Monday, December 5, 2011

Fluffy Butterscotch Chocolate Waffle

Assalamualaikum..

Selamat pagi n salam sejahtera utk semua yg berkunjung ke sini..Pagi nih aku nak tayang waffle yg aku wat ari jumaat yg lpas g,kiranya mmg dah kompom licin n menjadi baja,wakaka..

Sukanya dalam hati,sbb dapat snack maker nih,hihi..Dah lama berhajat nak wat waffle sendri.Aku beli yg cosway ajer..Akceli aku berkenan sgt yg bentuk bunga2,mcm Noorsha beli,dia beli kat tesco,dah 3,4 tesco,smp aloq staq p,mmg xda,so hubby kata beli p la yg cosway punya pon,janji waffle maker..Yg kat cosway nih pon 2,3 cosway juga la p,baru da,sbb xda stok n kena order,mmg laku,kata tokey coswy tu,last2,time g cosway kat Tesco extra,try tanya ada,hubby pon beli jerla.Kalo xda juga,mmg kna g tesco sberang cam Yana gitau juga la,hihi..Kalo dah berkenan n nak tuh,cam xmnyempat nak tggu ajer,adeiii,sekbek xribu riban..
Ermmm kiranya hadiah Anniversary weekend ni kut,hihi..Tq ya abg...Muahhhhhh,sygggggg abg...

Waffle nih hasil adaptasi dari fluffy pancake mcm yg aku pernah try kat sini,di ubah suai oleh kak nor,mnjadi fluffy butterscotch pancake,pastu aku lak ubah n derhaka kan menjadi waffle n da add Serbuk koko..Ptg marin tgk kak nor pon da juga wat versi ltak coklat gak,hehe..

Akceli dah 2 kali juga aku wat waffle guna resepi nih,sekali letak esen butterscotch saja,xsnap pic,sbb kale xsekata waffle aku(nak amik pic yg comey sikit ja)wakaka..Pastu kali nih lak aku add serbuk koko..
Ermm aku cite panjang lebar nih hampa semua/korang semua faham ke eks,kalo xfaham pon wat2 paham dah la no..Ngee..

Yg nih utk nana n syifa..Nmpak da coklat jer,mmg depa dah xsabar nak ngap..Smbil nak snap mmg jenuh bertepis juga depa duk hulur2 tangan nak pegang,adeiii..
Aku cair compound ceklat beryls jer kat atas tuh,mmg sedap lah mkn ngan waffle nih..Nana smp jilat2 pinggan,hihi..Ummi lak jilat jari,wakaka..

Tq ya kak nor,sbb akak sy baru tau pasai butterscoth Essence nih..Mmg betoi kak nor,esen nih wangi sgt..Kalo letak kat kek,agaknyer mesti best juga..Kak Nor,moga Allah saja yg membalas jasa n perkongsian akak nih ya..Jutaan tima kasih sgt,sbb rajin cari resepi yg best n juga tq utk tuan punya resepi..

FLUFFY BUTTERSCOTCH PANCAKE
resipi : K.Nor@SecubitGaram
olahan dari resipi FLUFFY PANCAKE

Bahan:
1 1/2 cawan susu
4 sudu besar cuka/jus lemon
2 cawan tepung serbaguna/gandum biasa
3 - 4 sudu besar gula castor
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonate
1/2 sudu teh garam
2 biji telur A
2 sudu besar butterscotch essence
4 sudu besar butter ~ dicairkan
*Aku add 1sdb serbuk koko utk half adunan yg aku wat

Cara:
Masukkan cuka/jus lemon kedalam susu. Kacau sedikit dan biarkan lebih kurang 5 minit (kaedah ni menghasilkan buttermilk)
Dalam satu mangkuk yg besar, ayakkan tepung, baking powder, soda bikarbonate dan garam.
Masukkan gula dan kacau hingga rata.
Pukul sedikit telur dgn garfu, masukkan butter dan butterscotch. Kacau.
Masukkan pula bancuhan susu tadi dan kacau hingga sebati.
Tuangkan bancuhan cecair kedalam mangkuk berisi bahan2 kering tadi.
Kacau hingga adunan sebati.
Panaskan nonstick frying pan dgn api yg sederhana panas dan tuangkan sesenduk adunan, biarkan dlm keadaan membulat dan masak hingga keluar buih2 pada permukaannya dan balikkan.
Masak hingga pancake masak dan angkat.
Hidangkan pancake dgn jem/butter/sos coklat/madu/golden syrup atau apa2 yg disukai.

Friday, December 2, 2011

Kuih Tepung Gomak/Kuih Abuk-Abuk..

Assalamualaikum..
Selamat pagi semua..Semoga pagi jumaat ini lebih bermakna n lebih keberkatan wat kita semua..Moga kita semua sentiasa dibawah lindunganNya..Erm dah Bf ke..Aku alhamdulillah dah bf dah,syifa pon baru jer aku BF kan,hihi..Tgh tido dibuai mimpi puteri2 tersayang skng nih..Akceli aku pagi nih bkn bf ngan kuih ni pon..Kuih nih wat num ptg semalam..
Aku nih dari last week lagi nak wat kuih abuk2(panggilan di utara) nih,tepung pulut siap uli dah,inti lak,mmg da sentiasa jer stok frozen,pastu bila belek tepung kacang ijo yg aku bli,adeiiii mmg tepung betoi2,yg aku duk imajinkan,kcang ijo blend,adeiii pas beli aku mmg xtgk dah,sbb kalut,time nak guna bru tgk,pastu godek2 cari kcng ijo nak blend sendri,cari punya cari,xjuga jumpa,heran bin ajaib,leh hilang pula,adoyaiiii,last sekali aku simpan ajer doh n inti lam esbok blk.Weekend baru nih g beli kcang ijo lagi n baru la tghri semalam aku goreng tanpa mnyak n blend utk dijadikan abuk2 nih..
Aku mmg TAK ikut resepi pon,doh tepung pulut tuh aku uli agak2 cam nak wat buah melaka,pastu inti mmg da stok sentiasa lam freezer,abuk2 tuh lak aku goreng n blend kcng ijo yg aku bli anggaran 1cwan,aku wat kuih nih 15biji,abuk2 mmg da berbaki lagi,inti pon da lagi,aku simpan frezer blk..
Kat bawah da resepi yg aku kopipes dari pn raidah,kut2lah da yg xtau nak wat kuih nih kan..Tapi siyes ckp kuih nih mmg senang nak wat n hubby suka mkn..
Opss b4 terlupa nak juga habaq,nih 1st time aku wat sendri kuih nih,selalunya duk tgk mak aku duk wat ajer,aku kureng cikit kuih nih,sbb tuh xpernah wat,hihi..Tapi sbb hubby suka,aku wat jugalah..



Sumber Resepi:-Resepi Raidah

Bahan untuk menyalut kuih(abuk2):

500g kacang hijau

Cara penyediaan:

1. Basuh dan toskan kacang hijau.
2. Goreng kacang hijau sehingga kekuningan dan diangkat.
3. Kisar kacang tadi dengan menggunakan pengisar kering. Kisar sekejap sahaja untuk membuang kulitnya dahulu. Tampi untuk membuang kulit kacang yang tertanggal.
4. Kemudian barulah kisar kacang tersebut sehingga hancur dan menjadi tepung. Ayak kacang supaya mendapat tepung yang halus. Lakukan mengisar kacang sehingga semuanya habis.
5. Simpan didalam bekas sebelum digunakan untuk menyalut kuih.

Bahan inti:

1 biji kelapa parut
200g (2ketul) gula melaka atau gula merah
1/2 cawan gula pasir @ secukup rasa
1 sudu besar tepung gandum
Secubit garam
1 helai daun pandan
Air.

Cara penyediaan:

1. Masak gula melaka, gula pasir, sedikit garam dan daun pandan bersama air sehingga gula hancur. Angkat dan tapiskan.
2. Masukkan kelapa,tepung gandum ke dalam air gula tadi. Kacau sehingga inti masak dan sebati. Angkat dan sejukkan terlebih dahulu.
3. Untuk memudahkan kerja, bulat2kan inti terlebih dahulu dan ketepikan.

Bahan kuih tepung gomak:

500g tepung pulut
Sedikit garam
Air secukupnya

Cara penyediaan:

1. Bancuh/gaulkan tepung pulut dengan air yang telah dicampur sedikit garam(sesedap rasa) sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati/kental . Buat sama macam bancuhan kuih buah melaka.
2. Ambil sedikit adunan, bulatkan dan leperkan. Masukkan inti dan bulatkan serta leperkan semula.
3. Masakkan air, setelah mendidih masukkan kuih dan masak sehingga kuih timbul(naik ke atas) barulah diangkat.
5. Kemudian gaulkan dengan tepung kacang hijau sehingga menyaluti kuih dan bolehlah dihidangkan.

Yg 6biji nih bagi kat jiran sebelah..

Thursday, December 1, 2011

Onion Ring,Dinner Kami Malam Tadi..


Assalamualaikum..

Alhamdulillah bertemu lagi di ari pertama dibulan yg baru..Kejab jer dah disember kan,pastu taun 2012 lak akan menjelma..Begitulah juga peningkatan usia yg makin tua nih..Harap semakin meningkatnya usia,semakin mematangkan diri ini dalam melayari bahtera rumahtangga n melayani kerenah anak2 tersayang..


Akceli onion ring nih mmg dah terpikat time kak ratna post n3 lagi,semalam baru berkesempatan nak terai..Alhamdulillah resepi yg simple nih mendapat pujian hubby..Mmg licin jer hubby mkn..Termasuklah kepak tuh pon hubby kata sedap..cuma salad jer,sbb dah kenyang sgt,xabis,pastu aku msk freezer ajer,ptg karang leh wat smootie..

Jutaan terima kasih diucapkan kpd kak ratna sbb rajin mencari resepi2 yg best n terima kasih yg xterhingga juga wat kak nani..Lum sempat berkenalan lagi nih,hihi..Jab2 nanti nak p berkenalan..Hanya Allah saja yg dapat membalas perkongsian akak berdua nih ya..Maceh...

Yg nmpak kale oren serbuk kat atas sayur tuh,cheese powder yg mcd punya,pas aku grill brokoli capcicum bagai tuh,aku tabur jer cis powder tuh..

Onion Ring
Resepi : Nani
Sumber : Kak MaDiHaA a.k.a Ratna

2 ~ 3 biji bawang besar (bawang besar merah bukan yg kuning)
3 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1½ sudu besar tepung kastard
1½ sudu kecil lada sulah
1½ sudu kecil lada hitam kisar (sukat yg dah dikisar)
120 ml air
1 sudu kfc garam
minyak utk menggoreng


Cara2 Menyediakannya
1. Bancuh kesemua bahan (kecuali bawang & minyak masak) menggunakan whisker (handwisk) sehingga rata. Ketepikan.
2. Bawang besar dikopek, cuci bersih kemudian dimayang bulat. Lerai2kan lapisan bawang satu persatu sehingga habis.
3. Panaskan minyak. Celupkan hirisan gegelung bawang yang dihiris tadi dalam bancuhan tepong (batter) & masukkan ke dalam kuali satu persatu supaya ia tak melekat antara satu sama lain. Goreng sehingga garing, angkat & toskan. Goreng sehingga habis.
4. Sedia dihidangkan bersama sos, mayonis atau dimakan begitu saja. Sedapp!!

Nota MaDiHaA: sukatan tepong tu MaDiHaA sukat sedang2 ye.. tidak diratakan & tidak pula membumbung.. just sedang2 gitu..

Salad yg xdigaul ngan yogurt lagi,buah epal ijo,buah lai,limau n carrot jer,yogurt lak perasa blueberry..

Wednesday, November 30, 2011

Roti/Pau Goreng 3 Inti..


Assalamualaikum..

Pau goreng nih dah seminggu lbh kut aku wat,tah ari apa,smp dah lupa dah..Pau nih pon mmg la semestinya dah licin..Punyalah perap lama pic nih,rini baru nak n3 kan..Sorry mama hawa eks..Mama amik resepi dari blog kak anim..Kak Anim lak amik dari ilham dapur,kak maz..Nih pon aku update gara2 kak nur tanya resepi kat fb,baru tingat rcp xletak kat blog lagi,adoyaiii..
Wat nih gara2 tergodaaa sgt bila nmpak kat umah mama hawa..Adeeiii mmg xtahan nmpak yg mama wat,punyalah montok2,ngalahkan pakai botox weh..Tima kasih byk ya utk semua yg terlibat di atas resepi ni..

Aku wat 3versi,1 inti kacang merah,1inti sardin n inti kacang merah..Inti sardin semestinyalah utk my laling terchenta..

Versi inti kacang merah..

Inti sardin,khas utk laling tersayang..

Versi inti kentang n daging.

Bahan-bahan
  • 1/2 cawan air suam* (-/+)
  • 2 cawan tepung gandum (-/+)
  • 2 sudu kecil yis kering (kita guna brand mauripan)*
  • 3 sudu besar susu tepung
  • 2 sudu besar butter cair
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar gula*
  • inti red bean paste secukupnya - simpan dalam peti dulu baru senang nak bulatkan - kita beli yg dah siap kat bakeri - mama pun
  • minyak untuk mengoreng

Cara-cara

1. Dalam mangkuk satukan bahan-bahan yang bertanda *. Biarkan seketika (1-2 minit) kemudian masukkan butter cair, kacau sebati.
2. Satukan tepung, garam dan susu tepung. Masukkan sedikit-sedikit kedalam no 1 sambil dikacau guna garfu (kacau buat bulatan jam) sehingga adunan tadi bersatu (menjadi seketul) tapi tidak keras. Kemudian boleh la diuli dengan tangan sehingga adunan menjadi licin dan tidak melekat pada tangan (adunan ni mesti lembut, kalau lembik tambah tepung sikit-sikit je, sapu kat tangan gtuw).
3. Tutup mangkuk dengan plastik wrap atau kitchen towel dan biarkan selama 30 minit. Kemudian tumbuk-tumbuk sedikit doh yang telah naik tadi.

4. Ambil sebesar bola golf pastu leperkan sedikit, letak inti yang telah dibulatkan tadi dan tutup elok-elok. Bila nak goreng leperkan sedikit dulu
6. Panaskan minyak dalam kuali dan boleh lah digoreng sebiji-sebiji sambil simbah minyak panas ke atasnya (supaya ianya jadi kembang dan lembut). Goreng sampai habis. Siap..sedap makan yang panas2

SMECC Entah Kali Yg Keberapa..

Assalamualaikum..
Selamat pagi..Moga ceria2 selalu ya wat semua pengujung2 Diari Zaliedana..
Aku sengaja letak shortform,sbb tajuk panjang sgt,hihi..
Kek yg sgt sodap nih akceli dah byk kali wat dah,sbb mmg secukup rasa lamak n rasa moist kira mmg sedap kat tekak kamilah..Nak wat pon senang bangat,kejab jer dah siap..Kat sini pon dah 3kali aku inteprem..Leh tgk kat sini eks..
Ekceli aku wat utk bawa sebagai buah tangan ke kenduri umah kakak aku friday lepas,pastu sbb aku n nana cuma rasa sorng sebiji jer,aku pon wat lagi 2ari yg lepas,haha dasar nak ngap lbh la ni..Mmg berbaloi aku wat,nana seperti biasa,mmg suka sgt kek resepi kak dayang nih..
Dahla nak wat senang,cuma kacau2 jer,pastu lak telur pon jimat beb,sbb xyah guna telur,hihi..Nih ayat kedekut ke ape eks..
Apa pon tima kasih byk ya kak dayang utk resepi nih..Sy tempek lagi kat sini,walaupon mmg dah pernah tempek,hihi..

Jari sapa tah nak juga inteprem,adeiiii..

Super Moist Eggless Chocolate Cake
Sumber resepi:-Kak Dayang jack

bahan-bahan : loyang 6-7 inci

* 1 cawan tepung gandum
* 1 sudu kecil baking powder
* 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
* 1/2 cawan serbuk koko (DJ guna Cap Kijang)
* 2 sudu besar susu tepung
* 1 1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)
* 1 cawan gula perang
* 1 sudu kecil esen vanilla
* 1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
* secubit garam
* 1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung
* 1 sudu kecil cuka atau jus lemon

Tekstur kek sgt halus n mmg moist,lembut n secukup rasa jer..Manis pon sedang2 ajer,kira mmg ngam n sedap bagi selera kami lah..
Cara-cara :

1. Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.
2. Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
3. Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
4. Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
5. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak.
6. Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.











Yg nih aku wat utk bawa pegi kenduri arwah n bersunat kat umah kakak aku friday lepas,mmg mendapat sambutan n pujian dari ramai..Mmg licin kejab ajer,smp kakak aku kata awat bawa sikit sgt,Adeeiii 80biji tuh..Pasni dia kata kalo nak balik kg,wat lagila kek ni,hihi..

Tuesday, November 29, 2011

Kuih Bingka Suji..

Assalamualaikum..

SALAM Sejahtera n selamat malam semua..Maaf sesangat dah lama xde n3 terbaru..Ari jumaat seperti telah diberitahu kami sekeluarga blk ke alor setar,pastu semalam lak hubby kan bercuti lagi,so mmg xda peluang la nak on lappy,bz jer,huhu..
Akceli dari ptg tadi duk upload pic,tapi xleh nape tah,so malam nih try lagi,alhamdulillah dah boleh..Nih pon ank2 tgh main ngan hubby,curi time jab update bingka(bengkang panggilan kat utara) yg mmg sedap sgt..
Aku wat bingka nih tghri klmarin,sbb nak bawa ke rumah maklong hubby kat blk pulau ptg klmarin..Yerla org tua2 mesti suka kuih yg lembut n lemak 2 manis nih kan..

Yg nih bawa g umah maklong hubby..6Biji coz maklong n kazen hubby jer yg da pon..Pastu aku bagi juga lah utk jiran sikit yg potong tuh..
K lah xnak bebel panjang2,b4 anak2 kacau,nak update cpat2,hihi..Tq ya utk Along n Cmg atas resepi nih,juga tq utk Datin jun..Sy copy paste kat sini utk rujukan akan datang pula ya..

Resepi :-Along Roz
Sumber Resepi:-Jun Yummylicious &Cmg

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 biji telur gred A
110 gram gula (boleh tambah sedikit lagi jika suka manis)
160 gram suji @ semolina
250 ml santan pekat
435 ml air
1 camca teh pes pandan
1/4 camca teh garam
90 gram mentega
30 gram tepung gandum
Sedikit bijan untuk hiasan (resipi asal tak letak)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Alas tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan aluminium foil, biar lebih sedikit dibahagian kiri dan kanan, lenser dengan mentega pada dasar dan tepinya (tujuan melebihkan aluminium tadi ialah supaya kueh mudah diangkat keluar). Panaskan juga oven pada suhu 190C.
  2. Satukan semua bahan2 diatas kecuali mentega. Kacau rata dan tuang dalam bekas tahan panas, kemudian tenggekkan atas air mendidih dan kacau dengan whisk sehingga bancuhan pekat seakan2 bubur (seperti dalam gambar). Alihkan dari dapur dan masukkan mentega, kacau rata hingga sebati.
  3. Tuang dalam tin yang telah disediakan. Tabur bijan rata dan bakar dalam oven selama 1 jam, 5 minit sebelum akhir waktu membakar, tukar api oven pada fungsi grill. Ini akan menghasilkan permukaan kueh bingka perang keemasan. Biar betul2 sejuk baru dipotong. Boleh hidangkan untuk minum petang...
Kuih yg lembut n lemak manis..Mmg secukup rasa..

*Peringatan utk aku:-
Aku letak gula 100gm,mmg mns dah ok,
Pastu Mntega aku letak 80gm/tapi agak berminyak juga,maybe sbb aku guna santan pekat yg fresh,so nx time kalo guna santan pekat yg fresh,aku nak kurangkan mentega..

Thursday, November 24, 2011

Apam Mentega,Memang Sedap^_^

Assalamualaikum..

Menu minum ptg kami arini apam mentega gula hangus yg mmg sedap n lembut..Patutlah tun Telani puji melambung,mmg berbaloi2 wat ptg nih,hubby mkn 5biji yg lebiu2 nih,blk kja xsat,aku dah siap hidangkan apam nih,hihi..
Mula2 tuh igt nak wat apam yg mcm kak Rosaliza tayang,xpon yg yana tuh,tapi bila baca komen tun kat n3 yana dia suka yg resepi kak sofea nih,so aku pon tanpa pikir2 lagi,terus wat jer resepi kak sofea nih..Mmg xrugi sbb sedap..Esk pagi cadang nak wat lagi utk bawa blk sbgai buah tangan selain kek..
Tima kasih byk utk tun yg promote baik punyer,kak sofea cayang n juga kak liza ya,sy letak resepi disini pula ya,utk rujukan akan datang..

Merasmikan mould lebiu yg baru di beli,Adoyaiiii org len dah berkurun da mould nih,aku jer ygbaru beli..Nak wat camner baru jumpa,hihi..Xperlah kan aku nih ketinggalan cikit,org len dah pon guna mould2 yg canggih2..

Terus terang ckp apam nih mmg sedap,lembut sgt..Kira mmg berpuas hatilah..

Apam Mentega
Sumber: Kak Sofea@after6am, kakfiza@myr
Sumber Resepi:-Tun Telani

Bahan-bahan ( +-50 biji )

  • (A) Bahan2 utk gula hangus:-
  • 11/2 cawan gula pasir
  • 1 cawan air
  • 250 gm mentega
  • (B)
  • 3/4 cawan gula castor(Aku xletak dah)
  • 4 biji telur
  • 3 cawan tepung gandum ayak besama
  • 2 sudu teh soda bikarbonate
  • 1 tin susu cair(Aku ltk 200ml utk half adunan)
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 2sdb Susu pekat aku add

Cara-cara

  1. Cara membuat gula hangus: masukkan gula dlm periuk, masak dgn api perlahan hingga gula larut dan berwarna perang.
  2. Padamkan api (utk mengelakkan air gula terpercik semasa kita tuang air) dan masukkan air. Nyalakan semula api dan kacau hingga semua larut dan masukkan mentega,kacau rata dan ketepikan.
  3. Putar gula, telur dan esen vanila hingga kembang dan masukkan gula hangus yg masih panas tadi.
  4. Kemudian masukkan susu selang selikan dgn tepung.gaul semua hingga sebati.
  5. Perap selama 1/2 jam.
  6. Panaskan pengukus dan acuan lompang. Tuangkan adunan ke dlm acuan. Adunan ni jika dituang penuh kedlm acuan pun x mengapa sbb semasa masak dia x akan melimpah.
  7. Jika guna acuan lompang kukus selama lebih kurang 15 min - 20 min. Tutup pengukus dgn kain supaya wap tidak jatuh ke bawah.
  8. Selamat Mencuba.......
Aku wat juga dlm acuan lompang nih,senang kecik2,nana nak ngap pon sng,sekali mkn 4biji licin..
*Versi malas n nak cepat ajer,syifa dah nangis,aku blend semua bhn B kecuali tepung hingga sebati,lepas tuh baru lak aku msukkan bhn A n tepung, blend lagi..Sng cite,Haha..Pastu aku perap 1jam,(Yerla sementar duk layan dak berdua dulu)..