Cerita tentang segalanya...Hasil Masakkan Aku,Resepi2 yang aku telah cuba,family Aku dan segalanya di sini❤
Monday, March 21, 2011
Kerapu Syahdu 3 Rasa&Ketam Goreng Pedas
Menu lunch kami seterusnya ikan kerapu n ketam..Ikan kerapu nih sekerat ajer,coz hubby sorang jer yg melantaknyer,aku xmkn ikan yer..Berselera jer nmpak hubby mkn ikan nih,Sbenornya ada story ckit di sebalik nama ikan nih kerapu syahdu 3 rasa,ngee,biarlah rahsia yer,hanya aku n En Sazali jer yg tau,muehehe..Hubby ckp amboi lunch rini special mcm kat hotel,muahaha..Yola tuh..
Half ekor Ikan kerapu
Garam
Serbuk Kunyit
Tepung Kfc@serbaguna
Tepung Jagung
*Bahan yg dikisar
* 1 Ulas bawang putih
* 3 Ulas bawang merah
* 2 biji cili merah
* 2 biji cili padi
1 sdb cili kisar
Tomato - dipotong dadu
Nenas - di potong dadu
Lada benggala merah+hijau di potong dadu
1Sdb sos tiram
1Sdb sos ikan
1Sdb sos cili
1Sdb sos Plum
Garam, gula Secukup rasa
Minyak
Ikan kerapu posing jab,tanpa selimut lagi time nih..
Cara-cara
1. Ikan dicuci bersih bersama perahan limau dan dilumurkan dengan garam, serbuk kunyit,tepung kfc & tepung jagung. Goreng ikan tersebut sehingga garing. Angkat & toskan.
2. Panaskan minyak di dalam kuali lain dan tumiskan bahan kisar hingga kekuningan,masukkan cili kisar, Kemudian masukkan bawang merah yg di belah 6 tadi& goreng lagi sehingga naik bau.
3. Masukkan cili benggala merah+hijau+buah tomato+nenas yg di potong dadu.
4. Masukkan semua sos n gula garam jika perlu,biarkan seketika sehingga kuah pekat.
5. Apabila sudah masak, tuang kuah tadi ke atas ikan blh la di hidangkan panas2 bersama nasi putih.
KETAM Goreng Pedas(My Style)
Bahan2:
3Ekor ketam, dibersihkan dan dipotong 2,di gaul garam kunyit,goreng hingga masak n ketepikan
*5 biji bawang merah
*2 ulas bawang putih
*1 inci Halia
*2 Batang Cili Merah
*3 biji Cili padi Merah (Di kisar)
2sdb Cili Kering yg diblend
1 batang Serai(Di titik)
Sos cili+Sos Tomato+sos tiram
Garam & gula secukup rasa
Minyak utk menumis
Sedikit Air jika perlu
Cara2:
1. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan kisar n cili kering yg di kisar, Kacau dan masak sehingga cili benar2 masak dan kelihatan garing.Masukkan serai yg di titik.
2.Masukkan semua sos,n air..
3. Masukkan ketam yg di goreng, kacau hingga rata.
4. Perasakan dengan garam dan gula.
5. Gaul rata biar mesra,angkat n hidangkan..
Menu lunch kami arini,hehe,yummy..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
perhhh..sedapnya kerapu ngan ketam tu...
nak join makan sekali bolehhh..he..he..
Assalamualaikum...
Awat tak panggil. Kalau tak boleh tolong cuci pinggan sekali. Hehehehe
Kak mas,arini nyer lauk dah abis kak,esok mai join len yer kak yer..ngee..
Kak sam,
Waalaikumussalam kak,La ciannyer smp nak tlg cuci pingan,xpa kak nnti mai lunch kat sini eks..
woo specialnya lauk lunch.lauk pauk blaka tu/.hehee..
ct, akak tak tau lak ct duk penang.kalau tak boleh calling callin jumpa.aisehmennnn..tak pe next time kite jumpa k.nanti akak emel enpon no.
uiii..tak mkn ikan ke ct???pantang ke?
Akakk sukaaaa banget makan ikan!nanti leh makan sama ngan hubby ct yer..oopps!tak boleh ek??hihi..
tak boleh takpe laa...akak amik ikan yg separuh lg bawak balik nak masak sendirik...haha
ketam tu sungguh lawa!nampak yumm2
Kak izah,
klmarin rajin ckit kak,tu la masak mcm2,akak no phne tuh save yer,nnti mai pg rojer2 yer..
Kak hasue,
akak,sy mmg dr kecik samp dewasa,(ceh xmo tulis besaq tuh )xmakan iakn kak,ikan bilis jer mkn,time peknen lagi la teruk bau ikan pong dah muntah sakan,hubby kalo pas mkn ikn nakmai dekat jer kena gosok n gumur ngan listerin dulu kak oii,ngee..Xpe lar meh la jmput mkn,akak n en sazali mkn ikn,sy mkn ketam,tapi tlg suap nana skali yer,opss pas mkn tlg basuh pinggan yer,muehehe..
Post a Comment