Monday, May 28, 2012

Pari Bakar Berempah Harum


Assalamualaikum..

Apa khabar wat semua yg masih sudi singgah ke sini..Puan Umah skang nih punya malas nak update..Terima kasih ya wat yg masih sudi singgah n tinggalkan komen..
Mesti semua dah lunch kan..Aku jer xlunch g,tekak nih rasa xnak mkn nasi,jab2 nanti nak wat cucur jagung letak udang jerla..

Lauk ikn pari nih aku mskkan utk hubby tersayang..Berselera hubby mkn tadi..Aku cuma temankan hubby mkn smbil suap2 ank2 mkn,huhu,tekak msih kurang selera nk mkn nasi,tambah2 makan masakkan sendri,klo org len yg msk,laju jer mkn,huhu..Xkan la hari2 nk tapau kan,hubby akceli mmg xsuka sgt lauk tapau,dia kalo blh nak wife dia nih ajer msk,walaupon cuma lauk sardin,huhu..

Di sebabkan aku nih isteri yg penyayang,ku gagahkan juga diri utk msk feberet2 hubby walaupon tekakku tersangatlah loyanya..

Akceli resepi nih aku dah save bila kak nor tayang bebaru nih,yerla nmpk sgt2 mnggoda,walaupon aku xmkn sebarang ikn termasuklah ikn pari,hehe..Aku mmg teruja sgt nak try resepi nih,sbb hb mmg suka sgt2 ngan ikn pari,tambah2 bila bakar..Lagi wat kan aku teruja sbb kak nor ckp dia mmg selalu stick ngan resepi nih jer,sbb sedap sgt,hehe..
Erm mmg xrugi aku mncuba hb ckp sdp sgt.Terima kasih bebanyak utk kak nor n kak dayang yg berkongsi resepi yg membuatkan hb sy memuji masakan isterinya nih,hehe..

SIAKAP BAKAR BEREMPAH HARUM
resipi : DayangJack
sumber : K.Nor@SecubitGaram


Bahan-bahan :
1 ekor ikan siakap (dibersihkan)
1 helai daun kunyit (diracik/dihiris halus)
2 helai daun limau purut (diracik halus)
bahan-bahan dikisar bersama :
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang serai
1 helai daun limau purut
3 kelopak bunga kantan (dihiris terlebih dahulu)
1 sudu makan cili giling (boleh ganti dengan cili api jika suka)
1 sudu besar rempah kari ikan
3 sudu makan air asam jawa
1 sudu besar kicap pekat
sedikit belacan bakar
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
gula dan garam secukupnya
sedikit air



  Nihla lauk lunch kami rini..Ketam msk cili padi,pastu bendi celur,telur masin,sambal belacan n tempoyak..

*Utk paste aku wat 2 adunan terus sbb kak nor ckp sedap,haha..Jimat masa pasnih nak wat ikn bakar lagi xyah wat paste dah,aku simpan freezer ajer,hehe..

Cara-cara :
Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Tutupkan api.
Sementara itu, sediakan kertas foil dan dulang pembakar. Letakkan ikan di tengah-tengah kertas foil. Tuangkan kesemua perencah tadi di atasnya. Taburkan hirisan daun limau purut dan daun kunyit dan balut dengan kemas. Perapkan sebentar lebih kurang 15 minit.
Kemudian bakar ikan sehingga masak.

Friday, May 18, 2012

Homemade Dadih,Sedapnyerrr..


Assalamualaikum..
Salam ari jumaat yg penuh barakah..Selamat petang wat semua..Panas2 nih layan dadih yg sejuk2 nih mmg la sgt2 sedap n segar jer rasa..Pagi2 tdi ujan lebat sungguh,tapi kejab jer,skng nih mmg tghri n ptg panas terik jer..

Nih 1st aku wat dadih sendri,selalu wat juga,tapi guna yg segera jer,senang la kan,Tapi terus terang ckp yg versi homemade nih fuhh mmg sodap..Anak2 berebut ngaanga mulut bila aku nak suapkan..Aku wat half adunan n dapat 10bekas yg kecik2 tuh pastu yg gelas dpt 2biji..Yg gelas ofcoz lah utk ummi n abah,wat 3layer lagi,haha..

Yg wat aku tertarik nak try rcp nih sbb xmenggunakan coffeemate,kat umh nih mmg xpernah beli pon coffeemate nih,hehe..Nih hasil skodeng umah tun la ni yg watkan aku tergoda,hehe..



Aku wat 4 perasa,coklat,blueberry,stoberi n pandan,semua sedap,hehe..

Aku amik resepi kat umah tun telani,resepi asal dari kak nor,tapi disebabkan kat umh aku jarang2 beli fresh milk,aku ikut jer resepi olahan dari Tun..Tq bebanyak utk tun n kak nor diatas resepi yg mmg sedap , marbeles n bombastik nih ya.
 
Homemade Dadih
Sumber Asal: Kak Nor @myr
Olahan: tun telani

Bahan2:

  • 10gm serbuk agar2
  • 2 tin susu sejat (800ml)
  • 1 1/4 cawan gula (atau 17 sudu besar gula)
  • 2.4 liter air
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu besar tepung jagung - dibancuh dgn 2 sudu besar air
  • perasa pilihan ( tun guna 1 sk coklat emulco, dan 1 sk pandan paste)
Cara2:
  • masak serbuk agar2 bersama air hingga mendidih. tun larutkan agar2 dgn sedikit air dulu supaya tak berketul.
  • masukkan susu sejat, garam, gula, tepung jagung dan perasa pilihan. masak dgn api sederhana dan selalu dikacau. apabila nmpk hampir mendidih, tutupkan api. jgn masak lama, takut dadih keras.
  • kalau nk buat 2perasa, lepas masukkan susu sejat, garam, gula, dan tepung jagung, kacau2 kejap dan bahagikan dulu baru masukkan perasa.
  • tapis ke dalam bekas kecil2. sejukkan dan blh dimakan.



ni resepi asal ye :)


Homemade Dadih
resepi: kak nor@myr

Bahan-bahan ( 16 bekas -spt dlm gambar )
  • 10gm serbuk agar2 - kalau nak guna agar2 bertali boleh guna 1/3 dari sebungkus agar2 cap bulan(warna merah)
  • 1 liter susu segar biasa
  • 1 liter susu segar berperisa coklat
  • 1 1/4 cawan gula (atau 17 sudu besar gula)
  • 1.2 liter air
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu besar tepung jagung - dibancuh dgn 2 sudu besar air
  • 1sudu teh coklat emulco

Cara-cara
  1. Masak agar2 bersama air hingga mendidih. Jika guna agar2 bertali, rendam dulu supaya lembut dan lebih cepat hancur. Masukkan garam dan gula. Masukkan adunan tepung jagung. Masak hingga mendidih.
  2. Bahagi dua adunan agar td. Masukkan kembali 1 bahagian agar kedalam periuk dan masukkan susu segar putih. 1 bahagian lg dimasukkan kedalam periuk yg lain dan masukkan susu berperisa coklat dan coklat emulco.
  3. Masaklah kembali adunan tersebut. Gunakan api yg sederhana sj dan hendaklah sentiasa dikacau agar tidak berketul. Apabila nampak tanda2 mendidih, padamkan api. Peringatan: jgn masak terlalu lama nanti dadih menjadi keras.
  4. Biarkan hingga suam baru lah ditapis sebelum dimasukkan kedalam bekas. Masukkan dadih yg berwarna putih dulu dan bila ia sejuk dan mengeras bahagian atasnya barulah dimasukkan dadih coklat. Kalau nak lebih cepat bolehlah dimasukkan kedalam peti ais seketika.
  5. Sejukkan dalam peti ais, pastu bolehlah dimakan.
  6. Sekiranya ada yg nak buat berperisa strawberry, bolehlah guna susu perisa strawberry atau pun boleh juga guna kedua2 susu fresh putih dan tambahkan pewarna merah dan strawberry emulco.
  7. ** Satu kaedah lagi utk menghasilkan dadih coklat bg yg bimbang jika ikut cara2 diatas menyebabkan rasa dadihnya terlebih manis(bg hb dan anak2 saya rasa manisnya sedang elok je). Setelah diikut step pertama, masukkan 2 liter susu segar (putih) kedalam periuk (tanpa menggunakan susu segar berperisa coklat). Kemudian bahagi 2 adunan dadih dan 1 bahagian itu dimasukkan 1sb coklat emulco. (diletakkan 1sb kerana aduanan asalnya berwarna putih sdgkan jika guna susu segar perisa coklat perlu letak 1st shj )
Meh sapa nak,aku tlg suapkan..!

Thursday, May 17, 2012

Mee Bandung Adami.

 
Assalamualaikum.

Dah lunch ke..Rini aku wat nasi grng ajer,klmarin hubby dah mkn sedap kan,rini nasi goreng kampung jerla..Igt nak msk 1resepi daging tuh,tapi pas sapu sampah n mop lantai bagai skit kpla lak,huhu..Pastu msg ngan hubby gtau sakit kpla,hb kata xyah msk papa lah n rilex jer,tapi sian lak ngan hubby aku wat jugalah nasi grng,Huhu..Esk2 jerla msk daging tuh,esk msh ada kan,hehe..


Mee bandung nih akceli dah lama juga aku msk..Duk terliur tgk merata org guna pes segera adami tuh,bila nmpak kat mydin da juai,aku pon belilah juga sepeket,tapi terus terang ckp perencah nih kalo xda add kentang kisar,cili kisar n sos bagai,mmg xsedap sgt pon,coz rasa manis,nih bagi tekak aku lah kan,jgn da yg nak saman lak,huhu..Tekak memasing selera berbeza kan..

Bila dah add mcm2 bhn nih,mmg sedaplah pula jadinyer,hehe sendri msk sendri puji..Hubby pon ckp sedap wokey.
Tq ya utk kak azlita,sbb sy ikut akak add bhn2 lain2 tuh,hehe..

MEE BANDUNG MUAR
By: Adami (perencah segera mi bandung)
Sumber:- Kak Azlita
1 bungkus mi kuning
1 ikat sawi - dipotong
1/2 kg daging - dipotong
2 biji tomato - dipotong baji
bawang goreng
daun sup dan daun bawang
tauhu - digoreng dan dihiris
2 biji telur
10 ekor udang
1 keping fish cake - di goreng dan dihiris(Xletak)
10 biji fish balll(Xletak)
1 peket perencah segera mi bandung
1 biji kentang - di hiris nipis, di goreng dan kisar halus
5 ulas bawang merah - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
2 sudu besar cili kering kisar (Aku lebihkan)
3 sudu besar sos cili
1 kiub daging
1 kiub ikan bilis
garam dan gula jika perlu(Aku xletak dah)





 Cara2:-
Tumis bawang merah, bawang putih dan cili hingga garing. Masukkan perencah mi bandung segera dan tumis lagi hingga terbit minyak.
Tambahkan air dam masukkan daging masak hingga daging empuk.
Kemudian masukkan kiub daging dan ikan bilis dan tambahkan juga sos cili. Biar
merenih.
Barulah masukkan udang, fish ball dan fish cake.
Masukkan tomato buah biar didih dan masak sempurna.
Rasakan garam dan gulanya. Mi bandung ni sedap kalau manis2 sikit kuah dia tu..

Kuah ni telah siap untuk di hidangkan bersama bahan2 yg perlu di makan bersama.
Jika kita nak makan sendiri masukkan terus mi kuning dan sayur sawi. Pecahkan sebutir telur dan biar telur masak jangan di kacau.
Siap untuk di hidangkan bersama taburan bawang goreng, daun sup dan daun bawang, cili jeruk dan hirisan tauhu. Mudah je kan!

Wednesday, May 16, 2012

Nasi Ayam Bakar Ala Mediterranean

 Assalamualaikum..

Selamat petang semua..Moga anda semua sihat2 selalu ya..Dah 2mggu lbh blk dari sarawak nih la n3 1st aku utk bln 5 nih..Xsihat,pastu kemalasan n mcm2 sebab jugalah penyumbang kepada xberupdatenyer blog nih..Terima kasih yg xterhingga kpd yg masih sudi berkunjung ke sini ya..

Sekarang nih pon aku jarang2 juga memasak,rasa malas sgt2,ditambah lak ngan morning sickness yg xabis2 g ni.Sekbek hubby faham n tapau jer pa yg aku rasa nak mkn,Nasi2 nih mmg aku kurang selera sgt nak mkn,selalunyer hb tapau nasi utk dia n utk aku makanan yg len dari nasi..Ngengada sungguh tekak aku skang nih,huhu..


Erm nasi nih menu lunch arini aku masak utk hb tersayang,berselera sungguh dia mkn,siap bertambah2 lagi,anak2 pon berselera sungguh bila aku suapkan depa jab tadi,aku lak rasa semulut jer,nanti2 baru nak mkn,coz tekak rasa loya jer..Besalah kan kalo peknen nih,yg org kata sedap kita xselera lak nk mkn,tapi Alhamdulillah syukur hubby n ank2 suka sgt..

Terus terang ckp semulut yg aku rasa tuh mmg sedap,cuma tekak aku nih jer xleh terima nasi skang nih..Nasi nih da iras2 nasi tomato sikit,aku amk kuah ayam tuh sikit utk masak nasi nih,pastu ayam aku bakar asing n pas dah garing baru bakar kjb ngan nasi,bakar kejab wat syarat jer,hehe..

Tima kasih kak madihaa n semua yg terlibat diatas resepi nih ya,terutamanya puan punya resepi..Sy kongsikan disini pula ya..
Nasi Ayam Bakar Ala Mediterranean 
(Resepi Hajjah Suraya Bee M Ibrahim)
Sumber 2:- Kak MaDiHaA
Bahan A:( Lauk Ayam)
10 kpg ayam*
1 sm madu*
1 st serbuk lada putih*
1 ibu jari halia**
5 ulas bawang putih**
3 biji bwg besar**
1/2 cwn hirisan daun ketumbar
1 st serbuk ketumbar
1/2 st jintan putih.
1/2 st jintan manis
1 x 140g tin tomato puri
1 st gula perang
2 sm tairu, dipukul sebentar (MaDiHaA ganti dengan susu cair + sikit perahan limau nipis yg dibiarkan sebentar = buttermilk?)
2 sm badam kisar (MaDiHaA ganti dgn 1 sudu besar serbuk kas kas)
2 sm minyak sapi
garam dan serbuk lada putih.
Perap bertanda* selama 15-20 minit
Kisar bertanda **


 Makan juga ngan acar limau,bertambah2 en hubby ai,hehe..Kuah2 len malas lak nak msk,so mkn kering jer,time nak mkn letak juga kuah ayam yg aku letak asing tuh.

Cara:
Tumis bahan kisar dalam minyak sapi. Masukkan tomato puri, jintan putih + jintan manis + serbuk ketumbar, gula perang dan hirisan daun ketumbar. Masukkan tairu dan badam kisar, tumis lagi sehingga sebati. Kemudian masukkan kepingan ayam dan masak sampai 3/4 empuk. Tuang sedikit air di sekeliling kuali utk memudahkan minyak terbit. Tabur garam dan serbuk lada putih.

Aku wat juga kambing bakar selain dari ayam tuh..Feberet en hubby nih..

 
Bahan B:( Nasi)
750ml stok ayam (air + 3 kiub stok ayam)
500g beras basmathi, cuci bersih, toskan.
2 sm minyak ( samada ghee, canola atau olive oil)
3 biji capsicum - merah, hijau, kuning(hiris) (MaDiHaA tak letak ~ non stock!)Aku pon  xletak,just letak cili ijo jer
1/2 cawan sos tomato, 
1/2 cwn kismis
1/4 st serbuk buah pala 
1/4 st serbuk kayu manis
1/2 cwn hirisan badam bakar(Aku letak gajus)
*Aku letak juga sedikit kuah dari ayam utk memasak nasi

cara:
Didihkan stok ayam dalam periuk. Di samping itu panaskan minyak dlm kuali dan goreng beras selama 1 minit. Masukkan sos tomato, serbuk buah pala dan kayu manis serta garam. Kemudian masukkan capsicum dan kismis. Goreng sehingga bergaul rata. Padamkan api dan langsung tuang beras goreng ke dalam stok ayam yg sedang mendidih. Tutup periuk dan masak nasi hingga kembang tapi tak kering. (aku masak dalam rice cooker sampai nasi masak ~ MaDiHaA ikut sama juga)
Sesudah nasi masak alihkan ke casserol dan bakar pada suhu 180C selama 15 minit. Keluarkan dan sendukkan kuah ayam atas nasi, kemudian aturkan ayam atas kuah. Bakar lagi 15 minit atau sehingga ayam masak. Sesudah masak tabur hirisan badam. Permukaan nasi haruslah garing dan lembab di dalam. Hidang panas.