
* 2 biji cili merah
* 2 biji cili padi
1 sdb cili kisar
Tomato - dipotong dadu
Nenas - di potong dadu
Lada benggala merah+hijau di potong dadu
1Sdb sos tiram
1Sdb sos ikan
1Sdb sos cili
1Sdb sos Plum
Garam, gula Secukup rasa
Minyak


Ikan kerapu posing jab,tanpa selimut lagi time nih..

Cara-cara

1. Ikan dicuci bersih bersama perahan limau dan dilumurkan dengan garam, serbuk kunyit,tepung kfc & tepung jagung. Goreng ikan tersebut sehingga garing. Angkat & toskan.
2. Panaskan minyak di dalam kuali lain dan tumiskan bahan kisar hingga kekuningan,masukkan cili kisar, Kemudian masukkan bawang merah yg di belah 6 tadi& goreng lagi sehingga naik bau.
3. Masukkan cili benggala merah+hijau+buah tomato+nenas yg di potong dadu.
4. Masukkan semua sos n gula garam jika perlu,biarkan seketika sehingga kuah pekat.
5. Apabila sudah masak, tuang kuah tadi ke atas ikan blh la di hidangkan panas2 bersama nasi putih.



KETAM Goreng Pedas(My Style)

Bahan2:
3Ekor ketam, dibersihkan dan dipotong 2,di gaul garam kunyit,goreng hingga masak n ketepikan

*5 biji bawang merah
*2 ulas bawang putih
*1 inci Halia
*2 Batang Cili Merah
*3 biji Cili padi Merah (Di kisar)

2sdb Cili Kering yg diblend
1 batang Serai(Di titik)
Sos cili+Sos Tomato+sos tiram
Garam & gula secukup rasa
Minyak utk menumis
Sedikit Air jika perlu




Cara2:
1. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan kisar n cili kering yg di kisar, Kacau dan masak sehingga cili benar2 masak dan kelihatan garing.Masukkan serai yg di titik.
2.Masukkan semua sos,n air..
3. Masukkan ketam yg di goreng, kacau hingga rata.
4. Perasakan dengan garam dan gula.
5. Gaul rata biar mesra,angkat n hidangkan..


Menu lunch kami arini,hehe,yummy..

Wednesday, February 23, 2011

Ketam Sos Plum



Lauk peberet seisi umah,syazana pun bkn main suka lagi bila aku n hubby suap ketam nih,xmenang tgn nak kopek..Layan jerla yer,dah abis dah,lauk ari selasa gak,aku msk tmyam cmpur kat bawah sinun,telur dadar n ketam nila utk d persembahkan wat hubby trchenta..

UDANG BERSOS PLUM
sumber : Kak Izah
Rujukan: Diari zaliedana
BAHAN-BAHANNYA :-)
15 ekor udang saiz besar *tukar ngan sotong digoreng sebentar(Aku lak tukar kpd ketam)
1/2 camca teh lada sulah serbuk
1/2 camca teh serbuk kunyit
Sedikit garam
3 ulas bawang putih, cincang halus
1 biji bawang holland, dibelah 6
1/4 biji red capsicum, didadu
1/4 biji green capsicum, didadu
1/4 biji yellow capsicum, didadu tak letak sbb tak ada stok
1/2 batang leek, hiris dan rendam ~ tak letak sbb tak ada stok
1 camca besar sos cili thai (mat guna jenama "LIFE")
1/4 cawan sos plum (mat guna jenama "LIFE")
Sedikit garam jika perlu
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
*(Aku tambah cili padi 2biji+cili kisar 1cmb)
CARA MEMBUATNYA :-)
Udang dikerat hujung kepalanya, buang kaki dan janggut, cuci bersih, lumur dengan serbuk lada sulah, garam dan serbuk kunyit hingga rata. Goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan.
Tinggalkan kurang lebih 2 camca besar minyak dalam kuali yang sama. Tumis bawang putih dan bawang holland hingga layu. Masuk sos cili thai dan sos plum tadi, kacau rata dan masukkan udang. Gaul hingga rata.
Tambah red/yellow/green dan leek tadi, gaul dan masak hingga pekat dan sos menyaluti udang. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam. Masak sekejap dan angkat. Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan.

Friday, August 27, 2010

Ketam Masak Cili


Dah lama hajat hati nak mkn ketam,tapi kalu pegi pasar ketam 2 tak fresh sgt,Weekend baru nih pegi pasar ptg dalam kul 1tgh dah sampai,xla jauh sgt dari umah pong..Mmg hajat hati nak beli ketam jer..So ptg ahad tu masak la ketak masak cili nih..Wat 2ekor jer..yg lagi sekor tu wat kari jer..Resepi sempoi2 jer aku masak nih..Tapi habis licin la kami mkn..Hehe..Kat bawah nih resepi sempoi cara aku..


KETAM MASAK CILI(My Style)

Bahan2:
2Ekor ketam, dibersihkan dan dipotong 2
5 biji bawang merah(Dikisar)
2 ulas bawang putih(Di kisar)
1 inci Halia(Di kisar)
1 batang Serai(Di titik)
Cili kering, kuantiti ikut kepedasan (Di kisar)
Cili padi, kuantiti ikut kepedasan (Di kisar)
Sos cili+Sos Tomato+sos tiram
Garam & gula secukup rasa
1Sudu teh Mayonis
Minyak utk menumis
Sedikit Air
Cara2:
1. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan kisar. Kacau dan masak sehingga cili benar2 masak dan kelihatan naik minyak.
2.Masukkan semua sos,mayonis n air..
3. Masukkan ketam, kacau hingga rata.
4. Perasakan dengan garam dan gula.
5.Tunggu hingga ketam betol2masak,angkat n hidangkan..


Jemput mkn..!