Tuesday, July 5, 2011

Kuih Serimuka Ku Yg Xberseri,Huhuhu..

Assalamualaikum semua,jgn da yg tergelak nengok serimuka yg mmg xberseri nih ya,cadang tuh nak wat 4 layer,tgk2 baru 3layer dah nak penuh loyang,pastu lak nak dijadikan cite,time tggu sejuk tuh letak bawah tudung salji,anak aku lak p cucuk bagi cop jempul tapak tangan n da berlobang bekas jari,huhu,pastu bila tgk jer terus tension n kena tampar jugalah dak nih..Aku lak malas dah la nak tggu kuih nih sejuk,terus potong2 jer sbb igt mls nak ambik pic bagai,pastu igt lak kat member aku yg nak sgt resepi nih,ambik jugalah pic yg agak sesuai utk tontonan selepas ditapis finas nih..
Pastu punya duk peram,dari mggu pas lagi,arini mmber aku Cik Minah,sms nak resepi n suh letak lam blog gak,wlaupon xletak pic,ishk cam xbest lak klo xletak pic,wlapong xbape cun.K lah layan resepi aku ambik dari kak yati,teng utk akak n nanaSham ya..

*Weh Cik Minah,Aku letak tepung gandum 1sdb ja utk Half adunan,sbb suke lembik2 cikit,Tpng jagung pon letak 1Sdb juga..Telur aku letak 2biji..

Sumber NanaSham&Kak Yatie
Bahan-bahan
  • Bahan lapisan bawah
  • 500 gm beras pulut
  • 400 ml santan cair
  • 1 sk garam
  • 2 sb minyak

  • Bahan lapisan atas
  • 120 gm tepung gandum
  • 3 sb tepung jagung
  • 140 gm gula
  • 3 biji telur
  • 450 ml santan pekat
  • 1/2 sk garam
  • 300 ml air + 10 helai daun pandan dikisar utk dijadikan air pandan (bagi yg tak mudah nak dptkan daun pandan..boleh digantikan dgn 1 st pandan paste)

Cara-cara

  1. Untuk lapisan bawah
  2. Sediakan kukusan terlebih dahulu. Biarkan air mendidih.
  3. Bersihkan beras pulut dan direndam selama 10-20min.
  4. Toskan beras pulut. Tak perlulah lama2 sekejap je pon boleh.
  5. Satukan semua bahan2 didlm loyang dan dikacau sedikit agar minyak dapat diratakan.
  6. Kukus diatas kukusan yg telah sedia mendidih selama 20-30min.
  7. Keluarkan loyang dari kukusan dan ratakan permukaan pulut tadi. Siap untuk dilapis dgn lapisan atas.
  1. Untuk lapisan atas
  2. Pukul gula bersama telur hingga kembang..sikit je pon boleh.
  3. Masokkan santan yg telah dilarutkan bersama garam. Diikuti dgn air pandan dan dipukul/dikacau lagi...
  4. Akhir sekali ayakkan tepung gandum & tepung jagung ke dlm adunan tadi. Dipukul/dikacau lagi agar tidak berbiji. Hendaklah ditapis adunan ini dan siap untuk dikukus!!
  5. Sekali lagi dgn kukus yg sedia mendidih tapi INGAT api biar sederhana aje...letakkan loyang yg berisi pulut tadi tu....kedlm kukusan dan dgn perlahan tuangkan lapisan atas. Kukus la selama 45min atau 1jam....
  6. PERINGATAN...kuih ini hendak la betol2 sejuk barula mudah dipotong dan cantik dihidangkan...jadi SELAMAT MENCUBA!!

16 comments:

Cheq Sue said...

alah ct...x berseri takpe...janji abes masuk mulut. kan kan...

K.Nor said...

cantik gak tu.. bak pelangi :)

Yana Shaiful said...

cantik jgk tuu..berlapis2..rajin tul ct..anta sini 1 hehee

LiNa_Pg said...

rupa paras belakang kira,janji sedap masuk mulut..sedap tu lembik2 sket..

psstt..dh cntik layer2 tu,rajinnya melapis bagai.Akak yg tak berlayer pun tak terbuat lagi

ma'chiks said...

salam singgah ziarah...takpa tak beseghi pun janji berani cuba, kan.rasa sedap pun berbaloi dah.

Yatie said...

klakorlah dngr citer Siti, biasalah anak2 tak sabor nak merasa kalau kita wat kuih...apa pun cantiklah tu kuihnya..berseri apap..ceria je..

K.zai said...

salam zalieda
re:akak sihat..moga zalieda pun sihat sama.
berseri2 kuih srimuka...bak pelangi

Zalieda Zaliedana said...

Cheq Sue,
A"Ah betoi3,janji selamat masuk perut n sedap,hehe..

Zalieda Zaliedana said...

Kak Nor,
Pelangi yg xcukup kale,hidup segan mati xmau kak..

Zalieda Zaliedana said...

YANA SHAIFUL,
Boleh lah yana,takat nak mkn sendrik,kalo jamu org,mmg segan lah,hehe..Ngan anak kecik camtuh la..Sikit ari nanti damia lak pandai panjat2..

Zalieda Zaliedana said...

Lina_pg,
Xla rajin sgt kak,igt nak bagi cun cikit,rupanya jadi xbape nak cun kak,hehe..Tapi mmg sedaplah sbb lembik2 cikit kak..

Zalieda Zaliedana said...

ma"chiks,
Waalaikumussalam n salam kenal juga,tengs ya sudi singgah sinin tinggal komen..Nanti sy kunjung balas ya..

Zalieda Zaliedana said...

Kak Yatie,
Tu la kak,skang nih dah pandai panjat2,uish lagi haru biru kak,Xpadan girl kak,Malu lak akak tengok kuih sy nih,mmg awal2 kalah ngan akak nih..

Zalieda Zaliedana said...

Kzai,
Waalaikumussalam kak,tima kasih ya kak,Alhamdulillah sy sht2 ajer..

HaSue said...

dah berseri dah tu ct...kalo x bgtau sure tak tau.hehe...
akak nak buat gak serimuka..tp tggu la 2,3 hari lg..ke 5,6 hari tah.ehe...akak pun suke lembik2 sket.meh calit ibu jari sat

Sheery Dream Cakes said...

apa plak x berseri tu ct... ok apa akak tgk... berseri jer kejadiannya... cantik lg gitu tau..