Tuesday, July 9, 2019

Resepi lengkap Nasi Daging Utara Dan Air Asam Kerisek Yang Terlajak Sedap


Assalamualaikum  n selamat tghri ampaa..Allahuakbar  dah berbulan kami x update blog kami ni no..Bz sungguh  kami skang ni ampa aiii..
Raya aji pon dah xlama lagi ..Ampaa semua msti besa mkn nasik daging utara n ayaq asam kerisek  ni kan..Menu yg pemes time raya aji sbb time tu kan kita dapat byk daging,wakakkaka..
Lagi pon ramai yg Masuk korban kan,so ada la segala mak nenek dari bhgian Lembu tu.. So ni la Salah 1 menu yg pemes ..
Rasa nasi Daging ni memang sedap n trbaik..Ada plak Ayaq asam yg boh kerisek  ni plak,pergh lagi laaa bertambah2 kesedapannya..
Ayaq asam tu kalo buat pedas2 memang sempoi n layan abis ar..Tapi kalo ada yg xmakan pedas tu ampa kurangkan lah Cili Padi  tu..
Wokey jom tgk rcp..



Nasi Daging Utara  Dan Air Asam Kerisek

Blh tgk Tutorial lengkap di utube channel aku..

Air Asam Kerisek

 Bahan Kisar

1biji buah tomato
1 Biji Bawang besar
2 cm Belacan bakar
10 Biji cili padi Merah +Hijau
1 Biji cili merah
 1 SDB Kerisik
1 SDT Pes Asam jawa

 Bahan B (Hiris)
1 biji tomato
1/2 Biji bawang besar
5 biji cili padi Merah + Hijau

Bahan Lain
Garam
Gula
 Kiub Pati Ikan Bilis
Jus limau Kasturi

Cara2
Kisar jgn trlampau halus bahan2 kisar
Gaul Sebati bahan kisar dengan Bahan hiris.Perasakan dengan Gula,garam,kiub Pati bilis Dan Jus Limau Kasturi.

Nasi Daging Utara
 3 Cawan Beras Basmathi
(cuci bersih,rendam 30 minit Dan Toskan Airnya)
500Gm Daging Yang Telah Di rebus dengan 2inci Halia Dipotong Nipis..
Air Rebusan simpan untuk Masak Nasi.

Bahan Tumis
 2 SDB Mentega
 1SDB Minyak Sapi
Rempah 4 Sekawan
Daun Pandan
 1 Batang Serai Di ketuk
1/2Biji Bawang Besar Hiris

 Bahan Kisar
 5 biji Bawang Merah
 2 Ulas Bawang Putih
 2 Inci Halia

 Bahan2 Lain
 1/2 SDB Rempah Sup
1SDB rempah Kurma
Air Rebusan Daging
1/4 Cawan Susu Cair
 Kiub Pati Lembu
 Garam
 Gula

Cara2
Tumis smua Bahan tumis..Masukkan Bahan kisar..
Bahan Kisar dah garing masukkan  pula bahan2 lain..

Tuang Dalam Periuk nasi Elektrik Dan Sambung masak seperti  biasa..
Nasi dah masak blh la di gemburkan dengan Garfu.
Siap di hidangkan dengan air asam,Sedap juga di makan dengan sup @ dalca.

No comments: