Showing posts with label Kuih Pedas. Show all posts
Showing posts with label Kuih Pedas. Show all posts

Wednesday, February 19, 2014

Resepi Tart Kentang..


Assalamualaikum..Selamat petang semua yg masih sudi berkunjung kesini..Alhamdulillah msih lagi bernafas n sihat2 sja..Agak bz skang nih dgn bis kecil2an,disamping menguruskan 3S Princes ksyangn tu..
Arini nk kta free sgt pon xla juga..tapi curi time kjab utk mncoretkan n berkongsi di blog kesayangnku ini..Agak trhad  n terbatas waktu nk nmcoretkan disni rcp skang nih,sbbnya aku mls ,bz n kna tggu free bru blh buka lappy,berbanding FB salu blh la 09 gna nset ja..
Oklah xmo smbng  byk2 lagi jom tgk rcp tart kentang yg Gilerrrr x sedappp,mmg sedapp bngat..Tima kasih utk kakak manis zila  n kak Ayu syg utk rcp ni..Sy sharekan di sini ya.

Tart Kentang
Sources 2:- Kak Zila 
 
Bahan-bahannya
5 biji kentang - dikupas, basuh bersih dan diparut halus
1 biji karot di kupas dibasuh dan diparut halus
1/2 biji bawang besar juga diparut
Sedikit potongan daun bawang
2 batang crab stick dipotong kecil (Aku gantikan ngan sosej,ank2 xsuka crab stick)
1/4 cawan susu segar 
3 biji telur 
1 packet mozzarella cheese
garam dan serbuk lada putih secukup rasa
2 sudu besar tepung jagung 
Serbuk Lada Hitam Ajishio(Aku Add)

Cara 
1- Campurkan parutan kentang ,carrot dan bawang besar dalam satu bekas. Perah keluar airnya sebanyak yang boleh.
2- Susu dipukul bersama telur dan tuangkan kedalam campuran kentang tadi. Kacau rata. Masukkan daun bawang isi ketam dan segenggam penuh cheese dan gaul sebati..
3- Sapukan butter atau minyak masak sekeliling muffin pan. Masukkan sesudu besar adunan (atau hampir penuh) ke dalam acuan dan letakkan sedikit cheese diatasnya.
4- Bakar dgn kepanasan 190C selama lebih kurang 20 minit atau sampai cheese bertukar keperangan.
5- Sedap dihidang bersama sos pilihan atau makan begitu sahaja.

Tuesday, August 7, 2012

Tahu Anura...

Assalamualaikum..
Selamat pagi semua...wah kejab jer dah lbh dari pertengahan ramadhan kan..mesti semua dah bz mengukis n dah mai mood nak raya kan..erm aku pon alhamdulillah dah wat 4jenis sekut rya,termasuk frambrozen kenari dkt bawah nunnn..Pastu wat juga kuih siput..kuih peberet tuh,tapi mak aiiii nak gentel tuhadeii punya lemah,bab mkn laju jer masyukkk molot..ank2 pon suka jer..Mcm dah xsmpt nk smpan rya jer kuih yg 1 nih,huhu..dah la mmg xrajin dah nk gentel,aritu pon nsib ank sedara yg tlg gentelkan..huhu..

Adoiiiyaiii pnjang lak intro psai kuih siput kan,hehhe..sowiiiiii...erm oklah berbalik pada TAHU ANURA nih,aku mula terpikat n ternmpak kat umh kak madihaa ,bila baca cita dari akak madihaa lagilah membuatkan aku xsabo nk menerai n merasa sendri kesedapan tahu anura nih..menurut kak madihaa,rcp nih hasil air tangan n rcp oleh kak azian,yg mna tahu nih pemes kat psr  ramadhan tmn melawati,mmg selalu kak azian g bli kt bazar,pastu mnta rcp,sapalah nak kasi kan,yerlah org nega kdang da yg kedekut kan,pastu kak azian nih selalu g beli sbb nak kaji selidik pe bhn n rcp rahsia tahu nih,heeheheh..

Akhirnya seterlah byk kli bli n menerai,maka terhasillah rcp tahu anura yg mnjadi peberet family kak azian nih..gtulah serba sedikit cite pasal tahu nih..
 
Penangan nmpk kak madihaa post tahu nih,watkan aku terliur gile uuu,pastu terus ler mulakan projek marin,sbb bb lam peyut nih pon dah xsabo2 nk merasa,(yerlah sgt.padahal ummi yg lebih),hihi..Alhamdulillah mmg sodap..kuah aku wat ahd mlm lagi,coz sng ler nak tau rsa kuah tu kan,klo wat siang ssh gak nak agak.

 
Aku wat klmarin tauhu nih utk berbuka puasa,wat 10bji tahu,bila dipotong2,erm dptlah 20potong,aku mkn 5potong time berbuka,terus kenyang n xmkn nasi dah.Da byk lagi nih,berbuka karang leh perangat n mkn lagi kan..
 
Terima kasih byk2 wat kak azian yg sudi mengongsi rcp special nih n juga kak madihaa yg berjaya menggoda aii utk menerai rcp ni..Klo da yg berkenan nk menerai rcp nih,silalah yer,jgn malu2,heheh..

TAHU ANURA 

BAHAN A
Tahu kering secukupnya (MaDiHaA guna 1 peket besar yg harga RM3.50 tu  & pastikan yang ada logo halal ye..)Tauhu pok.
(tahu utk tahu bakar)
4-5 biji kentang
1Keping dada ayam didadu kecil(Aku add)
1/2 cawan Frozen mix vegetable
2-3 ulas bawang putih
2ulas bawang merah dihiris(aku add)
1 cawan air
Lada itam Ajishio n serbuk pati ayam(aku add)
2-3 biji telur
lada sulah
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng 

Bawang goreng secukupnya (MaDiHaA goreng sendiri bawang)
Bijan yg disangai
 
CARA MENYEDIAKAN:-
 
1. Kupas kulit kentang dan potong dadu. 
2. Tumbuk bawang putih dan tumis dengan sedikit minyak. Bila dah kekuningan masukkan air dan ubi kentang.
3. Masukkan garam secukup rasa dan masak sehingga kentang empuk. Tambahkan air jika perlu.
4. Apabila hampir kering airnya, masukkan mix vegetable dan gaul rata. Taburkan sedikit lada sulah.  Masak sehingga air agak kering.
5. Angkat dan sejukkan sebelum di sumbat ke dalam tahu kering. [cara nak sumbat tu.. MaDiHaA gunting sedikit permukaan tahu (spt dlm gambar) kemudian buka2 sikit tahu tadi biar ada ruang untuk inti..  (tahu kering tu memang agak kosong kat dalamnya) masukkan inti kentang menggunakan sudu sehingga penuh.]
6. Untuk menggoreng tahu, pecahkan telur. Perasakan dengan sedikit garam dan lada sulah. Kacau sedikit telur. 
7. Celupkan tahu dalam bancuhan telur tadi dan goreng di dalam minyak penuh yang cukup panasnya sehingga garing.
8. Angkat dan toskan minyak nya. Potong kiub besar-besar dan curahkan sosnya semasa menghidang. Taburkan bawang goreng dan sedikit bijan. (tanpa bawang goreng aroma tahu anura tidak akan naik.)
  
BAHAN B ( bahan sos)
2-3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 cawan cili kisar
1 cawan cili sos
1/2 cawan tomato sos
1sdb Sos plum(aku add)
2-3 keping gula melaka (MadiHaA guna gula merah yang dimasak dengan sedikit air & tapiskan)
1 cawan air asam jawa
(2 tbsp asam jawa)
1/2 cawan air
bijan untuk tabur.
minyak masak 
 
CARA MENYEDIAKAN:-
1. Tumbuk bawang putih dan halia hingga lumat.
2. Tumiskan sehingga kekuningan. Masukkan cili kisar dan masak sehingga cili terbit minyak.
3. Masukkan cili sos, tomato sos dan gaul rata. Tuangkan air asam dan 1/2 cawan air serta gula melaka. Masak sehingga gula larut.
4. Masukkan garam secukup rasa.  Jika kuah tidak pekat, masukkan 1-2 sudu tepung jagung yang telah dilarutkan dengan sedikit air.
5. Apabila kuah pekat taburkan bijan.
Nota Azian: Kuah Tahu Anura hampir serupa kuah Yong Tau Foo tetapi ianya lebih ke rasa masam dan manis.

Thursday, August 2, 2012

Kuih Cara Manis /Berlauk

 Assalamualaikum..arini bersiaran di awal pagi,heeheh..tgh wat pe tuh...da yg tgh tido blk ke..aku kdng2 pas solat n hb g kja,mmg tido blk gak,hehehe..sejak peknen nih pagi2 mmg rsa xbape larat cikit,dah msk tghri ok jerla nnti..

Erm kuih cara nih wat marin..dah lma tgk kak izah n kak nieza wat,tapi stok santan fresh n klpa parut mmg xde,santan kotak jer yg ada,aku klo wat kuih2 lma suka lgi gna santan fresh,lbh lembut,terasa kesedapan n lebih lemak uuu,hehehe..Tanguh2 erm marin baru wat,hehe..inti daging dah siap wat awal lagi,sbb leh wat roti john sama,aku wat inti kli nih letak serbuk kari cikit,kira roti john n kuih cara pon leh msk lah,hihii..kes mls jugalah nih kan..

Oklah xnak bebel2 dah pepagi nih,meh kita tgk rcp jerlah eks,hasil kopipes dari umh kak izah..tq kak juga penyumbng rcp asal cmg ler sapa lagi kan,hehehe..



Kuih Cara Manis Resepi Warisan
Sumber: CMG,  Kak Nannie
  
Bahan-bahannya:

2 cawan tepung gandum
3 cawan santan kelapa (nak sedap guna yang fresh)
2 biji telur
3 helai daun pandan
Beberapa titik pewarna hijau
Gula pasir secukupnya, sebagai inti
Garam secukup rasa (bagi rasa lemak2 masin)
Sedikit minyak masak, untuk lenser acuan



Cara Membuat:
Daun pandan dicuci, potong kecil dan kisar bersama santan, kemudian tapis. Satukan bersama tepung gandum, pewarna hijau, telur dan kacau rata dengan whisk hingga semua sebati, tambah garam secukup rasa. Kacau dan tapis adunan tadi. Ketepikan sebentar.
Panaskan acuan kuih cara (acuan kuih baulu) atas dapur gas, bila panas kecilkan api pada tahap minima. Lenser sedikit minyak masak pada setiap ruang acuan (guna daun pandan yang dilipat, diikat dan diracik hujungnya).
Isi adunan tadi dalam bekas bermuncung (kole atau teko) tuang dalam setiap acuan tadi hingga hampir penuh. Letakkan sedikit gula pasir pada setiap kuih (anggaran 1/3 camca teh). Tutup permukaannya acuan dengan tudung periuk. Masak hingga kueh menjadi pucat dan tidak melekat bila disentuh.
Berhati2 keluarkan kuih dari acuan dan sejukkan. Oles sedikit minyak setiap kali memasak kuih yang baru. Hidangkan untuk minum petang.... Selamat mencuba.

Monday, July 30, 2012

Cucur Jagung Rangup

Assalamualaikum...selamat pagi...maaf lah yer klo da sesiapa yg nyampasss tgk pic udang kat bawah nun yg dah lama komain tayangannyer,hehe..Akceli puan umh mmg msk ajer setiap ari,tapi cma 1 jer,mls nk update,huhu..

Erm menu arini ialah cucur jagung berudang yg rangup,bestttt oooo..smp nana n syifa punya pulun mkn..ptg karang leh goreng lagi,coz tepung lebihan tuh simpan lam esbok,saja bncuh adunan byk cikit,sbb nk goreng 2kali,hehe..Owh ya,nih la salah 1 juadah berbuka kami semalam ya..

Akceli ni la 1st time aku wat cucur letak telor n bancuh adunan dgn air ais(aku letak juga ketulan ais),mmg terasa sungguh kerangupan cucur aku kali ni..aku xletak baking pwder,mahupon agen2 penaik yg lain..dlm rcp asal kak madihaa nih,beliau da letak baking powder,so ikut selera memasing lah eks,nak letak ke x..
Baru2 nih da smbng2 ngan kak nieza kat fb,dia pon ckp selalu wat cucur letak telor n ais utk rangupkan cucur,pastu kadang letak baking powder,kdang x letak,tapi rangup juga..erm aku pon try ler versi xde baking powder dulu utk kali ni..

Resepi asal dari kak madihaa/ratna,aku lak amik n nmpak rcp nih dari kak izah...Tima kasih byk2 wat kak izah,kak madihaa,n kak nieza yer di atas perkongsian ini..

Cucur Udang Rangup
Sumber rujukan:-Kak Izah
Bahan2
3 ½ cawan tepong gandum*
1 sudu besar (penuh) baking powder* (diayak bersama tepong gandum)(
Aku xletak)
2 cawan isi udang
1cawan isi jagung(aku add)
3 cawan air sejuk
2 sudu besar Knorr Pasti Sedap (jika tiada boleh gantikan dgn 1 sudu besar serbuk pati ayam)(Aku letak serbuk pati bilis)
1 ¼ sudu kecil garam (atau secukup rasa)
½ cekak daun kuchai ~ dibersihkan & hiris 2 cm
¼ biji kubis ~ dihiris halus & cuci & tos(Aku xletak)
1 ½ biji bawang besar ~ dipotong dadu
1bji cili merah didadu(aku add)
½ sudu kecil kunyit serbuk
1 biji telur

Minyak untuk menggoreng



Cara2 Menyediakan
1. Campurkan kesemua bahan2 dalam satu bekas yang besar kecuali air & telur.
2. Gaulkan kesemua bahan2 tadi biar rata. Masukkan telur & air sikit demi sikit sambil dikacau rata. Habiskan kesemua air & kacau rata.

3. Panaskan minyak yang banyak secukupnya dengan api yang sederhana.
4. Ambil sesenduk kecil bancuhan cucur (sebaiknya gunakan senduk nasi yg lebar tu) lalu cucurkan ke dalam minyak yang telah panas dengan cara membentuk cucur menjadi bentuk yang agak lebar. Ulangi proses sehingga cucur memenuhi kuali.
5. Bila cucur timbul.. cerai-ceraikan cucur supaya tidak melekat antara satu sama lain. Terbalikkan cucur & goreng sehingga garing ke dua2 belah.
6. Bila dah garing, angkat & toskan.
7. Hidang cucur udang dengan sos cili kegemaran semasa panas2 atau suam2 untuk nikmati kerangupannya. (MaDiHaA hidang dengan sos cili lebihan nasi ayam yang dibuat sebelumnya)

 

Thursday, July 12, 2012

Minah Karipap Punya Pasal,Aku Terus Terliur..



Assalamualaikum....
Selamat pagi juga buat semua yg sudi singgah ke sini ya..terima kasih sudi singgah ya..

Pagi nih kita tayang karipap lak eks,inti kentang,daging n telo rebus...1st time seumur hidup aku mkn n wat sendri karipap yg letak inti telo rebus,klo org len maybe dah selalulah kut,aku jer yg agak jakun,huhu,sob sob..
Akceli ari selasa mlm tuh da tgk citaTajuknyer MINAH KARIPAP,tv2,minah nih terlalu suka karipap n mncipta resepi karipap letak telo rebus,ramai yg memuji kesedapan karipapnya,aku lak apalagi adoiyaiiiii terliur sungguh,rsa cam time tuh juga nk gentel karipap,haha,tapi aku sabar dulu coz cita tuh abis pon dah ku12,erm klo aku wat juga karipap tuh,agaknyer kul bapelah aku nk tido kan,so aku pon tangguh ler smp pagi,hehe..MAKA NYA terhasillah karipap ini...
Bagi tekak aku rsa karipap yg diletak telo rebus nih oklah juga,xla sdp sungguh2,tapi my laling lak xsuka,katanya dia lbh suka versi biasa,sbb lebih terasa intinya,hehe,yerla lain org lain citarasanya kan,tapi mmg xsalah kita mncuba sesuatu yg baru,atleast kita tau camner rsanya..utk versi ltk telo aku cma wat 10bji jer,utk test market,hihi,yg lain2 utk stok frozen,aku wat jns besa ajer..
Rcp utk doh msh lagi setia ngan rcp Tun,maceh yer tun,mmg byk klli dah kak ct gna rcp nih.TAPI xsnap pic pon,hehe..leh juga tgk kat sini,yg tuh 1st time aku try rcp doh Tun ni.
 
DOH KARIPAP
resepi: TUN
Sumber Kak Izah

4 c tepung
2 tbs margerin
1/2 c oil
3/4 c air(Aku guna air sejuk dari peti ais n letak 1cwn)
1/2 tsp garam
 
cara-cara:
panaskan margerin + minyak dlm periuk. tutup api.
tengah panas2 tu, masukkan tepung dlm periuk td dan gaul guna garpu (jgn guna tangan, melecur nnti).
dh sejuk siket, campur garam n air.
Uli-uli.. siap! buleh wat karipap ikot suka inti apa..


Thursday, January 19, 2012

Pau Sambal/Burger Malaysia

Assalamualaikum n selamat pagi semua..

Erm balik2 camtuh jerla ayat intro aku kan,erm jgn lak ade yg boring eks..Adeiii nak wat camner kan,kadang tuh xda idea weh nak ngarang nih..Bkn sng weh nak ngarang ayat tau..
Kalo jerit n bertempit kat anak2 dara aku lagi senang,Wakakaka,ala2 tarzan betina test sora gitu,Yerla budak nana n syifa nih tgh mmbesar,makin ler banyak kerenah depa nih skng..Si nana jadi guru,syifa lak mmg sungguh setia mnjadi ank murid n pengikut kpda kakak kesayangannya,wahahah..Jiran2 sebelah dulu2 xpernah dgq sora ai,skng nih,mesti naik nyampah dengaq kut,muehehe..

Adeiii dah lalut ler plak dalam xda idea tuh kan,hihi..
K meh kita berbalik n berpijak di bumi yg nyata wokeh,haha..
Pau sambal nama panggilan,kadang digelar beger mesia,kadangkala dipanggei Kue pau goreng..Apa pon nmanya mmg sama jer,Kita 1malaysia kan,hehe..


Dari dulu kini n selamanya aku mmg suka sgt bege mesia nih,bulan2 posa mmg selalu juga beli,sbb suka berbuka ngan kuih2 dlu,walaupon dah tau yg beli kureng sedap,sbb suka punya pasal beli lah juga,pastu kalo mmg betoi2 xsedap,mmg knyanglah cik tong..
Kali nh try resepi Cmg lak,selalu duk wat guna resepi Kak Yani jer,alhamdulillah mmg sedap..Pastu kekonon nak bagi lah cantik n nak tiru kak ita lah wat shape gini,padahal,mmg tangan xberseni,kureng cunlah bila dah naik tuh..Adeiii xperlah kan janji sodap n licin dimakan ank buah yg skng nih duk disini sementara nak tggu result SPM..
Tq ya utk CMG atas resepi nih,sy tempek disini pula utk rujukan mendatang..

Sumber Resepi:-Cmg
BAHAN-BAHANNYA :-)

1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 camca besar gula kastor
2 camca besar susu tepung
1 1/2 camca besar lemak sayur atau shortening
1/4 camca teh garam
1 camca teh yeast
100 ml air suam

BAHAN LAIN :-)
Sambal tumis ikan bilis secukupnya
Hirisan timun secukupnya
Hirisan Telur Rebus Aku add

Halus2 jerk ikn bilis nih,Yg besar cikit pon da juga hubby beli,tapi sbb nak wat pau nih kecik2,so aku guna ikan bilis jenis halus jerla..Mmg rangup sungguh ikn bilis ni..


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Bancuh yeast dengan air suam dan 1/2 camca teh gula kastor (guna gula dalam resipi ini), bancuh rata dan biar ia berbuih. Sementara itu, satu kan tepung, baki gula kastor, garam, lemak sayur dan susu tepung. Gaul hingga rata. Tuang bancuhan yeast tadi dan gaul hingga rata. Jika kurang air tambah sedikit lagi, dan gaul lagi hingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan dan mangkuk adunan.
  2. Bagi kenapa 10 bahagian sama besar, bulat2kan dan tekan sedikit, susun dalam loyang yang telah di tabur dengan tepung. Jarakan antara satu sama lain, dab perap 40 - 45 minit atau hingga saiznya berganda.
  3. Goreng terendam dalam minyak panas berusuhu sederhana. Masak hingg kuning keemasan pada semua bahagian. Angkat dan toskan, buat hingga siap. Sejukkan.
  4. Ambil satu pau tadi, belah dua tapi jangan putus, sapu dengan sambal tumis ikan bilis dan susun timun dalam dia, mat letak 2 hirisan nipis timun. Boleh dihidngkan untuk minum petang atau sarapan juga..

Wednesday, November 30, 2011

Roti/Pau Goreng 3 Inti..


Assalamualaikum..

Pau goreng nih dah seminggu lbh kut aku wat,tah ari apa,smp dah lupa dah..Pau nih pon mmg la semestinya dah licin..Punyalah perap lama pic nih,rini baru nak n3 kan..Sorry mama hawa eks..Mama amik resepi dari blog kak anim..Kak Anim lak amik dari ilham dapur,kak maz..Nih pon aku update gara2 kak nur tanya resepi kat fb,baru tingat rcp xletak kat blog lagi,adoyaiii..
Wat nih gara2 tergodaaa sgt bila nmpak kat umah mama hawa..Adeeiii mmg xtahan nmpak yg mama wat,punyalah montok2,ngalahkan pakai botox weh..Tima kasih byk ya utk semua yg terlibat di atas resepi ni..

Aku wat 3versi,1 inti kacang merah,1inti sardin n inti kacang merah..Inti sardin semestinyalah utk my laling terchenta..

Versi inti kacang merah..

Inti sardin,khas utk laling tersayang..

Versi inti kentang n daging.

Bahan-bahan
  • 1/2 cawan air suam* (-/+)
  • 2 cawan tepung gandum (-/+)
  • 2 sudu kecil yis kering (kita guna brand mauripan)*
  • 3 sudu besar susu tepung
  • 2 sudu besar butter cair
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar gula*
  • inti red bean paste secukupnya - simpan dalam peti dulu baru senang nak bulatkan - kita beli yg dah siap kat bakeri - mama pun
  • minyak untuk mengoreng

Cara-cara

1. Dalam mangkuk satukan bahan-bahan yang bertanda *. Biarkan seketika (1-2 minit) kemudian masukkan butter cair, kacau sebati.
2. Satukan tepung, garam dan susu tepung. Masukkan sedikit-sedikit kedalam no 1 sambil dikacau guna garfu (kacau buat bulatan jam) sehingga adunan tadi bersatu (menjadi seketul) tapi tidak keras. Kemudian boleh la diuli dengan tangan sehingga adunan menjadi licin dan tidak melekat pada tangan (adunan ni mesti lembut, kalau lembik tambah tepung sikit-sikit je, sapu kat tangan gtuw).
3. Tutup mangkuk dengan plastik wrap atau kitchen towel dan biarkan selama 30 minit. Kemudian tumbuk-tumbuk sedikit doh yang telah naik tadi.

4. Ambil sebesar bola golf pastu leperkan sedikit, letak inti yang telah dibulatkan tadi dan tutup elok-elok. Bila nak goreng leperkan sedikit dulu
6. Panaskan minyak dalam kuali dan boleh lah digoreng sebiji-sebiji sambil simbah minyak panas ke atasnya (supaya ianya jadi kembang dan lembut). Goreng sampai habis. Siap..sedap makan yang panas2

Monday, November 21, 2011

Masalodeh Rangup..

Assalamualaikum n selamat pagi..
Berjumpa lagi diminggu yg baru..Harap semua ceria2 ajer pagi ini ya..Kalo dari pagi bad mood@xceria jer,Mesti 1 arini rasa gitu jer,so pa kata kita senyum2 n jgn moody2 eks..Moga pagi ini membawa seribu keberkatan utk kita semua,InsyaAllah..
Pagi nih seawal 5lbh aku dah on lappy,uii awal bebenor kan,hihi sekali sekala on pepagi buta kan,yerla sementara menunggu En hubby kat toilet tgh mandi2 n nak bersiap ke masjid,aku pon on9 la dulu kan.Hubby aku kalo ke toilet,paling2 sat pon 30minit,kalo plg lama adoiyaiii letih wei nak nunggu,1jam++,sekbek toilet da 2,huhu..
Oklah dari melalut mcm2 kan,meh kita tgk resepi yg aku amik dari Myresepi nih ya,bagi tekak aku,mmg sedap,nak2 pula bila ditambah udang kering yg dikisar,lagi terangkat rasa dia,nana pon suka mkn,mmg byk juga yg dia mkn,seronok bila tgk dia mkn dgn penuh selera sekali,tapi yg xseronoknya,dia malas nak kunyah,akula yg tlg kunyahkan n suap dia,adeiii anak dara aku sorang nih..Nana nih kalo mkn pa,yg agak keras/rangup,mesti malas nak kunyah,adoii tapi nak mkn.Aku kata kat hubby nana nih igt kita gobek dia ka,haha..Hubby lak kureng suka masalodeh nih,dia mkn cikit jerla,xper kan nana,kita leh mkn byk kan,hihi..
Tima kasih byk ya isya utk resepi ni,izinkan sy berkongsi di sini pula..

Resepi Masalodeh Rangup
Sumber Resepi:-Isya_Irfan@My Resepi
  • 2 genggam kacang dal - direndam semalaman
  • 1/2 bii bawang besar-didadu
  • Cili padi/cili kering/cili merah/cili hijau-dihiris
  • Daun kari -dihiris
  • 1/2 kiub pati ikan bilis
  • 1/2 sudu kecil jintan manis-ditumbuk kasar(Aku add juga jintan putih)
  • 1/2 biji telur(Aku xletak)
  • secubit tepung ubi -untuk melekatkan adunan, jangan banyak sangat, nanti liat, tp kalau adunan dh agak boleh dibentuk, tak payah letak tepung ubi pun takpe..(Aku letak tpg beras)
  • Aku add juga 2sdb udang kering yg dikisar
Tgh tggu turn nak digoreng..Aku letak atas daun pisang jer,sng nak angkt.

Cara-cara

  1. Kacang dal ditumbuk atau kisar -jangan letak air.Kalau tak hancur sume pun takpe.
  2. Dalam satu bekas, campurkan kacang dal, bawang, daun kari,cili serbuk ikan bilis, jintan manis, telur, tepung.
  3. Perasakan dengan sedikit garam dan aji. Jangan risau kalau rasa adunan tu pahit sikit, nanti goreng ok lah dia.(garam jangan banyak sbb serbuk pati ikan bilis dh masin)
  4. Gaul rata bancuhan dan kepal2 kan. Bahagi kepada 6 atau 8 biji
  5. Ambik satu biji, kepal2 biar padat dan goreng dalam minyak panas. Semasa menggoreng biar bahagian bawah garing dulu baru terbalikkan, kalau tidak kuih ni cepat berderai. Goreng hingga garing/masak.
  6. Selamat mencuba.
Mmg sedap,berbaloi2 wat,sbb nana suka mkn..

Friday, November 18, 2011

Yorkshire Pudding Bersosej

Asssalamualaikum n selamat pagi semua..
Curi time letak n3 kejab pagi2 ni b4 nak klr jab lagi..Arini mmg banyak sungguh aktiviti yg telah dirancangkan n byk tmpat yg nak kami p..Biasalah kan aktiviti wajib tiap weekend..
Minggu ni ok lagi xda lagilah panggilan kenduri,nx week lak nak blk kg,sbb kakak aku da wat knduri arwah/tahlil/bersunat sekali,lagilah weekend xda umah..
Cuti2 sek nih biasalah kan,mmg ramai yg mengambil peluang nak wat kenduri,pastu nak bersunat pon ramailah,sbb cti panjang..

Uikks dah cite byklah pula kan,meh kita tgk resepi pula lah eks,resepi yg aku amik dari kakak cantik manis,kak diana..
Tima kasih byk ya kak diana n tuan punya resepi asal,hubby kata pasni kalo nak wat,watlah bagi manis n cicah ngan jem bagai lak,hihi...Nana pon suka sgt mkn,aku wat 1adunan n wat xtebal sgt,so dplah 2kpng,1 keping aku letak sosej,1 lagi letak Scallop Ayam..

:: Resipi Asal Food.com ( TQ )
:: Sumber Resepi ~Kak Diana Sky Blue's Kitchen( TQ )

Bhn²
1 cawan telur yang d pukul ringan(Aku letak 3/4cup=3biji telur)
1 cawan tepung gandum _ d ayak
1/2 cawan susu segar
1/2 cawan air
Garam secukup rasa(Aku add cikit serbuk pati ayam)
Serbuk lada hitam
Sedikit minyak
10 batang Ayamas koktel sosej ayam berkeju(Aku guna sosej ayam Ramly &Scallop ajer,pastu potong2)
2 ulas bawang merah _ d hiris

Yg nih versi letak scallop ayam..

Cara²
  1. Masukkan tepung, garam dan serbuk lada hitam secukup rasa ke dalam mangkuk.. gaul rata.
  2. Buat lubang d tengah²nya dan masukkan telur dan pukul hingga sebati.
  3. Satukan air dan susu segar.. Masukkan bancuhan susu dan air tadi ke dalam adunan tepung dan telur sedikit demi sedikit d samping d pukul d setiap kali menambah bancuhan susu dan air tadi.. Pukul sehingga sebati.(Versi aku lak,pas tpng diayak,aku msk semua lam blender kecuali telurn sosej,pastu blend smp sebati,pastu baru aku mskkan telur yg dipukul manja,pas dah campur telur tuh aku biar ajer lam blender tuh sejam,haha,dasar malas sungguh kan)
  4. Tutup adunan dan rehatkan selama 1 jam.
  5. Pukul lagi seketika semasa hendak d bakar.
  6. Panaskan oven pada suhu 240°C dan masukkan acuan yang telah d isi dengan sedikit minyak ( sapukan juga d seluruh permukaan acuan tu ).
  7. Panaskan selama 3 - 5 minit ( sehingga minyak cukup panas ).. masukkan sosej dan bakar selama 3 minit.
  8. Kemudian keluarkan dari oven dan terus tuangkan adunan pudding tadi hingga memenuhi acuan dan taburkan bawang merah d atasnya.
  9. Bakar semula selama 10 - 15 minit atau sehingga ianya masak.
  10. Angkat dan makan bersama sos kegemaran.
Jemput makan semua,opss kalo teringin kenalah cuba try test eks..DAH NMPK CAM PIZZA LAK KAN.

Wednesday, October 12, 2011

Bingka Cheese Berlauk

Assalamualaikum semua,bersiaran lagi di pagi rabu nih,xpandai nak wordless bagai,kita bebel jugalah cikit2 ya,walaupon agak bz arini,coz nak menyetelkan baju yg dah menjadi gunung ganang,dah lama xmenarah,ashik duk tambun ajer,wakaka..Byk weh bju xberlipat,huhu dasar pemalas kan..
Nmpak kak ummi cantik nan jelita pos ajer bingka nih,terus jatuh hati pandang pertama,coz mmg semua bahan dah da,cheddar pon mmg da,coz lebihan wat sekut raya ritu,nih pon da berbaki lagi,coz letak cikit jer kan..Aku wat half adunan,pastu letak cheddar 11/2 sdb,pastu add juga serbuk parmesan lam adunan bingka nih..Walla weeeeiii mmg tersangat sodap gilossss ai ckp u....Lemak cis berpadu bersama santan..Tapi aku mkn 2ketui jer mmg rasa muak sgt dah,pastu mmg aku xleh nak mkn dah,tapiii hubby ckp sedap n leh suap wat xtau jer n ckp xmuak..Sapa2 yg xwat lagi mmg rugi gilosss,betoi xtipu,mmg sedap..Tq utk kak liza atas rcp nih n jutaaan tengs juga wat kak ummi,sbb membuat hatiku terbekenan n mencuba bingka sedap ni..

Aku punya bingka xcun,coz potong time suam2,sbb xsabar nak merasa,pastu lak minyak dari inti da meleleh cikit n menyebabkan bingka mnjadi kale kuning,huhu..

BINGKA CHEESE BERLAUK
Resepi: Chef Hanieliza @ Buku 1 Hari 1 Resepi
Sumber Resepi: Kak Ummi @ Home Sweet Home

Bahan A (bancuhan tepung):
  • 1 cawan tepung gandum
  • 3 sudu makan tepung jagung
  • 3 cawan santan (boleh guna 1 cawan susu cair + 2 cawan air) - akak guna santan kotak 1 cawan + 2 cawan air
  • 1 sudu garam halus
  • 2 biji telor
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 2 sudu makan parutan Cheddar Cheese(Aku add juga 1/2Sdb serbuk parmesan cheese)
Bahan B (Inti):-
  • 200 gm daging kisar/cincang
  • 2 biji kentang - dipotong dadu
  • 1 labu bawang besar - dipotong dadu
  • 2 ulas bawang putih - cincang (akak tambah ni)Aku add juga halia
  • 1 batang kecil lobak merah - didadu (akak parut halus)
  • 1 sudu makan rempah kari (akak letak 2 sudu)
  • 2 biji cili merah (dihiris halus)
  • 5 tangkai daun sup (dihiris halus)
  • 1 pokok daun bawang (dihiris halus)
  • 1 sudu makan minyak masak
  • garam secukup rasa


Cara-Cara Membuat Bingka:-
  1. Kacau semua bahan kecuali Cheddar Cheese dan tapiskan ke dalam loyang saiz 8x8 inci yang telah dilenser dengan marjerin.
  2. Kemudian taburkan Cheddar Cheese tadi.
  3. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180C selama 20 minit dahulu.
  4. Kemudian keluarkan dan tuangkan inti lauk dan rata-ratakan di permukaan bingka. Bakar lagi selama 30 minit/hingga masak.
  5. Sejukkan dan taburkan dengan cili merah, daun sup dan daun bawang yang dihiris. Potong dan hidangkan.
Cara Memasak Inti:-
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga layu.
  2. Masukkan daging kisar, kacau rata dan masukkan rempah kari dan kacau rata lagi.
  3. Masukkan kentang dahulu, diikuti dengan lobak dan garam secukup rasa. Masak hingga daging sedikit kering dan masak elok.
  4. Seimbangkan rasa dan tutup api. (*kalau terlalu banyak minyak, toskan inti daging sekejap). (akak masukkan sebahagian bahan hirisan semasa membakar, dan sebahagian lagi ditabur semasa menghidang).

Monday, October 10, 2011

Karipap O Karipap..

Tgh tunggu laling mandi n bersiap,aku dah siap dah,kan nak p BM,sementara tuh msk n3 nih dulu,takut kang arini bz jer xsmpat n3..Sana sini duk menayang karipap kan,ai pon sebenarnya lama dah xmenajamkan skil mengelim karipap nih,kebetulan sama ari ngan kak mas,aku pon wat karipap juga,tapi baru arini berkesempatan nak menayang..
Teringin juga nak guna acuan karipap tuh,tapi xde,so kelim sendrian berhad jerla,da yang xsama besar pon,walaupun terap guna gelas plastik,huhu lantaklah kan,yg penting sedap,kenyang n hubby serta nana suka sgt..
Kalo kripap aku lbh suka inti kentang,so mmg wat inti kentang la yg nih pon..Utk doh aku guna resepi Tun,TAPI aku guna air ais dari peti sejuk utk mendapatkan kulit yg rangup,sbb mmg dah terbiasa,kalo wat karipap,mmg guna air sejuk,Resepi tun nih mmg lbh kurang ngan aku selalu wat,tapi b4 nih xsukat2,men agak jer.Dari dulu2 duk tgk mak n kakak aku wat karipap lagi,mmg gunakan air ais utk kulit yg rangup..Sampai skang aku pon mmg ikut jerla..
Terima kasih utk kak izah yg mewarwarkan resepi tun ni..Tun tima kasih byk ya,kak ct letak kat sini utk rujukan bersama ya..
Pic inti pon xperasan,pic kelabu asap,sbb snap pon dah memalam,dah la ujan lak aritu..
Yg nih goreng half msk utk wat frozen..Mmg tgh byk stok kipap lam esbok skang nih..Senang kan,nak mkn tinggal goreng semula hingga masak ajer,kalo xnk digoreng separuh msk pon blh,tapi kena letak sekejab di dalam freezer,pastu agak keras cikit baru disimpan,kalo tindan pon xper,mmg dah xlekat..


DOH KARIPAP
resepi: TUN
Sumber Kak Izah

4 c tepung
2 tbs margerin
1/2 c oil
3/4 c air(Aku guna air sejuk dari peti ais)
1/2 tsp garam

cara-cara:
panaskan margerin + minyak dlm periuk. tutup api.
tengah panas2 tu, masukkan tepung dlm periuk td dan gaul guna garpu (jgn guna tangan, melecur nnti).
dh sejuk siket, campur garam n air.
Uli-uli.. siap! buleh wat karipap ikot suka inti apa..

Untuk inti,Aku gunakan inti lebihan wat paratha paf,mmg sedap kat tekak aku inti nih..

Thursday, August 4, 2011

Menu Iftar Day 3:-Kuih Muih


Assalamualaikum teman2 semua,alhamdulillah masih lagi kita diberi kesihatan n kesempatan utk meneruskan ibadah di bulan yg lebih baik dari semua bulan ini..Syukur yg xterhingga sekejab jer masa berlalu dah pon 4ari kita berpuasa...InsyaAllah kalo jadi kami sekeluarga akan pulang ke a/setar utk berbuka puasa di sana,Blk kjb ajer la,isnin hubby dah kja kan..
Melayan kehendak en hubby yg nak mkn kuih lopes,aku lak teringin nak mkn pulut udang/pulut panggang,sbb dah lama xmkn,selalu mak yg buatkan,utk kali ni,ai buat sendri u,Nila 1st time dlm hidup wat pulut udang sendiri,yg beli mmg xkan beli,coz slalunya,kalo beli xsedap,yerla bknnya ada udang sekor pon,wat sendiri,leh letak udang byk cikit,walaupun udang yg kecik2 ajer..Puas hati weh,dpt mkn pulut udang air tangan sendiri..

Kelapa nih aku blend halus,sbb nak bagi nana mkn juga,kalo kelapa xhalus,mesti dia luah blk..

Hasil balutan amatur yg xkemas,aku semat ngan lidi pencungkil ajer,ngee..

Wat 3biji ajer,tuh pon msh berbaki lagi nih,Yerla dah wat dua2 jenis pulut kan..

Berselera hubby mkn lopes nih,mmg teringin sgt nak mkn lah tu..

Thursday, July 28, 2011

Popia Basah Versi Amatur

Assalam wat semua pengunjung yg sudi singgah di DZ yg xseberapa ni..Uiii lagi bape ari ajer kita semua bakal menyambut Ramadhan Al Mubarak,Moga kita semua diberi kesihatan,kesempatan n semua amalan kita diterima hendaknya,InsyaAllah..
Ptg klmarin pas anakanda berdua tido,aku pon ligatlah gogel resepi utk wat kulit popia,disebabkan inti pai tee masih ada,kulit popia yg kejung b4 bersalin aritu mmg da lam frezer,tapi xmo lah,ai nak popia basah ,hehe..
Pastu menerai lah resepi nih,aku wat half adunan ajer,dpt 13biji,kira utk family kecik cam kami nih,puas mkn lah kan,Rasanya not bad,kira sedap lah juga,tapi mmg xleh tandingi popia basah yg selalu beli kat psr mlm yg mamak juai tuh,sedp betoi,kuah dia pon best sgt..Yg nih pon best juga,lagi2 1st time wat kulit popia sendri,lagi lah bertambah teruja kan.. Kalo nak tgk step by step silalah ke myresepi ya..Daa..

Sumber Resepi:-Umi_e@Myresepi.Com
  • Bahan untuk kulit*
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 biji putih telor
  • 3/4 cawan air
  • 2 sudu makan cuka
  • secubit garam
  • Bahan untuk inti** (boleh buat inti ikut suka atau cara tersendiri)
  • 1/2 biji kobis - diricih halus
  • 3 biji sederhana besar carrot - disagat halus
  • 1 biji sederhana bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu makan udang kering
  • garam secukupnya
  • minyak untuk menumis
  • **Blend bawang besar+bawang putih+udang kering. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan blend tadi. Kemudian masukkan sos tiram + garam. Kemudian masukkan sayuran dan masak hingga layu.
  • Bahan untuk sambal***
  • 15 tangkai cili kering
  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar gula perang
  • 2 sudu besar kicap manis
  • minyak untuk menumis
  • garam, perasa dan bawang goreng secukupnya
  • *** blend cili kering+bawang besar +bawang putih. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan blend hingga garing. Masukkan kicap dan gula perang + garam dan perasa.

Cara-cara

  1. campurkan kesemua bahan dalam mangkok adunan
  2. gaulkan (macam buat cokodok) kemudian tutup dan biarkan sebentar sekurang-kurangnya 1/2jam
  3. ambil sejemput dan lenserkan ke atas kuali leper (contoh seterusnya - lihat gambar)
  4. buat dari arah jam
  5. mulakan dari tepi dulu
  6. kemudian sapukan bahagian tengah dengan sisa tepung yang masih ada di tangan
  7. setelah rata - bulat >>> biarkan sampai tepung masak sebentar
  8. angkat tepung yang telah masak dan letakkan dalam pinggan . Boleh disusun berlapis2 (tak lekat)
  9. ambil sekeping kulit popia dan sapukan dengan sedikit sambal
  10. Letak satu sudu besar inti dan taburan bawang goreng
  11. lipat macam biasa dan gulung
  12. sedia untuk dimakan :)