Wednesday, January 18, 2012

Menu Ulang Tayang(Apam Mentega)

Assalam n selamat pagi..

Erm kan dah kata kejab tenggelam kejab timbul,hehe..Camner arini semua sihat ke,dah bf ke belum tuh..Klmarin tuh igt nak juga update,tapi adeii penat n letih sungguh rasa,coz mlm sebelum tuh tido lewat,coz mnyimpan n mmbuang segala khazanah Arwah MIL doulu2,sesi clearkan lemari ler konon2 nyer..

Bentuk rama2 nih utk nana n syifa,mmg suka ajer depa makan..Kejab2 jer nana mnta lagi..Syifa lak ummi suap,xnak bagi comot..


Niat hati ptg tuh nak tidokan ank2,ngan aku2 sekali jalan,bagun2 dah kul 3,tido dari kul2,pastu baru duk pikir2 menu palah nak wat minum ptg,last2 bila belek2 nset tang draf terasa nak wat apam nih la,coz mmg sedap.Dengan sepantas nya terus bgn sukat segala bhn n peramkan,sambil tuh sukat juga tepung bagai n on kan Bm,nguli roti,Hehe..Syukur alhamdulillah dengan nikmat rezeki yg Allah kurniakan..

Versi acuan lompang pon da juga..Pastu adengan yg plg xbest tuh nak basuh mould yg di guna nih la,adeiii..

Apam nih walaupon aku wat half adunan jer,tapi mmg dapat byk,siap bagi jiran sebelah,kak mimi n simpan esbok lagi..Nana n syifa mmg suka mkn,wangi jerk bau gula hangus,ditambah lak ngan mentega,mmg bestlah,tapi utk kali nih walaupon aku letak 1cawan gula jer,hubby komplen manis,b4 nih aku letak 3/4cawan gula jer,utk 2nd time aku wat..Adeii terlupa lak..Kiranya nih kali ke3 la aku wat apam ni..
Kalo nak tgk resepi asal leh tgk disini eks..
tima kasih wat semua yg sudi berkongsi resepi ni ya..

Apam Mentega


  • (A) Bahan2 utk gula hangus:-
  • 1 cawan gula pasir(Nx time aku nk ltak 3/4cawan jer)
  • 1 cawan air
  • 125 gm mentega

  • (B)
  • 2 biji telur
  • 11/2 cawan tepung gandum ayak besama
  • 1 sudu teh soda bikarbonate
  • 200ml susu cair
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 2sdb Susu pekat n Secubit baking powder aku add juga

Cara-cara

  1. Cara membuat gula hangus: masukkan gula dlm periuk, masak dgn api perlahan hingga gula larut dan berwarna perang.
  2. Padamkan api (utk mengelakkan air gula terpercik semasa kita tuang air) dan masukkan air. Nyalakan semula api dan kacau hingga semua larut dan masukkan mentega,kacau rata dan ketepikan.
  3. Putar gula, telur dan esen vanila hingga kembang dan masukkan gula hangus yg masih panas tadi.
  4. Kemudian masukkan susu selang selikan dgn tepung.gaul semua hingga sebati.
  5. Perap selama 1/2 jam.
  6. Panaskan pengukus dan acuan lompang. Tuangkan adunan ke dlm acuan. Adunan ni jika dituang penuh kedlm acuan pun x mengapa sbb semasa masak dia x akan melimpah.
  7. Jika guna acuan lompang kukus selama lebih kurang 15 min - 20 min. Tutup pengukus dgn kain supaya wap tidak jatuh ke bawah.
  8. Selamat Mencuba.......
Aku men blend ajer susu n telur,pastu masukkan air gula hangus n semua bahan,biasalah kan cara org malas..

Monday, January 16, 2012

Pilaf Tomato & Daging Masak Bamia

Assalam n selamat ptg..
Dah ptg2 baru nak terhegeh2 nak masuk menu lunch ni..Akceli nih menu lunch last week lagi..Hehe baru nak update..Biasalah aku skng nih ngapdet blog kalo rajin,tenggelam timbul,jgn tenggelam xtimbul2 sudah kan,hehe..


Nasi pilaf tomato nih kiranya nasi tomato biasa lah juga,cuma xla masam cam nasi tomato biasa tuh kan,tapi aku add juga tomato biji yg dicincang,hehe..Gajus lak aku malas sungguh nak goreng,tambah lak nak cepat aritu,kebetulan aritu mmg syifa merap ya Rabbi,adeiii lah anak omak..
Erm janji sedap dah la kan,hiasan2 belakang kira kalo nk cepat nih,nak hias lagi ke kalo ank dah duk melalak kan..

Resepi aku copy dari akak yg xpernah lagi tgk muka tuh,ashik tgk pic cup cake jer,kalo ank2 dia pernah la tgk,fuhh mmg hansome ank bujang dia..Siapa lagi kalo bkn akak ayu singapore kan,tq kak n penyumbang resepi..Sy tempek disini lak ya..

Pilaf Tomato
Sources:-From Mumtaj Begum Omar
@Asmah Laili Mintak Ampun sedapnya
Bahan:-
1kg beras basmath, cuci bersih rendam selama 10-15 minit dan tos airnya
air mengikut paras beras dan lebihkan 1 cawan lagi
5cm kayu manis
5 biji buah pelaga-(Ayu gunakan 4 biji aje)
2 helai daun bay-(Ayu gunakan 1 helai aje)
1 biji bawang besar dihirs halus
1 sudu makan pes halia dan pes bawang putih
2 biji lada merah, dibelah jangan putus
3 sudu makan pes tomato
1/2 cawan daun pudina(Xletak)
1/4 cawan susu sejat-(sorry just edited)
garam secukupnya + secubit serbuk perasa-(Ayu tambah)
secukup minyak atau ghee untuk menumis
sedikit kacang gajus goreng(Aku xletak pon)
Aku add tomato cincang 1/2biji

Cara:-
Tuang kedalam periuk nasi letrik, air, susu sejat dan garam. Ketepikan

Panaskan sedikit minyak atau ghee didalam kuali dan tumis kayu manis, pelaga dan daun bay sehingga meletup-letup dan wangi. Masukkan hirisan bawang dan lada merah. Tumis lagi sehingga bawang lembut dan wangi. Masukkan pes halia/bawang utih dan tumis selama 5 minit lagi, sehingga keharumannya dapat dihidu. Barulah dimasukkan pes tomato dan daun pudina.Biarkan sehingga keluar minyak.Matikan api.

Tuangkan semua rempah yang panas, kedalam periuk nasi letrik. Kacau sekali sahaja. Tutup periuk dan biarkan sehinga mendidih. Seterusnya buka tutup periuk, tuang semua bras yang telah dicuci dan toskan. Kacau sekali sahaja, tabur diatasnya kacang gajus goreng, gemburkan nasi dengan garpu sehingga kembang dan bergaul rata dengan gajus. Tutup periuk nasi.

Gandingan nasi kat atas,aku watlah daging bamia resepi akak cantik manis,putih melepak kak dayang,mmg sedap n kena ngan selera kami,tq ya kak dayang atas resepi nih,moga terus berkongsi resepi2 yg mantap lagi ya kak..Resepi2 dari kak dayang,mmg sedap2 sungguh..

Resepi Daging Masak Bamia..

Sumber Resepi:- Kak Dayang Jack Fb

Bahan-bahan :
500 g daging (dihiris nipis2 dan dibersihkan)
100 ml susu cair (kalau tak ada, boleh guna santan) - boleh adjust sendiri sukatannya
air secukupnya
1 sudu makan rata serbuk ketumbar
1 sudu makan rata serbuk jintan putih
1/2 sudu makan rata serbuk jintan manis
1/2 sudu makan serbuk kunyit
2 sudu makan serbuk kari daging
2-3 sudu besar cili kisar
1 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
1 labu bawang besar (dipotong 4)
2 biji tomato (dibelah 4) - optional
bendi secukupnya - optional
4 sudu besar sos tomato
garam dan sedikit gula

Bahan-bahan kisar:
1 labu bawang besar
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 cm halia

Cara-cara :
-Gaulkan daging dgn bahan2 kisar dan perapkan selama 30 minit. Kesemua serbuk rempah dan cili kisar disatukan di dlm satu bekas dan dibancuh dgn sedikit air utk dijadikan pes.
-Panaskan minyak secukupnya di dlm kuali/periuk. Tumis kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih hingga wangi. Kemudian tumiskan bawang besar hingga sedikit layu. Barulah dimasukkan pes rempah tadi dan juga sos tomato. Kacau dan biarkan ia pecah minyak.
-Masukkan daging dan air secukupnya. Masak hingga daging empuk. Kemudian masukkan, susu cair, garam dan sedikit gula. Masak lagi hingga kuah kelihatan pekat.
-Akhir sekali, barulah dimasukkan bendi dan tomato jika suka. Setelah bendi masak, tutupkan api.
-Hidangkan bersama nasi putih, nasi beriani, nasi minyak dsb.

Goreng juga ayam goreng berempah sebagai pelengkap,pastu mkn ngan timun jer,lupa nak snap.

p/s Update n3 n publish cepat2,tenet kejab da,kejab xda lak rini..Nih nak kna cll komplen lagilah ni telekom ni..Adeiii geram sungguh..

Friday, January 13, 2012

Talam Roti Lapis Coklat &Strawberry

Assalamualaikum..

Selamat pagi jumaat n salam sejahtera semua..Dah jumaat lagi kan,terasa semakin cepat masa berlalu sekarang nih..

2,3 arini ni tenet lembab n mood nak update pon lembab n lemau jer,pastu klmarin tuh mmg bz sgt2,fb pon mmg aku xon9,lappy pon xsmpat nak buka,hehe..Bz agt lah tu kan..

Talam nih aku wat ari selasa lagi nih,sengaja wat perasa stoberi sama,leh rasa 2,2 perasa kan,bagi aku,ok jer perasa pa pon,mmg sedap n lembut jer..Walaupon gitu,bagi tekak aku,aku lbh suka mkn lapisan yg putih tuh,sbb lbh terasa lemak2 roti n santan tu,pastu utk gula lak kuantiti mmg aku xtambah dah,tapi kalo jnis yg suka manis,leh la tambah lagi ya..

Tima kasih banyak utk K1 kerana sudi berkongsi resepi n juga kak izah ya,sbb aku copy dari kak izah jer resepi nih..Kak Nieza punya talam punya cun gilos,wat lam S/M ,yg aku nih xbape cun,sbb klrkan time suam2 g n agak lembik sbb xletak tpng ubi,Aku mmg suka talam yg jns lembik lembut2 nih,kalo kenyal kureng cikit..



TALAM ROTI LAPIS COKLAT
resepi : kak Wan
sumber: kak Yatie, kak Anim , kak Ayu,
Kak Izah n Kak Nieza


Bahan-Bahan
4 keping roti sandwich - buang tepi, siat kecil + rendam dgn 100 ml air
50 gm gula pasir
1/4 sudu teh garam
200 ml santan KARA
100 ml air
60 gm tepung beras
20 gm tepung sagu/tpng ubi(Aku xletak,sbb suka jnis yg lmbut lembik)
1 sudu teh coklat emulco(Aku add stoberi emalco sama)


Acuan Lompang (10-12 biji)



Pic talam yg kelabu asap..

Cara-cara :

Masukkan roti yang direndam ke dalam pengisar. Ketepikan.
Satukan air, santan, gula dan garam, masak hingga gula larut. Biarkan suam. Masukkan tepung beras dan tepung sagu, gaul rata.
Tuang campuran tadi ke dalam pengisar dan kisar bersama roti yang di rendam hingga halus.(Aku lak versi malas n nak cepat,campur semua,blend smp halus n sebati)
Bahagikan kepada 2 bahagian, satu warna asal dan satu lagi di campur dengan coklat emulco.
Tuang warna asal, kukus selama 5 minit dalam pengukus yang di panaskan terlebih dahulu.
Tanpa mengangkat dari pengukus, tuang adunan coklat ke atas lapisan bawah tadi. Lap tutup pengukus dan kukus selama 10 - 15 minit dengan api sederhana hingga masak

Tuesday, January 10, 2012

Butter Prawn Ku Xjadi..

Butter prawn yg serdaknya xbape nak jadi,adeii,nih nak salah sapa eks,time aku tgh tuang telur sambil kcau2 ngan chopstick nih syifa tengah nangis sbb berebut menan ngan nana,pastu nana tolak si syifa nih,adeiii,aku men kacau cepat 2,terus ttp api n tapis jer,mmg xpuas hati sungguh ngn rupa B/P aku nih..Adoyaiii anak omak..Time2 nih lah nak berebut menan bagai,rini depa bgn awai lak,selalunya mmg kul10 keatas baru bgn..

Tapi walaupon rupamu xmenawan,rasa tuh mmg walla,sedap sih,heaven la time ratah,pastu kolestrol kalo check mmg mncanak naik,ngee..

Kalo nak tgk rupa serdak telur yg menawan,sila2 lah ke dapo kak nor n kak izah eks..
Tq utk semua diatas resepi nih ya..

BUTTER PRAWN
resepi: Nita
di edit n tips : kak Nor @ SGN67
Sumber resepi:-Kak Izahdaut

Bahan2:

12 ekor udang saiz besar(Aku letak 10ekor)
2 sudu butter
3 biji kuning telur ~ Aku K.Nor guna 2 bj sahaja
sedikit daun kari
sedikit cili padi
serbuk kunyit & garam
minyak utk menggoreng
Serbuk Pati ayam n bawang yg dicincang(aku add)

Adeiii nak raya cina nih udang pon naik rega sungguh la,tapi nak mkn punya pasai,kita pejam mata dah la eks..

Cara2:

Lumur serbuk kunyit & garam kat udang. Goreng sehingga masak.Bila udang hampir masak tu, masukkan daun kari & cili padi.Gaul seketika sebelom diangkat. Bila dah msak,ketepikan. Dengan menggunakan minyak yg sama, biarkan minyak dikuali anggaran dlm 1/2 cawan cenggitu. Panaskan minyak dan masukkan butter. Biarkan butter cair & minyak betul2 panas.Sementara tu,kacau2 telur bagi rata dan masukkan telur kuning dalam bekas roti jala.


Matikan api bila minyak tu panas2. Dengan menggunakan 2 tangan, tgn kiri pegang telur kuning ..tgn kanan pegang garfu...tuang perlahan2 telur sambil tgn kanan mengacau dlm bentuk pusingan. Biar dia bertali2. Kemudian bila dah selesai, angkat telur tu dah buh dlm tapis utk membuang minyak berlebihan.

Pastu perangat jer kari ikan yg wat klmarin,sbb msk byk,rini xyah msk mcm2 dah,hehe..

# K.Nor guna acu jala gak, tp kuning telur ni kan dia pekat skit dan acu jala K.Nor tu yg stail lama (tembaga) dan lubang dia kecik jd K.Nor tambahkan sedikit putih telur utk mencairkannya cuba tuang dulu dlm bekas lain, kalau boleh keluar dgn elok tak perlu tambah lg putih telur tu, tp kalau masih payah nak keluar, tambah skit lg putih telur.

# boleh aje nak kacau telur tu dgn garfu atau chopstick, terpulang, tp kena sentiasa mengacau sehingga telur habis dituangkan

# buangkan tali pusat telur, kalau tak lubang acu roti jala mudah tersumbat yg menyebabkan telur payah nak turun

# jgn menggoreng telur dlm minyak yg sedikit, nanti tak jd cantik jurai2 dia

Roti Jala Kale Male..


Assalamualaikum n selamat pagi semua..

Apa khabar harinih,moga anda semua sihat2 n sentiasa dibawah lindunganNya..

Pagi nih kita jamu mata ngan roti jala kale male nih lak eks,tah ari pe lagi wat nih..Akceli selalu duk nmpak KAK Sam wat roti jala pelbagai kale utk anaknya Alif yg suka sgt mkn roti jala,pastu aku pon cam tingin jer,coz lama benar xmnjala,walaupon hb mmg suka,hehe..

Lagipon nih baru nak rasmikan acuan roti jala 3serampang pemberian kak yg baik hati,kak mimi lah sapa lagi,hehe..tima kasih banyak ya kak mimi cayang..

Terang benderang lak nmpak roti jala aku nih..

Aku wat kari daging utk lunch tuh,sbb mmg dah plan ptg nak wat roti jala,hehe..

Maaf lah eks resepi xda sukatan tepat,sbb men agak xsukat pon..

Roti Jala


Bahan:-
Tepung gandum(Aku wat lbh kurang 2cawan tepung kut)
Santan+Air(Nak guna susu segar or sejat pun ok ,agak2 pekat la,aku xsukat pun)
1 biji telor
1 sudu teh garam halus
beberapa titik pewarna kuning@kunyit pun blh@pewarna yg disukai

Cara Menyediakan:-
Aku Masukkan semua bahan dalam blender. Blend sampai semua sebati,masukkan dlm acuan roti jala@botol mayonis yg serampang 3 tu n Kirai atas belanga @kuali leper non-stick Gunakan api perlahan yer. Tgk dah masak,angkat dan gulung atau lipat ikut suka.Senang jer kan..Pastu leh la dihidangkan ngan kuah kegemaran memasing eks..

Monday, January 9, 2012

Kuih Lapis Noorsha


Sementara xbz n mood tgh rajin sikit,erm xla byk,tapi sikit jer rajin,aku update resepi kuih lapis yg aku amik dari umah noorsha nih lak eks..
Ekceli dari taun lps lagi wat kuih nih,lpas ajer noorsha post resepi,esk tuh aku dah wat,tapi besalah kan dah gitau tadi,ritu mls nak update,rini jer baru rajin,hikhik..

Secara jujurnya,resepi kuih lapis noorsha nih mmg lmbut n sedap,TAPI kalo anda mmg pemanis digalakkan menambah kuantiti gula eks,bagi aku mmg dah ok mnis tera tuh..Walaupon kuih lapis resepi nih mmg lmbut,tapi aku msih lagi tercari2 resepi yg mnggunakan tpng beras semata2 utk wat kuih lapis,dulu2 pernah mkn,mmg sedap sgt..Kalo da sapa2 yg tau tuh,nnti leh la share eks..


Kalo nak tgk pic kuih lapis yg sgt cun melecun n kedabom,silalah ke umah noorsha eks..

Tq ya noorsha utk resepi ni,Ct c/p letak kat sini lak eks..Mekasih byk2 tau..

RESEPI KUIH LAPIS
Sumber : Noorsha

Bahan²

2 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula pasir
1 cawan santan kotak(Aku guna santan fresh)
1 cawan susu cair
2 cawan air
2 sudu besar minyak sayuran(xletak dah coz gna santan fresh)
secubit garam

Snap guna nset jer,pic pon kelabu asap..

Cara²
1. panaskan kukusan. sementara itu satukan semua bahan dalam mangkuk, kacau ala kadar hingga bersatu semua bahan² kemudian masukkan adunan tersebut ke dalam blender. Blend hingga smooth.
2. Bahagikan adunan sama banyak.Satu diletakkan sedikit pewarna merah dan satu dibiarkan plain.. boleh juga bubuh kaler kegemaran masing²....^^
3. Sapu acuan dengan minyak. Noorsha guna acuan lompang kali ni.. nak guna loyang pun boley.... Susun acuan dalam pengukus dan sudukan warna pink di setiap acuan. Kalau guna loyang, masukkan sesenduk demi sesenduk ye.. agak² lah...
4. Tutup kukusan dan kukus seketika. jgn lupe lapik dulu tudung periuk kukus ngan kain bersih ya..... kalau kukus guna acuan lompang @ acuan yang kecil x lama..lebih kurang 2-3 minit je....kalau guna loyang mungkin ambil masa 5 - 7 minit la, bergantung pada macammana tebalnye lapisan yg kite wat tadi tu :)
5. Buka tudung periuk, sudukan @ sendukkan pula warna plain pada setiap satu acuan @ loyang. Tutup semula periuk dan kukus lagi... Buat selang seli begitu hingga habis ya.....
6. Untuk lapisan terakhir, kukus sekitar 10 minit jika anda menggunakan acuan lompang @ acuan kecil... jika menggunakan loyang, kukus lebih kurang 15 - 20 minit untuk lapisan terakhir ini ya...
7. Tunggu sejuk dulu baru hidang :)

Selamat Mencuba :)

Pandan Light Cheese Cake Utk Birthday Syifa.

Assalamualaikum n selamat pagi semua..N3 pertama ditahun 2012..Lama benar blog nih xberupdate..Walaupon dah agak terlewat,tapi dikesempatan nih aku nak ucapkan selamat menyambut tahun 2012 buat semua yg sudi berkunjung ke sini ya,maaf sesangat sbb terlewat ucapkan ya..

Nih pon aku barula terhegeh2 nak masukkan kek barbie yg aku wat semperna besday syifa tempohari,walaupon dah lambat,tapi nak juga aku tempek disini,sebagai kenangan utk syifa nanti n sbb aku nak letak resepi kek yg sedap ni..

Alhamdulillah tertunai juga hasrat dihati aku nak wat kan kek barbie utk syifa tersayang..Walaupon kalo org yg pro tgk kek nih,mmg terasa nak gelak ke nangis meraung xtaulah,tapi bagi aku,aku sgt berbangga sbb nila hasil keras tangan aku yg aku wat dengan penuh kasih syg..Yerla baru 1st time aku pegang nozzle n tanpa p belajaq kat mna2 aku kuatkan semangat wat juga kek nih..

Syifa kek hasil keras tangan n air tangan ummi nih khas utk anak ummi yg sgt2 ummi sayang,moga pic kek nih nnti mnjadi kenangan terindah wat syifa ya nak..


Nana yg duk inteprem lbh,besday girl duk nempek kat ummi xmo berenggang,adeiii..Sekbek xtumbang kek nih,yerla si nana nih yg excited lbh..

Tima kasih byk ya kak hasue utk rcp yg mmg best nih,sy c/p letak kat sini lak eks..

Light Cheese Cake
Resepi:Kak HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan
• 125g cream cheese(Aku letak 150gm)
• 300 ml susu segar
• 80 g mentega atau marjerin
• 80 g tepung gandum
• 80 gram gula halus
• 3 biji telur saiz A
• beberapa titik esen vanila/jus lemon(Aku add pandan paste n sedikit pewarna hijau)

Tangan ummi pon nak enteprem gak..Tgh nak cucuk lilin..Sian toi pic besday girl xda,sbb abah wat video,pastu pic lak snap sikit jer,maaf sgt ya syifa syg..

Men snap comot2,sbb dah ramai yg tunggu xsabar nak merasa kek nih..Pastu lak w/cream dah nk mula cair,coz terkena panas bahang dari api lilin,huhu..

Pandan light ciskek+moist eggless coklat kek,alhamdulillah rasa yg sedap n gandingan yg mntap,semua memuji kesedapan kek2 nih,terima kasih sgt pada kak hasue n kak dayang jack atas resepi..

Cara-cara
1. Masukkan susu segar dalam periuk. Masukkan cream cheese sehingga cair sambil sentiasa dikacau menggunakan hand whisk. Masukkan pula mentega/marjerin,kacau lagi sehingga cair,padamkan api dan ketepikan.
2. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue. -meringue ialah adunan putih telur dan gula betul2 ringan (ia tidak tumpah apabila mangkuk cuba diterbalikkan)
3. Di dalam bekas lain yang lebih besar,pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi, kacau seketika..ayakkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul -kacau menggunakan hand whisk dengan perlahan
4. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata(boleh juga menggunakan hand whisk tapi gaul dengan perlahan2)..
5. Glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Masukkan adunan kek di dalam acuan. Pastikan oven sudah dipanaskan sebelum membakar kek
6. Bakar pada suhu 160 darjah selama 45 minit (atau sehingga masak) menggunakan kaedah bain marie(loyang kek diletakkan di atas loyang yang berisi air panas ketika dibakar)
8. Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja.